PUSAT TEKNOLOGI KOMUNIKASI & PEMBANGUNAN INSAN (PTKPI)

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
Sejarah Peradaban Lembah Sungai Kuning (Hoang Ho)
Advertisements

TAO (TAOISME).
SEJARAH TINGKATAN EMPAT BAB 3 TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA
PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU
SUKATAN PELAJARAN STPM BAHARU 922 KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF
BAB 1 PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN.
PENGURUSAN ANTARABANGSA
PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN
CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN
CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN
BAB 1-TINGKATAN PENGERTIAN SEJARAH 1.6 KEPENTINGAN SEJARAH
TOPIK 1: Falsafah,Konsep dan Definisi Pendidikan Kesihatan
VKMC 2031 PEMBANGUNAN KELUARGA (KUMPULAN D) SAHSIAH ANAK…
Ini Pilihan Kami.
Bermula di Lembah Sungai Tigris dan Euphrates
SEJARAH TINGKATAN EMPAT BAB 3 TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA
Isu-isu Kontemporari Peradaban
Teori-teori Hubungan Etnik
SEJARAH TINGKATAN EMPAT BAB 3 TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA
Oleh : Muhamad Zulfikah Bin Mat Jali A144875
BAB 2 INTERAKSI ANTARA TAMADUN.
3. Reka Bentuk Kurikulum Konsep Reka Bentuk Kurikulum
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
WARISAN KESULTANAN MELAYU
BBM 3104 Kuliah 1 (M1) Pengertian bahasa Melayu Klasik
DSKP SEJARAH.
PENGENALAN.
ASAL-USUL BAHASA MELAYU
PENGAJARAN MIKRO DAN PENILAIAN
B Antara berikut yang manakah menerangkan Zaman Pra Sejarah ? (Hlm.2)
ASPEK-ASPEK PENINGKATAN TAMADUN
HASIL PEMBELAJARAN KURSUS HE
TAMADUN CINA PANDANGAN SEMESTA.
KERANGKA MASA TAMADUN HWANG HO PALEOLITIK (PEKING MEN)-400,000SM
TAMADUN MESIR.
KERAJAAN AWAL DI ASIA TENGGARA
SEJARAH TINGKATAN 1 BAB 11: SABAH.
KONSEP PENTAKRIFAN TAMADUN CINA
ASPEK-ASPEK PENINGKATAN TAMADUN
Perpaduan dan Integrasi Kaum
PELUASAN KOSA KATA BAHASA MELAYU
DASAR AWAM INTAN WILAYAH UTARA.
Hubungan Etnik, Integrasi dan Menangani Cabaran
DEFINISI PUISI Za’ba Mendefinisikan puisi atau karangan berangkap sebagai “khas dipakai untuk melafazkan fikiran yang cantik dengan bahasa yg indah, dan.
ASPEK-ASPEK PENINGKATAN TAMADUN
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
BBM 3104 Kuliah 1 (Minggu 1) Pengertian bahasa Melayu Klasik
PUSAT TEKNOLOGI KOMUNIKASI & PEMBANGUNAN INSAN (PTKPI)
SEJARAH TINGKATAN EMPAT BAB 3 TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA
CIRI-CIRI TAMADUN 6 CIRI TAMADUN PETEMPATAN KEKAL BERORGANISASI
PUSAT TEKNOLOGI KOMUNIKASI & PEMBANGUNAN INSAN (PTKPI)
PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN
TAMADUN CINA Masyarakat dan Budaya.
FEM 3301 Etika dan Nilai dalam Pembangunan TAJUK 5 MANUSIA DAN PEMBANGUNAN:FUNGSI DAN PERANAN Menghuraikan dengan lebih mendalam perbincangan tajuk.
TAMADUN CINA Hasil Pembelajaran:
SKP 2203 Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)
BBM 3104 Kuliah 1 (Minggu 1) Pengertian bahasa Melayu Klasik
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
Isu-Isu Semasa Pengenalan
BBM 3104 Kuliah 1 (Minggu 1) Pengertian bahasa Melayu Klasik
BAB 4 TAMADUN CHINA.
PENYEDIAAN BAHAN PAMERAN
BAB 6: Isu-Isu Semasa Pengenalan
Hubungan Etnik WAJ 3106 – Tugasan Tutorial 2
HUBUNGAN ANTARA KEPIMPINAN DAN KEUSAHAWANAN pemimpin perlu memperbetulkan tingkahlaku yang gagal dan memperkenalkan pula tingkahlaku berjaya. Apa.
BUDAYA ORGANISASI.
UNIT 2: TAMADUN DAN BUDAYA.
3.1 Trend Pertumbuhan Penduduk Dunia 3.2 Faktor Pertumbuhan Penduduk
ALIRAN MODEN Oleh: Dr Mohd Daud Awang
TAMADUN CINA Tamadun Cina tertua
Transcript presentasi:

PUSAT TEKNOLOGI KOMUNIKASI & PEMBANGUNAN INSAN (PTKPI) duw233-TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA Bab 5 :TAMADUN CHINA DISEDIAKAN OLEH: Puan azizah abdullah

ASAL USUL DAN LATAR BELAKANG Salah satu Tamadun yang paling lama didunia Memberi banyak sumbangan dalam bidang sains, kejuruteraan, perubatan, seni dan kemasyarakatan.

SEJARAH TAMADUN CHINA Kebudayaan Yangshao Kebudayaan Longshan dan Zaman Gangsa

KEBUDAYAAN YANGSHAO Dipercayai bermula pada Milenium ke-6 SM. W/bagaimanapun berdasarkan kpd bukti arkeologi antara kebudayaan Neolitik yg plg awal & mempunyai ciri tersendiri disebut sbg Yangshao. Ini berdasarkan kpd tinggalan nama kampung yg terletak di Yangshao di bhg Shaanxi. Tapak tradisi kebudayaan Yangshao dijumpai di teres-teres berhampiran cwg. Sg Wei & Huanghe (the Yellow River).

Di kawasan ini selama berkurun-kurun tanah pasir halus yg dimendapkan oleh angin telah menjadi tanah loes yg subur, lembap serta mudah untuk diusahakan terutama sekali dlm bidang pertanian. Keadaan btk geografi inilah yang mendorong & menggalakkan pembangunan petempatan manusia & kegiatan pertanian.

Berdasarkan tinggalan arkeologi jg, didpti bhw org Yangshao menetap di perkampungan kecil dgn kegiatan bertani, memelihara babi, membuat tembikar berlukisan & menanam mayat si mati dlm tanah perkuburan yg khas. Tamadun Yangshao ini tlh berkembang selama kira-kira 5000 thn di bhg tgh & utara China sblm diganti secara beransur-ansur oleh kebudayaan Longshan.

KEBUDAYAAN LONGSHAN Muncul sejak pertengahan kurun ke-2 SM. Merupakan kebudayaan yg lebih maju berbanding yangshao. Nama Longshan adalah berdasarkan penemuan tapak arkeologi di Longshan di bhg Shandong. Tembikar Longshan bergantung kpd gaya & bentuk sbg daya penarik estetiknya & jarang dijumpai lukisan hiasan sprti yg ada pd bekas-bekas Yangshao.

Kualitinya lbh bermutu tinggi, menunjukkan penggunaan mesin peroda tembikar dlm pengeluarannya. Ciri-ciri peradaban pertanian Longshan termasuk penanaman bijirin dgn menggunakan penyodok & sabit.

KEBUDAYAAN GANGSA Muncul lewat milenium ke-2 SM @ awal milenium pertama SM. Pusat perkembangan terpenting terletak di Lembah sungai Yangzi di bhg Jiangxi & juga di Sanxingdui di bhg Sichuan.

Pada zaman ini, gangsa dinilai sbg simbol elit kuasa diraja dinasti Shang. Tukang-tukang gangsa sgt dihormati sbg ahli masyarakat yg penting di negara itu. Logam gangsa dihubung kait dengan bekas-bekas ritus @ utk upacara keagamaan selain digunakan utk membuat loceng & senjata.

Penggunaan gangsa tersebar meluas dikalangan gol Penggunaan gangsa tersebar meluas dikalangan gol. Bangsawan yg lbh rendah statusnya disepanjang tempoh dinasti Zhuo. Artifak-artifak halus seperti lampu & patung-patung kecil, kesemuanya diperbuat drpd gangsa sepanjang era empayar tersebut.

w/bgmnpun dgn pembangunan teknologi besi sjk lbh kurang 500SM tlh menghadkan perkembangan kegunaan gangsa utk tuj. umum.

