BAB 4 KONSEP JIHAD DALAM ISLAM

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
Pendidikan Agama Islam
Advertisements

Pendidikan Agama Islam
Konsep kerukunan dalam islam
Hk Acara Perdata Peradilan Agama Dr. Gemala Dewi,SH.,LL.M
IMAN KEPADA RASUL.
hijrah nabi muhammad Saw ke madinah dan piagam madinah
BAB II IMAN DAN TAQWA.
SIKAP IKHLAS, SABAR, DAN PEMAAF
SUMBER HUKUM ISLAM.
Perkara yang akan dipelajari:
KEBIJAKAN NASIONAL PENDIDIKAN KARAKTER 2011
Bro Mas-Yuri Mahyiddin
Etika Islam Dalam Penerapan Ilmu
BERIMAN KEPADA KITAB-KITAB ALLAH
Inilah Kunci Surga Surga, dengan segala kenikmatan yang belum pernah dilihat oleh mata, didengar oleh telinga dan terlintas dalam hati manusia, memiliki.
BAB 7 KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN
Al-Fath (Lari Dari Perang)
MEDIA PENDIDIKAN Disusun oleh : NUR AMIN : KLS : D/4
Kandungan Kalimat Syahadat (Madlulusy syahadah)
AZAS-AZAS HUKUM ISLAM.
BAB 3 : PEPERANGAN RASULULLAH S.A.W.
Cinta yang membawa ke surga
Fifi Fitriani Laura Rachma Munyati Sulam Salwa Salsabila
Moto ; “Tidakkah aku harus menjadi hamba-Nya yang bersyukur?
By : 1. Rizal hartono 2.Muhammad fajar
DIDIK ANAK AGAR JANGAN SOMBONG!
HIDAYAH MILIK ALLAH SURAH AL-AN’AM : AYAT 125.
JIHAD DALAM ISLAM DAN DIALOG PERADABAN Amaludin Ab.Rahman
KBM 1 FIQH ISLAMI BAB 2 : SOLAT DALAM ISLAM
BAB 7: PENGARUH HAWA NAFSU DAN SYAITAN
TASAWWUR ISLAM II WEEK 5 PENYELESAIAN MASALAH MENURUT ISLAM
Tazkiyah Nafs (Penyucian Jiwa)
BAB 4 KONSEP JIHAD DALAM ISLAM
PENDIDIKAN ISLAM HAJI DAN UMRAH TINGKATAN 4 IBADAT.
Cinta yang membawa ke surga
Ustaz Sayid Amin Jasin Diploma Pengajian Islam Andalus
BAB 4 KONSEP JIHAD DALAM ISLAM
PERINTAH ANAKMU DIRIKAN SOLAT
Hakikat keimanan dan buahnya
PRA DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM
Tazkiyah Nafs (Penyucian Jiwa)
PELAJARAN 15 ASAS AKIDAH ISLAM
BAB 2: MENJAGA AKHLAK TERHADAP ALLAH
JIHAD FI-SABILILLAH TERAS KEDAULATAN UMMAH
PELAJARAN 15 ASAS AKIDAH ISLAM
Firman Allah SWT: Surah Luqman [31:17] “Wahai anak kesayanganku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat kebaikan serta laranglah (manusia) daripada.
BAB 3: MENJAGA AKHLAK DALAM BERIBADAH
BAB 5 KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN
BAB 2: PUASA PADA BULAN RAMADAN
MEMANFAATKAN ANUGERAH ALLAH SWT
AQIDAH UNIT 6 Kelas Bimbingan Dewasa.
Cinta yang membawa ke surga
KBM 2 Aqidah Islamiah Bab 4 Beriman Kepada Qadak Dan Qadar
Tafsir Surah Al-Layl.
AQIDAH UNIT 1 Kelas Bimbingan Dewasa.
BAB 2: AKHLAK MUSLIM TERHADAP TUHANNYA
Surah As-Syarh Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Kuliah 2 – Pemikiran Islam Sederhana
BAB 5: MENJAGA AKHLAK TERHADAP SESAMA MANUSIA
BAB 6: MENJAGA AKHLAK DALAM BERPAKAIAN
BAB 7: MENJAGA AKHLAK DALAM MAKAN DAN MINUM
PUNCA UTAMA PENYELEWENGAN DALAM TAFSIR
SELAGI MEREKA MASIH BERNYAWA
KBM 3 AKHLAK ISLAMIAH BAB 1 : MENSUCIKAN JIWA
Tuntutan Melaksanakan Tanggungjawab
e-khutbah.gov.my 1200 x 537 jpeg – images may be subject to copyright.
Nama Kelompok : 1. Abdul Majid Ridwan 2. Kusnadi.
KBM 3 AKHLAK ISLAMIAH BAB 2: HATI YANG SIHAT
Andalus Corporation Pte Ltd
Andalus Corporation Pte Ltd
Transcript presentasi:

BAB 4 KONSEP JIHAD DALAM ISLAM TR 4.3.1

TR 4.3.1

Pengertian Jihad Dari segi bahasa: Akar kata jihad ialah ‘jahada’ bererti keberatan dan kesusahan; ia bererti berusaha keras atau berjuang bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu matlamat. Dari segi istilah: Iaitu segala usaha dan kesungguhan sama ada dalam bentuk perkataan atau perbuatan dengan niat yang ikhlas serta perjuangan dan pengorbanan untuk menegakkan kalimah Allah SWT TR 4.3.4

Dalil Jihad Al-Quran انفِروا خِفافًا وَثِقالًا وَجاهِدوا بِأَموالِكُم وَأَنفُسِكُم في سَبيلِ اللَّهِ ۚ ذٰلِكُم خَيرٌ لَكُم إِن كُنتُم تَعلَمونَ Firman Allah bermaksud: “Perangilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah) sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagimu juka kamu mengetahui” (al-Taubah: 41) TR 4.3.1

Hadith Rasulullah s.a.w, bermaksud: b. Hadith Hadith Rasulullah s.a.w, bermaksud: Daripada `Aisyah RA ia berkata : Saya bertanya : “Ya Rasululullah ! Adakah kewajipan jihad atas wanita?” Sabdanya : “Ada, jihad yang tidak ada berperang padanya, iaitu Haji dan Umrah” (Riwayat Ibn Majah & al-Bukhari) Hadith Rasulullah s.a.w, bermaksud : Daripada Anas RA bahawasanya Nabi SAW bersabda : “Hendaklah kamu berjihad terhadap musyrikin dengan harta kamu dan diri kamu dan lidah kamu” (Riwayat Ahmad, al-Nasa’I & al-Hakim) TR 4.3.1

قُل هَل يَستَوِي الَّذينَ يَعلَمونَ وَالَّذينَ لا يَعلَمونَ ۗ JENIS-JENIS JIHAD Jihad melawan hawa nafsu (jihad agung/al-Jihad al-Akbar) Iaitu berusaha memperbaiki peribadi dengan nilai terpuji & hindari nilai keji. # وَقَد خابَ مَن دَسّاها # قَد أَفلَحَ مَن زَكّاها Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). (al-Shams: 9-10) Caranya : Berjihad dalam mencari petunjuk dan jalan yang benar. Firman Allah, bermaksud : قُل هَل يَستَوِي الَّذينَ يَعلَمونَ وَالَّذينَ لا يَعلَمونَ ۗ ”Katakanlah adakah sama orang-orang yang berilmu dengan orang-orang yang tidak berilmu”(az-Zumar, ayat 9)

