Orang tua
Sajak Nampakkah kau Wanita tua di tepi jalan Mukanya comot rambutnya kusut Membawa bersamanya beg usang Berjalan ke sana ke mari Tanpa suatu destinasi Lelaki tua di hujung jalan Kemejanya kotor seluarnya rabak Duduk di sudut tangga Menunggu sisa makanan restoran mamak Untuk mengalas perut yang kosong
Nampakkah kau Darah berlumuran di jalan raya Mayat si tua dibiarkan di situ Dan Di bilik mayat pula Tiada siapa datang menuntutnya Nampakkah ia sepertimu Mereka juga dicipta oleh-Nya Tetapi bezanya mereka diabaikan Ditinggalkan Oleh anak-anak jahil tidak berbudi Nampakkah kau?
Maksud Setiap Rangkap Rangkap 1: penyajak mempersoalkan keprihatinan kita terhadap nasib seorang wanita tua yang merempat di tepi jalan dalam keadaan yang tidak terurus. Wanita tua itu berjalan tanpa haluan sambil membawa begnya yang buruk. Rangkap 2: penyajak mempersoalkan keprihatinan kita terhadap seorang lelaki tua yang begitu daif hidupnya. Lelaki tua ini tiada tempat kediaman. Dia hanya duduk di sudut tangga menunggu sisa makanan daripada restoran mamak. Rangkap 3: penyajak mempersoalkan keprihatinan kita terhadap nasib orang tua yang terlibat dalam kemalangan jalan raya. Lebih memilukan apabila mayatnya tidak dihiraukan dan tiada waris yang menuntut mayatnya di bilik mayat Rangkap 4: penyajak menjelaskan bahawa kita adalah serupa kerana kita semua ialah makhluk ciptaan Tuhan. Yang berbeza antara kita dengan orang tua itu ialah orang tua itu dipedulikan oleh anak-anaknya. Hal ini disebabkan rendahnya moral dan hati budi anak-anaknya
Tema Tema sajak ini ialah kesengsaraan yang dialami oleh warga tua akibat diabaikan.
Persoalan Penderitaan hidup warga tua Sikap anak-anak yang tidak bertanggungjawab dan tidak mengenang budi Masyarakat yang mementingkan diri sendiri
Bentuk Berbentuk bebas Terdiri daripada empat rangkap Berisi enam baris serangkap Bilangan katanya satu hingga enam patah kata sebaris. Terdiri daripada satu hingga tiga belas suku kata sebaris. Rima akhir rangkap pertama ialah abcdee,rima akhir rangkap kedua ialah abcdce,rima akhir rangkap ketiga ialah abacbb,dan rima akhir rangkap keempat ialah abccda
Unsur-unsur bunyi Asonasi(perulangan vokal a). Contohnya: nampakkah kau,tiada siapa datang menuntutnya. (perulangan vokal e). Contohnya: membawa bersamanya beg usang,tetapi bezanya mereka diabaikan. (perulangan vokal i). Contohnya mayat si tua dibiarkan di situ. Aliterasi(perulanagn konsonan l). Contohnya: lelaki tua di hujung jalan. (perulangan konsonan m). Contohnya: mukanya comot rambutnya kusut (perulangan konsonan t). Contohnya :tanpa suatu destinasi
Gaya bahasa Repetisi (perulangan kata dalam baris ayat yang sama). Contohnya: ayat Nampakkah kau pada baris pertama rangkap 1,2, dan 3 Sinkope. Contohnya: kau Peribahasa. Contohnya: mengalas perut Bahasa puitis.Contohnya:mukanya comot rambutnya kusut.
Nilai Kasih sayang. Contohnya, kasih sayang terhadap kedua ibu bapa perlu disemai agar perasaan tersebut kekal berpanjangan. Mengenang budi. Contohnya,membalas segala jasa yang telah dicurahkan olek kedua ibu bapa. Prihatin. Contohnya, mengambil berat terhadap ibu bapa.
Pengajaran Kita hendaklah memberikan sepenuh kasih sayang terhadap golongan warga emas terutamanya ibu bapa. Kita hendaklah membalas budi kedua-dua ibu bapa kita Kita janganlah mementingkan diri Kita janganlah lupa akan jasa ibu bapa