PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELSAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK HHHC 9501: PEMIKIRAN KRITIKAL, PENYELSAIAN MASALAH DAN PENDEKATAN SAINTIFIK
PENGENALAN PROGRAM MESRA merupakan satu program yang dianjurkan oleh Sekretariat Integrasi dan Perpaduan Kaum, Kolej Ungku Omar, UKM yang bertujuan sebagai medium untuk menzahirkan perpaduan dalam kalangan mahasiswa dengan masyarakat setempat. Di samping itu, tujuan program ini juga adalah untuk mendidik mahasiswa agar lebih peka terhadap isu-isu semasa dan juga untuk memupuk semangat kesukarelawanan dalam diri setiap mahasiswa. Program yang mempunyai matlamat serampang dua mata ini mendapat penglibatan dan respon yang sangat memberangsangkan daripada kalangan mahasiswa mahupun pihak pentadbiran ( rujuk kertas kerja dan surat kelulusan JPPel )
PERINGKAT PERJALANAN PROGRAM Perancangan Perlaksanaan Laporan Akhir
PERANCANGAN Dalam merancang program ini sebanyak 5 kali perjumpaan telah diadakan 15 Nov- Perlantikan ahli jawatankuasa dan pengagihan tugas kepada ketua post. Saya telah dilantik sebagai timbalan pengarah II program. 20 Nov- Pengutipan derma untuk disumbangkan kepada mangsa banjir daripada setiap kolej di UKM 30 Nov- Penyusunan barang-barang yang diterima daripada kutipan derma dari setiap kolej di UKM 5 Dis- Pelaporan gerak kerja secara terperinci kepda Ketua Pengarah Program 15 Dis- Pelaporan perkenbangan gerak kerja program kepada ayahanda pengetua kolej, En.Nik Omar. 1 2 3 4 5
Sebahagian gambar bukti kehadiran saya setiap kali pertemuan
Penyusunan barang sumbangan yang diperoleh untuk mangsa banjir
PERLAKSANAAN Pada 20 Disember 2013, seramai 30 orang ahli jawatankuasa bertolak ke Kampung Pulau Manis, Pekan, Pahang bagi menyertai aktiviti sukarelawan membantu mangsa-mangsa banjir. Semangat perpaduan bukan sahaja dapat dipupuk didalam kalangan mahasiswa sahaja, malah semangat perpaduan juga turut terjalin diantara mahasiswa dengan penduduk Kampung Pulau Manis, Pekan, Pahang. TNC HEPA iaitu Ybhg. Prof. Ir. Dato’ Dr. Othman A. Karim turut sama hadir bagi merasmikan program MESRA dan di dalam ucapannya, beliau turut menggalakkan agar setiap mahasiswa memupuk semangat kesukarelawanan dalam diri dan sentiasa bergaul dengan masyarakat.
Tempat penginapan sukarelawan MESRA Sukarelawan diagihkan kepada beberapa kumpulan bagi membantu mangsa banjir
Antara aktiviti yang dijalankan, pembersihan Pra sekolah SK Pulau Manis
Pengagihan makanan dan pakaian kepada mangsa banjir Pembersihan kelas di Sk Pulau Manis
Ucapan daripada pengerusi JKK Kampung Pulau Manis, Pekan Penyerahan sedikit sumbangan kepada mangsa banjir oleh TNC HEPA
WanitaUMNO turut menjadi sebahgian daripada sukarelawan bagi membantu mangsa banjir Bersama dengan TNC HEPA, Ybhg. Prof. Ir. Dato’ Dr. Othman A. Karim
REFLEKSI AKHIR Melalui program ini banyak kemahiran yang dapat saya pelajari terutamanya adalah kemahiran penyelesaian masalah dimana terdapat beberapa buah tempat yang telah mengalami bencana alam iaitu banjir. Mangsa-mangsa banjir terpaksa menangung kerugian beribu ringgit disebabkan barang yang rosak kerana tidak sempat diselamtkan semasa banjir melanda dan bertungkus-lumus membersihkan kawasan rumah yang telah diseliputi lumpur. Oleh itu,kedatangan sukarelawan ini dapat meringankan sedikit beban yang dipikul oleh meraka sekaligus kemahiran penyelesaian masalah dapat dipraktikkan. Selain itu, saya juga dapat memupuk semangat kesukarelawanan dan semangat perpaduan dalam diri kerana bersama-sama mengerah keringat dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik. Saya juga dapat mempelajari kemahiran berkomunikasi dengan pihak pentadbiran terutamanya dengan pihak JPPel iaitu dalam pengurusan perancangan program. Saya juga dapat mempraktikkan kemahiran kepimpinan dalam diri saya iaitu apabila saya dapat memimpin ahli jawatankuasa yang lain bagi menguruskan perjalanan program agar berjalan dengan lancar.