TAMADUN ISLAM.

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
MASA NABI SAW DAN KHULAFAURRASYIDIN
Advertisements

MATERI PENDIDIKAN AGAMA ISLAM IMAN KEPADA KITAB-KITAB ALLAH
Materi Pertemuan 10 Sejarah Hukum Islam I
Oleh: Ali Ilhami Bin Basir
BAB V HUKUM, HAM DAN DEMOKRASI DALAM ISLAM Nurhasan, M.Ag
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
hijrah nabi muhammad Saw ke madinah dan piagam madinah
SUMBER HUKUM ISLAM.
Perjuangan Nabi Muhammad saw.
PERJANJIAN AQABAH.
BAB 7 KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN
Sejarah Hukum Islam I : masa kenabian dan khulafaurrasyidin
ILMU PERANAN ILMU DALAM PEMBENTUKAN KELUARGA DAN MASYARAKAT PENGENALAN
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
MODUL IHES 1 Kemenjadian Dalam Pendidikan
BAB 3 : PEPERANGAN RASULULLAH S.A.W.
By : 1. Rizal hartono 2.Muhammad fajar
TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA
Materi Pertemuan 10 Sejarah Hukum Islam I
Masyarakat tidak menerima kebenaran
KERAJAAN ISLAM DI MADINAH
BAB 3 SYARIAH DALAM KEHIDUPAN MUSLIM
IDA Islam dan Peradaban
PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM
Masyarakat tidak menerima kebenaran
MODUL IHES 1 Kemenjadian Dalam Pendidikan
1.
TASAWWUR ISLAM II WEEK 5 PENYELESAIAN MASALAH MENURUT ISLAM
AQIDAH UNIT 2 Kelas Bimbingan Dewasa.
A. PERJUANGAN DAKWAH NABI MUHAMMAD SAW Faktor pendorong Rasulullah saw. hijrah ke Madinah : 1.Penduduk Madinah yang berikrar memeluk Islam di Bukit Aqaba.
BAB 4 : KHALIFAH UTHMAN BIN AFFAN R.A.
Manusia dan Masyarakat Di Zaman Khulafa’ Rashidin
PENGARUH YANG MEROSAKKAN PEMIKIRAN
Makna Tasyri’ Dari segi bahasa: 1-Sumber air 2-Jalan yang lurus
PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN
Masyarakat tidak menerima kebenaran
BAB 3 : PENGENALAN KEPADA BEBERAPA AGAMA LAIN
PRA DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM
Hakikat keimanan dan buahnya
PRA DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM
PRA DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM
Islam Hadhari dan Hubungan Etnik
BAB 1: AKHLAK MUSLIM TERHADAP AGAMA ISLAM
KERAJAAN ISLAM DI MADINAH
MENENGAH 3 SEJARAH ISLAM
PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM
KBM 4 AQIDAH ISLAMIAH BAB 1 : FIRAQ DALAM ISLAM
TAMADUN ISLAM Kata kunci
Pelajaran 10 : RABBANIYYAH
KERAJAAN ISLAM DI MADINAH
Sejarah & Tamadun Islam
KONSEP PEMBANGUNAN ISLAM.
KERAJAAN ISLAM DI MADINAH
KONSEP ASAS TAMADUN ISLAM
BAB 5 KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN
BAB 2: PUASA PADA BULAN RAMADAN
PAS PENGENALAN AM.
BAB 4 : PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN ISLAM DAN IMAN
BAB 1 : UMAT ISLAM DAN DUNIA ISLAM
AQIDAH UNIT 1 Kelas Bimbingan Dewasa.
KEDUDUKAN WAHYU DAN AKAL.
BAB 1 : AQIDAH – DEFINASI, KEPENTINGAN DAN SUMBER RUJUKAN
A] Mengapakah zaman jahiliah dianggap sebagai zaman kegelapan
KELOMPOK. Pengertian Hukum Islam. Pengertian Hukum Islam Menurut Ahmad Rofiq, Pengertian Hukum Islam adalah seperangkat kaidah-kaidah hukum yang didasarkan.
KERAJAAN ISLAM DI MADINAH
Diploma Pengajian Islam (DPI)
Tuntutan Melaksanakan Tanggungjawab
Diploma Pengajian Islam (DPI)
MODEL PENGURUSAN ISLAM.
BAB 5 : KERAJAAN BANI ABBASIYYAH
Transcript presentasi:

