MALAM INSPIRASI SENI SISWI (MISS)

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
HHHC9801 KREATIF DAN INOVATIF
Advertisements

Pendekatan Strategi, Kaedah, dan Teknik
Pendekatan Strategi, Kaedah, dan Teknik
PENGENDALIAN MESYUARAT
PENGURUSAN PANITIA.
Pemikiran Kritis & Kreatif Inovatif
MESYUARAT KETUA PANITIA SEKOLAH RENDAH DAERAH TIMUR LAUT
PENGURUSAN MESYUARAT MOHD. NOOR BIN JABAR DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
PENULISAN MINIT MESYUARAT
HHHC 9401 Kemahiran nilai, sikap, etika dan profesionalisme set 16
PENGURUSAN ORGANISASI
PELAJAR PRASISWAZAH Disediakan oleh: Panel Pakar Penilai HHHC 9101
kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Ringkasan Laporan Pencapaian UTM Berasaskan Balanced Scorecard
PANDUAN PENGURUSAN MESYUARAT DAN URUSAN JAWATANKUASA KERAJAAN
Disediakan oleh: Abdul Latif bin Ahmad IPG Kampus Tun Hussein Onn
3. Reka Bentuk Kurikulum Konsep Reka Bentuk Kurikulum
PEMBENTANGAN LAPORAN AUDIT DALAM UPM 2011
KAEDAH MENGENDALIKAN MESYUARAT
NUR HAFIZAH BINTI HABIDEEN A PERKHEMAHAN TAHUNAN 2013/2014 BULAN SABIT MERAH MALAYSIA CABANG UKM.
KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS ASRAMA 2015
KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN SITI AISHYAH BT SULAIMAN
NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALIME
PROGRAM KEBAJIKAN AMSA NAMA: JAMUNA VIJAYAKUMARAN NO MATRIK: A
SARANA IBU BAPA DAN SARANA SEKOLAH
Nama: Wee Siew Peng Nombor Matriks: A147611
Pendekatan Strategi, Kaedah, dan Teknik
Program Anak Muda NADI Malaysia
PEMBENTANGAN PROJEK ANAK MUDA NADI MALAYSIA (NADI) KOLEJ UNGKU OMAR NOOR ATIKAH BINTI SAMSUL BAHAR A AJK POST CENDERAMATA.
TAJUK : CABARAN MAHASISWA
LAPORAN AKHIR PROJEK JELAJAH AMAL 2014
PROGRAM KEBAJIKAN AMSA NAMA: ABIGAIL BATHSHEBA A/P DEVET
LAPORAN AKHIR HP KREATIF DAN INOVATIF
HHHC9601 KEMAHIRAN KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN.
HP 4 : NILAI, SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME
FARADAHLIYA BINTI JAMALUDDIN A145813
LMCK1421 : PEMIKIRAN KRITIKAL DAN PENYELESAIAN MASALAH
Program Anak Muda NADI Malaysia
HHHC KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
Tanggungjawab alam sekitar
KEMAHIRAN KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN
APA ITU KEPENGAKAPAN Disediakan oleh; ABDUL LATIF BIN AHMAD
HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI (set 34)
NAMA : NURUL ATIKAH BINTI MOHD POZI NO. MATRIK : A145407
HHHC9401 – KEMAHIRAN NILAI , SIKAP , ETIKA DAN PROFESIONALISME
16 DISEMBER 2013 FOYER DEWAN ANWAR MAHMUD
Nama Program : One Malaysian Student Visit For Society
PROJEK : ANAK MUDA NADI MALAYSIA (NADI) TARIKH : FEBRUARI TEMPAT : KUALA SELANGOR, DARUL EHSAN TEMA : MAHASISWA ASPIRASI.
SET 46 HHHC 9201-KEMAHIRAN KOMUNIKASI
TATACARA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN/KELAB PELAJAR 2015
Kemahiran Kreatif Dan Inovatif
NORA BATRISYIA BINTI AHMAD DZUBIR A
Interaksi Dalam Bilik Darjah
Program Bitara 2013 kemahiran komunikasi (HHHC 9201)
Pembentangan Akhir Kursus HHHC9601
Kemahiran Pengurusan Maklumat Dan Pembelajaran Sepanjang Hayat
KEMAHIRAN KEPIMPINAN DAN KERJA BERPASUKAN Dr. FADLAN BIN MOHD OTHMAN
Nama : Fatin Nabilah bt Ramlee
PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELSAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK
PENGENALAN RINGKAS PROJEK
HHHC9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI.
PEMBENTANGAN PROGRAM TEMASYA HIGHLANDERS
DISEDIAKAN OLEH : FARAH NADIA BINTI ABD HALIM A145566
Kajian Tabiat Membaca oleh Perpustakaan Negara 1996 mendapati
START adalah komuniti yang terdiri daripada usahawan berwawasan tinggi dan bercita-cita tinggi di seluruh dunia yang berumur tahun. Ahli START mahu.
PELIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI DALAM EKOSISTEM SEKOLAH
Burhanese Chronicle Majestic Masquerade 23 Mei 2014
HHHC 9501 Kemahiran pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik.
PROGRAM KEUSAHAWANAN.
KURSUS KEMAHIRAN INSANIAH
Transcript presentasi:

MALAM INSPIRASI SENI SISWI (MISS) NUR IZZATI NAJWA BINTI KAJAHMOHIDEEN A144704 HHHC 9201 KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Penganjur: Kelab Srikandi Tempat: Kolej Tun Syed Nasir Tarikh: 19 April – 15 Mei 2014 Tema: Semarak Kasih Budaya Sisiwi Jawatan: Exco Publisiti Kod projek : DNOO285/2014 Tarikh mula merancang: 23 Disember 2013 Tarikh pelaksanaan projek: 19 April – 15 Mei 2014 Tarikh akhir projek: 15 Mei 2014

PENGENALAN Program Malam Inspirasi Seni Siswi (MISS) dianjurkan oleh Kelab Srikandi dengan kerjasama Breast Cancer Welfare Association Malaysia, Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) KTSN serta beberapa kelab lain seperti Badan Agama Dakwah dan Rohani (BADAR), Kelab Kesenian Islam, Kelab Kebudayaan dan Kelab Muzikal. Malam Inspirasi Seni Siswi (MISS) merupakan hasil idea daripada gabungan pelbagai aktiviti anjuran setiap kelab dan persatuan dalam kolej bagi memupuk semangat kerjasama antara kelab dan persatuan. Terdapat 4 pertandingan yang dipertandingkan di bawah program ini iaitu Pertandingan Nasyid, Pertandingan Tilawah Al-Quran, Pertandingan Memasak dan Pertandingan Nyanyian.

MATLAMAT Matlamat program ini adalah untuk melahirkan mahasiswi yang berilmu, berketerampilan malah membentuk modal insan yang berkualiti iaitu mahasiswi yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik serta berkebolehan dalam pelbagai bidang bagi mengharungi arus modenisasi negara.

OBJEKTIF Memantapkan kemahiran kepimpinan mahasiswi KTSN dalam mengendalikan sesuatu program. Menghubungkan pelbagai kaum dan mengenali kebudayaan masing-masing serta merapatkan hubungan silaturrahim antara mahasiswi Kolej Tun Syed Nasir. Menanam semangat perpaduan, saling bekerjasama, bertoleransi, berdisiplin, dan semangat kekitaan antara mahasiswi KTSN. Mencungkil bakat yang terpendam dalam kalangan mahasiswi KTSN. Untuk memenuhi kesemua lapan aspek hasil pembelajaran yang telah digariskan untuk semua mahasiswa-mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia. Memberi kesedaran tentang penyakit barah payudara dan kepentingan menjaga kesihatan dengan mengadakan pameran. Mengumpulkan sumbangan untuk pusat barah payudara yang terlibat sebagai satu bentuk bantuan dan sokongan terhadap mereka.

PERANCANGAN PROJEK

TANGGUNGJAWAB Saya menghadiri perjumpaan-perjumpaan yang diadakan untuk mendapatkan informasi-informasi yang penting berkenaan dengan program ini. Saya juga ditugaskan untuk membuat poster untuk setiap pertandingan yang dipertandingkan. Saya juga perlu membuat banner untuk Malam Inspirasi Seni Siswi. Selain itu, saya berhubung dengan media (FB) untuk menghebahkan kepada orang ramai mengenai program ini. Malah, saya turut mengedarkan poster mini dari bilik ke bilik.

