PERUNDANGAN DAN PERLEMBAGAAN
AKTA/PERATURAN BERKAITAN AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971(PINDAAN 2012) PERLEMBAGAAN UKM 2010 AKTA BADAN BERKANUN (TATATERTIB DAN SURCAJ) 2000. [AKTA 605] KAEDAH –KAEDAH UKM (TATATERTIB PELAJAR )1999
AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971 (PINDAAN 2012)
TATAKELAKUAN SECARA UMUM (PERATURAN 3, PERATURAN‐PERATURAN TATATERTIB BADAN‐BADAN BERKANUN) LARANGAN ● SECARA MUTLAK ● BOLEH DIBUAT DENGAN KEBENARAN
TATAKELAKUAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM Peraturan 3(1), Peraturan – Peraturan Tatatertib Badan – Badan Berkanun “3.(1) Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat setianya yang tidak berbelah bahagi kepada Yang di-Pertuan Agong, negara, Kerajaan dan Badan Berkanun.” Pegawai hendaklah sentiasa menjaga, memelihara dan mempertahankan kedaulatan dan maruah negara, hormat dan patuh kepada undang-undang serta sentiasa berusaha untuk berbakti kepada negara. Contoh Pelanggaran Peraturan 3(1)
TATAKELAKUAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM Peraturan 3(2), Peraturan-Peraturan Tatatertib Badan-Badan Berkanun “ 3.(2) Seseorang pegawai tidak boleh— (a) membelakangkan kewajipannya kepada Badan Berkanun demi kepentingan peribadinya; (b) berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan perbadinya bercanggah dengan kewajipannya kepada Badan Berkanun; Contoh Pelanggaran Peraturan 3(2)(a)(b)
TATAKELAKUAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM (sambungan) Dalam menjalankan tugas pegawai dibekalkan dengan kuasa. Ia perlu dikawal bagi mengelakkan— Penyelewengan. – guna wang untuk tujuan peribadi Menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadi. – tuntutan palsu pembelian peralatan pejabat
TATAKELAKUAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM (c) berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa : i) dia telah membiarkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan kewajipannya kepada Badan Berkanun sehingga menjejaskan kebergunaannya sebagai seorang pegawai Badan Berkanun; ii) dia telah menggunakan kedudukannya sebagai seorang pegawai Badan Berkanun awamnya bagi faedahnya sendiri; (d) berkelakuan dengan sedemikian cara sehingga memburukkan atau mencemarkan nama Badan Berkanun; -Contoh pelanggaran Peraturan 3(2)(d)
TATAKELAKUAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM Pegawai Badan Berkanun hendaklah setiap masa menjaga tingkahlaku, perkataan dan perbuatan supaya nama baik Badan Berkanun tidak terjejas. Menjaga tingkahlaku bagi mengelakkan syak wasangka bagi orang awam terhadap kejujuran dan kesungguhan dalam menjalankan tugas dan tindak-tanduk terkawal.
TATAKELAKUAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM 3(2) Seseorang pegawai tidak boleh— (e) Kurang cekap atau kurang berusaha Contoh (f) Tidak jujur atau tidak amanah - Contoh (g) Tidak bertanggungjawab - Contoh
TATAKELAKUAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM 3(2) Seseorang pegawai tidak boleh— membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan apa-apa tuntutan- Contoh (j) Cuai dalam melaksanakan tugas Contoh
LARANGAN MUTLAK (DITEGAH SAMA SEKALI) PER. LARANGAN 6 Menyalahguna Dadah 8 Memberi / Menerima Keraian 10 Menyenggara Taraf Hidup Melebihi Daripada Emolumen Rasmi dan Pendapatan Persendirian yang Sah 11 Meminjam Wang / Menjadi Penjamin kepada peminjam (yang tertakluk bawah kuasa /urusan rasmi) 12 Keterhutangan Kewangan yang Serius 14 Meminjamkan Wang Dengan Bunga 15 Penglibatan Dalam Pasaran Niaga Hadapan 16 Cabutan Bertuah dan Loteri – kecuali maksud kebajikan 17 Menerbit/menulis Buku Berdasarkan Maklumat Terperingkat 19 Menjadi Penyunting dll dalam mana-mana penerbitan sesuatu / Akhbar/Majalah/Jurnal 20 Kegiatan Politik – Kumpulan Pengurusan Tertinggi & Kumpulan Pengurusan Dan Profesional 22 Tidak Hadir Bertugas Tanpa Cuti/Kebenaran/Sebab-Sebab Yang Munasabah
LARANGAN MUTLAK Peraturan 6 – Menyalahguna Dadah Tidak boleh menggunakan / mengambil / menagih dadah berbahaya (kecuali bagi maksud perubatan) Pegawai boleh diambil tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja Perkhidmatan pegawai boleh ditamatkan demi kepentingan awam Bahagian III Akta 605, Seksyen 9
LARANGAN MUTLAK Peraturan 8 – Menerima / Memberi Keraian Tidak boleh menerima / memberi keraian sekiranya : Keraian itu dapat dengan apa-apa cara mempengaruhi urusan rasmi Tidak sejajar dengan Tatakelakuan Peraturan 3. Contoh : Kontraktor meraikan Ketua Jabatan yang menjadi ahli Lembaga Tender [Keraian = Belanja makan, hotel, tambang bercuti dan lain-lain]
LARANGAN MUTLAK Peraturan 10 – Menyenggara taraf hidup melebihi emolumen/pendapatan yang sah Ketua Jabatan hendaklah meminta penjelasan (30 hari) daripada pegawai, jika pegawainya : Menyenggara taraf hidup melebihi emolumen / pendapatan yang sah Menguasai / memiliki sumber kewangan atau harta yang tak seimbang atau tak munasabah dengan emolumen / pendapatan yang sah. Lapor kepada JKTT
LARANGAN MUTLAK Peraturan 11 – Meminjam Wang Tidak boleh, jika : Tertakluk kepada kuasa rasminya Ada urusan rasmi Tinggal / memiliki tanah / menjalankan perniagaan dalam kawasan kuasa rasmi Menjalankan perniagaan memberi pinjam wang Boleh meminjam daripada : Bank – Bercagar / Overdraf Syarikat Insurans – Cagaran Polisi Syarikat Kerjasama – Termasuk kerajaan Syarikat Meminjam – Akta Syarikat Meminjam 1969 Perjanjian Sewa Beli Dengan syarat : Institusi itu tidak secara langsung di bawah kuasa rasminya Tidak membawa skandal awam / menggunakan kedudukan awam utk faedah peribadi Agregat tidak menyebabkan berhutang wang yang serius
LARANGAN MUTLAK Peraturan 12 – Keterhutangan Kewangan Yang Serius Tanggungan hutangnya menyebabkan kesulitan kewangan yang serius, atau Agregat hutang / tanggungan tak bercagar melebihi 6 kali emolumen bulanannya Penghutang penghakiman (judgement debtor) yang tidak menjelaskan bayaran dalam tempoh yang ditetapkan. Bankrap Menjatuhkan reputasi Badan Berkanun
LARANGAN MUTLAK Peraturan 14 – Meminjamkan Wang Tidak boleh meminjamkan wang dengan faedah/bunga Peraturan 15 – Tidak boleh terlibat dalam pasaran niaga hadapan Tidak boleh terlibat dalam pasaran hadapan sebagai pembeli atau penjual, dalam pasaran tempatan atau luar negeri Contoh : Terlibat dalam pasaran komoditi/ pasaran hadapan
