SESUAI UNTUK TAHUN 4 BAIK UNTUK TAHUN 5 CEMERLANG UNTUK TAHUN 6

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
Raja Pertapa Mereka menceritakan padaku bahwa di sebuah hutan yang dikelilingi gunung-gunung hiduplah seorang pemuda dalam kesunyian. Dulu ia adalah raja.
Advertisements

TAAT DAN PATUH KEPADA ORANG TUA
Lesson 7 for May 16, Allah sebagai pribadi, nyata, penuh kasih dan peduli seperti seorang ayah (yang sempurna). Bapa kita Allah itu kudus dan.
K E P I M P I N A N Pemimpin ialah orang yang pimpin - pandu - bimbing
Nor Asiah Ismail Jenis ayat.
6/19/ :43 AM SUMUR IMPIAN MEMPERSEMBAHKAN TANDA BACA.
Analisa buku katak hendak menjadi lembu
MODUL SBC TANDA BACA BM 011.
TERAJU KEJAYAAN BAHASA MELAYU UPSR KERTAS KERTAS SELAMAT BERTEMU.
DISEDIAKAN OLEH NURUL UMAIRAH BINTI MOHAMAD DI
Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTINAMA dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN. a) Kata Nama Am ( Betul atau.
Dialog/ Wawancara PANDUAN RINGKAS:
BAHASA MELAYU SPM PERIBAHASA.
E-mel Rasmi Jenis-jenis Emel Bentuk E-mel Rasmi Membina Pengenalan
Kumpulan 11 SALASILAH KELUARGA.
PENGGUNAAN KATA / UNGKAPAN KHUSUS DI DALAM SURAT RASMI
TUGASAN BMM 3105 MASUK NAMA : NADHIRAH BINTI MOHD ZAIN
SEJARAH TAHUN 5 TAJUK 1: WARISAN NEGARA KITA
PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN
HIKAYAT MERONGMAHAWANGSA
GELANGGANG TUK WALI Oleh Ismail Kassan.
PERINTAH AM BAB ‘C’ JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
PERKONGSIAN PINTAR AKADEMIK BAHASA MELAYU PEMAHAMAN
WARISAN KESULTANAN MELAYU
Ayat Susunan Biasa dan Ayat Songsang
PERKONGSIAN PINTAR AKADEMIK BAHASA MELAYU PENULISAN
CERPEN : PUSARAN.
BAHASA MELAYU TAHUN 4 DELIMA
Kesalahan Umum Tatabahasa
Dialog 3.Dorongan Ibu 4.Berbudi Kepada Tanah 2.Tokoh Kanak-Kanak
PROSA TRADISIONAL HIKAYAT INDERA NATA.
SISTEM PENTADBIRAN KELANTAN SEBELUM KEDATANGAN BRITISH
Komunikasi Lisan.
Bab 7.
Bahasa Melayu klasik : Sejarah Melayu- Kuliah 5
Sub Modul Keberadaan Guru
ADAB TINGKATAN 1 ADAB BERGURU.
PERKONGSIAN PINTAR AKADEMIK BAHASA MELAYU PENULISAN
PENYAJIAN LISAN DAN TULISAN
BAHASA MELAYU TAHUN 3 Tajuk: Negeri Melaka
PENGGUNAAN ICT/TMK BAGI PEMBELAJARAN TUTORIAL BAHASA MELAYU : UPSR
Tatabahasa (6) – Frasa Nama
Ayat Songsang - ialah susunan ayat yang predikatnya telah dikedepankan, iaitu mendahului subjek. - Tujuan membawa bahagian predikat ke hadapan ayat adalah.
AWAK KENA INGAT BAIK-BAIK ..AAR!! AGAMA TANPA ILMU ADALAH BUTA, ILMU TANPA AGAMA ADALAH LUMPUH….
Inovasi Guru Cemerlang B/Melayu
Cakap Ajuk dan Cakap Pindah.
كان لأمي عين واحدة... وقد كرهتها... لأنها كانت تسبب لي الإحراج.
SEJARAH TAHUN 4 TAJUK 5 : TOKOH-TOKOH TERBILANG KESULTANAN MELAYU
PEJABAT PELAJARAN DAERAH
Inovasi Guru Cemerlang Bahasa Melayu
LAPORAN Nama : ASRINA BINTI ROSLAN No. Matrik : A149244
GELANGGANG TUK WALI Oleh Ismail Kassan.
Tatabahasa ( 11 ) - Imbuhan Awalan
Inovasi Guru Cemerlang B/Melayu
Tatabahasa (8) – Jenis-Jenis Ayat
SELAGI MEREKA MASIH BERNYAWA
KEIBUBAPAAN DAN ANAK REMAJA
MENCARI RAHMAT RAMADHAN
PERKONGSIAN PINTAR AKADEMIK
MODUL SBC PAKEJ UPSR.
SESUAI UNTUK TAHUN 4 BAIK UNTUK TAHUN 5 CEMERLANG UNTUK TAHUN 6
KLON UPSR MODUL SBC TATABAHASA TERKINI.
Inovasi Guru Cemerlang B/Melayu
MEMBINA JAWAPAN MODUL SBC PAKEJ UPSR.
SESUAI UNTUK TAHUN 4 BAIK UNTUK TAHUN 5 CEMERLANG UNTUK TAHUN 6
CUBA FIKIRKAN SEJENAK …
SESUAI UNTUK TAHUN 4 BAIK UNTUK TAHUN 5 CEMERLANG UNTUK TAHUN 6
Inovasi Guru Cemerlang B/Melayu
MENENTUKAN SOALAN MODUL SBC PAKEJ UPSR.
Transcript presentasi:

SESUAI UNTUK TAHUN 4 BAIK UNTUK TAHUN 5 CEMERLANG UNTUK TAHUN 6 SBC E-PEMBELAJARAN

E-PEMBELAJARAN KATA GANTI NAMA DIRI Kata ganti nama diri : Kata yang digunakan untuk menggantikan nama manusia. Kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga jenis. (a). Kata ganti nama diri pertama (b). Kata ganti nama diri kedua (c). Kata ganti nama diri ketiga

Pemahaman : Pengetahuan : Aplikasi KLINIK SBC MEMPERSEMBAHKAN ARAS SOALAN - 60 : 40 Pemahaman : Pengetahuan : Aplikasi KATA GANTI NAMA DIRI

KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA PENEROKAAN PINTAR KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA KLINIK MINDA BESTARI

KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA TUNGGAL aku, saya, beta, patik, hamba, daku JAMAK kami, kita

KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA Aku : Merujuk diri sendiri apabila bercakap dengan sahabat yang rapat atau dengan Tuhan. “Aku akan belajar bersungguh-sungguh,” kata Nurliyana Husna kepada sahabatnya. Aku memohon keampunan dan hidayah daripada-Mu.

KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA Saya : Merujuk diri sendiri apabila bercakap dengan kenalan baru, orang tua, atau dalam suasana rasmi. “Nama saya Muhammad Syahmi,” murid baru itu memperkenalkan diri. “Saya berbangga dengan kejayaan kamu dalam pertandingan itu,” kata guru besar.

KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA Hamba : Merujuk diri sendiri, bahasa yang digunakan oleh orang pada zaman dahulu atau bahasa klasik. “Hamba ingin menumpang berteduh di sini,” kata pengembara itu. “Tuan hamba hendak ke mana?” tanya Badik kepada Demang.

KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA Patik : Digunakan oleh rakyat jelata apabila bercakap dengan raja atau kerabat diraja. “Patik akan berusaha untuk mendapatkan Puteri Gunung Ledang,” kata Hang Tuah. “Patik berasal dari kampung seberang,” kata Damak kepada Tok Penghulu.

KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA Beta : Digunakan oleh raja atau kerabat diraja ketika bertitah kepada rakyat jelata. “Beta berbangga dengan ketaatsetiaan yang kamu tunjukkan”, titah Raja Haji. “Beta akan berangkat ke luar negara pada minggu depan,” titah Sultan Kelantan.

KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA Daku : Merujuk diri sendiri, kebiasaannya digunakan dalam penulisan cerita. Mereka memang hendak menangkap dan menyerang daku. “Akhirnya engkau bersependapat dengan daku, kata Munir kepada Salehhudin.

KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA Kami : Merujuk diri orang yang berkata serta beberapa orang lain apabila berkomunikasi atau bercakap dengan orang kedua. “Jemputlah singgah ke rumah kami,” kata Aizad dan isterinya kepada Narimah. “Kami berada di kelas yang sama,” kata Jenny dan Devan kepada Eugene.

KATA GANTI NAMA DIRI PERTAMA Kita : Merujuk diri orang yang bercakap, termasuk orang yang diajak bercakap. “Kita mesti menghormati guru,” kata Dina kepada adik-adiknya. “Jika kita berpecah-belah, musuh mudah mengalahkan kita,” kata Tok Penghulu kepada anak-anak buahnya.

KATA GANTI NAMA DIRI KEDUA PENEROKAAN PINTAR KATA GANTI NAMA DIRI KEDUA KLINIK MINDA BESTARI

KATA GANTI NAMA DIRI KEDUA TUNGGAL awak, anda, engkau, kamu, tuan hamba, tuanku JAMAK kalian, kamu

KATA GANTI NAMA DIRI KEDUA Awak : Digunakan apabila bercakap dengan sahabat karib, orang atasan kepada orang bawahan, dan pasangan suami isteri. “Hadiah ini untuk awak,” kata Nurfadhilah kepada Muhammad Anwar. “Saya hendak awak aturkan temu janji dengan Tan Sri Kamal,” kata Dato’ Muaid.

KATA GANTI NAMA DIRI KEDUA Anda : Digunakan untuk diri orang keadua apabila tidak ada di hadapan kita, misalnya dalam surat-menyurat atau rakan sebaya. Jauhilah diri anda dari gejala lepak dan salah guna dadah. Semoga anda sekeluarga dalam keadaan sihat sejahtera.

KATA GANTI NAMA DIRI KEDUA Engkau: Digunakan untuk menggantikan diri orang yang rapat hubungannya dengan kita atau apabila berdoa kepada Tuhan. “Nur Shafiqah, engkau ada pensil lebih?” tanya Nurul Nadia. Ya Allah, Engkau berilah petunjuk dan hidayah kepadaku.

KATA GANTI NAMA DIRI KEDUA Kamu : Digunakan apabila bercakap dengan orang yang rapat hubungannya dengan kita, misalnya dengan rakan sebaya. “Wah, nampaknya kamu sekarang sudah berkereta besar!” kata Lina kepada Jamal. Emak bertanya kepada Syahmi, “Kamu sudah gosok gigi?”

KATA GANTI NAMA DIRI KEDUA Tuan hamba : Digunakan bagi menggantikan diri orang kedua pada zaman dahulu. “Biarlah tuan hamba bermalam di rumah hamba sahaja,” ajak Hang Nadim kepada Hang Jebat. “Tuan hamba mesti banyak berehat,” kata Tun Perak kepada Megat Alang Iskandar.

KATA GANTI NAMA DIRI KEDUA Tuanku : Digunakan ketika bercakap dengan sultan, raja atau kerabat diraja. “Ampun tuaku, hamba datang mengadap,” sembah Bendahara Tun Ali kepada Sultan Manshor Syah. “Benarkah tuanku akan berburu besok?” tanya memanda menteri kepada sultan.

KATA GANTI NAMA DIRI KEDUA Kalian : Digunakan ketika bercakap dengan beberapa orang yang diajak bercakap. “Kalian diminta banyak bersabar,” kata Tuk Iman kepada anak-anak buahnya. “Apa hajat kalian datang ke rumah aku?” Tuai Rumah bertanya kepada lima orang pemuda yang datang ke rumahnya.