MASALAH DAN PENYELESAIAN Program ini terpaksa ditunda beberapa kali kerana berlaku pertembungan tarikh dengan program lain. Mesyuarat dilakukan dan satu tarikh yang membolehkan ramai mahasiswi hadir telah dikenal pasti dan dipilih. Kurang kerjasama dari AJK yang telah ditugaskan. AJK yang terlibat telah diberi teguran supaya memberikan kerjasama. Program ini kurang mendapat sambutan dari mahasiswi Kolej Tun Syed Nasir Setiap exco telah ditugaskan untuk mencari peserta dan menghebahkan poster di laman sosial Facebook agar dapat menarik lebih ramai peserta

MINIT MESYUARAT TARIKH AKTIVITI 27/2/2014 Mesyuarat pertama 11/3/2014 Menghadiri mesyuarat Membentangkan poster yang telah direka 25/3/2014 Membentangkan poster-poster untuk setiap pertandingan 14/4/2014 17/4/2014 19/4/2014 Pertandingan Nasyid dan Tilawah al-Quran 25/4/2014 Bersama-sama ahli organisasi lain mengemas tempat untuk pertandingan nyanyian yang akan dijalankan 26/4/2014 Pertandingan Nyanyian 3/5/2014 8/5/2014 Mengedarkan flyers untuk pertandingan memasak dan pameran Breast Cancer Association Mengemaskini poster pertandingan memasak dan menghebahkan melalui Facebook 11/5/2014 Pertandingan memasak 15/5/2014 Malam Inspirasi Seni Siswi

Gambar ketika sedang bermesyuarat

PELAKSANAAN PROJEK

Terdapat 4 pertandingan di bawah program Malam Inspirasi Seni Siswi iaitu: Pertandingan Tilawah Al-Quran Pertandingan Nasyid Pertandingan Nyanyian Pertandingan Memasak Peserta – peserta yang menjadi pemenang untuk setiap pertandingan akan membuat persembahan pada Malam Inspirasi Seni Siswi.

Poster – poster pertandingan telah dihebahkan melalui laman sosial Facebook lebih awal. Berpeluang berkomunikasi dengan mahasiswi yang berminat untuk menyertai pertandingan – pertandingan yang dianjurkan. Bekerjasama dengan AJK dan exco untuk menampal poster – poster di blok – blok pelajar.

Pertandingan Nasyid dan Tilawah Al-Quran Kedua-dua pertandingan ini telah diadakan pada 19 April 2014. Bekerjasama dengan exco lain untuk menyiapkan tempat pertandingan pada sebelah petang. Terdapat 6 peserta yang bertanding untuk Pertandingan Tilawah Al-Quran dan 4 kumpulan yang bertanding untuk Pertandingan Nasyid. Seorang peserta dari Pertandingan Tilawah al- Quran dan sebuah kumpulan yang menyertai Pertandingan Nasyid telah dipilih dari sebagai pemenang oleh juri.

Poster untuk Pertandingan Nasyid dan Tilawah Al - Quran

Pertandingan Nyanyian Diadakan pada 26 April 2014. Dalam pertandingan ini, Kelab Srikandi telah bekerjasama dengan Kelab Muzikal. Sehari sebelum pertandingan, perjumpaan telah diadakan dan masalah – masalah yang berbangkit telah disuarakan. Exco – exco telah memberikan buah fikiran untuk menyelesaikan masalah – masalah yang timbul. Saya membantu persiapan tempat selepas perjumpaan. Disertai oleh 7 peserta yang terdiri dari solo dan duet. hanya seorang peserta yang telah dipilih oleh juri untuk membuat persembahan pada Malam Inspirasi Seni Siswi.

Poster bagi Pertandingan Nyanyian

Pertandingan Memasak Diadakan pada 11 Mei 2014. 3 kumpulan telah menyertai pertandingan ini. Hanya sebuah kumpulan sahaja yang telah dipilih sebagai pemenang. Melalui program ini, Kelab Srikandi bekerjasama dengan Breast Cancer Welfare Association. Breast Cancer Welfare Association telah dijemput untuk memberi ceramah kepada mahasiswi Kolej Tun Syed Nasir berkenaan kanser payudara. ‘Flyers’ berkenaan program ini telah diedarkan kepada mahasiswi beberapa hari sebelum hari kejadian. selepas selesainya pertandingan, semua exco bekerjasama dan membantu mengemas tempat dan peralatan yang telah digunakan.  

