BAB 11 EKONOMI ISLAM Kandungan Definisi

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
BANK DAN LEMBAGA KEUNGAN LAINNYA
Advertisements

Pengetahuan Dasar Akad Perbankan Syariah
“Skema Kerja Prinsip al-Wadi’ah yad Amanah
HUKUM KONTRAK DALAM ISLAM
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
AKAD & TRANSAKSI DALAM OPERASI SYARI’AH Created by: Lili Syafitri, SE., Ak.,M.Si.
Operasional Lembaga Bisnis Syariah
Hakekat Perbankan Syariah
BANK SYARIAH.
BANK PERKREDITAN RAKYAT SYARIAH
Pertemuan 3 dan 4 Rita Tri Yusnita
BANK SYARIAH.
BANK SYARIAH.
CARA MEMBELANJAKAN BARANG EKONOMI
BANK SYARIAH.
MANAJEMEN BANK SYARIAH
JENIS JASA KEUANGAN ISLAM
SUMBER DANA, PRODUK DAN JASA KOPERASI SYARIAH
PERJANJIAN AQABAH.
BANK BERDASAR PRINSIP SYARIAH
BAB 7 KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN
MANAJEMEN BANK SYARIAH
SISTEM KEUANGAN SYARIAH
PEGADAIAN SYARI’AH PENGERTIAN
Management Training and Consultant SISTEM KEUANGAN SYARIAH
Konsep dan Prinsip-Prinsip Umum Kontrak dalam Islam
PENGENALAN KEPADA KEUSAHAWANAN
JENIS JASA KEUANGAN ISLAM
DITIYA HIMAWATI, SE., MM Universitas Gunadarma
KONSEP OPERASIONAL BANK SYARIAH DAN AKAD-AKAD DALAM KEUANGAN SYARIAH
PERBANKAN.
KBI 321 HUKUM EKONOMI SYARIAH ERNAWATI , SHI. MH. FAKULTAS HUKUM.
Fungsi Sosial Bank Syariah
bank Disusun oleh: Puteri Asyifa Nurunnisa (XI IIS 2/15)
TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA
PERBANKAN SYARIAH Nama Kelompok 4 : Gadis wijayanti ( )
PAF 3013 : Accounting Theory and Practices
Konsumerisme.
PEMIKIRAN EKONOMI ISLAM
BAB 9 EKONOMI ISLAM Kandungan Definisi
KONTRAK-KONTRAK AMANAH DAN KONTRAK-KONTRAK TABARRUAT
TASAWWUR ISLAM II WEEK 5 PENYELESAIAN MASALAH MENURUT ISLAM
BAB 11 EKONOMI ISLAM.
KONTRAK-KONTRAK MUSAWWAMAH
KEHENDAK MANUSIA Vs SUMBER EKONOMI KEKURANGAN PILIHAN KOS LEPAS
PELAJARAN 4: FALSAFAH DAN SISTEM MUAMALAH ISLAM.
PELAJARAN 9:ISU , MASALAH DAN CARA PNYELESAIAN MENURUT ISLAM
Wakaf UNIT 6 Kelas Bimbingan Dewasa.
OBLIGASI MEMBERIKAN PERKHIDMATAN
KONSEP PEMBANGUNAN ISLAM.
PELABURAN (MUDHARABAH / QIRADH)
Akuntansi Islam.
INSTITUT AMINUDDIN BAKI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
BAB 5 KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN
KERAJAAN ISLAM DI MADINAH
PERWAKILAN (WAKALAH) Menurut bahasa: Menyerahkan sesuatu
BAB 1 : EKONOMI ISLAM ISLAM DAN HARTA.
TASAWWUR ISLAM II BAB: MUAMALAH DALAM ISLAM
BAB 1 : UMAT ISLAM DAN DUNIA ISLAM
SISTEM KEUANGAN SYARIAH
ASAS MAKROEKONOMI DAN PENENTUAN PENDAPATAN NEGARA
BAB 5: MENJAGA AKHLAK TERHADAP SESAMA MANUSIA
MANAJEMEN BANK SYARIAH
Topik 28 Melindungi Hak Pengguna
Sistem Keuangan Syariah
Diploma Pengajian Islam (DPI)
MANAJEMEN BANK SYARIAH
FEM 3301 ETIKA & NILAI DALAM PEMBANGUNAN
MODEL PENGURUSAN ISLAM.
BANK ISLAM DITUBUHKAN PADA 1 MAC 1983 DI BAWA AKTA BANK ISLAM 1983
Transcript presentasi:

BAB 11 EKONOMI ISLAM Kandungan Definisi Falsafah Ekonomi dan Kewangan Islam Konsep Asas Ekonomi dan Kewangan Islam Ciri Keistimewaan Ekonomi Islam Etika Dalam Ekonomi Islam Institusi Kewangan Islam

Definisi Ekonomi Islam Kewangan Islam Suatu ilmu sains kemasyarakatan yang mengkaji tingkahlaku manusia dalam soal mengguna dan menguruskan sumber alam untuk kepentingan diri dan masyarakat bagi mendapat keredhaan Allah Kewangan Islam Sistem kewangan Islam (nizam al-mal al-Islami) = sebahagian daripada ekonomi Islam yang melibatkan aktiviti kewangan seperti perancangan dan pelaksanaan polisi pendapatan negara. Sistem kewangan Islam mestilah: Berteraskan Islam sepenuhnya, tidak terhad kepada label Mempunyai ciri-ciri suatu sistem yang canggih dan berdaya maju

Falsafah Ekonomi dan Kewangan Islam Konsep Tauhid Setiap manusia mempunyai hak terhadap sumber alam ciptaan Allah. Justeru manusia hendaklah bekerjasama menegakkan kesaksamaan kerana tauhid membawa pengertian persaudaraan Konsep Penguasaan Allah sebagai penguasa. Oleh itu, hubungan manusia dengan ekonomi hendaklah berada pada peraturan yang telah ditentukan walaupun manusia mempunyai kebebasan dalam aktiviti ekonomi Konsep Penyucian Akhlak (Tazkiyah) Manusia perlu sedar pentingnya penyucian akhlak. Tujuannya adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah dan memupuk rasa tanggungjawab sesama manusia melalui ibadah zakat dan sedekah Hari pembalasan Menyedari kesan pada hari pembalasan maka kegiatan ekonomi sentiasa berteraskan keadilan dan amanah serta keikhlasan

Manusia sebagai khalifah Manusia perlu sedar tanggungjawab sebagai khalifah iaitu melaksanakan amanah bagi mencegah ketidakadilan Kesamaan dan Persaudaraan Manusia perlu saling hormat menghormati, bekerjasama, tidak mengeksploitasi dsb. kerana kedudukan manusia adalah sama. Hak setiap insan perlu dilindungi Konsep Hak Milik Hak milik mutlak adalah Allah. Manusia sebagai pemegang amanah – hak ke atas diri dan orang lain.

Jaminan sosial Konsep Asas Ekonomi dan Kewangan Islam Kebebasan individu Manusia bebas melakukan atau menyatakan sesuatu dan dengan prinsip ini manusia boleh melaksanakan tanggungjawab menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran Hak memiliki harta Setiap individu mempunyai hak memiliki harta, namun kemaslahatan / kepentingan masyarakat perlu dijaga Ketidaksamaan ekonomi terkawal lazim Hakikat ketidaksamaan manusia dalam aspek ekonomi memasng berlaku tetapi Islam mengawal supaya jurang tidak melebar Keadilan dan kesaksamaan sosial Islam mendokong kesaksamaan yang tidak melihat kekayaan tertumpu kepada golongan tertentu sahaja. Setiap individu diberi peluang yg sama untuk daptakan pekerejaan. Jaminan sosial Setiap individu mempunyai hak mendapat mata pencarian. Kerajaan perlu menyediakan keperluan ini.

Edaran kekayaan yang meluas Pengharaman pengumpulan harta tak menentu Islam menganjurkan agar kekayaan diagih dalam kalangan rakyat, bukan pd golongan tertentu Pengharaman pengumpulan harta tak menentu Islam melarang mengumpulkan harta daripada sumber yang dilarang Pengharaman institusi anti-sosial Iaitu diharamkan judi, riba, pasaran gelap, sorok barang Kebajikan individu dan sosial Islam mengiktiraf kebajikan individu dan sosial

Ciri Keistimewaan Ekonomi Islam Sumber ekonomi daripada Allah. Manusia sebagai pemegang amanah Hak milik individu diiktiraf tapi kepentingan masyarakat diutamakan Mengamalkan prinsip kerjasama Harta = sumber yang produktif untuk tingkat pengeluaran ekonomi negara Mengutamakan pemilikan awam – keperluan air, elektrik dsb Mengamalkan sifat taqwa bagi mengelakkan penindasan, diskriminasi dsb