Beramal dan berpegang teguh dengan apa yang dipelajari. Firman Allah, bermaksud : فَخَلَفَ مِن بَعدِهِم خَلفٌ أَضاعُوا الصَّلاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَواتِ ۖ فَسَوفَ يَلقَونَ غَيًّا إِلّا مَن تابَ وَآمَنَ وَعَمِلَ صالِحًا فَأُولٰئِكَ يَدخُلونَ الجَنَّةَ وَلا يُظلَمونَ شَيئًا ”Maka datanglah sesudah mereka (pengganti yang jelek) yang mensia-siakan solat dan memperturutkan hawa nafsu mereka, maka mereka kelak akan menemui kesesatan, kecuali orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, maka mereka itu akan masuk syurga dan tidak dianiayai (dirugikan) sedikit pun” (surah Maryam, ayat 59 – 60) TR 4.3.1

وَادعُ إِلىٰ رَبِّكَ ۖ إِنَّكَ لَعَلىٰ هُدًى مُستَقيمٍ Menyebarkan ilmu dan petunjuk melalui dakwah. وَادعُ إِلىٰ رَبِّكَ ۖ إِنَّكَ لَعَلىٰ هُدًى مُستَقيمٍ Firman Allah, bermaksud : ”Dan serulah kepada (agama) Tuhanmu, sesungguhnya kamu benar-benar berada pada jalan yang lurus” (surah al-Hajj, ayat 67) Menanggung segala kesulitan ketika berdakwah kerana dakwah di jalan Allah akan mendapat tentangan dari syaitan dan bala tenteranya daripada kalangan manusia. TR 4.3.10

Faktor jihad nafsu dipandang besar : Keluasan medan perjuangan yang tidak terbatas Keluasan masa perjuangan yang tidak terhad Kedudukan musuh yang tidak dapat dilihat dan dirasa oleh pancaindera Kesukaran perjuangan kerana manusia berjuang dengan diri sendiri Jihad ini adalah asas kepada jihad-jihad yang lain. Menuntut pembersihan jiwa dan hati serta keikhlasan Memerlukan imu, pemahaman dan latihan yang berterusan. TR 4.3.1

Jihad melawan syaitan Iaitu berusaha menghapuskan hasutan syaitan yang mendorong manusia melakukan perkara yang melampau batas syariat yang ditetapkan oleh Allah. إِنَّ الشَّيطانَ لَكُم عَدُوٌّ فَاتَّخِذوهُ عَدُوًّا ۚ إِنَّما يَدعو حِزبَهُ لِيَكونوا مِن أَصحابِ السَّعيرِ ” Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagimu, maka jadikanlah dia musuh; sebenarnya dia hanya menyeru golongannya supaya menjadi penduduk Neraka” (surah Fathir, ayat 6) TR 4.3.11

Cara menentangnya : Berazam melakukan perubahan diri. إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ ما بِقَومٍ حَتّىٰ يُغَيِّروا ما بِأَنفُسِهِم ۗ ”Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri” (ar-Ra`du: 11) Sentiasa mengukuhkan hubungan dengan Allah SWT melalui ibadat dan zikir. إِنَّ الَّذينَ اتَّقَوا إِذا مَسَّهُم طائِفٌ مِنَ الشَّيطانِ تَذَكَّروا فَإِذا هُم مُبصِرونَ ”Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa apabila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahan mereka”(al-A`raf: 201) TR 4.3.1

Memahami ajaran Islam secara betul dan tepat sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. : وَمَن يَعشُ عَن ذِكرِ الرَّحمٰنِ نُقَيِّض لَهُ شَيطانًا فَهُوَ لَهُ قَرينٌ ”Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (al-Quran), Kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya” (surah al-Zukhruf, ayat 36) TR 4.3.1

Berpegang teguh dengan kebenaran dan berusaha menentang kebatilan. الَّذينَ آمَنوا يُقاتِلونَ في سَبيلِ اللَّهِ ۖ وَالَّذينَ كَفَروا يُقاتِلونَ في سَبيلِ الطّاغوتِ فَقاتِلوا أَولِياءَ الشَّيطانِ ۖ إِنَّ كَيدَ الشَّيطانِ كانَ ضَعيفًا “Orang yang beriman, berperang pada jalan Allah; dan orang yang kafir pula berperang pada jalan Taghut. Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut Syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah” (surah al-Nisa’, ayat 76) TR 4.3.1