Poster bagi Pertandingan Memasak

Breast Cancer Welfare Association yang telah dijemput untuk memberi ceramah mengenai kanser payudara

Malam Inspirasi Seni Siswi diadakan pada 15 Mei 2014. Peserta – peserta yang memenangi Pertandingan Tilawah Al-Quran, Nasyid dan Nyanyian dapat membuat persembahan pada malam ini. Raptai untuk majlis ini telah diadakan beberapa kali dan exco – exco memberikan kerjasama memastikan program ini berjalan lancar. Saya ditugaskan untuk menjaga bahagian pendaftaran untuk penonton dan peserta yang hadir.

Saya (duduk, dua dari kiri) bersama – sama dengan exco lain bergambar bersama setelah selesai majlis

Persembahan silat dari ahli kumpulan Silat Cekak Hanafi

Kelemahan Tarikh asal terpaksa dianjakkan ke tarikh lain kerana berlaku pertembungan tarikh dengan program lain. Exco tidak selalu dapat menghadirkan diri sewaktu berlangsungnya mesyuarat. Terpaksa mengedit kembali poster kerana pertukaran tarikh dan tempat. Kurang komunikasi antara exco-exco lain.

Kekuatan Semua ahli organisasi telah berjaya melakukan kerja masing-masing dengan jayanya. Program berjalan dengan jayanya walaupun terdapat beberapa halangan. Dapat mengeratkan hubungan antara siswi-siswi KTSN.

Cadangan Penambahbaikan Mengharapkan agar program ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Memilih dan mengesahkan tarikh lebih awal supaya tidak berlaku pertembungan tarikh dengan program lain. Berharap agar lebih ramai penyertaan dari para pelajar untuk program seperti ini.

Hasil Pembelajaran Komunikasi lisan   Saya telah belajar untuk berkomunikasi dengan pelbagai pihak seperti pengetua kolej, pengarah dan juga rakan - rakan. Contohnya, apabila saya berkomunikasi dengan Timbalan Pengetua Kolej, saya perlu untuk menggunakan bahasa yang sopan dan panggilan yang betul terhadap beliau. Selain itu, ketika mengedarkan poster mini juga, saya telah berkomunikasi dengan rakan – rakan dengan cara menyampaikan maklumat mengenai program ini kepada mereka.

Komunikasi berkumpulan   Melalui setiap mesyuarat yang diadakan, saya dapat membaiki kemahiran komunikasi saya. Hal ini kerana, dalam setiap perjumpaan setiap exco perlu berkomunikasi antara satu sama lain untuk membincangkan gerak kerja yang dilakukan untuk mengelakkan masalah timbul. Selain itu, saya juga turut berkomunikasi dengan memberi arahan kepada AJK yang telah ditugaskan di bawah kendalian saya.

Video ini adalah salah satu perjumpaan yang saya hadiri

Komunikasi berasaskan teknologi   Saya telah menghasilkan poster dan berkongsi poster itu di laman sosial Facebook. Malah saya turut berkongsi maklumat mengenai program yang dijalankan. Saya turut menggunakan laman sosial Facebook untuk berinteraksi dengan exco –exco yang lain.

Saya berkomunikasi dengan peserta melalui Facebook

Saya telah menggunakan laman sosial Facebook untuk menghebahkan mengenai pertandingan-pertandingan yang dianjurkan https://www.facebook.com/photo.php?fbid=537318143054068&set=a.107836726002214.7850.100003276613087&type=1&theater

Kesimpulan Pelbagai perkara yang telah saya pelajari melalui kursus ini. Antaranya ialah cara – cara bagaimana kita boleh berkomunikasi dengan orang lain. Kita boleh menggunakan komunikasi lisan atau bukan lisan. Malah kita juga boleh menggunakan teknologi seperti blog, Twitter dan Facebook sebagai medium komunikasi dengan orang lain. Program ini juga telah mengajar saya pelbagai perkara. Contohnya, saya dapat mempraktikkan kemahiran komunikasi yang betul. Kemahiran komunikasi amat penting lebih - lebih lagi apabila berurusan dengan pihak yang mempunyai pangkat yang lebih tinggi. Saya perlu menggunakan panggilan yang betul agar tidak memperkecilkan mereka. Kemahiran komunikasi ini amat penting. Tambahan lagi apabila memasuki alam pekerjaan kelak. Malah kemahiran ini turut digunakan dalam kehidupan seharian. Justeru, kemahiran yang saya pelajari ini akan saya praktikkan agar dapat menjadi mahasiswi yang lebih baik.  

Surat kelulusan JPPEL

Sekian, terima kasih