KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA 0leh: Mahfuzah mohd noh smksr
Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya pembentukan negara bangsa Eropah. (Ruj:Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms.67-71) Perang Perang Kemerdekaan Amerika 1776 dan Revolusi Perancis 1789 menyebabkan munculnya idea tentang hak rakyat,kerajaan berperlembagaan dan negara bangsa moden. Bangsa Pembentukan negara moden mengikut sempadan rumpun bangsa bagi menggantikan bentuk negara feudal. Nasionalisme Kebangkitan nasionalisme mengancam empayar Austria,Rusia dan Turki yang mempunyai penduduk berbilang bangsa. Deklerasi Deklerasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson mencadangkan prinsip penentuan negara oleh rakyat sendiri dan sempadan negara berasaskan bangsa. PD 1 Perang Dunia Pertama mengakibatkan empayar Austria-Hungary dan Turki dibahagikan dan muncullah negara-negara baru. Satu Orang Itali mahu menyatukan wilayah mereka di bawah satu pemerintahan. Halau Mereka menghalau orang Austria dari bumi Itali. Undur Pengunduran tentera Perancis dari Rom membolehkan Rom dan Itali disatukan. Bismarck Tindakan Otto von Bismarck yang menggunakan real politik serta politik darah dan besi untuk menyatukan Jerman.
Satu Halau Camilio Bekerjasama Pungutan Venetia Rom Huraikan usaha-usaha pembentukan negara bangsa Itali pada abad ke-19. (Ruj:Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms.68) Satu Orang Itali mahu menyatukan wilayah-wilayah di bawah sebuah pemerintahan. Halau Mereka mahu menghalau orang Austria dari bumi Itali. Camilio Count Camilio Benso berusaha menyatukan Itali menggunakan amalan real politik. Bekerjasama Beliau bekerjasama dengan Napoleon menentang dan mengalahkan Austria. Pungutan Beliau mengadakan pungutan suara dan memperolehi sokongan rakyat untuk menyatukan Itali. Venetia Venetia dipulangkan oleh Prusia kepada Itali sebagai balasan kerana Itali membantunya mengalahkan Austria. Rom Rom dan Itali disatukan apabila Perancis mengundurkan tenteranya dari Rom.
Apakah yang dimaksudkan dengan amalan real politik Apakah yang dimaksudkan dengan amalan real politik? (Ruj:Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms.68) Amalan mewajarkan apa sahaja cara untuk mencapai matlamat politik. Cara yang biasa digunakan ialah tipu helah, kekerasan bersenjata dan peperangan.
Senaraikan negara bangsa baru yang muncul di Eropah hasil Deklerasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson. (Ruj:Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms.68) Czechoslovakia Estonia Finland Latvia Lithuania Poland Yugoslavia
Sebutkan amalan real politik dan”politik darah dan besi” yang digunakan oleh Otto von Bismarck untuk menyatukan negara Jerman. (Ruj:Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms.69) Tipu helah Pemalsuan dokumen Provokasi Penipuan Ugutan Isu membenci kuasa asing
Mengapakah usaha pembinaan negara Islam di Madinah berbeza daripada pembinaan negara bangsa di Eropah? (Ruj:Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms.71) Pembentukan negara Islam di Madinah tidak menggunakan kaedah realpolitik atau politik darah dan besi. Pembentukan negara secara penyatuan melalui prinsip Islam. Menyusun perlembagaan terlebih dahulu sebelum mengasaskan kerajaan Islam. Penduduk berbilang bangsa disatukan melalui Piagam Madinah. Pembentukan kerajaan Islam berasaskan diplomasi,musyawarah dan permuafakatan. Pembentukan negara disebabkan wujudnya kerjasama antara pemimpin dengan pemimpin dan antara pemimpin dengan rakyat.
Apakah yang dimaksudkan dengan kerajaan mengikut sistem politik masyarakat Melayu tradisional? (Ruj:Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms 65) Sesebuah kerajaan bererti negeri dengan segala jajahan takluknya. Kemunculan kerajaan disebabkan adanya raja. Negeri bererti kawasan. Sempadan kerajaan ditentukan melalui kesetiaan rakyat terhadap raja. Kerajaan yang kuat akan menakluk/menaungi kerajaan yang lemah.
Nyatakan ciri-ciri bangsa Malaysia Nyatakan ciri-ciri bangsa Malaysia. (Ruj:Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms.66-67) Sekumpulan manusia yang menjadi warganegara Malaysia. Bangsa Malaysia lahir apabila terbentuknya negara Malaysia. Terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Dibentuk melalui penggunaan satu bahasa kebangsaan,pengamalan kebudayaan dan Rukun Negara.