Menggabungkan diri dalam jamaah muslimin. وَاصبِر نَفسَكَ مَعَ الَّذينَ يَدعونَ رَبَّهُم بِالغَداةِ وَالعَشِيِّ يُريدونَ وَجهَهُ ۖ وَلا تَعدُ عَيناكَ عَنهُم تُريدُ زينَةَ الحَياةِ الدُّنيا ۖ وَلا تُطِع مَن أَغفَلنا قَلبَهُ عَن ذِكرِنا وَاتَّبَعَ هَواهُ وَكانَ أَمرُهُ فُرُطًا ”Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredhaan-Nya; dan janganlah kamu palingkan wajahmu dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas” (surah al-Kahfi, ayat 28) TR 4.3.1

Menjadikan seluruh kehidupan berdasarkan nilaian Allah. مَتاعٌ قَليلٌ ثُمَّ مَأواهُم جَهَنَّمُ ۚ وَبِئسَ المِهادُ # لا يَغُرَّنَّكَ تَقَلُّبُ الَّذينَ كَفَروا فِي البِلادِ ”Janganlah sekali-kali kamu terpedaya oleh kebebasan orang-orang kafir bergerak dalam negeri. Itu hanyalah kesenangan sementara, kemudian tempat tinggal mereka ialah neraka jahannam, dan neraka jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali” (surah Ali `Imran, ayat 196 – 197) TR 4.3.1

c) Jihad melawan musuh Islam (golongan kafir) Iaitu perjuangan menentang golongan yang kufur dan sentiasa menghalang perkembangan Islam serta memusuhi umat Islam. وَلَن تَرضىٰ عَنكَ اليَهودُ وَلَا النَّصارىٰ حَتّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُم ”Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikut agama mereka” (surah al-Baqarah, ayat 120) TR 4.3.1

فَلا تُطِعِ الكافِرينَ وَجاهِدهُم بِهِ جِهادًا كَبيرًا Caranya : Waktu umat Islam tiada kekuatan : jihad secara lisan dan hujah serta berusaha menambah kekuatan. فَلا تُطِعِ الكافِرينَ وَجاهِدهُم بِهِ جِهادًا كَبيرًا ” Oleh itu, janganlah engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendak orang-orang kafir, dan berjuanglah dengan hujjah-hujjah Al-Quran menghadapi mereka dengan perjuangan yang besar dan bersungguh-sungguh” (surah al-Furqan, ayat 52) Waktu umat Islam punyai kekuatan : jihad dengan mengangkat senjata, sekiranya diserang oleh orang kafir قاتِلُوا الَّذينَ لا يُؤمِنونَ بِاللَّهِ وَلا بِاليَومِ الآخِرِ وَلا يُحَرِّمونَ ما حَرَّمَ اللَّهُ وَرَسولُهُ ”Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak (pula) kepada Hari Akhirat dan mereka tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah...” (surah al-Tawbah, ayat 29) TR 4.3.1

Katogeri Kuffar : a) Kafir Harbi : memerangi umat Islam - harus diperangi b) Kafir Zimmi :bernaung di bawah kerajaan Islam – haram diperangi d) Berjihad menentang golongan munafik : Munafik ialah golongan yang berpura-pura beriman sebaliknya amat membenci agama Islam. Firman Allah, يا أَيُّهَا النَّبِيُّ جاهِدِ الكُفّارَ وَالمُنافِقينَ وَاغلُظ عَلَيهِم ۚ وَمَأواهُم جَهَنَّمُ ۖ وَبِئسَ المَصيرُ “Wahai Nabi, berjihadlah menentang orang-orang kafir dan orang-orang munafik, dan bertindak keras terhadap mereka. Dan (sebenarnya) tempat mereka ialah neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali”. (al-Tawbah:73) Caranya : Kenali sifat-sifat munafik Beri nasihat supaya bertaubat Berhati-hati dengan tipu helah mereka Diperangi jika ancam keselamatan agama dan negara. TR 4.3.20

e) Jihad menentang kemungkaran dan kezaliman Iaitu menentang pemerintah yang zalim dan enggan melaksanakan perintah atau hukum Allah. Hukumnya adalah wajib sama ada melalui perbuatan, perkataan atau hati . TR 4.3.1

