PENGENALAN ILMU TAFSIR

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
Oleh: Prof. Dr. M. Ghalib M., M.A
Advertisements

SUMBER-SUMBER HUKUM ISLAM
Wahyu tuhan, teks dan ijtihad akal manusia; aspek ushul dan Furu’ dalam Islam Muhlisin.
UNIVERSITAS SINGAPERBANGSA KARAWANG
PEMBAGIAN ILMU HADITS DAN CABANG-CABANGNYA
Materi Pertemuan V Al Hadis/ As Sunnah.
Keteladanan Rasulullah Saw. DALAM MEMBINA UMAT PADA PERIODE MAKKAH
Oleh: Ali Ilhami Bin Basir
DIPLOMA PENGAJIAN AL-QURAN & SUNNAH
SUMBER HUKUM ISLAM.
AQIDAH UNIT 5 Kelas Bimbingan Dewasa.
BERIMAN KEPADA KITAB-KITAB ALLAH
SUNNAH (AL-HADITS) SEBAGAI SUMBER AJARAN AGAMA ISLAM
Sumber Hukum Islam Al-Qur’an Al hadist Ijtihad. ALQURAN SEBAGAI SUMBER HUKUM PERTAMA ISLAM DAN SEJARAH PEMBUKUAN ALQURAN.
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
“TAFSIR AYAT TENTANG PENEGAKAN HUKUM”
SEJARAH PEMBUKUAN HADITH & IDEOLOGI ORIENTALIS MENGENAI HADITH
Ulum hadis (Science of Hadith)
BAHASAN HARI INI PENGERTIAN & FUNGSI AL-SUNNAH & AL-HADITS
سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِمْ مِنْ أَثَرِ السُّجُودِ
ILMU PERANAN ILMU DALAM PEMBENTUKAN KELUARGA DAN MASYARAKAT PENGENALAN
Menemani Rasulullah di Surga
Tuntutan Mengenal Diri
Tuntutan Mengenal Diri
Sejarah dan Perkembangan F I Q H
INTERAKSI DENGAN AL- QURAN: PEMAHAMAN & PENTAFSIRAN
Pengertian Ulumul Quran & Sejarah Perkembangannya
TOKOH-TOKOH MUFASIR DAN KITAB-KITAB TAFSIR
Al-Qur’an Sebagai Sumber Ajaran Islam
Materi Pertemuan IV Al Hadis/ As Sunnah.
Disusun Oleh: Muhammad Ridwan, S.Pd.I
TASSAWUR ISLAM BIMBINGAN AL-QURAN TAJUK.
BAB 3 SYARIAH DALAM KEHIDUPAN MUSLIM
U. Mohamad Zahir Bin Kasir Dikemaskini oleh Siti Fairuz Ramlan
INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AL-ZUHRI
Tazkiyah Nafs (Penyucian Jiwa)
TAAT PADA ATURAN TAAT PADA ATURAN. QS. An – Nisa’ 4 : 59 Hai orang-orang yang beriman, ta`atilah Allah dan ta`atilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara.
Makna Tasyri’ Dari segi bahasa: 1-Sumber air 2-Jalan yang lurus
Nama – kelahiran – kehidupan – keperibadian – pengusiran – wafat.
U. Mohamad Zahir Bin Kasir
RUJUKAN DALAM ILMU TAFSIR
Sejarah dan Perkembangan F I Q H
PRA DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM
MAKRIFAT KEPADA ALLAH.
Tazkiyah Nafs (Penyucian Jiwa)
U. Mohamad Zahir Bin Kasir
RASMUL QURAN Tajuk-tajuk perbincangan:- Ilmu Rasmul Quran
MANHAJ BERINTERAKSI DENGAN RIWAYAT ISRAILIYAT DALAM TAFSIR AL-QURAN
JUAL BELI SALAM Definisi
KBM 4 AQIDAH ISLAMIAH BAB 1 : FIRAQ DALAM ISLAM
TAMADUN ISLAM Kata kunci
NOR RADIAH BINTI MD ZAID (023048) NOR SAADAH BINTI TULUS (023068)
Sesi 1 Qawaid Fiqhiyyah.
ppi TAFSIR 3 minggu 5-surah ‘abasa 1-23
Talak Pengertian Talak: Dari segi bahasa:melepas dan terlepas.
Talak Pengertian Talak: Dari segi bahasa:melepas dan terlepas.
Tafsir MawdHu’i.
BAB 2: MENJAGA AKHLAK TERHADAP ALLAH
Tafsir MawdHu’i.
USUL FIQH SESSI 3 SUMBER-SUMBER HUKUM
Sessi 1 Qawaid Fiqhiyyah
Institut Pengajian Tinggi al-Zuhri
PEMIKIRAN AHLU HADIS (EKSTRIM)
KEDUDUKAN WAHYU DAN AKAL.
BAB 1 : AQIDAH – DEFINASI, KEPENTINGAN DAN SUMBER RUJUKAN
Sirah KBK 6 Modul 1.
Assalamu’alaikum warohmatullahi wabarokatuh
IMAM ABU HANIFAH R.A. IMAM ABU HANIFAH R.A RIWAYAT HIDUP NAMA: Nukman bin Thabit KELAHIRAN: 80H/699 M di Kufah GELARAN:Abu Hanifah kerana anaknya bernama.
PUNCA UTAMA PENYELEWENGAN DALAM TAFSIR
IMAN KEPADA KITAB ALLAH SWT. DENGAN MEMBACA Y  N  Y  QW  Y  W  N  WQ  Y  TPV  Y  TN Y 
Transcript presentasi:

PENGENALAN ILMU TAFSIR

Ilmu Tafsir Bahasa Diambil dari perkataan al-fasr: menyingkap sesuatu yang tertutup Penjelasan dan penerangan

Istilah Imam al-Suyuti: Tafsir adalah ilmu yang dengannya dapat memahami al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dan menerangkan makna maksud serta hukum-hukum dan hikmat-hikmat yang ada di dalamnya.

al-Zarqani: Tafsir adalah satu ilmu yang mengkaji ayat-ayat al-quran dari segi petunjuk lafaznya mengikut kehendak allah sekadar kemampuan manusia. Abu Hayyan: Tafsir ialah yang membahaskan tentang cara hendak menyebut lafaz al-Quran mengenai dalil-dalilnya, hukum-hakamnya makna-makna dari kata mufrad atau susunan ayat.

Kesimpulannya: Satu bidang ilmu yang membincangkan dan menjelaskan kehendak Allah yang tersemat di dalam kitabNya menurut kemampuan manusia. Lantaran itu tafsir mencakupi segala cara dan daya usaha untuk memahami pengertian kehendak kitab suci al-Quran al-Karim.

Hukum Mempelajarinya Wajib Firman Allah: Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkat supaya mereka memerhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai akal fikiran, Surah Sad:29

Hukum Menyampaikan Tafsir Tanpa Ilmu Haram Firman Allah: Katakanlah: “Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, baik yang nampak ataupun yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar, mengharamkan mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan hujah untuk itu dan mengharamkan mengada-adakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui. Surah al-a’raf:33 Firman Allah: Dan pada hari kiamat kamu akan melihat orang-orang yang berbuat dusta terhadap Allah, mukanya menjadi hitam, Bukankah dalam neraka jahannam itu ada tempat bagi orang-orang yang menyombong diri? Surah az-zumar:60

KELEBIHAN ILMU TAFSIR Ilmu yang paling mulia kerana ia membicarakan tentang isi kandungan al-Qur’an yang merupakan Kalam Allah Taala.

1) Tajuk 2) Matlamat 3) Keperluan Imam Suyuti (1992)telah menggariskan kemuliaan mempelajari Ilmu Tafsir dari TIGA SUDUT: 1) Tajuk 2) Matlamat 3) Keperluan

Pertama: kemuliaan dari sudut tajuk (niche) yang dibicarakan kerana tajuknya adalah Kalam Allah yang mengandungi segala hikmah serta kelebihan. Kedua: kemuliaan dari sudut matlamatnya iaitu untuk berpegang dengan “Urwatul Wusqa” dan mencapai kebahagiaan hakiki.

Ketiga: kemuliaan dari sudut keperluan terhadapnya kerana kesempurnaan agama dan dunia tidak terbina tanpa ilmu dari Kitab Allah.

KEPENTINGAN ILMU TAFSIR Mampu mengetahui isi kandungan al-Qur’an dengan lebih baik. Mengetahui ilmu-ilmu lain yang ada di dalam al-Qur’an. Memperakui kebesaran, keagongan dan kebijaksanaan Allah terhadap makhluknya.

Memperakui kebesaran, keagungan dan kebijaksanaan Allah terhadap makhluknya. Mampu menjadi sumber asas dalam menyelesaikan permasalahan kehidupan manusia samada dari sudut politik, ekonomi, sosial dan agama. Mempelajari serta mengetahui isi kandungan al-Qur’an merupakan satu kelebihan yang tinggi di sisi Islam.

Oleh kerana PENTINGNYA Ilmu tafsir menyebabkan: Pertama: Ia diberi perhatian yang sungguh-sungguh oleh ulama Islam dalam semua bidang, hinggakan Ilmu tafsir dijadikan sebagai salah satu daripada syarat untuk seseorang itu sampai ke taraf Mujtahid.

