Kuliah 7 dan 8 BMK Abad ke-17: Sejarah Melayu

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
unsur-unsur intrinsik dan ekstrinsik hikayat
Advertisements

Sejarah, Kedudukan, dan Fungsi Bahasa Indonesia
JOHOR MENEGAKKAN SEMULA KEWIBAWAAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
PERJANJIAN AQABAH.
APRESIASI PROSA FIKSI ANAK
Disediakan oleh: Nurul Fatin Afifah binti Mohd A’Azmi 5 Ummu Habibah
DISEDIAKAN OLEH NURUL UMAIRAH BINTI MOHAMAD DI
Disediakan oleh: Nurul Fatin Afifah binti Mohd A’Azmi 5 Ummu Habibah
SEJARAH TAHUN 5 TAJUK 1: WARISAN NEGARA KITA
KESEDARAN PEMBINAAN NEGARA DAN BANGSA
TAJUK PEMBELAJARAN BAB 6: KEMEROSOTAN DAN KEJATUHAN MELAKA.
TAJUK PEMBELAJARAN BAB 6: KEMEROSOTAN DAN KEJATUHAN MELAKA.
UNIT 8 Behaviourisme dalam Semantik
Kuliah 2 Ciri bahasa Melayu Klasik BMK pada batu bersurat
BBM 3104 Kuliah 11 A.Munsyi Prof.Madya Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu, FBMK, UPM.
Sejarah Perkembangan Ilmu Semantik
BBM 3104 Kuliah 10- Sambungan Kitab Undang-undang Melayu
WARISAN KESULTANAN MELAYU
BBM 3104 Kuliah 1 (M1) Pengertian bahasa Melayu Klasik
EED 3200 SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN, KEBUDAYAANDAN MELAYU (History of Malay Language, Literature and Culture) Pensyarah: Shamsudin Othman Jabatan Pendidikan.
SEJARAH PERKEMBANGAN KESUSASTERAAN MELAYU EED 3200 (Kuliah 3)
SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU (EED3200) KULIAH 2 Sejarah Bahasa dan ketamaduan Melayu oleh Shamsudin Othman Jabatan Pendidikan.
BAB 5 : KEDATANGAN ISLAM DI ASIA TENGGARA
BBM 3104 Kuliah 7 M4 Kitab Penulis Zaman Acheh
Bab 7.
Bahasa Melayu klasik : Sejarah Melayu- Kuliah 5
Kuliah 6 BMK Abad ke-17: Sejarah Melayu
Tumpuan ulang kaji untuk ujian pertengahan Semester Kedua 2014/`015
Unit 9 BBM 3212 Medan Semantik
BBM 3104-Kuliah 8 M4 Teks Bustanus al-Salatin Fasa ke-13
Pengasasan kesultanan melayu melaka
Pengaruh Islam dalam karya Melayu Klasik
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU
Unit 12 BBM 3206 Medan Semantik
Bahasa Melayu klasik : Sejarah Melayu- Kuliah 6 M4
Sejarah Perkembangan Ilmu Semantik
BBM 3104 Kuliah 1 (Minggu 1) Pengertian bahasa Melayu Klasik
BBM 3104 Kuliah 11 A.Munsyi Prof.Madya Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu, FBMK, UPM.
SEJARAH PERKEMBANGAN KESUSASTERAAN MELAYU EED 3200 (Kuliah 3)
Kuliah 4 Manuskrip Melayu Klasik
HIKAYAT HANG TUAHHIKAYAT HANG TUAH DALAM BAB 6.
BBM 3104 Kuliah 10- Sambungan Kitab Undang-undang Melayu
Ulang kaji Peperiksaan Akhir BBM 3104
Pengaruh Islam dalam karya Melayu Klasik
BBM 5402 Kuliah 3 : Rumusan AK Prof.Madya Dr. Zaitul Azma Binti Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra.
Kuliah 1 Sejarah Perkembangan, Konsep dan Teori Analisis Bezaan
BBM 3104 Kuliah 11 A.Munsyi Prof.Madya Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu, FBMK, UPM.
BBM 3104 Tugasan Individu Prof. Madya Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah
TAJUK PEMBELAJARAN BAB 6: KEMEROSOTAN DAN KEJATUHAN MELAKA.
Kuliah 2 Ciri bahasa Melayu Klasik BMK pada batu bersurat
SEJARAH TAHUN 4 TAJUK 5 : TOKOH-TOKOH TERBILANG KESULTANAN MELAYU
SEJARAH PERKEMBANGAN KESUSASTERAAN MELAYU EED 3200 (Kuliah 3)
PENGUKUHAN 1. Latar Belakang Pembinaan Negara Dan Bangsa
Ulang kaji Peperiksaan Akhir BBM 3104
BBM 3104 Kuliah 1 (Minggu 1) Pengertian bahasa Melayu Klasik
Kuliah 4 Manuskrip Melayu Klasik
UNIT 7 Behaviourisme dalam Semantik
Apakah maksud daulat dalam konteks institusi kesultanan Melayu?
UNIT 8 Behaviourisme dalam Semantik
BBM 3104 Kuliah 1 (Minggu 1) Pengertian bahasa Melayu Klasik
BBM 3104 Kuliah 8 M5 Analisis Kandungan Bustanus Salatin
Kuliah 7 dan 8 BMK Abad ke-17: Sejarah Melayu
HIKAYAT HANG TUAH DALAM BAB 7
JOHOR MENEGAKKAN SEMULA KEWIBAWAAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
Tumpuan ulang kaji untuk ujian pertengahan Semester Pertama 2011/`012
SEJARAH PENGASASAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
Kuliah 7 dan 8 BMK Abad ke-17: Sejarah Melayu
Ulang kaji Peperiksaan Akhir BBM 3104
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU
BBM 3104 Tugasan Individu Prof. Madya Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah
Transcript presentasi:

Kuliah 7 dan 8 BMK Abad ke-17: Sejarah Melayu Prof.Madya Dr. Zaitul Azma Binti Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang

Sejarah Melayu- Pendapat A. Teeuw, “….Sejarah Melayu adalah salah satu karangan yang terpenting dan yang memikat sekali dari segi kesusasteraan Melayu” Kepentingan Sejarah Melayu Rujukan bagi mengetahui segala hal yang berkaitan dengan raja-raja Melayu, sejarah kebudayaan, adat istiadat Melayu, corak kehidupan masyarakat golongan istana pada zaman itu.

Naskhah Sejarah Melayu Terbahagi kepada 3 jenis naskah Raffles 18, Royal Asiatic Society, London Naskhah-naskhah edisi Abdullah Munsyi, edisi W.A Shellabear dan edisi Dulaurier Naskhah yang tersimpan di perpustakaan Royal Asiatic Society of London

Pengarangan Sejarah Melayu Naskhah Shellabear “ maka berkata ia kepada fakir, hamba dengar ada Hikayat Melayu dibawa oleh orang dari Goa; barang kita perbaiki kiranya dengan istiadatnya, supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita dan boleh diingatkannya oleh segala mereka itu, dan mudah-mudahan beroleh faedah ia daripadanya…” Menunjukkan bahan kandungan SM disusun pada tahun 1612 M itu telah sedia ada, iaitu daripada Hikayat Melayu dari Goa yang dijadikan dasar atau rangka yang diperbaiki.

Nakhkah Raffles 18 “… maka fakir karanglah hikayat ini kama sama’tu min jaddi wa’abi dan fakir himpunkan daripada segala riwayat orang tuha-tuha dahulu kala, supaya akan menyukakan duli hadhrati baginda. Maka fakir namai hikayat ini Sulalatus Salatin, yakni peraturan segala raja-raja….” Menunjukkan SS turut menggunakan bahan-bahan daripada riwayat orang tua-tua yang mengetahui salasilah raja-raja Melayu ketika itu.

Pengarang Sejarah Melayu- Pandangan Winstedt Tun Seri Lanang Bendahara Paduka Raja Melaka Keturunan Bendahara Melaka dan Johor Hidup pada akhir abad ke-16-awal abad ke-17 Menyelesaikan SM pada zaman Sultan Alauddin Riayat Shah Seorang yang bijak dan mempunyai jiwa seni. Rapat dengan golongan istana Sudah membaca buku-buku hikayat seperti Hik.Hamzah, Hik Muhammad Ali Hanafiah dsb Mengetahu bahasa Arab, Parsi, Jawa, Portugis dan Tamil.

Pendapat Sheikh Nurudin Al Raniri Sejarah Melayu disusun oleh Tun Seri Lanang, Bendahara Paduka Raja untuk menjunjung titah Sultan Abdullah Ma’ayah Shah. Tarikh perintah itu dicatat pada 12 Rabiulawal tahun 1021 H bersamaan 13 Mei 1612 bertempat di Pasir Raja. Pendapat tokoh tentang pengarang Sejarah Melayu Ismail Hussein, “ Tun Seri Lanang bukan pengarang tetapi penyalin nakhkah asli yang dibawa dari Goa. Penulis asal Sejarah Melayu ialah orang Melaka yang menyaksikan kejatuhan Melaka ke tangan Feringgi. Apabila Tun Seri Lanang(TSL) menyalin dan membangun semula Sejarah Melayu, beliau telah membuat banyak perubahan daripada nakhkah asal. TSL mempunyai gaya bahasa yang indah dan khayalan yang segar.

