WARISAN KESULTANAN MELAYU

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU
Advertisements

PERJANJIAN AQABAH.
Perlembagaan Malaysia dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia
Disediakan oleh: Kumpulan 3
Disediakan oleh: Nurul Fatin Afifah binti Mohd A’Azmi 5 Ummu Habibah
DISEDIAKAN OLEH NURUL UMAIRAH BINTI MOHAMAD DI
Disediakan oleh: Nurul Fatin Afifah binti Mohd A’Azmi 5 Ummu Habibah
Konsep negara bangsa dalam sistem politik Melayu tradisional
KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU
SISTEM DAN STRUKTUR PENTADBIRAN NEGARA
SISTEM STRUKTUR PEMERINTAHAN / PENTADBIRAN
BAB DUA Dasar Campur Tangan British di Negeri-negeri Melayu
BAB 4: PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA
SEJARAH TAHUN 5 TAJUK 1: WARISAN NEGARA KITA
KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA
BAB 1 PENGENALAN KEPADA KENEGARAAN MALAYSIA
TAJUK PEMBELAJARAN BAB 6: KEMEROSOTAN DAN KEJATUHAN MELAKA.
TAJUK PEMBELAJARAN BAB 6: KEMEROSOTAN DAN KEJATUHAN MELAKA.
Topik 3 Sistem pemerintahan dan pentadbiran (Minggu 7 – Minggu 9)
Sistem& Struktur Pemerintahan
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DAN HUBUNGAN ETNIK
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM
DSKP SEJARAH.
ASAL-USUL BAHASA MELAYU
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
KUMPULAN 5 BUNGA RAYA.
Bab 7.
BAB 3 : KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA
RAJA BERPERLEMBAGAAN PENGENALAN KESEIMBANGAN
KULIAH 4 SISTEM PEMERINTAHAN I: PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA
RAJA BERPERLEMBAGAAN.
LAMBANG-LAMBANG NEGARA
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
BAB 8 PERLEMBAGAAN MALAYSIA
DEMOKRASI BERPARLIMEN
TOPIK 1 PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA
Pengasasan kesultanan melayu melaka
7.4 SHARIF MASAHOR WIRA SARAWAK
MALAYAN UNION Usaha British untuk menghapuskan negara dan bangsa yang dibina sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka Sebelum ini British menerima : 1)Negeri.
RAJA BERPERLEMBAGAAN.
KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA
SISTEM PEMERINTAHAN II: RAJA BERPERLEMBAGAAN DATIN DR. SARVINDER KAUR
Dalam Perlembagaan Malaysia
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA
PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA YANG MERDEKA
Pembangunan Politik Dalam Konteks Hubungan Etnik Di Malaysia
HUKUM ADAT MAKSUD.
KERAJAAN ISLAM DI MADINAH
PERLEMBAGAAN MALAYSIA MGD 2113
PENTADBIRAN NEGERI DAN KERAJAAN TEMPATAN
TAJUK PEMBELAJARAN BAB 6: KEMEROSOTAN DAN KEJATUHAN MELAKA.
SEJARAH TAHUN 4 TAJUK 5 : TOKOH-TOKOH TERBILANG KESULTANAN MELAYU
MATERI pengantar koperasi.
KEGEMILANGAN MELAKA.
Negara Persekutuan Maksud : Penyatuan bebebrapa buah negeri yang mempunyai sebuah Kerajaan Persekutuan serta beberapa buah Kerajaan Negeri.
KEMERDEKAAN NEGARA 31 OGOS 1957
PENGUKUHAN 1. Latar Belakang Pembinaan Negara Dan Bangsa
Apakah maksud daulat dalam konteks institusi kesultanan Melayu?
PENTADBIRAN NEGERI DAN KERAJAAN TEMPATAN.
PENTADBIRAN NEGERI DAN KERAJAAN TEMPATAN
NURSHAWATI BINTI ABD WAHAB NURSHAKILA BINTI ABDULLAH K3
SISTEM PEMERINTAHAN II: RAJA BERPERLEMBAGAAN DATIN DR. SARVINDER KAUR
SISTEM BERAJA KONSEP.
BADAN EKSEKUTIF Yang di-Pertuan Agong
ANITA PARAMASVARAN SMK SERI MUTIARA CHERAS. KUALA LUMPUR
BAB 3 TINGKATAN 5.
KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA
DISEDIAKAN OLEH : NURUL HANIS BINTI SUBAKTI
Transcript presentasi:

WARISAN KESULTANAN MELAYU

Empayar Kesultanan Melayu Melaka pada zaman kegemilangannya

Ciri-ciri negara dan bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka Persamaan ciri-ciri Kesultanan Melayu Melaka dengan ciri-ciri negara bangsa moden seperti wilayah pengaruh, kedaulatan, lambang, keunggulan undang-undang rakyat dan kerajaan. Ciri wilayah, iaitu kawasan tempat tinggal rakyat dan sempadannya yang diterima umum. Ciri wilayah pengaruh pula merujuk kepada kawasan yang rakyatnya memperakui pemerintahan seorang raja. Ciri kedaulatan merupakan kekuasaan tertinggi terhadap rakyat sesebuah wilayah dan kekuasaan ini tidak boleh dihadkan oleh mana-mana pihak. Konsep kedaulatan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka berbeza daripada pengertian tentang kedaulatan negara moden. Pada zaman kerajaan Kesultanan Melayu Melaka, kedaulatan dirujuk terus kepada raja yang memerintah. Raja yang memerintah mewakili negeri atau kawasan pemerintahan.

Lambang negara merupakan simbol atau tanda yang menjadi identiti sesebuah negara. Bahasa Melayu contohnya, merupakan bahasa kebangsaan dan lambang penyatuan negara dan bangsa. Lambang warisan Kerajaan Melaka pula seperti sistem pemerintahan beraja, adat istiadat Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam. Kebesaran sultan dan kerajaan Melaka juga dilambangkan dengan alat regalia, nobat, warna, bahasa, undang-undang, protokol dan adat istiadat istana. Keunggulan undang-undang pula dalam pemerintahan. Penguatkuasaan undang-undang merupakan cara formal mengawal masyarakat melalui peraturan yang diwartakan. Undang-undang dicipta untuk memelihara keamanan dan melindungi rakyat. Keunggulan undang-undang menentukan struktur kerajaan, kehakiman, bahasa, agama dan kerakyatan diterima oleh masyarakat. Kerajaan Melaka mempunyai undang-undang bertulis yang dipengaruhi oleh hukum adat tempatan dan agama Islam, iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka.

Rakyat ialah seluruh penduduk sesebuah wilayah dan mereka ini terikat kepada undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan dalam wilayah tersebut. Pada zaman kerajaan Melaka, rakyat bertanggungjawab mentaati raja. Sebagai tanda ketaatan, rakyat bersedia mempertahankan negara, menghadiri adat istiadat kerajaan, mengadakan gotong-royong, kerahan tenaga dan sebagainya. Kerajaan merupakan badan yang diberi kuasa untuk menguruskan pentadbiran, menjaga keamanan, mempertahankan kedaulatan negara dan menjalin hubungan diplomatik dengan negara lain. Pada masa dahulu kerajaan hanya wujud apabila adanya raja. Semasa zaman kerajaan Melaka, Raja atau Sultan merupakan pemerintah tertinggi. Baginda dibantu oleh Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Mereka menjadi tonggak institusi kerajaan yang memerintah dan diberi tugas masing-masing, iaitu di istana, di darat, di laut, di sekitar Melaka dan di jajahan. Sistem Pembesar Empat Lipatan ini menjamin kesentosaan pemerintahan beraja dan kerajaan Melaka.