KATA GANTI NAMA DIRI KEDUA Kamu : Digunakan juga dalam bentuk jamak, misalnya semasa orang dewasa berhubung dengan orang yang lebih muda umurnya. Puan Siti Zuraina bertanya kepada anak-anaknya, “Kamu sudah bersarapan?” “Wah, kamu nampak lebih bergaya!” kata Encik Saidi kepada ahli Kelab Kembara.

KATA GANTI NAMA DIRI KETIGA PENEROKAAN PINTAR KATA GANTI NAMA DIRI KETIGA KLINIK MINDA BESTARI

KATA GANTI NAMA DIRI KETIGA TUNGGAL dia, ia, beliau, baginda JAMAK mereka

KATA GANTI NAMA DIRI KEATIGA Dia : Digunakan untuk diri orang ketiga yang sama umurnya seperti rakan sebaya dan orang biasa . “Saya tidak berapa pasti ke mana dia pergi pagi tadi,” kata Mak Cik Faridah. “Doktor mengesahkan bahawa dia tidak mengidap apa-apa penyakit berbahaya.

KATA GANTI NAMA DIRI KETIGA Ia : Digunakan dalam penulisan cerita atau dialog dan fugsinya sama seperti dia untuk diri orang ketiga. Ia terpaksa mengundur diri dalam arena politik kerana sudah terlalu uzur. Abdul Mutallib anak yang rajin. Ia selalu membantu ayahnya di kebun.

KATA GANTI NAMA DIRI KETIGA Beliau: Digunakan untuk diri orang ketiga yang dihormati seperti ibu bapa, guru, pemimpin, dan orang yang berpangkat. Beliau telah dilantik sebagai Pengurus di Syarikat Indah Mulia Sendirian Berhad. Encik Zahidi itu kawan baik ayah saya. Beliau bertugas di Bank Islam.

KATA GANTI NAMA DIRI KETIGA Baginda : Digunakan untuk diri orang ketiga sebagai bahasa istana khusus bagi sultan, raja atau kerabat diraja. Baginda merupakan anak tunggal kepada Sultan Iskandar Zulkarnain. Baginda bertitah supaya rakyat jelata mengamalkan tabiat berjimat cermat.

KATA GANTI NAMA DIRI KETIGA Mereka : Digunakan untuk diri orang ketiga yang bilangannya lebih daripada satu. Penduduk Kampung Selabak masih kuat mengamalkan sikap kerjasama. Mereka bergotong-royong membaiki surau. Mereka tekun menjawab soalan Bahasa Melayu Kertas Pemahaman versi PBK.

KATA GANTI NAMA DIRI KETIGA MODUL SBC INTERAKTIF SUNTIKAN IDEA BESTARI

PENEROKAAN PINTAR KATA GANTI NAMA DIRI KLINIK PEMANTAPAN MINDA

INFO PERKONGSIAN PINTAR Beramal ibadatlah, ______ semakin tua,” kata Ustaz Ali kepada para jemaah. saya kita aku kami CUBA TEKA JAWAPANNYA APAKAH JAWAPANNYA kita

INFO PERKONGSIAN PINTAR “Perintah tuanku akan ______ tunaikan,” kata temenggung kepada sultan. beta baginda hamba patik CUBA TEKA JAWAPANNYA APAKAH JAWAPANNYA Patik

INFO PERKONGSIAN PINTAR “Ayah ______ diminta menandatangani surat ini,” kata Cikgu Ramli kepada Azli. anda daku kamu kalian CUBA TEKA JAWAPANNYA APAKAH JAWAPANNYA Kamu

INFO PERKONGSIAN PINTAR “Dari manakah ______ memperoleh benih bunga ini?” Tanya Sukma kepada Aniza. kami kalian awak saya CUBA TEKA JAWAPANNYA APAKAH JAWAPANNYA awak