Konsep Tamadun China Berdasarkan kepercayaan perkara yang dekat dengan persekitaran kehidupan masyarakat China: Kepercayaan alam sekitar Kepercayaan kepada anak syurga Kepercayaan penyembahan roh nenek moyang Kepercayaan kepada dewa

Masyarakat Dan Budaya Tamadun China Terdapat tiga kumpulan bangsa yang terbesar iaitu kumpulan Yan-Huang yang diwakili oleh kaum Yang Di dan Huang, kumpulan Feng-Yang dan kumpulan Miao-Man yang terdiri dari suku kaum bangsa di Selatan China. Proses silang budaya telah mewujudkan satu bangsa yang kuat yang dikenali sebagai bangsa Tionghoa.

Geografi Negara China yang luas, menyebabkan keadaan cuaca yang berbeza dan ini telah mempertembungkan dua kebudayaan iaitu Kebudayaan Milet (Bijirin) dan kebudayaan Sawah Padi, yang wujud secara berasingan di bahagian Utara dan Selatan China.

Bahasa dan Szistem Tulisan China Bahasa China merupakan bahasa yang tertua sekali didunia, penggunaannya masih kekal sehingga kehari ini

Mengenai sistem tulisan, tulisan Cina yang dikenali sebagai Hanzi (tulisan Han) telah dicipta berdasarkan kaedah xiang xing (lambang bergambar), zh'shi (lambang petunjuk), huiyi (lambang petunjuk fikiran) dan xing sheng (gabungan bentuk-bunyi), bersamaan dua kaedah yang berfungsi memperluaskan erti atau penggunaan sesuatu huruf Cina, iaitu zhuanzhu (mutual semantik transfer) dan jiajie [loan character). Kesemua kaedah tersebut dikenali secara tergolong sebagai liushu (six principles of writing).

Pandangan Semesta Tamadun China Pandangan semesta di dalam Tamadun Cina pula melibatkan kepercayaan orang Cina yang banyak bersandar kepada keyakinan terhadap kuasa ghaib, dan pengaruh roh di persekitaran mereka. Semua kepercayaan orang Cina menunjukkan persamaan yang nyata iaitu kebaikan pada aspek moral dan akhlak manusia.

Konsep Tian Konsep Tian atau langit sebagai makhluk yang unggul (supreme being) yang menguasai nasib seseorang telah wujud sejak zaman dinasti Zhou. Namun, Tian juga membawa maksud prinsip tertinggi di dalam alam semesta serta dalam konteks etika Konfusianisme. Tian merujuk kepada langit dan penghuraian tentang Syurga. Dewa Tian merupakan Dewa terpenting dan mempunyai kuasa menentukan perjalanan hidup seseorang.

Konsep Dao Konsep Dao ialah jalan (the way). Dalam kitab ini juga, Dao dianggap prinsip agung yang merangkumi keseluruhannya. Dao diibaratkan sebagai ibu yang melahirkan serta memupuk makhluk sejagat dan ia juga merupakan primordial (bentuk permulaan), dengan semua makhluk berasal dan akan kembali pada akhir hayat mereka.

Konsep Taiji, Yin Yang dan Wuxing Menurut kitab Yijing (The Book of Changes) , tiada sebarang batasan bagi diri Taiji. Menerusi perubahan Taiji, terhasillah dua kuasa dwikuasa iaitu Ying dan Yang. Yin mewakili perempuan seperti pasif, sejuk, gelap, basah, lembut manakala Yang mewakili lelaki iaitu aktif, panas, cerah,kering, keras.

Keharmonian Tian Dan Manusia Konsep perpaduan antara Tian dengan manusia (tian-ren heyi) pula terbentuk berdasarkan sesuatu penyataan bahawa insan merupakan sebahagian daripada Tian Disebabkan hubungan antara insan dan Tian yang begitu rapat maka segala kesalahan yang dilakukan oleh kerajaan duniawi menghasilkan manifestasi fenomena luar biasa dalam alam semulajadi sebagai isyarat atau tanda kemarahan Tian dan amaran kepada kerajaan berkenaan

Prinsip Zhongyong Prinsip kesederhanaan atau zhongyong (The Golden Mean) pula merupakan moral asas yang bersifat sederhana, seimbang dan bersesuaian. Hal ini merujuk kepada sesuatu yang paling sesuai, tepat, terbaik dalam sesuatu keadaan. Prinsip ini merupakan norma masyarakat yang dapat menyumbang terhadap pencapaian keharmonian sejagat sekiranya ia dihayati dan diamalkan sepenuhnya.

