BBM 3212/3206 Unit 5 Kuliah 1 Kepelbagaian Makna dan Makna Perkataan Prof.Madya Dr. Zaitul Azma Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia
Pengenalan Kepelbagaian makna : Sinonim Antonim Homonim Polisemi Hiponim Homofon
Sinonim-kesamaan makna 1 Kesamaan makna /sinonim Contoh: tiba – sampai Bila dia tiba? Bila dia sampai Sampai bila keadaannya begitu? Tiba bila keadaannya begitu?
Kata –kata sama makna itu selalunya terdiri daripada pasangan kata yang dipinjam dengan perkataan asal yang ada dalam bahasa tersebut. Contoh: jemput(an) - undang(an) Kereta - motokar
Kata yang datang dari dialek yang berlainan Pepatung – cikcibau (dialek Perak). Batas - jalan (Kedah). Penggunaan Bahasa berdasarkan konteks 1. Mangkat, wafat, mati, mampus, kojol, tamat riwayat dsb. 2. Penyanyi – biduan, pelakon – seniman.
Antonim- pertentangan makna Kata adjektif sejuk – panas tinggi – rendah hitam - putih Kata kerja menolak – menerima menangis – ketawa bangun – tidur membeli – menjual kerat - sambung Kata nama langit – bumi kakak - abang Pertentangan yang sukar * berjalan - berlari - berdiam duduk - berdiri - berbaring memasak – mandi, parang, bakul, tali dsb.
Antonim daripada awalan Progresif - regresif Prolog - epilog Prefiks - sifiks Ekspresi - impresi Induktif - deduktif
Antonim dari akhiran Seniman – Seniwati Olahragawan – Olahragawati Pemuda- Pemudi Siswa – Siswi
Ragam antonim Antonim komplementar (saling melengkapi) jahat - baik miskin – kaya hidup - mati Antonim berperingkat (pasangan yang berperingkat) lebih besar - kurang kecil lebih tinggi – lebih rendah c. Antonim Relasional (makna simetrikal) guru - murid penyuruh - pesuruh pengajar – pelajar employer - employee Antonim resiprokal ( pasangan yang bertentangan) memberi - menerima membina - meruntuh
Taringan, 1985:37 Kajian tentang antonim ini adalah satu cara yang efektif juga untuk meningkatkan perbendaharaan kata serta memperkembangkan atau meluaskan kosa kata kita. Dengan menggolongkan antonim-antonim, membantu kita berfikir dalam istilah-istilah yang memperbezakan atau konsep-konsep serta pernyataan yang bertentangan.
b. luka - cedera, tersinggung 1. Hiponim (Kekeluargaan)- perkataan yang mempunyai hubungan inklusif atau pengelompokan di dalam satu jenis atau himpunan golongan perkataan. a. Kenderaan – kereta, lori, bas, basikal, kereta api dll. b. Serangga - lalat, lipas, semut dll. 2. Polisem ( mempunyai dua atau lebih makna. Bunyi dan ejaannya sama tetapi berbeza makna mengikut konteks tetapi mempunyai pertalian). a. badan - tubuh, lembaga b. luka - cedera, tersinggung Ahli semantik tradisional mengatakan kaki manusia, kaki langit, kaki judi, kaki wayang adalah tidak sama, sebaliknya mempunyai makna yang berkaitan. Contoh dalam bahasa Inggeris- flash – pancaran cahaya, sekilas, berita kilat (newsflash) jalur warna.
Contoh lain - telur. 3.Homonim – (dua kata yang ejaannya dan sebutannya sama/ entri yang maknanya tidak ada sangkut pautnya, daripada dua kata yang berlainan) – daki, kaki, pokok * Dalam kamus, polisemi, segala makna akan disenaraikan sebagai satu kata masukan sahaja, sedangkan kata-kata yang homonim diletakkan sebagai kata-kata masukan yang berlainan. 4. Homograf – perang – perang semak – semak sepak - sepak selak - selak rendang-rendang 5. Homofon - massa - masa, wat –wad, blue - blew 6. Mironim (hubungan sebahagian daripada)- atap, bumbung, dinding, lantai - rumah
Latihan Senaraikan ragam antonim dan berikan 5 contoh setiap satu. Terangkan maksud istilah dan berikan 5 contoh bagi setiap satu: a. Homonim b. Homofon c. Homograf d. Hiponim e. Polisemi Apakah maksud akronim?
TAMAT Sekian, terima kasih…