PERINGKAT-PERINGKAT JIHAD Jihad dengan hati Membenci bentuk kesesatan, kemungkaran dan maksiat yang berlaku dalam masyarakat jika tidak mampu cegah dengan tangan & lisan. b) Jihad dengan lisan dan kalam melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar yang merangkumi segala kegiatan dakwah (ceramah, bimbingan, pengajaran, dsb). c) Jihad dengan tangan (kekuasaan) kekuatan fizikal - pertahankan kebenaran Islam TR 4.3.1

d) Jihad dengan harta dan wang berkorban wang dan harta menyokong usaha jihad @ untuk Islam لَن تَنالُوا البِرَّ حَتّىٰ تُنفِقوا مِمّا تُحِبّونَ ۚ وَما تُنفِقوا مِن شَيءٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَليمٌ “Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.(ali-Imran: 92) e) Jihad dengan fikiran dan ilmu sumbangan buah fikiran dan idea (memberi ilmu dan ajaran Islam yang benar). f) Jihad Qital (berperang) kemuncak jihad di jalan Allah - mereka yang gugur - syahid. TR 4.3.1

UNSUR-UNSUR JIHAD Hijrah Ianya adalah kemuncak perjuangan dakwah Rasulullah s.a.w di Mekah, umat Islam terpaksa berjihad dari aspek: Aspek spiritual : korbankan perasaan kasih dan cinta kepada tanahair serta kaum keluarga yang masih kufur. Aspek fizikal : tinggalkan segala harta dan menempuh perjalanan yang sukar kerana terpaksa berhadapan dengan ancaman kaum musyrikin Quraisy. TR 4.3.1

b) Perjuangan dan pengorbanan Inti kepada ajaran Islam di mana semua perkara yang diperintahkan menuntut kepada pengorbanan nafsu, kepentingan diri, dll. c) Syahid Iaitu menjadi saksi atas kebenaran Allah SWT dan agamanya yang disampaikan oleh Rasul-Nya dan bersedia membuktikan kebenaran tersebut sama ada secara lisan, perbuatan, kekuatan (kekuasaan) dan sangunp berkorban apa sahaja mempertahankan kebenaran. إِنَّمَا المُؤمِنونَ الَّذينَ آمَنوا بِاللَّهِ وَرَسولِهِ ثُمَّ لَم يَرتابوا وَجاهَدوا بِأَموالِهِم وَأَنفُسِهِم في سَبيلِ اللَّهِ ۚ أُولٰئِكَ هُمُ الصّادِقونَ ”Sesungguhnya orang-orang yang sebenarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)” (surah al-Hujurat, ayat 15) TR 4.3.1

KEPENTINGAN DAN KEUTAMAAN JIHAD Menggambarkan nilai iman dalam diri seseorang Lambang kekuatan dan keutuhan umat Islam sebagai ”Khayru Ummah” c) Perniagaan yang menjanjikan ganjaran syurga. d) Alat untuk menyebarkan seruan Islam dan meningkatkan syiar serta kedaulatan Islam yang dilakukan melalui tiga pendekatan: Menyeru penduduk setempat memeluk Islam Mempelawa non-muslim menjadi rakyat negara Islam dengan membayar jizyah serta mematuhi undang-undang dan kepimpinan negara Islam. Berjihad menentang golongan yang menghalang kelancaran gerakan dakwah. e) Menjaga kepentingan agama dalam semua perkara. TR 4.3.28