TAMADUN ISLAM

KONSEP TAMADUN ISLAM Pengabdian diri kepada Allah s.w.t Berorganisasi di atas asas aqidah. Keagungan dan keluhuran nilai kemanusiaan berbanding dengan nilai benda. Berfungsinya nilai-nilai kemanusiaan. Memelihara kesucian keluarga. Melaksanakan tugas khalifah di bumi Allah dengan mengikuti panduanNya. Sentiasa memegang janji dan amanah Allah. Mematuhi syariat di dalam semua urusan kehidupan.

ASAS TAMADUN ISLAM Terbahagi kepada 3 bahagian: iaitu Akidah, Syariah dan Akhlak.

AKIDAH Kepercayaan, keyakinan. ( kamus dewan) Menurut Hasbi al-Siddiqi : Ikatan yang dipegang teguh dan tertanam dalam lubuk jiwa seseorang yang tidak dapat digoncang dan dihuraikan lagi. Akidah Tauhid (mengesakan Allah) merupakan intipati kepada rukun iman yang lain. Ia menjelaskan mengenai konsep keesaan, keunggulan dan kemutlakan Allah s.w.t sebagai Tuhan Pencipta Alam dan berkuasa ke atas semua makhluknya.

Akidah menjadi asas utama Tamadun Islam yang tersusun dalam Rukun Iman iaitu: Percaya kepada Allah s.w.t. Percaya kepada Malaikat. Percaya kepada Kitab-kitab Allah. Percaya kepada Rasul-rasulnya. Percaya kepada Hari Kiamat. Percaya kepada ketentuan Qadha’ dan Qadar.

SYARIAH Setiap yang diundang-undangkan oleh Allah dalam urusan keagamaan melalui wahyuNya sama ada al-Quran atau al-Sunnah. Urusan keagamaan dapat dilihat dari pelaksanaan ibadah khusus dan ibadah umum.

a) Ibadah Khusus Berkaitan dengan hubungan manusia dengan Allah yang terkandung dalam Rukun Islam iaitu: Mengucap dua kalimah syahadah.(Bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah) Mendirikan solat. Berpuasa di bulan Ramadhan. Mengeluarkan zakat. Menunaikan haji di Mekah.

b) Ibadah Umum Berkaitan dengan hubungan manusia dengan manusia dan manusia dengan alam yang menghasilkan sistem sosial, politik, ekonomi, sains dan teknologi dan sebagainya dalam sebuah tamadun.

AKHLAK Menurut Imam al-Ghazali : Sifat yang tertanam dalam jiwa yang darinya terbentuk tingkah laku dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan akal terlebih dahulu.

Akhlak merangkumi terhadap: Diri sendiri. Keluarga. Masyarakat. Alam sekitar. Allah s.w.t. Akhlak yang perlu diikuti dan dicontohi oleh setiap muslim adalah akhlak Nabi Muhammad s.a.w sebagaimana yang terkandung dalam al Sunnah.

SIFAT-SIFAT TAMADUN ISLAM Rabbani. Universal atau sejagat. Keseimbangan antara rohani dan jasmani. Terbuka. Sesuai sepanjang zaman. Toleransi terhadap tamadun dan budaya lain. Kesatuan dalam kepelbagaian. Sempurna dan menyeluruh. Idealistik dan realistik.

MATLAMAT TAMADUN ISLAM Memartabatkan Islam sebagai al-Din. Mewujudkan hubungan manusia dengan Allah. Hubungan manusia sesama manusia. Hubungan manusia dengan alam.