LARANGAN MUTLAK Peraturan 16 – Cabutan Bertuah dan Loteri Kecuali bagi maksud kebajikan Peraturan 17 – Penerbitan /Menulis Buku Tidak boleh menerbitkan atau menulis buku, makalah atau lain-lain karya berdasarkan maklumat rasmi terperingkat
LARANGAN MUTLAK Peraturan 19 – Penyunting Dll Dalam Penerbitan Mana- Mana Akhbar / Majalah / Jurnal Tidak boleh menjadi penyunting akhbar/majalah/jurnal kecuali penerbitan : Jabatan Profesional Pertubuhan sukarela yang tidak bercorak politik Yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Contoh : Menjadi penyunting akhbar mana-mana parti politik
LARANGAN MUTLAK Peraturan 20 – Kegiatan Politik Pegawai Pengurusan Tertinggi & Kumpulan Pengurusan dan Profesional dilarang mengambil bahagian aktif dalam politik atau memakai lambang parti politik Tidak boleh : Membuat pernyataan menyebelahi mana-mana parti politik Menerbit/mengedar buku/artikel/risalah mengenai politik Merayu undi – sokong mana-mana pemilihan calon Agen pilihanraya tempat mengundi Bertanding apa-apa jawatan Memegang jawatan
LARANGAN MUTLAK Peraturan 22 – Tidak hadir bertugas Tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah boleh diambil tindakan tatatertib ‘Tidak hadir’ termasuk tidak hadir bagi apa-apa jua tempoh masa pada masa dan tempat pegawai itu dikehendaki hadir bagi pelaksanaan tugas- tugasnya. Contoh-Contoh
LARANGAN MUTLAK Gangguan Seksual Dilarang melakukan gangguan seksual iaitu Cubaan merapati / meminta layanan seksual; atau Melakukan perbuatan bersifat seksual menyebabkan seseorang yang waras tersinggung, terhina atau terugut
LARANGAN YANG BOLEH DIBUAT DENGAN KEBENARAN PER. JENIS LARANGAN KUASA MEMBERI KEBENARAN 4 Pekerjaan Luar Naib Canselor 5 Pakaian LPU 7 Hadiah Ketua Jabatan 9 Pemunyaan Harta Jawatankuasa Tatatertib 18 Pernyataan Awam Menteri 21 Kegiatan Politik Kumpulan Sokongan Cuti Sebelum Bersara
LARANGAN DENGAN KEBENARAN Peraturan 4 – Pekerjaan Luar Tidak boleh melakukan kerja luar, kecuali : Dikehendaki/Diberi kuasa oleh Ketua Jabatan (Naib Canselor)yang dianggap tugas rasmi dan honorarium ditentukan oleh Ketua Pengarah Bagi faedah dirinya/saudara-mara/badan yang bukan mencari keuntungan dengan kebenaran Ketua Jabatan
LARANGAN DENGAN KEBENARAN Peraturan 4 – Pekerjaan Luar (sambungan) Dengan Syarat Aktiviti /Perkhidmatan : Di luar waktu pejabat /tugas rasmi Tidak menjejaskan kegunaannya sebagai pegawai Badan Berkanun Tidak bercanggah dengan kepentingan Badan Berkanun Contoh
LARANGAN DENGAN KEBENARAN Peraturan 5 – Pakaian Semasa bertugas hendaklah sentiasa berpakaian dengan sepatutnya yang ditentukan oleh Kerajaan melalui arahan yang dikeluarkan oleh Lembaga Cth – berpakaian menjolok mata
LARANGAN DENGAN KEBENARAN Peraturan 7 – Hadiah Pegawai dilarang memberi/menerima hadiah jika : Ada kena-mengena dengan pelaksanaan tugas Bentuk, amaun atau nilai hadiah itu tidak sepadan dengan maksud hadiah Kebenaran Ketua Jabatan perlu diperolehi, jika : Pegawai meragui tentang bentuk, amaun atau nilai hadiah Penerimaan hadiah sukar ditolak
LARANGAN DENGAN KEBENARAN Peraturan 7 – Hadiah (sambungan) Ketua Jabatan boleh memberi kebenaran sekiranya : Pegawainya menerima surat pujian sempena persaraan/pertukaran Pungutan di kalangan kakitangan bagi maksud hadiah sempena persaraan/pertukaran perkahwinan pegawainya.
