Kuliah PPI 2012 Modul Tafsir

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
MATERI PENDIDIKAN AGAMA ISLAM IMAN KEPADA KITAB-KITAB ALLAH
Advertisements

Materi kls 5.
Hukum Islam dan kontribusi Umat islam Indonesia
DIPLOMA PENGAJIAN AL-QURAN & SUNNAH
IMAN KEPADA RASUL.
SUMBER HUKUM ISLAM.
Perkara yang akan dipelajari:
AQIDAH UNIT 5 Kelas Bimbingan Dewasa.
KEBIJAKAN NASIONAL PENDIDIKAN KARAKTER 2011
PUTERI-PUTERI TERSAYANG
IMAN KEPADA KITAB-KITAB ALLAH
HARAPAN IBU BAPA "KEPADA ANAK-ANAKKU...." CINTA GUAR.COM
RISALAH KENABIAN REDAKSI AYAT
ADAB KEPADA IBU BAPA Pengertian. Dalil.
AKIBAT BURUK MENJAUHI DAN MENINGGALKAN AL-QUR’AN
فَضَائِلُ الدَّعْوَةِ
DOA HARIAN RAMADHAN.
Menemani Rasulullah di Surga
Tuntutan Mengenal Diri
Tuntutan Mengenal Diri
Kandungan Kalimat Syahadat (Madlulusy syahadah)
Moto ; “Tidakkah aku harus menjadi hamba-Nya yang bersyukur?
DIDIK ANAK AGAR JANGAN SOMBONG!
Eksplorasi ayat-ayat al-qur’an dengan ilmu
Al-Fath (10) وَمَنْ لَمْ يُؤْمِنْ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ فَإِنَّا أَعْتَدْنَا لِلْكَافِرِينَ سَعِيرًا Dan barangsiapa yang tidak beriman kepada Allah dan.
OLEH MAZLAN BIN ABDULLAH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
HIDAYAH MILIK ALLAH SURAH AL-AN’AM : AYAT 125.
BAB 25: RIWAYAT HIDUP RASULULLAH
Tazkiyah Nafs (Penyucian Jiwa)
ALQURAN MENJANA KECEMERLANGAN HIDUP
Surah Al-Ghasyiyah 1.
MODUL SIRAH NABAWIYAH.
Diploma Pengajian Islam Andalus
PRA DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM
Hakikat keimanan dan buahnya
PRA DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM
Tazkiyah Nafs (Penyucian Jiwa)
KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH
SOLAT SUNAT TAHAJJUD.
Surah Ad-Dhuha Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Soalan Nabi s.a.w : : "Siapa yang mencahayakan muka engkau?"
BAB 1 : KEHIDUPAN RASULULLAH S.A.W. DI MEKAH
BAB 4 : MENJAGA AKHLAK TERHADAP KELUARGA
Andalus Corporation Pte Ltd
KBD MODUL SIRAH NABAWIYAH.
BAB 25: RIWAYAT HIDUP RASULULLAH.
ASAS PSIKOLOGI & KAUNSELING
BAB 2: MENJAGA AKHLAK TERHADAP ALLAH
PELAJARAN 15 ASAS AKIDAH ISLAM
Firman Allah SWT: Surah Luqman [31:17] “Wahai anak kesayanganku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat kebaikan serta laranglah (manusia) daripada.
Tazkiyah Nafs (Penyucian Jiwa)
BAB 2: PUASA PADA BULAN RAMADAN
ICT DAN MEDIA DALAM PENDIDIKLAN ISLAM
Surah Al-Qadr Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Tafsir Surah Al-Layl.
AQIDAH UNIT 1 Kelas Bimbingan Dewasa.
RIWAYAT HIDUP RASULULLAH S.A.W..
Sirah KBK 6 Modul 1.
Surah al-Tariq Surah Makkiyyah, 17 ayat.
Surah Al-Kauthar Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Surah As-Syarh Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
BAB 5: MENJAGA AKHLAK TERHADAP SESAMA MANUSIA
Surah Al-Lail Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
BAB 3: ORANG-ORANG YANG BERHAK MENERIMA ZAKAT
BAB 7: MENJAGA AKHLAK DALAM MAKAN DAN MINUM
PUNCA UTAMA PENYELEWENGAN DALAM TAFSIR
SELAGI MEREKA MASIH BERNYAWA
MENCARI RAHMAT RAMADHAN
e-khutbah.gov.my 1200 x 537 jpeg – images may be subject to copyright.
Nama Kelompok : 1. Abdul Majid Ridwan 2. Kusnadi.
Transcript presentasi:

Kuliah PPI 2012 Modul Tafsir Tafsir Surah Al-Dhuha

Topik Perbincangan Latar Belakang Surah Munasabah Surah Kandungan Surah Tafsir & Ulasan Ayat

Latar Belakang Surah Merupakan surah Makkiyah. Dinamakan bersempena dengan pembukaan ayat Al-Dhuha, yang merupakan kata sumpah. Al-Dhuha bermaksud waktu permulaan siang hari ketika matahari mulai meninggi.

Munasabah Surah Surah Al-Layl Surah Al-Dhuha Disudahi dengan janji positif dan baik Allah untuk memuliakan orang yang bertakwa di akhirat. Disebutkan bahawa orang yang paling bertakwa akan dijauhkan dari api neraka. (Al-Layl: 17) Allah memperkuatkan lagi janji tersebut khususnya terhadap Nabi Muhammad. (Al-Dhuha: 5) Dijelaskan tambahan nikmat kepada penghulu seluruh oang yang bertakwa iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Kandungan Surah Allah sentiasa bersama Nabi Janji Allah kurniaan pada Akhirat (92: 5) Senarai nikmat-nikmat pada Nabi sejak kecil (92: 6) Berlembut dan menyayangi anak yatim Menjalin hubungan dengan orang miskin Mensyukuri nikmat-nikmat besar Tiga pesanan pada akhir surah: (92: 9-11)

Al-Dhuha 1-3 وَالضُّحَى وَاللَّيْلِ إِذَا سَجَى مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَى [1]‬ Demi waktu dhuha, [2] Dan malam apabila ia sunyi-sepi - [3] (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).

Sebab Turun Ayat 1-3 Diriwayatkan bahawa Nabi mengalami demam dan tidak dapat solat malam satu atau dua malam, kemudian datang seorang perempuan mengejek Baginda dan berkata: “Nampaknya syaitan yang selalu datang mengganggu kamu itu sudah pergi meninggalkan kamu.” Kemudian Allah turunkan ayat (93: 1-3). Hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim.

Sebab Turun Ayat 1-3 Diriwayatkan dari Zaid Al-Arqam katanya: “Pada suatu masa agak lama Rasulullah tidak didatangi oleh Jibril.” Umm Jamil, isteri Abu Lahab pun mengejek sinis dan berkata: “Nampaknya kamwan kamu itu telah meninggalkan dan memboikot kamu”. Lalu Allah pun menurunkan ‘Wa Al-Dhuha…’ Hadith riwayat Imam Al-Hakim.

Tafsiran & Ulasan Tidak seperti sangkaan sebahagian orang atau apa yang dirasakan Nabi, Allah tidak: memutuskan hubungan dengan Nabi Muhammad. Memutuskan wahyu Membenci Nabi Bukti bahawa Al-Quran datang dari Allah dan tidak dari Nabi, jika tidak wahyu tidak akan terputus dan tertangguh.

Tafsiran & Ulasan Waktu Dhuha Waktu Malam Gambaran kehadiran wahyu Seumpama cahaya matahari yang sinarnya jelas, menyegarkan dan menyenangkan. Petunjuk ilahi dinyatakan sebagai berfungsi membawa cahaya terang benderang. “Kitab yang diturunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gelita kepada terang benderang”. Ibrahim: 1 Gambaran ketidakhadiran wahyu Bukan sekadar sumpahan pada malam yang mutlak, tetapi pada malam yang ‘hening’ – sepi, gelap dan sunyi.