INFO PERKONGSIAN PINTAR Berkat usaha yang gigih, ______ telah menjadi usahawan yang berjaya. dia beliau kalian mereka CUBA TEKA JAWAPANNYA APAKAH JAWAPANNYA beliau

KATA GANTI NAMA DIRI MODUL SBC INTERAKTIF PENEROKAAN PERTAMA

SOALAN MENGUJI MINDA KATA GANTI NAMA DIRI Uji Minda: Jawab kesemua 10 soalan yang disediakan. Pilihan jawapan ada disediakan pada paparan slaid di sebelah. Sila pilih jawapan yang paling tepat.

PENEROKAAN PINTAR KATA GANTI NAMA DIRI KLINIK MINDA BESTARI

KATA GANTI NAMA DIRI PENEROKAAN PERTAMA E-PEMBELAJARAN

A ITEM UPSR NINE POINT SYSTEM B C D SOALAN 1 Adik Abdul Saini bernama Siti Sanisah. ______ sangat suka minum susu. A Dia ITEM UPSR NINE POINT SYSTEM B Anda C Awak D Beliau

A ITEM UPSR NINE POINT SYSTEM B C D SOALAN 2 Guru besar saya sangat baik. ______ selalu memberikan nasihat yang berguna. A Dia ITEM UPSR NINE POINT SYSTEM B Beliau C Kalian D Baginda

A ITEM UPSR NINE POINT SYSTEM B C D SOALAN 3 Putera ______ akan bersemayam di sebuah singgahsana yang cantik. A beta ITEM UPSR NINE POINT SYSTEM B hamba C patik D baginda

A ITEM UPSR NINE POINT SYSTEM B C D SOALAN 4 Penuhilah masa senggang ______ dengan aktiviti yang baik dan berfaedah. A Dia ITEM UPSR NINE POINT SYSTEM B saya C kamu D beliau

A ITEM UPSR NINE POINT SYSTEM B C D SOALAN 5 “ ______ berdua ialah adik beradik,” kata Roha dan Rozi kepada Rita. A Kami ITEM UPSR NINE POINT SYSTEM B Kamu C Kalian D Beliau

A ITEM UPSR NINE POINT SYSTEM B C D SOALAN 6 “ ______ perlu berhati-hati ketika memandu di lebuh raya,” pesan juruhebah. A Dia ITEM UPSR NINE POINT SYSTEM B Anda C Engkau D Saudara

A ITEM UPSR NINE POINT SYSTEM B C D SOALAN 7 Penjenayah itu telah dibicarakan, ______ didapati bersalah dan dihukum penjara. A Dia ITEM UPSR NINE POINT SYSTEM B Anda C Beliau D Mereka

A ITEM UPSR B NINE POINT SYSTEM C D SOALAN 8 “Daulat ______, sembah ______ yang hina ini harap diampun,” kata Sri Luncai kepada Sultan Mansur Shah. A tuanku ... beta ITEM UPSR B tuanku ... hamba NINE POINT SYSTEM C tuanku ... patik D tuanku ... baginda

A ITEM UPSR B NINE POINT SYSTEM C D SOALAN 9 Ibu bapa banyak berkorban kepada kita. ______ sepatutnya membalas jasa ______. A Mereka ... kita ITEM UPSR B Kita ... beliau NINE POINT SYSTEM C Kamu ... kami D Kamu ... mereka

A ITEM UPSR B NINE POINT SYSTEM C D SOALAN 10 “Apa yang dapat ______ bantu ______?” tanya pegawai itu kepada Puan Zaiton. . A saya ... dia ITEM UPSR B awak ... saya NINE POINT SYSTEM C saya ... awak D anda ... saya

BAGUS! JAWAPAN ANDA TEPAT Modul SBC 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

SALAH ! SILA CUBA LAGI 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

KATA GANTI NAMA DIRI E-PEMBELAJARAN PENEROKAAN KEDUA

PENEROKAAN PINTAR KATA GANTI NAMA DIRI KLINIK MINDA KREATIF

SOALAN KLINIK UPSR KATA GANTI NAMA DIRI Uji Minda: Jawab kesemua 10 soalan yang disediakan. Pilih jawapan yang paling sesuai atau yang paling tepat bagi setiap soalan.

