Sifat-sifat Allah
Kaedah memahami sifat Allah Tiada perbezaan dalam penetapan sifat Penetapan bagi sifat Allah sama bagi zat Allah Ayat-ayat sifat tidak boleh ditakwil Makna zahir sifat Allah tidak bererti penyerupaan dengan sifat makhluk
Pembahagian sifat-sifat Allah Sifat-sifat positif (tsubutiah) Sifat-sifat negatif (salbiah) Sifat positif ialah sifat yang ditetapkan oleh Allah bagi diriNya dalam nas Al-Quran atau hadith Sifat negatif ialah apa yang dinafikan oleh Allah dari diriNya dalam nas Al-Quran dan hadith
Sifat-sifat tsubutiah(positif) Sifat-sifat ini terbahagi kepada dua: Sifat-sifat zat dan sifat-sifat perbuatan Sifat-sifat zat ialah sifat-sifat yang kekal dan sentiasa ada pada zat Allah. E.g. hidup, mendengar, melihat, mengetahui, berkuasa
Sifat-sifat perbuatan Sifat-sifat yang berkaitan dengan kehendak Allah, jika dikehendaki, dilakukan olehNya dan jika tidak dikehendaki, Dia tidak melakukannya. E.g. berada di atas Arasy, turun ke langit dunia, kasih, reda, marah
Sifat-sifat negatif Apa yang Allah nafikan dari diriNya dan wajib diiktiqadkan penetapan sifat yang berlawanan dengan sifat tersebut. E.g. sifat kezaliman: wajib dinafikan sifat ini dan diiktiqadkan sifat keadilan yang sempurna bagi Allah.
Sifat Tsubutiah (positif) Berkuasa (Qudrah) Allah Maha Berkuasa melakukan segala perkara, tiada yang dapat menentang kekuasaan Allah. Kekuasaan makhluk adalah terbatas dan sementara.
Sifat Tsubutiah Berkehendak (Iradah) Allah menentukan sesuatu mengikut kemahuanNya tanpa paksaan dari sesiapa.Tiada yang berlaku melainkan dengan kehendak Allah. Manusia dan jin diberi kebebasan untuk memilih kebaikan atau keburukan
Sifat Tsubutiah Mengetahui (Ilmu) Allah mengetahui segala sesuatu sebelum, semasa dan sesudah kejadian Pengetahuan Allah tidak didahului oleh kebodohan dan tidak dihinggapi kelupaan dan kelemahan Pengetahuan Allah meliputi yang terperinci dan menyeluruh
Sifat Tsubutiah Hidup (Hayat) Allah Maha Hidup dengan kehidupan yang sempurna iaitu tiada awal dan akhir. Kehidupan Allah tidak berhajatkan kepada sesiapa Kejadian alam semesta adalah bukti kukuh kehidupan Allah
Sifat Tsubutiah Melihat dan Mendengar Allah Maha Melihat segala sesuatu yang zahir atau batin, yang kecil atau besar, yang baik atau buruk Allah Maha Mendengar segala sesuatu, yang perlahan atau kuat. Dia mendengar tanpa alat
Soalan latihan kelas Apakah perbezaan di antara sifat makhluk dan sifat Allah? Bolehkah manusia melihat Allah di dunia atau di akhirat? Kenapa kita dilarang berfikir tentang zat Allah? Bagaimana kita menetapkan sesuatu sifat Allah?
Sifat Tsubutiah Berkata-kata(Kalam) Allah Maha Berkata kepada sesiapa yang dikehendakiNya pada masa dahulu maupun sekarang. Allah berkata-kata dengan cara yang ditetapkan oleh Allah untuk ZatNya.
Sifat perbuatan Allah bersemayam di atas Arasy Maknanya kita beriman baahawa Allah berada di atas singgahsana kebesaranNya sesuai dengan keagungan dan kemuliaanNya. Kita tidak dituntut mengetahui cara dan bentuk bersemayam ini dan menanyakannya adalah dilarang
Sifat perbuatan Turun ke langit dunia Di dalam hati shohih dinyatakan “bahawa Allah turun ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir setiap malam lalu Berkata: Sesiapa yang ingin memohon ampun, akan Kuampunkan, sesiapa yang meinta, akan Kuberikan” Kita wajib beriman akan sifat turunnya Allah ke langit dunia. Cuma kita tidak dibenarkan menanyakan bagaimana caranya.
Sifat perbuatan Marah/Murka dan Cinta Allah bersifat marah/murka kepada orang –orang yang derhaka dan mengingkari syariatNya Allah menyukai dan menyintai golongan yang taat dan patuh kepada syariatNya Marah dan cinta Allah tidak serupa dengan makhluk
Sifat Salbiah(negatif) Menyerupai makhluk Allah Maha Suci dan Sempurna daripada menyerupai makhluk. Persamaan mungkin dari segi nama bukan hakikat. Tidak berbilang-bilang Allah Maha Esa dalam Zatnya, SfatNya dan PerbuatanNya Tiada sekutu bagi Allah
Sifat Salbiah Lemah Allah suci dari segala kelemahan seperti lalai, ngantuk, tidur, penat, bodoh, lupa, takut, zalim dll Menyifatkan Allah dengan salah satu sifat kelemahan adalah dilarang
Sifat Salbiah Beranak dan diperanakkan Maha Suci Allah dari mempunyai ayah dan ibu atau mempunyai anak Ini disebut syirik kerana tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa Ini akan menunjukkan yang Allah berhajat kepada selainNya
Penghayatan sifat-sifat Allah Dengan menghayati sifat Ar-Rahman, kita akan berkasihsayang sesama makhluk Dengan menghayati sifat Asy-Syakur, iat menjadi hamba yang syukur di atas nikmat Allah dan berterima kasih di atas jasa manusia
Penghayatan sifat-sifat Allah Dengan menghayati sifat Al-Ghafur, kita saling memaafkan kesilapan sesama insan dan sentiasa mohon ampun kepada Allah Dengan menghayati sifat Al-’Alim, kita menjadi orang yang berilmu dan bijaksana dan menyebarkan ilmu itu
Kesimpulan Orang-orang yang beriman wajib menjadikan sifat-sifat Allah yang mulia sebagai suri tauladan untuk hiasan peribadinya Dengan menghayati sifat-sifat Allah, kita akan mencapai keimanan yang sebenar