Kedua: Ilmu Tafsir adalah ilmu yang mula-mula disusun dalam Ulum al-Qur’an. Ini adalah kerana ia merupakan asal dalam memahami al-Qur’an serta mentadabburkannya, juga mengistinbatkan hukum dan mengetahui halal dan haram

PERKEMBANGAN ILMU TAFSIR Tahap Pertama Dalam Perkembangan Ilmu Tafsir (Periwayatan atau Sebelum Pentadwinan) Tahap Pertama ini meliputi zaman Rasulullah s.aw, Para Sahabat dan Tabiin. Tafsir pada tahap ini disampaikan secara riwayat atau talaqqi dimana Sahabat mengambil riwayat daripada Rasulullah s.a.w. dan Tabiin mengambil riwayat dari Sahabat r.a.

Tahap Kedua Dalam Perkembangan Ilmu Tafsir (Pentadwinan bersama Ilmu Hadith) Bermula selepas zaman Tabi’in dimana Tafsir masih merupakan sebahagian daripada cabang Ilmu Hadith. Masih belum lahir ta’lif khas mengenai tafsiran al-Qur’an mengikut surah atau ayat dari awal hingga akhir.

Antara ulama tersebut: Yazid bin Harun al-Sullami (wafat 117H) Ketika ini para ulama masih mengumpulkan Tafsir sebagaimana juga Hadith Rasulullah. Antara ulama tersebut: Yazid bin Harun al-Sullami (wafat 117H) Syucbah bin Hajjaj (wafat 160H) Wakic bin Jarrah (wafat 197 H) Sufyan bin Uyainah (wafat 198H

Tahap Ketiga Dalam Perkembangan Ilmu Tafsir (Pentadwinan sebagai ilmu khusus) Bermula apabila Ilmu Tafsir dipisahkan dari Ilmu Hadith, menjadi suatu ilmu yang tersendiri (ditadwinkan). Dikatakan pentadwinan Ilmu Tafsir ini berlaku di akhir Zaman Tabiin atau zaman Bani Umaiyyah.

Di antara para ulama yang terlibat dalam pembukuan Ilmu Tafsir ialah: Pada ketika ini tafsiran mula dilakukan mengikut susunan ayat dan surah dalam mashaf. Di antara para ulama yang terlibat dalam pembukuan Ilmu Tafsir ialah: Ibn Majah (wafat 273H) Ibn Jarir al-Tabari (wafat 310H), Abu Bakr bin al-Munzir al-Naysaburi (wafat318H) Ibn Abi Hatim (wafat 327H) al-Hakim (wafat 405H)

Kesemua tafsir-tafsir ini disandarkan kepada Rasulullah, Sahabat, Tabiin dan Tabic Tabiin. Pada tahap ini tidak bermakna terhentinya tahap pertama dan kedua, bahkan Tafsir sebenarnya masih mengalami proses tadarruj (pemeringkatan).

(Tafsir diringkaskan Sanadnya) Tahap Keempat (Tafsir diringkaskan Sanadnya) Tafsir masih bersifat Tafsir Ma’thur. Walau bagaimanapun periwayatan semakin bertambah ramai lantas timbul usaha untuk meringkaskan sanad. Banyak riwayat-riwayat Ma’thur dari Mufassir terdahulu disampaikan tanpa dinisbahkan kepada perawinya.

Banyak riwayat-riwayat Ma’thur dari Mufassir terdahulu disampaikan tanpa dinisbahkan kepada perawinya. AKIBATNYA?

1 2 3 4 memberi ruang kepada kemasukan hadith palsu percampuran antara riwayat sahih dan sebaliknya 3 ada yang menyangka riwayat tersebut sahih kesemuanya serta meriwayatkannya dalam kitab tafsir mereka 4 menjadi titik permulaan lahirnya pemalsuan dan israiliyyat dalam Tafsir

Tafsir Naql dgn Tafsir al-Ra’yi) Tahap Kelima (Percampuran antara Tafsir Naql dgn Tafsir al-Ra’yi) Lebih banyak kesalahan yang timbul Tafsiran yang bercampur antara tafsir Naql dan tafsir Aqli (tafsir berdasarkan ijtihad dan pemikiran).

Kelahiran kumpulan-kumpulan politik, mazhab-mazhab fiqh yang berbeza, pelbagai ilmu-ilmu baru termasuk falsafah memberi kesan terhadap Ilmu Tafsir sehinggakan banyak perkara yang dimuatkan dalam kitab-kitab tafsir. Ilmu Tafsir dipengaruhi budaya, falsafah dan ilmu-ilmu tertentu serta semakin jauh dari sifatnya sebagai Tafsir Ma’thur.