Warisan Kesultanan Melayu Melaka di Negeri-Negeri Melayu Sistem pemerintahan Negeri-Negeri Melayu seperti Johor, Perak dan Pahang umumnya berdasarkan sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Warisan Kesultanan Melayu Melaka seperti adat istiadat Melayu, agama Islam dan bahasa Melayu, berkembang di negeri tersebut. Negeri tersebut menggunakan gelaran Sultan. Sistem pewarisan takhta di negeri-negeri tersebut mementingkan jurai keturunan sebelah bapa. Johor, Perak dan Pahang telah mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan seperti Melaka. Warisan Kesultanan Melayu Melaka juga dapat dilihat dalam kitab undang-undang bagi Johor, Perak dan Pahang. Ketiga-tiga undang-undang itu disalin dan dipinda berdasarkan Hukum Kanun Melaka untuk disesuaikan dengan unsur tempatan.

Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor Sultan Abu Bakar memperkenalkan perlembagaan bertulis yang teratur, lengkap dan dikuatkuasa pada 1895. Perlembagaan ini dinamakan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor. Ia mengandungi perkara berkaitan keturunan sultan sebagai pewaris takhta, pengiktirafan orang melayu sebagai rakyat Johor dan agama Islam sebagai agama negeri. Perlembagaan tersebut diasaskan mengikut perlembagaan Barat.

Sistem Jemaah Menteri Kelantan Sistem Jemaah Menteri di Kelantan diamalkan sejak pemerintahan Sultan Muhammad I. Baginda telah melantik beberapa orang pembesar untuk membantu pentadbiran baginda. Sultan Muhammad II pula membentuk Sistem Jemaah Menteri bagi melicinkan pentadbiran Kelantan. Terdapat 8 badan Jemaah Menteri dan setiap satunya dianggotai oleh 4 orang pembesar. Setiap Jemaah Menteri mempunyai bidang tugas masing-masing. Sultan Muhammad II juga telah menyingkir kerabat diraja yang terlibat dalam perebutan kuasa dan menggantikannya dengan golongan pembesar bergelar Nik dan Wan. Pembesar ini membantu mengukuhkan kewibawaan baginda dengan memberikan taat setia kepada baginda.

Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terrengganu (Ittiqan-Ilmuluk Bi-Ta’dil Il-Suluk) Sultan Zainal Abidin III meluluskan Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu pada 1911. Ia dikenali Ittiqan-ilmuluk bi-ta’dil il-suluk bermaksud keyakinan kepada pemerintah yang berdasarkan keadilan. Ia berasaskan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor. Tujuan baginda memperkenalkan perlembagaan bertulis tersebut adalah untuk menghalang British yang sedang berusaha meluaskan kuasanya.

Negeri Sembilan – Demokrasi Dan Persekutuan Mengandungi 9 negeri, iaitu Sungai Ujong, Rembau, Johol, Jelebu, Jempol, Seri Menanti, Inas, Terachi dan Gunung Pasir. Pada abad ke-18, ia mempunyai raja iaitu Raja Melewar yang diberi gelaran Yamtuan Besar dan bersemayam di Seri Menanti. Negeri Sembilan ialah negeri Melayu pertama mirip persekutuan sebelum wujudnya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu 1896. Ia mengamalkan sistem pemerintahan Adat Perpatih, iaitu kedaulatan berada di tangan rakyat.

( NEGERI SEMBILAN PRINSIP DEMOKRASI) Mengamalkan Adat Perpatih dan perlantikan pembesar dilakukan di peringkat paling bawah iaitu Anak Buah, Buapak, Lembaga dan Undang. Seterusnya Yang Dipertuan Besar.

( Negeri Sembilan Prinsip Demokrasi) Setiap keputusan Yang Dipertuan Besar berdasarkan perundingan Baginda dengan Undang. Undang melantik Yang Dipertuan Besar Lembaga dilantik Buapak dan merupakan Ketua Suku anggota masyarakat Setiap Lembaga bertanggungjawab terhadap suku masing-masing. Berkuasa memilih Undang. Buapak adalah tempat rujuk setiap masalah terutama berkaitan adat. Mengamalkan sistem demokrasi ( kuasa diagihkan kepada individu secara peringkat)

Hierarki pemerintahan Negeri Sembilan. 1. Yang Dipertuan Besar 2 Hierarki pemerintahan Negeri Sembilan.        1. Yang Dipertuan Besar        2. Undang serta Penghulu        3. Lembaga        4. Buapak