A ITEM UPSR KATA GANTI NAMA DIRI B C D SOALAN 1 Fathiah dan Umarah ialah saudara sepupu, tetapi wajah ______ seiras. A Dia ITEM UPSR KATA GANTI NAMA DIRI B Kami C Beliau D Mereka

A ITEM UPSR KATA GANTI NAMA DIRI B C D SOALAN 2 Saya berharap permohonan ini mendapat perhatian daripada pihak ______. A tuan ITEM UPSR KATA GANTI NAMA DIRI B beliau C mereka D engkau

A ITEM UPSR KATA GANTI NAMA DIRI B C D SOALAN 3 Ahli pelayaran itu menceritakan detik-detik ______ mengharungi lautan seorang diri. A aku ITEM UPSR KATA GANTI NAMA DIRI B saya C kita D beliau

A ITEM UPSR KATA GANTI NAMA DIRI B C D SOALAN 4 Shahila seorang budak yang rajin. ______ selalu menolong ibunya menjaja kuih. A Ia ITEM UPSR KATA GANTI NAMA DIRI B Aku C Saya D Beliau

A ITEM UPSR KATA GANTI NAMA DIRI B C D SOALAN 5 Itulah Swe Mei. ______ ialah anak bongsu dalam keluarga itu,” kata Mei Ling kepada Puan Jasvinder. A Ia ITEM UPSR KATA GANTI NAMA DIRI B Dia C Awak D Beliau

A ITEM UPSR KATA GANTI NAMA DIRI B C D SOALAN 6 “Kalaulah ______ belajar bersungguh-sungguh, tentulah nasibku tidak begini,” keluh Ridzuan sendirian. A dia ITEM UPSR KATA GANTI NAMA DIRI B aku C hamba D patik

A ITEM UPSR KATA GANTI NAMA DIRI B C D SOALAN 7 “______ mesti berhati-hati sewaktu men-jalani aktiviti yang lasak itu,” kata Cikgu Redzuan kepada murid-muridnya. A Kita ITEM UPSR KATA GANTI NAMA DIRI B Kamu C Kami D Mereka

A ITEM UPSR KATA GANTI NAMA DIRI B C D SOALAN 8 “Mengapakah ______ sering mengganggu budak perempuan itu?” tanya Siti Rozlin kepada Safaruddin. A dia ITEM UPSR KATA GANTI NAMA DIRI B kamu C kalian D mereka

A ITEM UPSR KLINIK BESTARI B C D SOALAN 9 “Ampun ______ beribu-ribu ampun, ______ menjunjung perintah,” kata Hang Kasthuri kepada Sultan Iskandar Megat Alam. A tuanku ... hamba ITEM UPSR KLINIK BESTARI B tuanku … patik C beta … hamba D beta … patik

A ITEM UPSR KLINIK BESTARI B C D SOALAN 10 Menteri Besar Perak akan melawat ke desa ini. ______ dan rombongan akan berdialog dengan ______,” kata ketua kampung. A Dia … kamu ITEM UPSR KLINIK BESTARI B Beliau … kamu C Mereka … Kita D Beliau … kalian

BAGUS! JAWAPAN ANDA TEPAT Klinik SBC 1 2 3 4 5 SBC 6 7 8 9 10

SALAH ! SILA CUBA LAGI 1 2 3 4 5 SBC 6 7 8 9 10

PERKONGSIAN PINTAR AKADEMIK P&P SBC INTERAKTIF KATA GANTI NAMA DIRI PAKEJ BESTARI PERKONGSIAN PINTAR AKADEMIK

SEKIAN ADANYA ...