AGAMA DAN FALSAFAH DALAM TAMADUN CINA Konfusianisme Buddhisme China Daoisme Moisme Legalisme Islam

Konfusianisme Konfusianisme merupakan doktrin kenegaraan (state) yang merangkumi aspek- aspek falsafah, keagamaan dan sosiopolitik yang termaktub dalam pengajaran Konfusius (551SM-479SM). Asas Konfusianisme dikatakan berasal daripada tulisan-tulisan klasik yang diterbitkan atas nama Konfusius. Dalam kitab Analects, pengajaran utama Konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia.

Buddhisme China Buddhisme diasaskan oleh Siddhartha Gautama Buddha (kk 563SM- 483SM) di India pada kurun ke-6SM dan kemudiannya disebar ke negara China pada kurun Masihi yang pertama. Selepas disebarkan Buddhisme ke negara China, agama ini telah mengalami pelbagai pengubahsuaian dan sehingga menjadi suatu sistem keagamaan yang menyerapkan ciri-ciri kecinaan sehingga ia dikenali sebagai Buddhisme Cina

Daoisme Daoisme terbahagi kepada dua cabang yang utama iaitu pertama, pemikiran falsafah Dao (daojia) dan aliran keagamaan Dao (daojiao). Kitab Daoisme iaitu Daodejing merupakan sebuah karya klasik mistik bagi aliran keagamaan Dao kerana kebanyakan ayatnya yang ringkas, penuh dengan konotasi yang terbuka kepada pelbagai tafsiran selain menerangkan mengenai aspek metafizik Dao. Dao iaitu jalan (the way}. Tahap pencapaian pengamalan Dao yang tertinggi ialah kembali semula dan bersatu denganNya

Moisme Moisme diasaskan oleh Mo Zi (kk 479SM-381SM). Antara konsep penting dalam pemikiran aliran ini termasuk aspek kasih sayang sejagat (jian'ai), mengecam sikap suka berperang (feigong) dan menyerah kepada nasib (feiming) dan mengutamakan golongan cerdik pandai (shangxian).

Legalisme Legalisme pula diasaskan oleh seorang ahli falsafah Cina, Han Fei Zi dan dilaksanakan semasa China di bawah pemerintahan dinasti Chin. Legalisme mengutamakan pemikiran sosiopolitik dan kekuasaan pihak pemerintah terhadap rakyatnya. Legalisme menyarankan pemerintahan berteraskan undang-undang adalah lebih baik daripada pemerintahan teladan seperti yang disarankan oleh Konfusius. Aliran ini telah mengasaskan pembentukan kerajaan pusat autokrasi mutlak di Negara.

Islam Agama Islam dibawa masuk dan diperkenalkan ke negara China melalui dua saluran jalan pada kira-kira kurun ke-8: pertamanya, melalui peranan pedagang Islam Arab dan Parsi yang mendarat di selatan China (mereka ini mendirikan masjid) iaitu di Guangzhou dan Quanzhou; dan keduanya, melalui peranan pedagang Islam yang menggunakan Jalan Sutera melalui kawasan Parsi dan Afghanistan.

Dampak Islam menjadi semakin kuat dan mendalam beberapa kurun kemudian melalui usaha beberapa tokoh Islam Cina seperti Wang Daiyu (kkl580-1658), Ma Zhu (kk 1640-1711), Liu Zhi (kk 1660-1730) dan Ma Dexin (1794-1874). Mereka menghasilkan beberapa karya dalam bahasa Cina serta terjemahan tentang agama Islam. Mereka tidak sahaja mempunyai kefahaman yang mendalam tentang ajaran Islam tetapi juga pakar dalam klasik Cina, khasnya klasik Konfusianisme.

