PERIHAL KATA - BENTUK KATA
Tatabahasa (1) – Bentuk Kata Terdapat empat bentuk kata, iaitu; a. Kata tunggal – bentuk kata yang terdiri daripada kata dasar Contoh : abang, kejar, tetapi, mesyuarat b. Kata terbitan – bentuk kata yang terdiri daripada kata dasar yang mempunyai imbuhan Contoh : penyapu, arahan, kesihatan, gerigi
c. Kata majmuk – kata yang wujud apabila dua kata dasar dirangkaikan dan membawa makna tertentu Contoh : sapu tangan, alat tulis, cakar ayam, matahari, sukarela d. Kata ganda – kata yang digandakan atau diulangi kata dasar sama ada secara keseluruhan atau pada bahagian tertentu Contoh : murid-murid, bebola, sayur-mayur, beli-belah