Adab Memberi dan Menerima Hadiah Serta Sedekah (An-Nur) ~Azhar~ ~Iylia~ ~Azwa~ ~Fadzlina~
Sedekah Hadiah *Hukum bersedekah dan memberi hadiah adalah Sunat Ibadat yang dituntut dalam Islam. Pemberian yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Sesuatu pemberian sebagai tanda penghargaan, kasih sayang atau pujian. Rasulullah S.A.W menggalakkan kita memberi hadiah sebagaimana sabdanya yang bermaksud : Daripada Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah S.A.W bersabda:Saling memberikan hadiah di antara kamu nescaya kamu akan berkasih sayang..... *Hukum bersedekah dan memberi hadiah adalah Sunat
Kelebihan Memberikan Hadiah Dan Sedekah Mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T.: - Allah S.W.T. mengetahui setiap sesuatu yang dibelanjakan oleh hamba-Nya dan Dia akan membalas setiap kebajikan yang dilakukannya. Disukai oleh manusia: - Disukai oleh manusia kerana mereka membantu dalam menyelesaikan kesusahan orang lain. Rezeki akan bertambah: - Allah S.W.T. berjanji akan menggantikan harta yang telah kita keluarkan pada jalan-Nya dengan kebaikan.
Jenis-Jenis Sedekah Senyuman -merapatkan ukhuwah & kasih sayang Amar makruf dan nahi mungkar -selamatkan rakan daripada azab neraka Menyelesaikan masalah orang lain -melepaskan dari kesempitan masalah Membuang perkara yang menghalang di jalan -membuang benda berbahaya,menghalang & mengganggu perjalanan Wang atau harta benda -memberi wang atau barang kehidupan seharian Memberikan khidmat -menolong memberikan bantuan tenaga atau perkhidmatan
Adab-Adab Memberikan Hadiah Dan Sedekah Ikhlas -Tanpa mengharapkan balasan daripada makhluk dalam bentuk pujian mahupun wang ringgit. Memberikan barangan yang disayangi -Untuk mendapat ganjaran besar Tidak mengungkit barang yang telah kita berikan. -Sekiranya kita mengungkit , terhapuslah ganjaran pahala yang kita perolehi