Bomoh Melayu Dari Perspektif Seorang Bomoh

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
Maksud teater.. Drama, kisah hidup dan kehidupan manusia
Advertisements

Jawablah pertanyaan dibawah ini! Anggota keluargaku di rumah: - Perannya: - Orang-orang di luar anggota keluargaku: - Perannya: -
TAHTA KEALLAHAN, KEEMPAT MAKHLUK, DAN 24 TUA-TUA
Pendidikan Agama Islam
Kesenian Jaran Kepang Sepanjang Pulau Jawa mulai dari Jawa Barat, Jawa Tengah, sampai Jawa Timur dikenal tari Jathilan sebagai tari tontonan barangan dengan.
Bentuk-bentuk Karya Sastra Melayu Klasik
KEDATANGAN YESUS Lesson 1 for April 4, 2015.
TAAT DAN PATUH KEPADA ORANG TUA
dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing
Keluarga Mahasiswa Katolik (KMK) Santo Thomas Aquinas
Keluarga Mahasiswa Katolik (KMK) Santo Thomas Aquinas
YESUS KRISTUS PEMENUHAN JANJI ALLAH
Keluarga Mahasiswa Katolik (KMK) Santo Thomas Aquinas
Angklung Adalah Warisan Dunia
TUGAS TEKKOM “SENI TARI SALAH SATU BAGIAN DARI KEBUDAYAAN INDONESIA”
Kursus Pemandu Kitab Suci oleh Rm. Vitus Rubianto, s.x.
KEMENANGAN ATAS KUASA-KUASA JAHAT
BAB 7 KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN
SESI IX PRAKTEK BERCERITA ALKITAB.
BL 2224 SINTAKSIS BAHASA MELAYU
Simbolisme dalam Agama Drs. H. Nur Syahid, MPdI
PERKEMBANGAN PRANATAL
PENGGUNAAN BAHASA INDONESIA DALAM PENULISAN KARYA ILMIAH
Fikih sehari-hari.
Kebhinekaan Dalam Karya
TAHARAH DALAM ISLAM.
TASSAWUR ISLAM BIMBINGAN AL-QURAN TAJUK.
PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU
SUKATAN PELAJARAN STPM BAHARU 922 KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF
KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR.
PENDIDIKAN KHAS MAS ‘ANI BINTI AHMAD L
KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
Kumpulan 11 SALASILAH KELUARGA.
KAEDAH PENGUBATAN ISLAM
Teori-teori Hubungan Etnik
Oleh : Muhamad Zulfikah Bin Mat Jali A144875
Roh Kudus dan Tritunggal Maha Kudus
BAB 3 : PENGENALAN KEPADA BEBERAPA AGAMA LAIN
BAB 1: MAKANAN DAN MINUMAN DALAM ISLAM
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
EED 3200 SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN, KEBUDAYAANDAN MELAYU (History of Malay Language, Literature and Culture) Pensyarah: Shamsudin Othman Jabatan Pendidikan.
MAKRIFAT KEPADA ALLAH.
PELAJARAN 15 ASAS AKIDAH ISLAM
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU
HASIL PEMBELAJARAN KURSUS HE
PROSES MENGANALISIS PUISI
KOMUNIKASI BUKAN LISAN DALAM KUMPULAN KECIL
GAYA PEMBELAJARAN KALAISELVAN A/L PATCHEYAPAN
LAMBANG-LAMBANG NEGARA
PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU
DEFINISI PUISI Za’ba Mendefinisikan puisi atau karangan berangkap sebagai “khas dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yg indah, dan.
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
PERKEMBANGAN FIZIKAL & FISIOLOGIKAL (PERKEMBANGAN MOTOR)
Roh Kudus dan Tritunggal Maha Kudus
PELAJARAN 15 ASAS AKIDAH ISLAM
POKOK-POKOK PEMENTASAN KARYA SASTRA
BAB 5 KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN
BBM 3106 TEORI LINGUISTIK Bersemuka II Oleh Prof. Madya Dr
Ciri-ciri Penulisan Fakta Gaya Dan Laras Struktur Bentuk Wacana
BAB 4 : PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN ISLAM DAN IMAN
PEMBANGUNAN KELUARGA III
Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor
OLEH : NUR HAMIZAH BINTI A. HAMID NUR AMIRAH BINTI LIAKAT ALI KHAN
PERSATUAN DALAM IBADAH
BAB 1 : AQIDAH – DEFINASI, KEPENTINGAN DAN SUMBER RUJUKAN
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
MENCINTAI FIRMAN TUHAN
WAN SALMIAH WAN AB RAHMAN
dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU
Transcript presentasi:

Bomoh Melayu Dari Perspektif Seorang Bomoh Bukan besi sebarang kursani Besi berasal dari buih Buih meniti dari air Air turun dari Nur Aku tahu asal kejadianmu Akan usulmu, Daud bapamu Aku tempa dihujung jari Jari telunjuk penentu hati

Barang diminta, barang terjadi Sirih si Abu Bakar, aku nak kerat racunmu Ali kudrat pedang zulfakar Dipintu Kaabah tersungkur rebah Ikut kata terjadi sendiri Ganja menumpang diputing pulas Disahut emas barang yang kebal Terjadi bentuk berputar alam Pamor terjadi akibat durhaka Durhaka besi di dapur sepuh

Seru turun sekalian semangat Semangat bergantung di mata keris Ikut kata ikutlah bala Tersungkur rebah di tangan pendita Pendita menikam di telunjuk kanan Di dalam lubuk kencana alam Bertepuk ombak terbelah dua Dalam zat matilah ia Menurut kehendak hancur jua

Langit ketujuh asal anak ular cinta mani Kalumu asal dari emas maka keluarlah cahaya Tujuh sifat tujuh anggota, denau tujuh alur Sembilan Bertitih berkait anak cucu nabi daud Bukan aku yang panggil, jibrail, mikail ,israfil yang panggil Dengan berkat kata Lailahaillah Muhamadurasullullah.

Berbicara tentang seni dalam budaya Melayu menuntut pemerhatian dan pemahaman yang mendalam. Seni bagi masyarakat Melayu bukan hanya berfungsi sebagai hiburan semata-mata malah mencakupi semua ruang kehidupan bangsa tersebut. Faham Melayu atau kenal Melayu hanya berdasarkan satu-satu item kebudayaan hanya melihat sekeping papan yang belum menjadi rumah. Banyak bahagian-bahagian yang harus dicantum atau diurai bagi melihat Melayu itu.

Begitulah dengan seninya Begitulah dengan seninya. Secara kasar boleh kita klasifikasikan dengan seni artifak dan mentifak. Seni benda meliputi segala macam keperluan bendawi dalam kehidupan yang boleh kita pisahkan kepada dua bahagian yakni keperluan asas yang disenikan untuk daya guna yang lebih indah disamping fungsi utamanya dan peralatan seni bagi tujuan kesenian atau kepanggungan, misalnya serunai, gendang,rebab, gong dan sebagainya.

Sebuah timba upih untuk mencedok air dari perigi atau sumur sememangnya berfungsi untuk mencedok air tetapi kemudiannya disimbat dengan rotan bersimpul membentuk seperti corak dan kelihatan cantik, pada hal timba upih itu sudah cukup kuat dengan hanya disimpal dengan tali atau rotan sahaja, tetapi disimbat dengan rotan di bahagian atas tepi kiri dan kanan, timba upih tadi sudah menjadi hasil seni kreatif yang melambangkan manifestasi bangsanya. Tidak itu sahaja, kayu pengikat tali yang menjadi tulang belakang timba upih tadi dilarik dan diukir dengan motif-motif flora, fauna dan sebagainya lebih mengindah atau mencantikkan timba.

. Sesuai dengan hakikat lambang atau lebih halus lagi metapora menggunakan imej di persekitaran kehidupan iaitu alam yang lebih luas, flora dan fauna yang lebih khusus serta imej yang dibina dari anatomi (tubuh badan ) manusia. Ketiga imej atau lambang dari alam luas dan alam diri ini mempunyai tiga fungsi iaitu magis yang menghubungkan alam nyata dan alam ghaib, digunakan juga bagi tujuan perubatan dan perbomohan, dengan fungsi kedua pula yang dijadikan lirik dalam lagu atau ungkapan seni persembahan yangf lebih menyeluruh sebagai instrument hiburan dan lambang-lambang itu pula terserap sebagai naratif pemerihalan atau penceritaan.

Terdahulunya, upih dari pelepah pinang, juga mayang kelapa ataupun mayang nibung dipilih, dikeringkan dengan cara-cara tertentu pula dan ada kata-kata yang berlambang, bersimbul diucapkan agar nanti timba itu tahan lebih lama, air yang dicedok menggunakan timba lebih sejuk, lebih sihat dan tidak keruh atau berkelodak.

ataupun dikaitkan dengan peralatan atau bendawai keperluan hidup yang lainnya. Seni pengucapan ini digabungkanh dengan seni bunyi yang bendaannya seperti gendang, gong serunai yang fungsinya dipersembahkan atau dipertontonkan kepada orang.

Bermula dari pemilihan kayu, kemudian penebangan dan seterusnya proses pembuatan, disertai dengan macam-macam ucapan dan mantera. Bermula dengan minta izin dari yang “empunya”, iaitu roh, semangat dan seringkali juga diistilahkan penunggu-ucapan dengan kata ganti nama diperhaluskan (aforisme), hantu dipanggil “tok”, diri sendiri dibahasakan “cucu”, haiwan seperti tikus dibahasakan “tuan puteri”

Fungsi ucapan ini tidak lain tidak bukan sebagai “pemanggil”, “peralik” kepada pendengar atau penonton apabila alat itu dimainkan nanti. Ditambah pula dengan mantera buka panggung, sembah guru dalam persembahan Main Puteri (ada yang menyebut Main Peteri) , tarian mengadap rebab dalam persembahan Mak Yong. Ini sekadar mengambil unsur terkecil dalam kebudayaan Melayu.

Hal ini diperkatakan panjang lebar bagi tujuan menjelaskan bertapa pentingnya mantera dalam masyarakat Melayu. Genre ini adalah puisi atau ucapan yang paling tua dalam sejarah bangsa Melayu, setua kewujudan bangsa itu sendiri. Wujudnya selari dari zaman primitif, diadungaulkan sewaktu Hindu-Budha dan kekal walaupun Islam mempengaruhi kehidupan bangsa Melayu hingga kini. Terdapat berbagai pengertian yang diberikan oleh sarjana berdasarkan pemahaman mereka. Misalnya Marsden (1812) menanggap mantera sebagai incantation, charm, secrect prayers.

Dalam konteks esoteriknya,kata-kata atau bunyi yang mempunyai kuasa spiritual, mistik, ghaib yang secara popularnya disebut magis atau sihir. Penjelasan Noriah Taslim (2007) memberikan kita pemahaman mantera sebagai kata-kata dan bunyi-bunyi melibatkan cara pengucapan, ada nada dan intonasinya, jeda. Kuat perlahan sebutannya dapat menghubungkan alam fizikal dan alam ghaib.

Pada peringkat awalnya, pengucapan mantera dalam bentuk spontan sesuai dengan keadaan dan situasi ketika itu, misalnya, ketika kilat sabung menyabung, atau berdepan dengan harimau bunting sulung, maka kata-kata itu dikaitkan dengan “panah lodan” (kilat), “sakit” (rayu), babi (pandak kaki dan lain-lain lagi (lihat Skeat 1900).