RUJUKAN Al-Dhahabi, Muhammad Hussayn.1995. al-Tafsir wa al-Mufassirun. Juz Pertama. Qahirah: Maktabah Wahbah. Ibn Manzur. 3412 M. Lisan cArab. Dar al-Macarif.  Ismail Yusoff.1995.Perkembangan Penulisan dan Terjemahan Kitab-Kitab Tafsir di Malaysia. Bab dalam buku Islamiyyat (Jurnal Pengajian Islam) Universiti Kebangsaan Malaysia.Jilid 16 Khalid cAbdul Rahman al-cIk.1994. Usul Tafsir wa Qawaciduh. Damsyik: Dar al-Nafais. Mannac al-Qattan. 1995. Mabahith fi Ulum al-Qur’an. Qahirah: Maktabah Wahbah

Al-Suyuti, Jalal al-Din cAbd. Rahman. 1992. Al-Itqan fi Ulum al-Qur’an Al-Suyuti, Jalal al-Din cAbd. Rahman. 1992. Al-Itqan fi Ulum al-Qur’an. Saudi: Dar al-Hijrah li al-Nashr wa al-Tauzi c Al-Zarqani, Muhammad Abd. Al-cAzim.1998. Manahil al-cIrfan fi Ulum al-Qur’an. Juz Pertama. Beirut: Dar Ihya’ al-Thurath al-cArabi. Al-Zarkashi, Badr al-Din Muhammad bin Abdullah. 1994. al-Burhan fi cUlum al-Qur’an. Beirut: Dar al-Macrifah. 

RUJUKAN DALAM TAFSIR QURAN

Rujukan Dalam Tafsir Al-Quran 1) Ayat al-Quran 2) Kata-kata Rasulullah 3) Kata-kata Sahabat 4) Kata-kata para tabiin 5) Erti-erti perkataan bahasa arab

SYARAT-SYARAT MUFASSIR

Akidah yang benar Bersih daripada hawa nafsu Mempunyai keahlian dalam bidang hadith, riwayat, dan dirayah Mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang bahasa dan ilmu-ilmu yang berkaitan Berpengetahuan dalam ilmu qiraat Mengetahui dalam Ilmu Nahu dan Sarf Berpengetahuan luas dalam bidang ‘Ulum al-Qur’an

Mendalami ilmu Usuluddin dan ilmu tauhid Berpengetahuan dalam ilmu Usul Fiqh Mengetahui ilmu-ilmu lain seperti ilmu sosiologi dan antropologi, zoologi Memulakan tafsir al-Quran dengan al-Quran itu sendiri

ADAB-ADAB MUFASSIR

Niat dan tujuan yang baik Berakhlak mulia Taat dan beramal Berjiwa mulia Bersikap tawadu’ dan lemah lembut Tegas dalam menyampaikan kebenaran Mendahulukan orang-orang yang lebih utama daripada dirinya sendiri Menggaris dan mengemukakan langkah-langkah penafsiran secara baik

TINGKATAN PARA PENTAFSIR

TAFSIR AL-SAHABAH al-Khulafa’ al-Arba’ah Ibn Mas’ud Ibn ‘Abbas Ubayy bin Ka’ab Zaid bin Thabit Abu Musa al-Asy’ary ‘Abdullah bin al-Zubair

TABAQAH AL-TABI’IN Tabaqah Ahl Makkah – kerana mereka adalah sahabat-sahabat Ibn ‘Abbas, seperti: Mujahid ‘Ata’ bin Abi Rabah, ‘Ikrimah Maula Ibn ‘Abbas Sa’id bin Jubair Thawuus bin Kaisan al-Yamani.

Tabaqah Ahl Madinah: Zaid bin Aslam Abu al-Aliyah Muhammad bin Ka’ab al-Qurazhi.

Tabaqah Ahl al-’Iraq: Masruq bin al-Ajda’ Qatadah bin Di’amah, Abu Sa’id al-hasan al-Basri ‘Ata’ bin Abu Muslim al-Khurasaniyy

RUJUKAN Al-Rumi, Fahd bin ‘Abd al-Rahman bin Sulaiman. 1420. Buhuth fi Usul al-Tafsir wa Manahijih. Al-Riyah: Maktabat al-Tawbah. Al-Suyuti, Jalal al-Din Abd. Rahman. 1992. Al-Itqan fi Ulum al-Qur’an. Saudi: Dar al-Hijrah li al-Nashr wa al-Tauzi c Al-Qattan, Mannac. 2002. Mabahith FI cUlum al-Quran. al-Qahirah: Maktabah Wahbah. Hasan Ayyub. 2002. al-Hadith fi Ulum al-Quran wa al-Hadith. al-Qahirah: Dar al-Salam.