DASAR TAMADUN ISLAM Untuk memelihara dan memulihkan serta menghormati hak asasi manusia termasuk haiwan, tumbuhan, alam sekitar bagi menjamin kebahagian dan keharmonian hidup. Terdapat 5 dasar iaitu agama, jiwa atau nyawa, akal, kehormatan atau keturunan, harta.

1. Agama Orang Islam wajib memelihara agama. Mereka yang murtad wajib bertaubat, sekiranya enggan atau engkar, mereka akan dikenakan hukuman bunuh. 2. Jiwa dan nyawa Orang Islam wajib menjaga keselamatan jiwa dan nyawa diri sendiri dan orang lain. Haram menjerumuskan nyawa ke dalam kemudaratan. Mereka yang membunuh akan dibalas bunuh.

3. Akal Wajib mendorong akal dengan ilmu pengetahuan dan memikirkan perkara-perkara berkaitan dengan kekuasaan Tuhan. Haram mendedahkan akal kepada perkara-perkara yang boleh merosakkan atau melemahkan kemampuannya.

4. Kehormatan dan keturunan Orang Islam wajib memelihara keturunan dan kehormatan. Mereka diharam daripada menjerumuskan diri kepada perzinaan atau sesuatu yang mendorong kepada perzinaan.

5. Harta benda Wajib berusaha mendapat harta benda dengan cara yang halal. Haram mendapatkan rezeki melalui cara yang haram seperti mencuri, merompak. Dilarang mendedahkan harta benda kepada pembazirana atau kecurian dan sebagainya.

SUMBER-SUMBER TAMADUN ISLAM Al-Quran Kalam Allah@ kitab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan Malaikat Jibril dalam bahasa arab dengan keterangan dan maknanya yang tepat. Ia mengandungi semua perkara yang menyentuh seluruh aspek kehidupan manusia (akidah, syariah dan akhlak) Al-Quran hendaklah dibaca, diteliti, dikaji, difahami dan dihayati isi kandungannya. Ia merupakan sumber rujukan yang tunggal sebagai pencetus kecemerlangan Tamadun Islam.

2. Al-Sunnah Perkara yang datang dari Rasulullah s.a.w sama ada berupa perkataan, perbuatan dan pengakuan. Ia adalah sumber kedua selepas al-Quran.

1 Perkataan: Meliputi semua perkara yang datang dari Rasulullah s.a.w dalam bentuk kata-kata tentang sesuatu perkara atau keadaan. 2 Perbuatan: Merangkumi semua perbuatan Rasulullah s.a.w yang menjelaskan syariat@ undang-undang. 3 Perakuan: Perakuan Rasulullah s.a.w terhadap perbuatan yang dilakukan atau perkataan para sahabat di hadapan baginda dengan cara mendiamkan diri (tidak melarang). Peranan al-Sunnah adalah menjelaskan kandungan al-Quran yang ringkas.

3 Al-Ijmak Kesepakatan pendapat di antara para Mujtahid @ Ulamak Fiqh pada masa tertentu (selepas kewafatan Rasulullah s.a.w) dalam sesuatu hukum yang tidak terdapat dalam al-Quran dan al-Sunnah. Mujtahid: Ulamak yang mengeluarkan hukum tersebut. Ijmak diperolehi melalui Ijtihad. Ijtihad: Berusaha dalam mengeluarkan hukum terhadap sesuatu perkara yang tidak dinyatakan dalam al-Quran dan al-Sunnah

4- Al-Qiyas Membandingkan perkara yang tidak dinyatakan hukumnya dalam al-Quran dan al-Sunnah dengan perkara yang ada dinyatakan hukumnya dalam al-Quran dan al-Sunnah kerana ada persamaan pada illah (sebab hukum tersebut).

