ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA MARI KITA BELAJAR SAINS….
KEJADIAN SIANG DAN MALAM
KEJADIAN SIANG DAN MALAM Bumi menerima cahaya daripada matahari Pada sebarang masa, hanya sebahagian permukaan bumi menerima cahaya matahari dan sebahagian lagi tidak menerima cahaya matahari Bahagian bumi yang menghadap matahari akan menerima cahaya matahari. Bahagian bumi yang terlindung pula tidak menerima cahaya matahari. Bahagian bumi yang menerima cahaya matahari akan mengalami waktu siang. Bahagian bumi yang terlindung daripada cahaya matahari akan mengalami waktu malam.
Putaran bumi menyebabkan bahagian yang mengalami siang akan beransur-ansur menjadi malam. Bahagian yang mengalami malam akan beransur-ansur menjadi siang pula. Oleh itu, kejadian siang dan malam berlaku secara silih berganti.
tempat X mengalami waktu siang tempat Y mengalami waktu malam matahari tempat X mengalami waktu siang tempat Y mengalami waktu malam
tempat X dan Y mengalami waktu malam matahari tempat X dan Y mengalami waktu malam
Bahagian Bumi yang mula-mula menerima cahaya matahari akan mengalami waktu subuh. Bahagian Bumi yang terdedah sepenuhnya kepada cahaya matahari, akan mengalami waktu tengah hari. Bahagian Bumi yang mula kurang menerima cahaya matahari pada waktu petang akan mengalami waktu senja. Di kawasan khatulistiwa, tempoh waktu siang adalah sama dengan tempoh waktu malam. Kawasan khatulistiwa mengalami 12 jam waktu siang dan 12 jam waktu malam. Di bahagian kutub utara atau kutub selatan tempoh waktu siang tidak sama dengan tempoh waktu malam.
Pada musim sejuk , waktu siang adalah lebih pendek. Pada musim panas, waktu siang adalah lebih panjang. Ini adalah kerana Bumi berkeadaan condong pada paksinya. Kejadian siang dan malam dapat di perhatikan dalam eksperimen kejadian siang dan malam. Kawasan yang mendapat cahaya akan mengalami siang (terang) dan kawasan yang tidak mendapat cahaya akan mengalami malam (gelap).
Eksperimen kejadian siang dan malam lampu suluh Glob Eksperimen kejadian siang dan malam
LAMPIRAN LATIHAN ARAS 3 - 3 KLIK
A3-3 (P) Tugasan Senaraikan kepentingan cahaya matahari kepada hidupan di Bumi-haiwan, manusia dan tumbuhan. ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
2. Labelkan siang dan malam pada Bumi.
A3-3 (G) Jawapan tugasan Senaraikan kepentingan cahaya matahari kepada hidupan di Bumi -haiwan, manusia dan tumbuhan. Bumi akan menjadi gelap jika tiada matahari. Membolehkan tumbuhan hijau membuat proses fotosintesis. Mengelakkan lautan membeku. Kesukaran bagi manusia untuk menjalankan aktiviti kerana tiada cahaya. Membekalkan tenaga solar
2. Labelkan siang dan malam pada Bumi.
DISEDIAKAN OLEH ENI ELIZA BT. GHAZALI A 72969 M. WATI BT. ABD. AZIZ A 73241
DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH BUAT INOVASI DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN EN. JASMY BIN ABD RAHMAN PENSYARAH GE 2123 INOVASI DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN