Sajak
Kuingin Berterima Kasih
Sesekali kuingin berterima kasih Sesekali kuingin kalungkan kagum kepadamu hujan bagai tetamu kepadamu pejuang negara jiwa pun menjadi dingin kerana tanganmu pernah berdarah api amarah pun terpadam. darah kesetiaan seorang warga . kepada watan tercintanya. Sesekali kuingin menyemai budi kepadamu tanah yang hidup Sesekali kuingin pula menjadi bunga kerana perutmu setia menghamilkan menebarkan keharuman rezeki buat petani. di taman-taman keresahan hidup . menyerahkan keinsafan Sesekali kuingin berbisik kepadamu kepada keangkuhan perang. ikan-ikan yang riang liar di belantara samudera Alangkah indahnya dunia kerana sudi membebaskan derita andai semua merenung nelayan tua di pondoknya. kekosongan hidup ini.
Maksud Rangkap 1 Rangkap 2 Rangkap 3 Sesekali penyajak ingin berterima kasih kepada hujah yang turut menenangkan jiwa. Rangkap 2 Sesekali penyajak ingin berbudi kepada tanah kerana tanah memberikan hasil untuk para petani. Rangkap 3 Sesekali penyajak ingin berbisik kepada ikan-ikan yang hidup di lautan kerana ikan-ikan telah menghilangkan derita nelayan tua yang tinggal di tempatnya.
Maksud Rangkap 4 Rangkap 5 Rangkap 6 Sesekali penyajak ingin merakamkan kekagumannya kepada pejuang negara yang setia berkorban demi negara tercinta. Rangkap 5 Sesekali penyajak ingin menjadi kuntuman bunga menyebarkan haruman di manusia yang resah dan menginsafkan manusia terhadap kekejaman perang. Rangkap 6 Penyajak menyatakan bahawa dunia ini sungguh indah sekiranya manusia merenung setiap ruang kehidupan ini.
Tema Kesyukuran dan penghargaan akan segala nikmat yang dikecapi dalam kehidupan.
Persoalan Penghargaan terhadap nikmat hujan yang menjadikan kehidupan menjadi tenang. Kepentingan tanah yang menyumbangkan hasil untuk para petani. Ikan merupakan sumber rezeki kepada nelayan. Pengorbanan kepada para pejuang yang setia berjuang dan berkorban demi negara tercinta.
Bentuk dan Ciri-ciri Sajak Berbentuk bebas. Terdiri daripada enam rangkap. Rangkap pertama dan kedua mempunyai empat baris; rangkap ketiga, keempat, dan kelima mempunyai tiga baris. Bilangan katanya dua hingga lima patah kata sebaris. Terdiri daripada tujuh hingga empat belas siku kata sebaris. Rima akhir bagi rangkap pertama: abcd; rangkap kedua;abca, rangkap ketiga: abccc; rangkap keempat: abcbb, rangkap kelima: abcdb; rangkap keenam: abc.
Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi Metafora. Contohnya, darah kesenian. Repetisi. Contohnya, Sesekali kuingin (baris 1, rangkap 1, 2, 3, 4, dan 5). Simile. Contohnya, kepadamu hujan bagai tetamu. Asonansi. Contohnya, kepadamu hujan bagai tetamu (perulangan vocal a). Aliterasi. Contohnya, Sesekali kuingin kalungkan kagum (perulangan konsonan k).
Nilai Berterima kasih. Kerajinan. Simpati. Patriotisme. Keinsafan.
Pengajaran Kita perlulah berterima kasih atas segala nikmat yang kita kecapi dalam kehidupan. Kita hendaklah rajin mengusahakan tanah. Kita hendaklah bersimpatidengan golongan susah. Perjuangan dan pengorbanan para pejuang tanah air hendaklah dihargai. Kita harus merenung kehidupan ini.
Sekian Terima Kasih