Contoh: Membandingkan “dadah atau ecstacy” yang tidak dinyatakan hukumnya dalam al-Quran dan al-Sunnah sama ada halal atau haram dengan “arak” yang ada dinyatakan hukumnya dalam al-Quran dan al-Sunnah iaitu “haram” kerana ada persamaan pada illah (sebab hukum tersebut) iaitu memabukkan dan menghilangkan akal. Oleh kerana arak diharamkan kerana ia memabukkan dan menghilangkan akal , maka dadah dan ecstacy juga haram kerana ia juga memabukkan dan menghilangkan akal dengan membandingkannya dengan arak.

KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM Bermula apabila Nabi Muhammad dilantik sebagai Rasulullah (utusan Allah). Rasul berperanan menyebarkan Islam kepada seluruh manusia. Islam menjadi dasar kepada Tamadun Islam. Sebelumnya, masyarakat Mekah adalah masyarakat Jahiliah. Jahiliah berasal dari perkataan jahala yang bermaksud jahil.

Ciri-ciri Zaman Jahiliah: zaman yang tidak mempunyai nabi dan kitab sebagai rujukan dan panduan. tidak mempunyai peradaban atau tamadun. masyarakatnya tidak berakhlak, angkuh dan bongkak. masyarakatnya jahil kerana tidak tahu menulis dan membaca.

Kedatangan Islam mengubah keadaan ini di mana masyarakat Mekah telah memeluk Islam mula meninggalkan amalan Jahiliah dan mengamalkan kehidupan Islam. Secara langsung baginda mengasaskan satu bentuk ketamadunan baru yang dikenali sebagai Tamadun Islam. Asas pembinaan Tamadun Islam ialah akidah. Ia menjelaskan mengenai konsep keesaan dan kemutlakan Allah s.w.t sebagai Tuhan yang berkuasa ke atas semua makhluk. Dalam tahap awal, seruan dakwah Islam dilakukan kepada ahli keluarga yang terdekat dan di kalangan sahabat sebelum disebarkan kepada masyarakat umum. Penekanan kepada akhlak mulia sejajar dengan seruan Islam turut diberikan di mana perhambaan dihapuskan dan kaum wanita dibela. Di samping itu persoalan yang paling asas seperti ibadat turut dibicarakan terutamanya solat.

PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM ZAMAN RASULULLAH S.A.W Ia terbahagi kepada tiga tahap iaitu tahap iaitu: 1. TAHAP PERIBADI Merupakan tahap yang paling penting. Pada tahap ini Nabi Muhammad s.a.w menyebarkan agama Islam kepada keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Tumpuan utama adalah kepada pembentukan individu Islam yang kental dan unggul. Ia dimulai dengan seruan kepada pembinaan iman selama 13 tahun di mana ajaran tauhid yang berlandaskan kepada kalimah syahadah menjadi teras.

2. TAHAP PENGUKUHAN ISLAM - ZAMAN MEKAH Pada tahap ini Rasululllah s.a.w mendidik dan membentuk para sahabatnya dengan Islam secara amalan dan penghayatan sehingga terbinanya generasi Islam pertama. Penumpuan utama diberikan kepada aspek akidah iaitu percaya bahawa Allah merupakan satu-satunya Tuhan yang mesti disembah. Akhlak mulia sejajar dengan seruan Islam turut diberikan penekanan dimana perhambaan dihapuskan dan kaum wanita dibela. Di samping itu persoalan ibadat juga turut dibicarakan terutamanya solat. Perkara-perkara tersebut merupakan perkara yang paling asas dalam ajaran Islam. Tahap ini berlanjutan selama 10 tahun. 

3. TAHAP PELAKSANAAN ISLAM - ZAMAN MADINAH Dianggap sebagai tempoh pelaksanaan ajaran Islam. Ia bermula dengan peristiwa Hijrah yang seterusnya dijadikan penanda penting kepada permulaan kalendar Islam. Hijrah adalah kesan daripada tekanan hebat masyarakat jahiliah di Makkah hingga ke satu tahap ingin membunuh Nabi, maka baginda telah melakukan hijrah ke Madinah.