Kemudian kata-kata dan bunyi tadi diberikan struktur serta disusun menjadi tiga bahagian, iaitu bahagian pertama iaitu pembuka bicara yang memasukan kata-kata “pengenalan” dan puji-pujian terhadap roh, semangat, penunggu ataupun “Sang Mak Hyiang, Kahyangan, Betara Guru, Betara Kala di zaman primitifnya lalu berubah kepada puji-pujian terhadap Allah, Tuhan sekalian alam di zaman Islam sehingga kini.

Setiap mentera dimulakan dengan bacaan Bismillahirmanirahim, setidak-tidak sekali surah Al Fatihah, sekali surah Kulhuallah, barulah memasuki bahagian kedua iaitu penyampaian maksud atau tujuan dengan membangkit “asal usul”, sumpah, pujuk rayu yang berhubung dengan roh, semangat dan hantu atau alam ghaib. Dibahagian inilah segala macam lambang mengenai flora, fauna, binatang, anggota manusia seperti yang dikemukakan di atas. Perkataan-perkataan ini disusun dan terjadi pengstrukturan kata-kata dengan lenggok serta bunyi yang mudah dihafal, disampaikan dengan penuh semangat, emosi, tinggi rendah suara yang bersesuaian dengan tujuan. ( Malinowski 1954).

Suatu hal paling penting dalam struktur mantera ini adalah kosmologi masyarakat Melayu, yakni “empat puloh hari dirahim bapa”, Sembilan bulan sepuloh hari dirahim ibu”, “empat puluh suap, setitis darah, empat puluh darah setitik mani” maka lahirlah sianu..dengan tiga bersaudara yang anaknya bernama “Dewa Muda”, yang urinya bernama “Dewa Kesuma Daru” dan air tembuni bernama “Dewa Pecil” seperti yang terdapat dalam mantera persembahan atau lakonan dan juga disebut teater tarian mak yong atau main puteri di Kelantan ( Mohd Ramli Raman 1995, 2007)

Sesuai dengan hakikat perkembangan Islam dan penentangan ulamak, para bomoh telah membangunkan perdukunan mereka dengan memanfaatkan Al Quran, hadis dan kitab-kitab lain yang berbau tasawuf. Kitab Tajul Muluk, Bintang Dua Belas dan Kitab Tib menjadi rujukan. Kitab Tajul Muluk misalnya telah memberikan ramuan-ramuan dan penyakitnya. Konsep solat-Rukun 13 diangkat sebagai pusat segala ilmu perdukunan di alam Melayu. Rukun 13 tadi di bahagikan kepada empat kumpulan iaitu kosmologi existensialisme manusia (kewujudan dan keberadaan). Kewujudan manusia berasal dari ibunya empat perkara, dari bapa empat perkara, dari malaikat empat perkara dan dari Tuhan satu perkara.

a. Empat perkara daripada ibu i. Urat ii. Daging iii. Darah iv. Tulang

b. Empat perkara dari bapa i. Otak ii. Benak iii. Hati iv. Jantung

c. Empat perkara dari Malaikat i. Gerak ii. geri iii. rasa iv.perisa

d. Satu perkara dari Tuhan/Allah iaitu roh/nyawa. Dalam perbomohan Melayu empat perkara dari bapa amat dititikberatkan terutamanya hati yang menjadi pusat dan segala-galanya berpusat ke situ. Apatah lagi bapa menjadi teras pengucapan mentera atau doa empat puloh hari di rahim bapa, barulah jatuh ke rahim ibu. Pusat hati di rahim bapa in pula dihubungkan dengan pusat Al Quran surah 19 Al Khafi ayat 15 wal yatalattaf ditandai dengan tulisan berwarna merah-bold sifatnya dengan maksud : (dan) hendaklah ia berlaku lembah lembut.... Hati Al Quran ini pula menjadi pedoman kepada para dukun dan bunyi tafsirnya pula menjadi prinsip serta misteri dalam mantera.