Seni Kepengarangan Sejarah Melayu Pengarang adalah sebagai pewaris “yang empunya ceritera”. Istilah yang digunakan ialah …menurut yang empunya ceritera, alkisah maka tersebutlah……. Pengarang atau”penyalinnya” mengambil bahannya, malah ilhamnya daripada hasil terkumpul yang ditinggalkan oleh “ceritera orang tuha-tuha” Pengarang Sulalatus Salatin misalnya berkata, bahawa dia menerima titah daripada rajanya supaya mengarangkan (diperbuatkan) “hikayat….perteturun segala raja-raja Melayu dengan isti’adatnya supaya didengar oleh anak cucu kita…..” dan untuk melaksanakan titah ini pengarang berkata bahawa “ fakir himpunkan daripada segala riwayat orang tuha-tuha dahulu kala supaya akan menyukakan hati duli hadhrat baginda.

Pengarang SS /SM tidak seluruhnya bertujuan untuk menyukakan hati duli hadhrat baginda. Pengarang tidak selalu berusaha untuk menutup kesalahan raja atau untuk “menyorok” kisah buruk yang mungkin tidak disukai oleh raja atau keturunannya. Pengarang cuba menceritakan apa yang “sebenarnya’ berlaku menurut ceritera orang dahulu kala. Contoh: Kalaulah Sultan Mahmud Syah membaca hikayat SS /SM, mungkin baginda akan berasa malu atau murka kepada pengarangnya kerana menceritakan “kezaliman” raja membunuh Bendahara Tun Mutahir dan seluruh anggota keluarga semata-mata berdasarkan fitnah orang, tanpa usul periksa.

Sultan Mahmud Shah digambarkan sebagai raja Melayu yang agung, yang gah, sehingga semua negeri dan raja-raja lain merafak sembah kepada baginda . Kemudian pengarang menceritakan kisah kejatuhan Sultan Mahmud ini apabila Portugis menawan Melaka. Sultan yang agung ini terpaksa lari ke Bentan dan apabila Portugis menyerang dan mengalahkan Bentan, baginda terpaksa lari ke hutan, berjalan “ terpelecok-pelecok” dan terpaksa meminta nasi daripada orang desa. Akhirnya baginda merempat ke Kampar dan di situ baginda meninggal dunia dalam keadaan yang hina dan tidak mempunyai kuasa agung lagi. Pengarang menyampaikan cerita ini tanpa menyebelahi mana-mana pihak kerana dia bukan pengkritik atau pengulas tetapi “tukang cerita” atau seniman yang taat kepada warisannya, kepada cerita orang tuha-tuha dahulu kala. Pengarang mahu pembacanya menyedari bahawa “raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah”

Rumusan Kandungan Sejarah Melayu Nakhkah Raffles 18 megandungi 31 bab dan kandungannya lebih tua daripada nakhkah Shellabear Nakhkah Shellabear mengandungi 34 bab.

Aspek Ketatanegaraan Konsep Kerajaan dan Negara Satu organisasi besar yang dipimpin oleh raja dan pembesar. Jajahan takluk Kuasa raja dalam menggubal undang-undang Pelantikan raja dan pengganti Konsep daulat dan derhaka

Aspek Kesusasteraan Aspek perwatakan Teknik penceritaan Penggunaan puisi tradisional Penggunaan bahasa perlambangan

Aspek budaya dan kemasyarakatan Kedudukan raja Melayu dalam masyarakat Pakaian diraja dan kelengkapannya Adat mengadap raja dan budaya di istana Cara mengiringi raja Senjata dan kelengkapan perang Alat kebesaran dan perhiasan Adat perkahwinan, perayaan dan adat Islam yang diamalkan Amalan hidup rakyat jelata

Aspek Bahasa SM C.Hooykaas (1981:163) SM merupakan sumber bahasa yang penting. “ Bahasa yang dipakai dalam SM itu ialah bahasa cerita yang sederhana, bahasa Melayu kuno yang baik. Bangsa Eropah sentiasa amat tertarik oleh cara kitab itu melukiskan sesuatu hal dengan cara yang sederhana sekali dan oleh isi kitab itu yang amat indah”

Jenis Aksara Tulisan Jawi yang telah disesuaikan dengan bahasa Melayu ketika itu. Huruf baharu yang ditambah: pa, nga, ga, nya, dan ca Contoh cucu, ceritera (carita) empunya. Ilmunya, lagi, daripada, kepada

Sistem ejaan Sistem ejaan lama Contoh: suroh berhadir ( suruh hadir) Membacha (membaca) Dudok (duduk) sa orang (seorang, terlebeh (terlebih) chuchu, di-ketahui, isti-adat-nya, ada-lah dll.