Antara mereka, Wang Daiyu ialah tokoh yang pertama menghasilkan karya tentang agama Islam dalam bahasa Cina. Karya pertama beliau yang berjudul Zhengiao zhenquan (Anotasi Tulin Ajaran Ortodoks) diterbitkan pada tahun 1642. Semenjak itu, berpuluh-puluh sarjana Konfusian-Muslim mengikut jejak langkah Wang Daiyu dalam memainkan peranan penting dan memberikan sumbangan dalam tradisi keilmuan Islam di negara China

SISTEM PEMERINTAHAN DAN SISTEM POLITIK CHINA Sistem Beraja Tamadun China Sistem politik cina Konsep Pemusatan Kuasa

Sistem Beraja Tamadun China Semenjak tamadun awal China (tamadun Sungai Hwang Ho di bawah pemerintahan Dinasti Shang dan Dinasti Chou) lagi China telah mengamalkan sistem pemerintahan beraja mutlak secara monarki. Orang China percaya, Raja diberi mandat oleh tuhan untuk mentadbir. Pada zaman Dinasti Shang dan Chou raja berfungsi sebagai ketua agama dan angkatan tentera. Pada masa itu China mengamalkan sistem feudal.

c. Zaman kemaharajaan yang paling gemilang ialah ketika China diperintah oleh Shih Huang Ti (Dinasti Chin). Gelaran raja ditukar menjadi maharaja semasa baginda memerintah China. d.Baginda menghapuskan sistem feudal dan digantikan dengan sistem provinsi/wilayah (36 buah) yang diketuai oleh gabenor.

Sistem politik cina Falsafah Legalisme bersifat authoritarianisme menekankan kepentingan undang-undang sebagai cara untuk mencapai kecekapan dalam kerajaan dan ketertiban dalam masyarakat. Manakala aliran Confusianisme merupakan himpunan idea yang bersifat yang berpandukan etika berpusat kepada kehidupan yang teratur dan penyusunan masyarakat yang baik

Konsep Pemusatan Kuasa Aliran legalisme ini menekankan pemerintahan bercorak pemusatan kuasa ditangan seorang raja yang menggunakan kuatkuasa undang-undang. Dengan itu masyarakat yang ideal akan lahir jika petani dan tentera dipimpin oleh raja yang maha berkuasa. Sebagai contoh Maharaja Shih Hung Ti daripada dinasti Chin telah berjaya menyatukan seluruh wilayah China di bawah pentadbirannya

Manakala dalam aliran Confusianisme menegaskan bahawa urusan pemerintahan adalah soal  yang bersifat etika dan kepimpinan melalui teladan.

Memupuk Kesetiaan Kepada Raja Falsafah Legalisme mengambil pendekatan undang-undang memastikan rakyat memberi ketaatan kepada raja. Confucianisme menekankan unsur-unsur moral dan etika bagi memastikan rakyat memberikan ketaatan kepada raja. Kedua-dua menyumbang kepada sistem politik China sehingga rakyat memberikan kesetiaan kepada raja

Mengekalkan Displin Rakyat Legalisme menggunakan kuasa tentera dan kekerasan contoh dinasti Chin. Confucianisme mengambil pendekatan  birokrasi dan kebijaksanaan para sarjana seperti yang dilakukan oleh Dinasti Han. Kedua-dua pendekatan ini digunakan oleh pemerintah China terkemudian bagi mengekalkan disiplin rakyat.

SENI BINA CHINA

PENGENALAN Seni bina China berdasarkan kepada prinsip simetri dan seimbang. Bangunan pejabat, bangunan kediaman, kuil dan istana dibina berdasarkan kepada prinsip struktur utama adalah paksi . Struktur kedua diletakkan pada bahagian kiri dan kanan struktur utama sebagai bilik utama dan taman. Pengagihan ruang pada bahagian dalaman bangunan bergantung kepada kedudukan etnik dan sosial orang-orang China

JENIS-JENIS SENI BINA CHINA

SENI BINA CHINA Dalam bidang ini China terkenal dengan pembinaan Tembok Besar yang di bina semasa Dinasti untuk mempertahankan negeri China daripada serangan musuh. Maharaja Shih Huang Ti telah mengukuh dan mencantumkan semua tembok tersebut menjadi satu tembok besar yang bersambungan di atas bukit dan lembah.Pembinaannya adalah dalam jangka masa antara tahun 228 SM hingga 210 SM. Tembok Besar China berukuran kira-kira 2410 km dan setinggi 40-50 kaki . Di sepanjang tembok itu dibina 20,000 menara-pengawal di samping 10,000 menara-pengawal kecil.

Kawasan di dalam tembok ini menempatkan kediaman maharaja Kawasan di dalam tembok ini menempatkan kediaman maharaja. Salah sebuah istana maharaja yang masih kekal sehingga kini ialah Kota Larangan. Istana ini mempunyai banyak dewan dan taman. Dewan ini berfungsi sebagai balai penghadapan serta tempat pagoda. Kuil-kuil ini terdiri daripada beberapa buah bangunan yang merangkumi tempat tinggal, ruang tetamu dan pusat pemujaan.

CIRI-CIRI SENI BINA CHINA Kegunaan bahan kayu untuk struktur bangunan seperti tiang dan lain - lain . Struktur ini pula dibina dengan cara yang tersendiri berbanding dengan negara Barat umpamanya sistem 'truss' rumah digunakan untuk bumbung di dalam seni bina Barat tetapi di sini digantikan dengan sistem 'tou-kung’.

Seni Ukir Ukiran-ukiran dapat dilihat pada patung-patung yang dibuat daripada batu jed, gangsa, batu, tanah liat dan kayu. Ukiran juga dibuat di kubur dan di dinding gua. Pengukir Shang menggunakan batu marmar, batu jed dan batu kapur untuk mengukir patung-patung kecil. Dalam bidang pembuatan seramik atau tembikar, masyarakat Shang telah memajukan teknik-teknik membuat seramik. Buatannya halus dan dicat dengan warna hitam dan merah. Gangsa juga digunakan untuk membuat bekas air dan makanan. Ia dihiasi dengan ukiran-ukiran geometrik dan haiwan

Seni Pahat Pada zaman Dinasti Tang (abad ke-8) seni pahat (sculpture) turut berkembang seiring dengan perkembangan seni lukis. Kegiatan agama telah menghasilkan banyak patung di kuil-kuil. Patung-patung yang masyhur ialah ‘Lung-men’, Buddha batu yang dikelilingi oleh patung-patung Bodhisattvas, sami-sami dan penjaga-penjaga. Kemudian dengan secara beransur-ansur orang-orang China menggantikan patung-patung keagamaan itu dengan membuat patung-patung berbentuk kuda dengan ukiran-ukirannya sekali. Patung-patung kuda dengan penunggangnya menggambarkan sifat kepahlawanan China

Elemen asas Bumbung Bumbung adalah unsur terpenting yang ditegakkan oleh tiang bebas dari dinding. Bahan binaan utama untuk struktur bumbung ialah kayu. Biasanya kayu yang digunakan berbentuk segi empat dan berwarna merah.

Terdapat empat bentuk asas bumbung iaitu : Bumbung panjang Bumbung lima campuran bumbung panjang dan bumbung lima Bumbung piramid

Campuran bumbung panjang dan bumbung lima Empat bentuk asas bumbung Bumbung lima Campuran bumbung panjang dan bumbung lima Bumbung panjang Bumbung piramid

DINDING: Dinding dan pembahagi ruang biasanya tidak digunakan sebagai elemen struktur (hanya sebagai dinding nipis, bahannya daripada kayu dan tidak sepenuh tinggi).

Ciri -ciri dinding seni bina China ialah : 1. Dinding nipis dan diperbuat daripada kayu 2. Dinding tidak berfungsi untuk menerima sebarang tekanan daripada lantai dan bumbung 3. Mempunyai nilai estetik yang tinggi 4. Dinding di cat dengan warna yang mempunyai fungsi untuk memelihara kayu daripada serangga dan juga mengelakkannya daripada reput.