LARANGAN DENGAN KEBENARAN Peraturan 9 – Pemunyaan Harta Pegawai hendaklah isytihar secara bertulis segala harta yang dipunyainya/isteri/anak2 Laporan harta : Pada tarikh dilantik Pada bila-bila masa dikehendaki oleh Kerajaan Memperolehi harta baru Pelupusan
LARANGAN DENGAN KEBENARAN Peraturan 18 – Pernyataan Awam Tidak boleh kecuali mendapat kebenaran Menteri yang berkenaan Contoh : Ceramah yang memburukkan Pentadbiran Kerajaan
LARANGAN DENGAN KEBENARAN Peraturan 20 – Kegiatan politik pegawai Kumpulan Sokongan Kumpulan Sokongan boleh dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa parti politik setelah mendapat kebenaran secara bertulis daripada Lembaga Cuti sebelum bersara Semua kumpulan Dengan kebenaran
TUGAS KAWALAN DAN PENGAWASAN TATATERTIB . 21(1) Adalah menjadi tanggungjawab tiap-tiap pegawai untuk menjalankan kawalan dan pengawasan tatatertib ke atas pegawai bawahannya dan mengambil tindakan yang sesuai dengan seberapa segera yang mungkin bagi apa-apa pelanggaran mana- mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini. (2) Disifatkan cuai jika dalam melaksanakan tugas dan tidak bertanggngjawab dan boleh dikenakan tindakan tatatertib jika tidak jalankan kawalan dan pengawasan
HUKUMAN TATATERTIB
HUKUMAN TATATERTIB Pihak Berkuasa Tatatertib boleh mengenakan mana- mana satu hukuman atau Apa-apa kombinasi dari dua atau lebih daripada dua hukuman tatatertib Jawatankuasa Tatatertib diberi budibicara seluasnya untuk menimbang hukuman sesuai dengan kesalahan yang dilakukan Setiap kes diputuskan atas “Merit” sesuatu kes
JENIS – JENIS HUKUMAN TATATERTIB PERATURAN 40 - 7 jenis hukuman tatatertib
PELAKSANAAN HUKUMAN TATATERTIB Peraturan 40 (a) – Amaran Hukuman amaran membawa maksud pegawai didapati bersalah dan mengingatkannya bahawa hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika ia mengulangi kesalahan.
PELAKSANAAN HUKUMAN TATATERTIB Peraturan 40 (b) – Denda Had Denda 41 (2) - Pada sesuatu masa tidak boleh melebihi daripada 7 hari emolumen 41 (3) – Jika dikenakan lebih sekali dalam satu bulan tidak boleh lebih 45% daripada emolumen bulanannya 41(6) - Dipotong daripada emolumen bulanan dan dibayar ke dalam hasil Badan Berkanun berkenaan.
PELAKSANAAN HUKUMAN TATATERTIB Peraturan 40 (c) – Lucuthak Emolumen 41 (4) Had Lucuthak Emolumen Jika dikenakan bagi kes tidak hadir bertugas Hendaklah dikira tempoh sebenar pegawai tidak hadir; atau Budi bicara JKTT Dipotong daripada emolumen bulanan
PELAKSANAAN HUKUMAN TATATERTIB PER. PERKARA CARA PELAKSANAAN 42(1) Tempoh 3, 6, 9 atau 12 bulan 42(2) Kuatkuasa Pada tarikh ulang tahun pergerakan gaji berikutnya 42(3) Dalam Tempoh Hukuman Pegawai tidak berhak menerima pergerakan gaji 42(4) Tarikh Pergerakan Gaji Berubah kepada tarikh pergerakan gaji paling hampir selepas habis tempoh hukuman Hendaklah kekal pada tarikh yang diubah 4. Peraturan 40 (d) – Penangguhan Pergerakan Gaji
PELAKSANAAN HUKUMAN TATATERTIB Peraturan 40 (e) – Turun Gaji PER. PERKARA CARA PELAKSANAAN 43(1)(a) Turun Gaji Secara mendatar dalam peringkat yang sama/ pergerakan gaji adalah bersamaan amaun satu kenaikan gaji tahunan daripada gaji hakiki (Perintah Badan2 Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) (Pindaan Jadual kedua) 2015. 43(1)(b) Tidak melebihi 3 pergerakan gaji 43(1)(c) Tempoh Antara 12 bulan hingga 36 bulan 43(2) Kuatkuasa Tarikh yang ditetapkan oleh JKTT 43(3) Tarikh Pergerakan Gaji Berubah kepada tarikh berikutnya selepas habis tempoh hukuman 43(4) Dalam Tempoh Hukuman Pegawai tidak boleh menerima pergerakan gaji
PELAKSANAAN HUKUMAN TATATERTIB Peraturan 40 (f) – Turun Pangkat PER. PERKARA CARA PELAKSANAAN 44(a) Turun Gred Menurunkan gred seseorang pegawai kepada gred yang lebih rendah dalam Skim Perkhidmatan yang sama /gaji pegawai perlu dikurangkan terlebih dahulu sebanyak 1 (satu)kenaikan gaji di gred lama dan jumlah berkenaan menjadi gaji pegawai di gred TP. 44(b) PenetapanGaji Matagaji diletakkan dalam jadual gaji gred yang diturunkan yang lebih rendah dan berhampiran dengan gaji akhir yang diterima sebelum diturunkan pangkat. Jika gaji pegawai selepas ditolak 1(satu) kenaikan adalah lebih tinggi dari gaji maksimum di gred TP– gaji maksimum di gred TP jadi gaji pegawai/jika lebih rendah daripada gaji minimum di gred TP, gaji minimum di gred TP menjadi gaji pegawai.
