AQIDAH UNIT 7 Kelas Bimbingan Dewasa
BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT
PERKARA YANG AKAN DIPELAJARI Pengenalan hari akhirat. Nama-nama lain bagi akhirat. Tanda-tanda hari akhirat.
PENGERTIAN BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT Ertinya: percaya akan berlakunya hari akhirat/kiamat, iaitu saat kebinasaan alam semesta. Ianya bermula dengan tiupan sangkakala pertama. Hari kiamat: hari kebangkitan manusia dari kubur, kemudian akan dihisab amalannya ketika di dunia. Amalan baik akan dibalas baik dan amalan jahat akan dibalas setimpalnya.
PENGERTIAN BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT Hari akhirat: hari penghabisan atau kemusnahan alam yang ada diganti dengan alam yang baru. Isi kandungan al-Quran banyak menyebut tentang hari kiamat. Beriman dengan hari akhirat mendorong seseorang untuk membuat baik dan menjauhi perkara yang dilarang Allah.
PENGERTIAN BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT Firman Allah Ta’ala: وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ يُؤْمِنُونَ بِهِ ۖ وَهُمْ عَلَىٰ صَلَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ “ Orang-orang yang beriman kepada adanya hari akhirat tentu beriman kepadanya (al-Quran) dan mereka selalu memelihara solat mereka.” (al-An’aam:92)
NAMA-NAMA LAIN HARI AKHIRAT Terdapat juga nama-nama lain bagi hari akhirat sebagaimana tersebut di dalam al- Quran Yaumul qiyamah (hari kiamat) Yaumuddin (hari perhitungan) Yaumul hisab (hari perhitungan) Yaumul zilzalah (hari kegoncangan) Yaumun nusyur (hari kebangkitan) Yaumul ba’thi (hari kebangkitan) Yaumul jaza’ (hari pembalasan) Yaumul fasl (hari keputusan) Yaumul khulud (hari berkekalan) Yaumul wa’iid (hari ancaman) Yaumul hasarah (hari penyesalan)
BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT Manusia melalui dan akan melalui 3 alam yang berbeza keadaannya: Alam kandungan – selama 9 bulan. Alam kehidupan di dunia – hingga tiba ajal. Alam kubur – hingga tiba hari Kiamat.
TIGA ALAM Alam pertama sungguh singkat, kemudian diikuti oleh alam kedua yang juga singkat. Alam ketiga agak lama. Tidak dapat dipastikan berapa lama kita akan melalui alam kubur. Manusia telah diberi kelebihan akal untuk berfikir dan membayangkan keadaan di alam kubur.
TIGA ALAM Setelah jasad hancur, ia akan menjadi abu. Di alam barzakh si mati akan menerima nikmat atau azab sesuai dengan amalannya di dunia.
FITNAH KUBUR Kematian itu adalah sesuatu yang benar. Firman Allah Ta’ala: يَتَوَفَّاكُم مَّلَكُ الْمَوْتِ الَّذِي وُكِّلَ بِكُمْ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّكُمْ تُرْجَعُونَ “ Katakanlah: Malaikat maut yang diwakilkan untuk (mencabut nyawa) kamu akan mematikan kamu; kemudian hanya kepada Tuhanmu kamu akan dikembalikan. ” (as-Sajdah:11)
FITNAH KUBUR Kematian adalah sesuatu perkara realiti. Tidak ada orang mampu lari daripada kematian. Tiada seseorang pun tahu bila ajalnya akan tiba. Ajal tidak dicepatkan atau dilambatkan.
FITNAH KUBUR Firman Allah Ta’ala: فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ “ Maka apabila telah dating waktunya, mereka tidak dapat mengundurkannya sesaat mahupun memajukannya.” (al- A’raaf:34) Pertanyaan dua malaikat, nikmat dan siksa kubur akan dilalui dan dirasai oleh setia orang. Akal manusia tidak mampu menjangkau keadaan sebenar yang akan berlaku di dalam kubur.
FITNAH KUBUR Apabila jenazah sudah disemadikan di dalam kubur, maka malaika Munkar dan Nakir akan mula menyoal: Siapakah Tuhanmu? Apakah agamamu? Siapakah orang yang diutus kepadamu? Apakah kitabmu?
FITNAH KUBUR Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah bersabda: “ Bahawa seseorang apabila telah diletakkan didalam kuburnya, maka datanglah dua malaikat, lalu mendudukkannya, keduanya bertanya: “Siapakah yang engkau sembah?” Apabila ia Mukmin maka ia akan menjawab: “aku menyembah Allah”. Dan selanjutnya bertanya: “Siapakah Nabimu?” terus dijawab: “Nabiku ialah Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم .
FITNAH KUBUR “Maka kepadanya dikatakan lihatlah tempatmu di neraka tela diganti oleh Allah dengan tempat di syurga. Lalu ia melihat dua tempat itu sekali gus. Orang Munafik dan orang Kafir, ketika ditanyakan seperti diatas, mereka menjawab: “ Aku tidak tahu, aku hanya mengatakan sebagaimana orang lain mengatakannya. Lalu orang itu dipukul dengan besi sehingga berteriak-teriak,
FITNAH KUBUR suaranya akan di dengar oleh makhluk yang ada disekelilingnya selain dari jin dan manusia.” (HR al-Bukhari dan Muslim) Orang Mukmin akan dapat menjawab dengan lancar dan mendapat kenikmatan hingga hari kiamat manakala sebaliknya bagi orang kafir.
TANDA-TANDA HARI KIAMAT Ianya terbahagi kepada dua: 1) Tanda-tanda kecil 2) Tanda-tanda besar.
TANDA-TANDA KECIL HARI KIAMAT Hamba wanita melahirkan tuannya. Penyerahan urusan-urusan kepada yang bukan ahlinya. Sedikit ilmu dan munculnya kejahilan manusia. Ibadah dan Syariat Islam akan diambil ringan. Banyak berlakunya pembunuhan di merata tempat..
TANDA-TANDA KECIL HARI KIAMAT Banyak berlakunya zina. Kaum lelaki memakai sutera. Ramai orang yang mempercayai orang yang suka mengkhianati orang lain. Munculnya orang-orag yang jahil yang kut berbicara dalam urusan masyarakat. Ucapan salam hanya diucapkan pada orang Muslim yang dikenali sahaja.
TANDA-TANDA KECIL HARI KIAMAT Manusia saling bunuh membunuh tanpa tujuan yang jelas. Kiamat tidak akan berlaku sebelum beberapa peristiwa yang menggerunkan berku Petanda –petanda ini menunjukkan bahawa saat kedatangan kiamat hamper tiba.
TANDA-TANDA BESAR HARI KIAMAT Salah satu tanda besarhari Kiamat ialah: kemuncullan Dajjal. Dajjal ialah sejenis makhluk yang mengaku dirinya tuhan dan akan memperdayakan manusia agar termasuk dalam kesesatan. Ramai orang akan terpedaya dan hanya orang- orang yang ditetapkan Allah akan terlepas dari fitnah dajjal.