PENUTUP Bangunan China yang mempunyai keunikan tersendiri, merupakan komponen yang utama dari Tamadun China yang cemerlang, corak bangunan China yang bercirikan seni bina bangunan barat dan timur tengah telah membentuk tiga corak seni bina utama di dunia

BENTUK-BENTUK SENI BINA: Pendahulan: Menurut Michael Sullivan, manusia boleh mendekati sesuatu tamadun melalui bentuk-bentuk seninya kerana sebahagian daripada reaksi manusia terhadap objek-objek seni adalah secara serta merta. Perkara yang ditegaskan oleh Sullivan ialah karya-karya seni Cina mungkin boleh memberi suatu gambaran tentang nilai-nilai estetika dan juga beberapa aspek kepercayaan masyarakat Cina. Contohnya: Fahaman Daoisme mempunyai pengaruh kuat terhadap bentuk-bentuk seni Cina terutama seni catan dan kaligrafi dan ia menentukan sifat-sifat yang dianggap penting dalam kesenian tersebut. Ini jelas kerana seorang seniman Cina bertujuan menyelaraskan kegiatan penghasilan sesebuah hasil seni catan dengan prinsip-prinsip atau proses alam semesta. Menurut fahaman ini, manusia boleh melakukan perbuatan dan kegiatan yang bersifat semulajadi dan spontan melalui proses pelukisan gambar kerana ianya satu cara bagi mengharmonikan diri dengan proses alam semesta.

CATAN LANDSKAP CHINA : Elemen-elemen yang dilukis mewakili alam semesta seperti gunung tinggi yang dipenuhi pokok-pokok , bukit-bukit dan air terjun, pokok-pokok kecil yang rimbun ,air sungai dan tasik. Dalam kepercayaan Daoisme,mereka percaya bahawa manusia boleh timbul dalam catan tetapi dalam bentuk yang kecil kerana ia merupakan elemen kecil dalam alam semesta. Cara pelukis Cina melukis catan mereka adalah dengan mengembara ke seluruh pelosok alam ini kerana mereka mahu menghayati dan merakamkan alam dengan penuh kejujuran. Penerapan disiplin yang tinggi semasa berkarya seperti penumpuan, kerajinan, kehormatan serta kemahiran dalam berkarya mesti disemai oleh setiap pelukis Cina.

Samb… Terdapat 6 prinsip utama dlm proses penghasilan catan landskap China iaitu : Chi yun sheng tung- Getaran rohani atau perasaan pelukis. Ku Fa Yung Pi – Kaedah, tatacara, mutu dan nilai sapuan berus. Ying Mu Hsien Hsing- Pemahaman terhadap objek yang dilukis. Sui Lei Fu Tsai- Penggunaan warna yang bersesuaian. Ching Yin Wei Chin- Pembahagian komposisi dan peranan cahaya. Ching Mu i Hsieh- Belajar melalui peniruan. Prinsip-prinsip inilah yang telah mengasaskan pengalaman ndan penikmatan catan Cina sejak berabad-abad lamanya sehingga kini.

Perlambangan Dalam Catan China: Shan – gunung, ch’i- atmosfera dan hsing – bentuk. Merupakan tiga unsur yang lazimnya ada pada sesebuah catan Cina. Gunung – lambang kesuburan, keturunan, kekuatan, kesungguhan serta boleh mempengaruhi perasaan dan penghayatan seseorang melalui perubahan atmosfera. Awan – awan cerah melambangkan keharmonian, awan gelap menimbulkan suasana kemuraman. Pokok – Pokok besar seperti ru dan pine membawa maksud pasak bumi dan kedudukan mengikut hirarki. Pokok buluh melambangkan kekayaan, lanjut usia, kejujuran, kebenaran serta mampu menghalau hantu. Ikan – ‘Tui’ melambangkan pertambahan rezeki. Jika bewarna keemasan melambangkan status kaya, manakala hitam kehidupannya biasa sahaja. Ikan kelisa melambangkan kekayaan dan keuntungan. Sungai- melambangkan kegembiraan dan keharmonian

Falsafah disebalik Catan China: Dalam menghasilkan Catan Cina, terdapat beberapa falsafah dalam penghasilannya seperti ’melukis tanpa sombong’ yang bermaksud, memperelokkan lagi hasil yang telah sempurna bagi mempertingkatkan mutu catan. Pelukis tidak harus cepat berpuas hati dan bangga dengan kerjanya. Falsafah seterusnya adalah ’tidak menghadapi kerja dengan lalai’ falsafah ini bermaksud sesorang haruslah bersedia dari segi rohani dan peralatan serta persekitaran sebelum melukis bagi mendapatkan kerja yang sempurna.

Samb… Screen fan Folding fan Protective Wrapper etc.