Tafsiran & Ulasan Ayat-ayat ini mengajak para pendusta Nabi supaya memerhatikan keadaan siang dan malam. Siang disusuli malam dan malam disusuli siang, keduanya silih berganti. Hilangnya kedua ini bukan alasan ia tidak akan terbit lagi, begitu juga dengan wahyu.

وَلَلآخِرَةُ خَيْرٌ لَكَ مِنَ الأُولَى Al-Dhuha: 4 وَلَلآخِرَةُ خَيْرٌ لَكَ مِنَ الأُولَى ‪[4]‬ Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.

Sebab Turun Ayat 4 Diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas bahawa Rasulullah bersabda: “Aku diperlihatkan negara yang akan dibuka oleh umatku selepas daripada ini dan ia amat menggembirakan hatiku”. “Maka Allah pun menurunkan ayat ini…” Hadith riwayat Imam Al-Thabrani.

Tafsiran & Ulasan Maksud akhirat adalah sesuatu yang jauh dan bukan sekarang. Tidak semua bermaksud kehidupan selepas dunia kecuali jika digandingkan dengan perkataan ‘Dar’ atau ‘Yawm’. Maksud di sini cukup luas ia merangkumi kehidupan akan datang di dunia dan juga di hari akhirat kelak.

Tafsiran & Ulasan Hari akhirat itu adalah lebih baik bagimu daripada dunia sekiranya wahyu itu benar-benar terputus dan kamu wafat. Masa hadapanmu juga adalah lebih cerah dari waktu silam mu. Hari demi hari kedudukan mu akan menjadi lebih mulia dan tinggi kedudukanmu.

وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَى ‪ Al-Dhuha: 5 وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَى ‪ [5]‬ Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati.

Sebab Turun Ayat 5 Diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas katanya: “Diperlihatkan kepada Rasulullah s.a.w. daerah yang dibuka oleh umat Islam, daerah demi daerah, maka ia menggembirakan Nabi Muhammad s.a.w.” “Lalu Alllah menurunkan ayat ini.” “Maka Allah pun menurunkan ayat ini…” Hadith riwayat Imam Al-Bayhaqi dan Al-Thabrani.

Tafsiran & Ulasan Kata ‘Sawfa’ biasa digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang terjadi pada pada masa akan datang dan lama. Maksudnya Tuhanmu akan mengurniakan kepadamu dengan pemberian nikmat yang besar di dunia dan di akhirat.

Tafsiran & Ulasan Ayat ini juga tidak menunjukkan secara jelas kurniaan Allah. Mengikut Imam Tabari seribu istana syurga Perkembangan penerimaan agama Islam. Kemenangan Rasul dan khalifah selepasnya dalam peperangan Keampunan Allah pada umatnya yang berdosa di akhirat Ganjaran pahala dan syafaat di akhirat Tiada hujjah jelas bagi menyokong, yang mengetahuinya hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja.

Al-Dhuha: 6-8 أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيمًا فَآوَى وَوَجَدَكَ ضالاً فَهَدَى وَوَجَدَكَ عَائِلاً فَأَغْنَى ‪6]‬ Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan? [7] Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)? [8] Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?

Tafsiran & Ulasan Maksudnya perlindungan di sini ialah yang melahirkan ketenteraman dan rasa aman, baik sumbernya dari Allah mahupun dari manusia. Pelindungan bersumber dari Allah, walau melalui perantaraan tangan manusia: Perlindungan di bawah jagaan datuk, Abdul Muttalib dari usia 6 sehingga usia 8 tahun Kemudian di bawah jagaan dan pengawasan Abu Talib sehingga dilantik menjadi Rasul

Tafsiran & Ulasan Keyatiman tiada kaitan negatif pada diri Nabi Keperibadian mulia Nabi tiada kaitan faktor: Didikan ibu bapa (Yatim) Sekolah (Ummi) Pembacaan (Ummi) Persekitaran (Terkebelakang tamadun) Nature vs Nurture Hanya faktor perlindungan Allah semata “Tuhanku mendidikku sehingga Dia mendidikku sebaik-baiknya” Hadith.

Tafsiran & Ulasan Asal kata ‘Dhal’ sesat, bingung, binasa. Maksudnya di sini ialah segala sesuatu yang tidak mengantar kepada kebenaran adalah ‘dhalal’. Maksudnya Nabi pernah merasa bingung kerana tidak mengetahui jalan yang benar. Baginda melihat kaumnya menyembah berhala, namun Baginda yakin mereka adalah sesat, Begitu juga ajaran Yahudi atau Nasrani juga tidak memuaskan Sehingga Baginda ‘ber-tahannuth’ di Gua Hiraa’, dan terima hidayah dari Allah yang dibawa Jibril.

Tafsiran & Ulasan Itulah ‘Dhalal’ dan Allah menunjuki Baginda. Inilah ‘Inayatullah.’

Tafsiran & Ulasan Maksudnya di sini ialah segala sesuatu yang tidak mengantar kepada kebenaran adalah ‘dhalal’. Maksudnya Nabi pernah merasa bingung kerana tidak mengetahui jalan yang benar. Baginda melihat kaumnya menyembah berhala, namun Baginda yakin mereka adalah sesat, Begitu juga ajaran Yahudi atau Nasrani juga tidak memuaskan Sehingga Baginda ‘ber-tahannuth’ di Gua Hiraa’, dan terima hidayah dari Allah yang dibawa Jibril.

Tafsiran & Ulasan ‘Aghna’ dari perkataan ‘Ghina’ Bukan bermaksud kekayaan material. Tetapi kekayaan dari sudut hati dan jiwa. “Bukannya keyayaan itu diukur dengan banyaknya harta benda, tetapi kekayaan sebenarnya ialah kaya hati atau jiwa.” Hadith riwayat Imam Bukhari. Dengan kekayaan hati, seseorang itu merasa berkecukupan.

Tafsiran & Ulasan Berkecukupan bukan bermaksud menerima apa yang ada atau bersabar sahaja sehingga tidak berusaha. Rasulullah diberikan kekayaan oleh Tuhan dengan pengertian bahawa Baginda mampu memiliki sesuatu, Namu kesemuanya diserahkan dengan penuh kerelaan kepada orang lain kerana merasa berkecukupan.

فَأَمَّا الْيَتِيمَ فَلاَ تَقْهَرْ Al-Dhuha: 9 فَأَمَّا الْيَتِيمَ فَلاَ تَقْهَرْ ‪[9]‬ Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,

Tafsiran & Ulasan Setelah disebutkan tiga anugerah Allah yang terdahulu, Allah menyebut pula tiga kesan dari anugerah tersebut. Sebagaimana sebelumnya kamu yatim dan Allah berikan perlindungan padamu, Usahlah kamu menghina , menghalang hak mereka dan berlaku zalim. Hendaklah menunaikan hak mereka, berlembut dan berlaku baik pada mereka.

وَأَمَّا السَّائِلَ فَلاَ تَنْهَرْ Al-Dhuha: 10 وَأَمَّا السَّائِلَ فَلاَ تَنْهَرْ ‪[10]‬ Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;

Tafsiran & Ulasan Tuntutan sebelumnya mengingatkan Baginda keadaannya semasa yatim, tuntutan kedua mengingatkan Nabi sebagai orang yang mempunyai kedudukan. Sebagaimana sebelumnya kamu sesat, kemudian diberi hidayah oleh Allah. Maka janganlah kamu halau orang yang datang untuk meminta petunjuk ilmu atau harta. Bahkan berilah layanan sebaik-baiknya, jangan mengherdik dan menyinggung perasaan apabila memberi.

وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ Al-Dhuha: 11 وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ ‪[11]‬ Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepada-Nya.

Tafsiran & Ulasan Hendaklah kamu menyebut dan menceritakan nikmat-nikmat Allah yang dikurniakan Bersyukurlah dengan nikmat tersebut iaitu kerasulan dan Al-Quran dan lain-lain nikmat yang disebutkan dalam ayat-ayat sebelumnya.

Sesi Soal Jawab