TAJUK : MEMBUDAYAKAN KAJIAN TINDAKAN DALAM KALANGAN GURU AHLI-AHLI PANEL :- HARIS BIN YUSOF - SMK FELDA NERAM MOHAMAD SABERI BIN SALLEH - SMK CENEH BARU MUSTAPHA BIN MAT ZIN – SMK BINJAI MAZELIN BIN ALI – SMK KG BARU KERTEH AHMAD ZAMRI BIN ABDUL WAHAB – SMK KIJAL KHERUDDIN BIN ABDULLAH - SK MERAGA BERIS MOHAMAD ZAMZAMI BIN NAWI – SMK SERI BANDI AS’ ARI BIN RAMLI – SMA AL FALAH
1. REFLEKSI Walaupun Kajian Tindakan telah lama diperkenalkan di negara ini (1980an) namun masih ramai guru tidak melaksanakannya di sekolah. Hal ini kerana kurangnya pemahaman guru tentang konsep dan kepentingan kajian tindakan dalam pengajaran dan pembelajaran guru. Ekoran daripada kurangnya pemahaman ini menyebabkan guru tidak melaksanakan kajian tindakan dan tiada inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
2. FOKUS KAJIAN Kajian ini berfokus untuk meningkatkan kefahaman guru dalam melaksanakan kajian tindakan untuk menyelesaikan masalah dalam pengajaran dan pembelajaran.
Membudayakan Kajian Tindakan dalam kalangan guru di sekolah 3. MATLAMAT KAJIAN Membudayakan Kajian Tindakan dalam kalangan guru di sekolah
4. OBJEKTIF KAJIAN Mengenal pasti punca-punca kurangnya pemahaman guru tentang Kajian Tindakan. Meningkatkan penglibatan guru dalam Kajian Tindakan. Meningkatkan bilangan Kajian Tindakan
5. SOALAN KAJIAN Apakah punca-punca kurangnya pemahaman tentang Kajian Tindakan dalam kalangan guru ? Bagaimanakah cara-cara untuk meningkatkan penglibatan guru dalam Kajian Tindakan? Berapakah bilangan Kajian Tindakan yang telah dijalankan oleh guru di sekolah? Bagaimanakah cara-cara meningkatkan penghasilan Kajian Tindakan di sekolah?
6. KUMPULAN SASARAN Semua guru di sekolah
7. METODOLOGI KAJIAN 7.1 INSTRUMEN KAJIAN Soal selidik Temu bual 7.2 AKTIVITI “HARI PROFESIONAL (PROBES)” Setiap guru diminta mengemukakan isu-isu dalam P&P dan langkah-langkah mengatasinya. Memberi pendedahan tentang konsep dan proposal kajian tindakan. Mengedar soal selidik Perbengkelan kajian tindakan Perbentangan kajian tindakan Anugerah Inovasi
JADUAL PELAKSANAAN TARIKH AKTIVITI 12 Jun 2012 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal. Membuat proposal dan soal selidik kajian 17Jun2012 Merancang tindakan Ujian rintis (uji soal selidik yang dibina) Memproses data ujian rintis (menentukan kesahan dan kebolehpercayaan item) 24 Jun 2012 Melaksanakan tindakan (Aktiviti 1) - Mengedar soal selidik kepada responden - Menganalisis data 30 Jun 2012 Pelaksanaan tindakan (Aktiviti 2) Hari Profesional (PROBES) guru diminta menulis isu P&P dalam bilik darjah yang telah berjaya diselesaikan. Guru menyenaraikan langkah-langkah penyelesaian setiap isu Pengkaji memberi penerangan tentang konsep kajian tindakan 30 Julai 2012 Setiap guru menghantar pelaporan kajian. (Aktiviti 3) September Hari Inovasi – Anugerah kepada guru yang paling banyak membuat KT
BAHAN DAN ANGGARAN KOS BIL JENIS ALAT ANGGARAN KOS 1 KERTAS A4 1RIM RM13.00 2 KOS PERCETAKAN RM100.00 3 MARKER PEN RM20.00 4 FAIL RM40.00 5 PENJILIDAN 6 CD JUMLAH KESELURUHAN RM230.00