Etika Dalam Ekonomi Islam Garis panduan yang perlu dipatuhi: Pematuhan kontrak (perjanjian) Setiap peniaga @ usahawan perlu mematuhi perjanjian yang dibuat kerana ia merupakan amanah yang wajib dipatuhi secara jujur. Seperti membayar sewa apabila tiba masanya. Elakkan penipuan iklan yang mengelirukan Islam melarang membuat iklan yang boleh mengelirukan pengguna kerana ia merupakan unsur penipuan dalam perniagaan Timbangan yang tepat Membuat timbangan yang tidak tepat adalah dilarang dalam Islam dan Allah mengingatkan manusia supaya menyukat dengan tepat pada barangan yang disukat atau ditimbang Tidak menyorok barang Tidakan menyorok barang bertujuan untuk mendapatkan untung yang banyak ketika harga barang naik adalah dilarang dalam Islam. Ini adalah perbuatan orang yang bersifat tamak dan bakhil.

Tidak melupuskan keluaran berlebihan Amalan melupuskan @ memusnahkan barangan yang berlebihan agar harga tidak jatuh adalah satu berbuatan yang ditegah. Sewajarnya mencari jalan untuk megatasinya Tidak mengamalkan riba Para peniaga perlu menghindarkan diri daripada amalan riba yang diharamkan oleh Allah kerana ia merupakan satu penindasan dalam perniagaan Pengambilan pekerja yang berkebolehan Pengambilan pekerja perlu mengambilkira kebolehan dan kepakaranya supaya dapat menghasilkan produk yang berkualiti. Bukan berdasarkan pilih kasih kerana demikian akan mengundang amalan rasuah dan akan gagal melaksanakan tugas / kerja. Adil terhadap pekerja Majikan perlu menjaga kebajikan pekerja seperti membayar gaji dengan setimpal , menyediakan tempat kerja yang baik, tidak pilih kasih

Institusi Kewangan Islam Baitulmal Perbendaharaan negara Mula diperkenal pada zaman saidina Umar al-khattab. Tujuan – hapus kemiskinan dan pembangunan (pendidikan, agama, ketenteraan, pertanian dsb) Sumber: Zakat Sumber kekayaan alam Harta yang tidak jelas penggunaannya – sedekah, wakaf, kifarah, nazar, wasiat Menerusi peperangan – ghanimah, jizyah dsb Harta warisan yang tidak dihabiskan oleh waris / tidak berwaris, harta tercicir (luqatah) Saham yang dijual melalui yayasan/institusi yang ditubuh oleh Baitulmal

Wakaf Sedekah, pemberian, hadiah dalam bentuk barang / harta milik yang bermanfaat oleh pihak tertentu untuk kegunaan awam Pemilik tidak mempunyai apa2 lagi kepentingan ke atas hartanya melainkan pahala berterusan dan penerima wakaf sebagai pemegang amanah Bukan tujuan maksiat Untuk pembinaan masjid, rumah anak yatim dsb

Perbankan Islam 1983 - Akta Bank Islam diluluskan 1983 – BIMB ditubuhkan 1993 – SPTF ditawarkan oleh bank konvensional Produk Perbankan Islam Simpanan (al-Wadi’ah) Pelaburan Al-Mudharabah Al-Musyarakah Produk lain Al-Wadi’ah yad Dhamanah Al-Murabahah Bai’ Bithaman Ajil Bai’ Al-Dayn Al-Ijarah Al-Ijarah Thumma al-Bai’ Bai’ Salam Bai’ al-Istijrar Al-Qardhul Hasan Al-kafalah Al-Wakalah Al-Hiwalah Al-Sarf Al-Rahn Al-Ujr Al-Hibah

Sejarah Takaful di zaman Rasulullah: Ialah persetujuan pihak penanggung untuk memberi ganti / pembayaran kepada yang ditanggung kerana kehilangan atau kerugian sesuatu akibat kejadian tidak diduga Prinsip Takaful Bantu membantu Pengorbanan Jaminan Keselamatan / perlindungan Sejarah Takaful di zaman Rasulullah: Sistem al-Aqilah Sistem al-Qasamah Sistem akad Muwalah

Al-Rahnu (pajak gadai) Definisi Cagaran yang diserah oleh peminjam kepada pemberi pinjam untuk jangkamasa tertentu Rukun Penggadai Penerima gadaian Barang gadaian Tanggungan gadaian (jumlah yang terhutang) Sighah / kontrak