Nabi Muhammad s.a.w telah membentuk satu sistem pemerintahan Islam berasaskan Al-Quran dengan memberikan tumpuan kepada: a). Mewujudkan sebuah komuniti Islam. b). Menyusun satu sistem politik dan pentadbiran berasaskan Islam. c). Memperkenalkan satu sistem ekonomi berasaskan Islam seperti zakat, jizyah, Ghanimah. d). Mengadakan hubungan luar seperti hubungan dengan kerajaan asing. e). Berusaha membentuk ikatan dan jalinan persaudaraan antara Muhajirin dan Ansar (Aus dan Khazraj). f). Merapatkan hubungan antara masyarakat Islam dan bukan Islam khasnya Yahudi. g). Pembinaan infrastruktur, kemudahan asas dan pengembangan pendidikan.

PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM ZAMAN KHULAFA AL-RASHIDIN Khalifah bermaksud pengganti, iaitu mereka yang dilantik menjadi pemimpin Islam selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Khulafa’ al-Rashidin dalam sejarah Islam seramai 4 orang iaitu: Sayyidina Abu Bakar al-Siddiq, Sayyidina Umar al-khattab, Sayyidina Uthman bin Affan dan Sayyidina Ali bin Abi Talib. Pada prinsipnya mereka bertanggungjawab mengekalkan kepimpinan Rasulullah s.a.w seperti: a). Memelihara keharmonian agama Islam dan mengawasi pelaksanaan ajarannya dengan tegas. b). Mempertahankan prinsip pemerintahan Rasulullah s.a.w bagi menjamin keadilan sejagat. c). Memelihara kedaulatan negara Islam. d). Menyebar dan mengembangkan agama Islam tanpa batas.

Antara tindakan penting yang dilaksanakan: Abu Bakar al-Siddiq Menghadapi puak penderhaka @ murtad. Mengutuskan tentera membunuh nabi palsu. Peringkat awal ke arah pengumpulan al-Quran. Melantik gabenor bagi setiap wilayah Islam. Umar al-Khattab Jajahan takluk Islam bertambah luas. Menyusun pentadbiran negara dengan lebih sistematik. Menubuhkan institusi hisbah. Mengemaskinikan urusan kehakiman. Menubuhkan jabatan-jabatan kerajaan.

Uthman bin Affan Meneruskan kesinambungan menyampaikan dakwah Islam ke kawasan yang lebih luas. Menubuhkan armada laut. Menyempurnakan pembukuan al-Quran. Ali bin Abi Talib Menyusun semula pasukan polis. Melengkapkan angkatan tentera bersenjata.

Para sahabat dan pengikut-pengikut para sahabat meneruskan perjuangan Rasulullah s.a.w sehinggalah ke penghujung zaman Khulafa al-Rasyidin pada tahun 660 Masihi. Seterusnya ia diganti oleh kerajaan Daulah Bani Umayyah di Damsyik. Daulah Umayyah dijatuhkan oleh Bani Abbasiah pada tahun 750 Masihi dan menubuhkan Daulah Bani Abbasiah di Baghdad. Islam juga bertapak di bumi Eropah (Sepanyol) selama 736 tahun sehinggalah pada tahun 1492 Masihi ia dijatuhkan oleh Ratu Isabella.   Kerajaan Islam juga diasaskan oleh Zahiruddin Babar pada tahun 1526. Kerajaan Islam terakhir iaitu Kerajaan Uthmaniah Turki memerintah selama 637 tahun. Bagaimanapun di akhir kurun ke 18, ia mula menjadi lemah dan sedikit demi sedikit wilayahnya di Eropah Timur dan Utara Afrika terlepas dari penguasaan mereka samaada kepada kuasa Eropah ataupun kepada serpihan kerajaan Islam yang lain. Kerajaan Uthmaniah akhirnya runtuh apabila sultan terakhirnya iaitu Sultan Abdul Hamid telah digulingkan dari pemerintahannya oleh “Kumpulan Belia Turki” atau “The Young Turks” pimpinan Jeneral Mustaffa Kamal Ataturk.

sekian