KESAN HUKUMAN TATATERTIB
KESAN HUKUMAN TATATERTIB Dasar Kenaikan Pangkat Bagi Pegawai Yang Menerima Hukuman Tatatertib (Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 4/1990) HUKUMAN TEMPOH TIDAK LAYAK DINAIKKAN PANGKAT AMARAN 6 BULAN DENDA 12 BULAN LUCUKHAK EMOLUMEN 18 BULAN TANGGUH PERGERAKAN GAJI 30 BULAN TURUN GAJI 36 BULAN TURUN PANGKAT 48 BULAN
KESAN HUKUMAN TATATERTIB Bonus Tahunan (Pekeliling Perkhidmatan Bil. 12/2012) Pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib selain daripada hukuman amaran dalam tahun berkenaan tidak layak menerima bonus tahunan; Pegawai Yang Ditangguhkan Pemberian Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi Pegawai yang ditahan kerja, digantung kerja atau surat pertuduhan telahdikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib, ditangguhkan pemberian Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi. Pegawai hanya layak dibayar Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi sekiranya Pihak Berkuasa Tatatertib mendapati pegawai tersebut tidak bersalah atau pegawai hanya dikenakan hukuman amaran.
KESAN HUKUMAN TATATERTIB Pergerakan Gaji Tahunan Pegawai yang dikenakan hukuman seperti berikut : Tangguh Pergerakan Gaji Turun Gaji Turun Pangkat
KESAN HUKUMAN TATATERTIB PERSARAAN Ditangguhkan hingga proses tatatertib/hukuman selesai (selain hukuman buang kerja) Tidak layak mendapat sebarang faedah persaraan (buang kerja)
RAYUAN TATATERTIB
RAYUAN TATATERTIB Seseorang pegawai yang telah dikenakan hukuman tatatertib boleh membuat rayuan kepada Jawatankuasa Rayuan Tatatertib (JKRTT) dalam tempoh 14 hari keputusan JKTT diterima oleh pegawai. JKRTT yang dimaksudkan ialah yang ditubuhkan oleh sesuatu Badan Berkanun di bawah Peraturan 12 Jadual Ketiga Akta 605
RAYUAN TATATERTIB Ketua Jabatan apabila menerima rayuan pegawai hendaklah membuat ulasan ke atas rayuan pegawai dan kemukakan kepada JKTT. Pengerusi JKTT setelah menerima rayuan dan ulasan Ketua Jabatan hendaklah menyediakan alasan-alasan bagaimana JKTT telah mencapai keputusan. Dokumen ini kemudiannya dikemukakan kepada JKRTT dalam tempoh 30 hari dari tarikh rayuan diterima.
BIDANGKUASA JAWATANKUASA RAYUAN TATATERTIB Menghantar balik kes kepada JKTT untuk ditimbang semula; Mengesahkan keputusan JKTT; Mengesahkan keputusan JKTT tentang salahlaku perayu tetapi mengubah hukuman kepada hukuman yang lebih ringan; Mengakaskan keputusan dan hukuman JKTT dan membebaskan perayu. KEPUTUSAN JKRTT ADALAH MUKTAMAD DAN KEPUTUSAN AKAN DIBERITAHU KEPADA PERAYU SEBERAPA SEGERA
SEKIAN…