PERANAN PERPUSTAKAAN DALAM MEMANTAPKAN BUDAYA ILMU , BUDAYA MEMBACA, PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DAN 3P
Definasi : Perpustakaan Akademik b. Budaya Ilmu c. Budaya Membaca
DASAR GALAKAN MEMBACA Dasar Galakan Membaca telah dibuat bagi tujuan pelaksanaan fungsi Perpustakaan Negara Malaysia seperti yang diperuntukkan dalam Akta Perpustakaan Negara (Pindaan) 1987 (Akta A667) Bahagian II Seksyen 4(2)m iaitu : “menggalakkan dan memudahkan penanaman sifat gemar membaca”.
DASAR GALAKAN MEMBACA Ia selaras dengan strategi Dasar Negara bagi Perpustakaan dan Perkhidmatan Maklumat mengikut perkara 4.7.5 iaitu : “ untuk menanam dan menggalakkan minat membaca”. Dasar ini pula menyokong matlamat Dasar Buku Negara iaitu memastikan rakyat Malaysia mempunyai minat membaca yang tinggi dan menggunakan bahan bacaan yang berkualiti.
OBJEKTIF Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan membaca di kalangan masyarakat. Memupuk minat dan amalan membaca di kalangan masyarakat Malaysia. Meningkatkan tahap pembacaan rakyat Malaysia. Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dan cintakan ilmu. Menjadikan Perpustakaan Negara Malaysia sebagai pusat perujukan maklumat kebangsaan mengenai pembacaan dan galakan membaca.
BUDAYA ILMU DI UNIVERSITI Berdasarkan suatu kajian, jumlah buku yang dibaca oleh pelajar Australia ialah 180 buah buku, Indonesia 94 buah, India 130 buah, Thailand 56 buah dan Brunei 26 buah buku. Mahasiswa Malaysia hanya membaca empat buah buku setahun, manakala dalam kalangan pensyarah pula mendapati, rata-rata hanya membaca 20 buah buku untuk tiga tahun pengajian (enam semester).
Budaya ilmu dan pembacaan Dari aspek pembelian bahan bacaan pula mendapati, mahasiswa Malaysia hanya membeli empat buah buku untuk tiga tahun pendidikan (enam semester). Jumlah ini sangat berbeza dengan dapatan kajian jumlah buku yang dibeli oleh mahasiswa di negara lain seperti Australia (160 buah), Indonesia (43 buah), Thailand (31 buah), India (75 buah) dan Brunei (15 buah).
Kajian budaya membaca negara… Kajiselidik oleh Perpustakaan Negara Malaysia pada tahun 1996 dan 2005 kedua-duanya menunjukkan rakyat Malaysia secara purata hanya membaca dua buah buku setahun. Rakyat Jepun dan Perancis membaca 10 buku, manakala rakyat Amerika dan Kanada paling hadapan dengan 17 buku.
Budaya ilmu "Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekelian makhluk), Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."
Usaha Perpustakaan dalam membudayakan ilmu dan pembacaan… Ikon Membaca Kerjasama / kolaborasi dengan Persatuan Pelajar, Wakil Pelajar ( MPP ) dan Bahagian Hal Ehwal Program-program Galakkan Membaca d. Aktiviti Penulisan Kreatif
Usaha Perpustakaan dalam membudayakan ilmu dan pembacaan… e. Aktiviti penulisan ulasan buku dan atikel f. Kelas kemahiran Maklumat Khas g. Kursus Teknik Membaca / Speed Reading h. Kolaborasi mengenai Amalan Membaca dengan organisasi luar dan pada peringkat kebangsaan.
Kursus Penulisan Kreatif / Berita / laporan j. Kursus Kemahiran Penyelidikan
PEMBEAJARAN SEPANJANG HAYAT ( PSH ) Pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan satu proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi sama ada secara formal atau tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan di tempat kerja. PSH yang dilaksanakan oleh IPT adalah melalui pendekatan pendidikan jarak jauh, pendidikan fleksibel, pengiktirafan pengalaman bekerja (recognition of prior learning) dan penawaran kursus pendek bagi peningkatan pengetahuan dan kemahiran diri.
PERANAN PERPUSTAKAAN DALAM PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT Untuk menyokong dan mempercepat pembudayaan PSH, penggunaan ICT dan teknologi terkini telah dimanfaatkan secara intensif melalui penggunaan laman web, internet, mobile learning, e-pembelajaran, pembelajaran maya, pembelajaran jarak jauh dan sebagainya.
BAHAGIAN 3 SEKIAN. TERIMA KASIH