Aspek fonetik dan fonologi Fonetik – ilmu bahasa yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Fonologi – kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa SM cetera ketiga puluh dua: Tun Seri Lanang menceritakan Tun Mai Ulat Bulu telah menyindir Makhdun Sadar Jahan yang tidak dapat menyebut perkataan-perkataan Melayu seperti kusying (kucing), kunit (kunyit) dan niru (nyiru)

Morfologi Menampakkan unsur-unsur yang gramatis dan tatabahasa yang semakin sempurna. Penggunaan imbuhan, contoh: Per/kata/an, meng/himpun/kan, di/per/buat/kan. Penggunaan kata pangkal ayat yang lazimnya digunakan dalam teks hikayat seperti hatta, sebermula, syahadan, arakian dan beberapa lagi. Contoh: Hatta, berapa lamanya, setelah sudah Raja Iskandar melihat matahari terbit, maka baginda pun kembalilah, lalu dari negeri Raja Kida Hindi…. Penggunaan kata yang mengelirukan. Contoh: Seorang dayang-dayang raja…. (SM hlm 130)

Penggunaan kosa kata lama Kedal (sejenis penyakit kulit), tulah, bermukah, azmat (hebat) Perkataan Arab – Bis-millahi’r-rahmani’ r-rahim. Subhana ‘llahu ‘l-maliku ‘ l-jabbar Perkataan Jawa – dilihat semasa rombongan Sultan Mansor Shah berada di Majapahit. Ketampanan dan tingkah laku Laksamana Hang Tuah amat digilai oleh perempuan-perempuan Jawa sehingga dipantunkan dalam bahasa Jawa, “ Onya suruh tanggapan penlipur, saben dina katon perandene duka ugi ( Ini sirih sambut oleh mu, akan penglipur rasa berahi, sehari-hari dilihat sungguh demikian pun rindu juga)

Perkataan Siam Maharaja Dewa Sura melarikan diri daripada bala tentera Melaka. Apabila sampai di sebuah jeram, dia memerintah orang-orangnya memperlahankan perahu mereka. Katanya dalam bahasa Siam, “Kwai, kwai” yang bermaksud perlahan-lahan. (SM hlm 74)

Perkataan Parsi “Arayat juna bakhsanat sultan kahsad” yang bermaksud rakyat itu umpama akar dan raja umpama pohon. Jikalau tiada akar, nescaya pohon itu tidak dapat berdiri. Aspek Sintaksis Bentuk pasif Ayat sonsang Wbp terdapat juga penggunaan ayat-ayat yang pendek dan ringkas. “ Maka seorang pun tiada cakap. Maka semuanya orang itu kembali ke rumahnya. Telah sunyi orang tidur, maka dipanggil baginda seorang penunggu pintu… (SM hlm 176)

Penggunaan Kiasan Menceritakan betapa ramainya rakyat tentera seorang raja,” ..maka Raja Culan pun berangkat mengeluari Raja Suran: rupa rakyat seperti laut tatkala pasang penuh, rupa gajah dan kuda seperti pulau, rupa tunggul panji-panji seperti hutan, rupa senjata berlapis-lapis, rupa cemara tombak seperti bunga lalang.. Maka kelihatanlah rakyat Raja Suran seperti hutan rupanya……(SM hlm 10)

Penggunaan puisi Peristiwa pembunuhan Tun Jana di Singapura digambarkan dalam pantun: Telur itik di Singgora Pandan terletak di langkahi Darahnya titik di Singapura Badannya terhantar di Langkawi

Bidalan Bidalan Arab Al –mahabbatu bainun manfiyyun Wa l-isyaqu fikrun manfyyun Al-mahabbatu nafyu’ l-bain Wa ‘-’isyqu nafsu ‘l-bayan (hlm 194) Maksud ( Yang kasih itu antara tiada, dan berahi itu bicara tiada)

Kesimpulan Bahasa Sejarah Melayu : Menepati ciri bahasa Melayu klasik Bahasa yang indah, gramatis dan dapat mengambarkan nilai intelek, estetika.

Sekian, terima kasih