BAB 5 KONSEP KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN
Kekeluargaan Islam 1. Pembinaan Keluarga Islam Sebahagian kebahagiaan manusia dapat dilihat melalui hidup berkeluarga Islam meletakkan asas dalam membentuk keluarga – sebelum dan selepas perkahwinan Pembentukan keluarga hendaklah berasaskan aqidah, syariah dan akhlak serta mengambil kira aspek spiritual & material Matlamat berkeluarga – mampu melahirka generasi yang cemerlang di dunia dan di akhirat
2. Tujuan Perkahwinan dalam Islam Memenuhi sunnah para Rasul Memenuhi kehendak naluri dan mendatangkan ketenangan jiwa Memelihara kesinambungan manusia atau keturunan Memelihara nasab keturunan dan meramaikan ummat Memelihara masyarakat daripada masalah keruntuhan akhlak dan perbuatan dosa Merapatkan hubungan tali persaudaraan Menghindarkan penyakit
3. Asas Pembentukan Keluarga A. Sebelum Perkahwinan Memilih pasangan yang baik Pilih yang mempunyai sifat spiritual (beragama, berakhlak mulia) dan fizikal (kesihatan, kecantikan dsb) yang baik Setaraf (Sekufu’) Iaitu persamaan dari segi keadaan hidup – kedudukan, latarbelakang dan sebagainya Persetujuan dan kerelaan pasangan Persediaan kebendaan Pastikan pasangannya sah dikahwini
B. Selepas Perkahwinan Memantapkan iman dan taqwa Laksanakan ibadah dan syariat dalam hidup berkeluarga Membentuka suasana ‘mawaddah wa rahmah’ (sayang meyayangi dan kasih mengasihi) Mewujudkan pergaulan yang baik Melaksanakan tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Melaksanakan keadilan dalam keluarga (isteri-isteri dan anak-anak) Mendidik keluarga dengan akhlak mulia Mewujudkan ketaatan dan kesetiaan
Kemasyarakatan Islam Masyarakat -kumpulan manusia yang hidup bersama, pergaulan hidup dan hidup bermasyarakat (Teuku Iskandar) Mustafa Hj. Daud – masyarakat Islam dibentuk bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah berasaskan aqidah, syariah dan akhlak
Prinsip Masyarakat Islam a. Keadilan Iaitu memberi hak-hak asasi hidup, persamaan dari segi undang-undang dan menerima ganjaran. Tiada diskriminasi disebabkan perbezaan warna kulit, keturunan, bangsa dan jantina b. Kebebasan Kebebasan berfikir, berideologi, bersuara dan beramal selagi tidak memudharatkan individu dan masyarakat c. Memelihara perdamaian dan elakkan salah faham d. Saling sayang menyayangi e. Persamaan
2. Perkara yang menjejaskan hidup bermasyarakat Fitnah, mengumpat, zalim dan sebagainya 3. Hak dan tanggungjawab anggota Masyarakat Orang Islam Laksanakan tanggungjawab terhadap Allah Eratkan persaudaraan Taat kepada pemimpin Tegakkan keadilan Wujudkan keamanan
b. Orang bukan Islam Hak: dapat perlindungan Jaminan hari tua dan harta Kebebasan beragama Kebebasan bekerja Menjawat jawatan dalam kerajaan Tanggungjawab Membayar jizyah, kharaj dan cukai perniagaan Patuh kepada perundangan Islam Menghormati pemimpin dan orang Islam
Ummah Pertengahan Iaitu umat yang adil yang sentiasa memiliki dan melaksanakan kesederhanaan dalam setiap aspek. Ringkasnya: Tidak keterlaluan dalam semua hal Berlandaskan kesederhanaan dan tidak berlebihan Contoh kesederhanaan Rasulullah s.a.w Lakukan aktiviti harian untuk keperluan hidup di dunia Menjalani kehidupan seperti manusia biasa Melakukan dan melaksanakan ibadah
ﭪ ﭫ ﭬ ﭭ ﭮ ﭯ ﭰ ﭱ ﭲ ﭳ ﭴ ﭵ Firman Allah s.w.t: Dan demikianlah Kami jadikan kamu satu umat pertengahan (pilihan lagi adil), supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia dan Rasulullah pula akan menjadi saksi kebenaran perbuatan kamu. (al-Baqarah: 143) “Ummatan wasatan” – umat seimbang / pertengahan di mana mereka = umat terpilih dan adil (Ibn Kathir) Rasulullah mendidik umat supaya bersifat tenang dan berlemah lembut dalam setiap keadaan dan elakkan daripada bersikap keras hati atau kekerasan kerana ianya akan memberi imej buruk kepada Islam dan umatnya.
Akhlak Contoh kesederhanaan dalam Islam: Aqidah Beriman kepada kewujudan tuhan yang esa berbanding dgn gol. yang tidak percaya Tuhan dan gol yang percaya banyak tuhan. Ibadah Ibadah solat yang dikerjakan 5 waktu sehari semalam berbanding gol yg tiada amalan ibadah dan gol yang beribadah sepanjang masa. Manusia tidak dibiarkan tanpa kewajipan yg wajib dilaksanakan/dipatuhi namun ada ketikanya diberi keringanan bergantung kepada kemampuan. Undang-undang Manusia diberi kebebasan namun terikat kepada hukum/syariat/peraturan yang ditentukan Akhlak Orang berakhlak mulia mencerminkan agamanya berbanding mereka yang tidak berakhlak (tiada / lemah pegangan agama)
Ummah Terbaik (Khaira Ummah) Iaitu umat yang melaksanakan tanggungjawab yang diperintahkan oleh Allah bukan sahaja aspek ibadah malah semua aspek kehidupan – ekonomi, sosial, pendidikan dsb. ﭞ ﭟ ﭠ ﭡ ﭢ ﭣ ﭤ ﭥ ﭦ ﭧ ﭨ ﭩ “Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada yang mungkar, serta kamu pula beriman kepada Allah.” (Ali-Imran: 110) Ciri-ciri umat yang terbaik: Menyeru orang lain melaksanakan kebaikan dan mencegah kemungkaran Berdakwah kepada manusia supaya mentaati Allah dan menjadikan Islam sbg cara hidup MengEsakan Allah dan tidak melakukan perbuatan syirik Beramal soleh Berakhlak mulia