Apakah perubahan yang berlaku terhadap konsep kerajaan dan negeri masyarakat Melayu setelah British campurtangan di Semenanjung Tanah Melayu? (Ruj:Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms.66) Setiap kerajaan Melayu dirujuk sebagai negeri. British menetapkan sempadan bagi setiap negeri. Konsep kerajaan digantikan dengan konsep negeri. Malayan Union diperkenalkan untuk membina negara dan bangsa yang moden. Persekutuan Tanah Melayu 1948 menggabungkan semua Negeri Melayu dalam sebuah pentadbiran pusat. Kemerdekaan menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah negara. Penggabungan Sarawak dan Sabah dengan Persekutuan Tanah Melayu mewujudkan negara Malaysia.
Berikan alasan yang menunjukkan bahawa pembentukan negara Malaysia adalah sesuatu yang unik. (Ruj:Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms.71) Dibentuk kerana kebijaksanaan pemimpin. Tidak melibatkan pertumpahan darah. Kemerdekaan dicapai melalui rundingan. Melalui proses pakatan murni dan tolak ansur antara kaum.
Apakah yang dimaksudkan dengan wilayah pengaruh dalam Kesultanan Melayu Melaka? (Ruj:Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms.75) Kawasan tempat tinggal rakyat. Sempadannya diterima umum. Kawasan yang rakyatnya menerima dan memperakui pemerintahan seseorang raja.
Nyatakan keadaan-keadaan yang menunjukkan kedaulatan Kesultanan Melayu Melaka. (Ruj:Buku Teks Tingkatan Lima ms.76) Mempunyai hak mutlak terhadap rakyat. Kekuasaan yang dimiliki oleh negara dan perintah. Pemerintah boleh menggunakan kuasa untuk menggubal undang-undang. Pemerintah boleh menguatkuasakan undang-undang. Kekuasaan itu tidak boleh dihadkan oleh mana –mana pihak. Bebas daripada campurtangan kuasa asing. Raja mempunyai kuasa memerintah.
Berikan alat-alat yang menjadi lambang kebesaran sultan dan Kesultanan Melayu Melaka. (Ruj:Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms. 76) Alat regalia. Nobat. Warna. Bahasa. Undang-undang. Protokol. Adat istiadat istana.
Apakah tanda ketaatan rakyat kepada raja yang memerintah pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. (Ruj:Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms.78) Bersedia mempertahankan negara. Menghadiri adat istiadat kerajaan. Mengadakan gotong-royong. Kerahan tenaga.
Apakah persamaan kandungan antara Undang- Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu 1911? (Ruj:Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms.82 dan 84-85) Pemerintahan Mengamalkan pemerintahan bercorak Raja Berperlembagaan. Sultan Sultan dibantu oleh Majlis Negeri/Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Jemaah Menteri. MB Menteri Besar menjadi pengerusi Majlis Negeri/Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Jemaah Menteri. Lantik Menteri Besar dilantik oleh Sultan. Jemaah Menteri Besar dibantu oleh Jemaah Menteri. Naib Jemaah Menteri mempunyai kuasa melantik Naib Menteri Besar dengan perkenan Sultan. Jemaah Menteri mestilah berbangsa Melayu,Islam dan rakyat negeri. Taat Menteri mesti mengangkat sumpah kepada Raja dan kerajaan. Pewaris Pewaris takhta mestilah beragama Islam,berbangsa Melayu,lelaki dan waris Sultan. Serah Raja atau menteri dilarang menyerahkan negeri kepada kuasa lain. Melayu Orang Melayu diiktiraf sebagai rakyat. Islam Islam sebagai agama negeri.
Huraikan perkembangan Sistem Jemaah Menteri yang dilaksanakan di Kelantan pada abad ke-19. (Ruj:Buku Teks Sejarah Tingkatan Lima ms.82-84) Mula Sistem Jemaah Menteri mula diamalkan di Kelantan sejak pemerintahan Sultan Muhammad 1 (1801-1836). Pembesar Baginda melantik beberapa orang pembesar untuk membantu pentadbiran. Lapan Sultan Muhammad II membentuk lapan Jemaah Menteri untuk melicinkan pentadbiran. Empat Setiap Jemaah Menteri dianggotai oleh empat orang pembesar. Tugas Setiap Jemaah Menteri mempunyai bidang tugas masing-masing. Singkir Sultan Muhammad II menyingkirkan kerabat diraja yang terlibat dalam perebutan kuasa. Ganti Baginda menggantikan kerabat diraja dengan golongan pembesar. Gelaran Pembesar-pembesar diberi gelaran Nik dan Wan. Taat Golongan pembesar memberikan taat setia kepada baginda.