TEORI KAUNSELING: Teori Psikoanalisis ( Sigmund Freud )
Pandangan mengenai manusia: a} Personaliti manusia terdiri daripada id, ego dan superego. Id adalah nafsu terendah sekali, dan paling tidak matang. b} Manusia mempunyai banyak helah beladiri (alasan-alasan). Contoh helah bela diri ialah menafikan kenyataan, mengganti-alih (displacement), merasionalkan sesuatu tindakan untuk kepentingan diri, berpura-pura, perlakuan kurang matang,
Setiap individu melalui tahap perkembangan psikoseksual seperti berikut: 1. Oral (mulut) – bagi bayi di bawah umur 1 tahun, kawasan mulut atau oral merupakan zon keseronokan 2. Anal (dubur)- kanak-kanak berumur antara 1 hingga 2 tahun di mana latihan menggunakan tandas bermula 3. Phalic (zakar/faraj) – kanak-kanak berumur 3 hingga 5 tahun cuba menyelesaikan identiti seksual mereka . #Oedipus kompleks wujud pada tahap ini bagi kanak-kanak lelaki dan elektra compleks bagi kanak-kanak perempuan 4. Latency /Pendaman – kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun 5. Genital (Syahwat) – bagi dewasa Tahap 1, 2 dan 3 juga dikenali sebagai tahap pragenital.
Matlamat kaunseling mengikut teori psikoanalisis: 1 Matlamat kaunseling mengikut teori psikoanalisis: 1. Menyedarkan klien perihal alam tidak sedar 2. Mengenalpasti konflik masa silam 3. Mengorganisasi semula personaliti (reconstruction of personality) 4. Membantu klien menyelesaikan tahap perkembangan yang tidak sempurna jika ada. 5. Membantu klien menyesuaikan diri dengan tuntutan masyarakat setempat (coping). 6. Menguatkan ego klien agar lebih berkeyakinan
Teknik (jarang diguna oleh kaunselor) 1. Pengluahan bebas, iaitu klien Teknik (jarang diguna oleh kaunselor) 1. Pengluahan bebas, iaitu klien digalakkan meluahkan perasaan terpendam secara bebas (ventilate / free association) 2. Penelitian pengalaman silam 3. Hipnosis 4. Tafsir mimpi 5. Transferens
Antara punca masalah menurut Pendekatan Psikodinamik : 1 Antara punca masalah menurut Pendekatan Psikodinamik : 1. pengalaman negatif / ada konflik masa silam - dengan ibu bapa & semasa kanak-kanak, dengan orang lain 2. tersekat di peringkat perkembangan tertentu 3. terlalu ikut nafsu