KALIGRAFI: diberi penghormatan paling tinggi di China kerana dianggap mempunyai keunikan dalam membayangkan kemurniaan dan kualiti seseorang ahli kaligrafi dari segi pemupukan personaliti. menghasilkan banyak stail tulisan. 4 jenis yang biasa digunakan sekarang ialah: i) Stail biasa atau kaishu- setiap pergerakan berus dan garis (stroke) ditulis dengan jelas. ii) lishu- sejenis stail yang dikembangkan pada asalnya untuk kegunaan kerani. iii)xingshu-stail berlari iaitu bentuknya seakan-akan kaishu tetapi tangan seperti berjalan cepat atau bergerak dengan laju apabila menulis, dan menghasilkan tulisan yang kurang teratur. iv)caoshu-stail rumput yang mendapat nama berdasarkan rupa bentuk iaitu rumput ditiup angin yang nmpak berselerak tapi sebenarnya teratur. Jenis ini hanya dapat difahami oleh pakar kaligrafi yang telah mahir dalam seni ini sahaja.

Samb… Manakala kemahiran-kemahiran yang digunakan dalam tulisan kaligrafi atau huruf Cina, diaplikasikan oleh seniman-seniman Cina kepada penghasilan gerakan -gerakan berus yang terdapat dalam kaligrafi atau huruf Cina yang terdapat dalam sebuah lukisan ( catan) yang berjaya. Kebolehan untuk menghasilkan imej-imej yang mempunyai ” imbangan, gerakan dan bentuk-bentuk yang betul” boleh diperolehi melalui latihan-latihan kaligrafi atau tulisan  huruf Cina. Inspirasi asas bagi kaligrafi cina adalah alam semulajadi. Kecantikan sesebuah kaligrafi tidak dinilai secara perkataan demi perkataan tapi dibuat terhadap keharmonian yang ditunjukkan oleh keseluruhan hasil.

Samb… Antara bahan-bahan yg digunakan dlm penghasilan kaligrafi ini ialah : 1. dakwat 2. Berus 3. kertas 4. kadang-kadang sutera Dakwat dibekukan dalam bentuk batang pendek dan akan digosok pada batu dakwat bersama sedikit air sehingga mendapat kekonsistenan yang betul sebelum menulis. Berus diperbuat daripada bulu kambing, rusa, atau serigala dan adalah tajam di hujung. Kertas yang digunakan ialah sejenis kertas xuan yang mudah menyerap dakwat.  

CIRI-CIRI KALIGRAFI: 1- Ni: Pergerakan berus yang bertentangan Contohnya: pergerakan perlu dimulakan ke arah kanan untuk pergerakan menghala ke kiri dan sebaliknya. 2- Wei: Struktur yang berubah-ubah Contohnya: kerapkali dilihat sesuatu kaligrafi seperti lintang pukang susunan tulisannya jika dilihat satu persatu,tetapi apabila dilihat secara keseluruhan barulah dilihat kesempurnaannya.

Samb… 3. Ce: Struktur tidak terlalu tegak iaitu senget sedikit Untuk membolehkan tulisan kelihatan lebih fleksible, indah dipandang dan mempunyai stail yg tersendiri. 4. Keharmonian: - Keharmonian dan keindahan bergantung kepada saiz tulisan, kepekatan dakwat hitam yg digunakan dan kerapatan tulisan secara keseluruhannya.

LUKISAN TUMBUHAN DAN HAIWAN: Lukisan mempunyai kaitan rapat dengan kaligrafi dan puisi dalam tradisi cina. Kebanyakan pelukis bukan sahaja mahir meluks tetapi juga merupakan sarjana dan pakar kaligrafi. Diantaranya ialah Su Dongpo (1037-1101). Lukisan Cina tradisional boleh dibahagi kepada dua kategori iaitu: 1. xieyi (bebas tangan/ freehand brushwork) 2. gongbi (garis halus dan teliti dengan memberi perhatian kepada butir-butir). Semasa melukis lanskap,pelukis xieyi jarang melukis tempatyang benar-benar wujud tetapi hanya meminjam bentuk-bentuk gunung, sungai, batu, pokok untuk dijadikan alat menyatakan perasaan dan idea mereka. Dalam lukisan Cina, bahan yang sama digunakan untuk membuat kaligrafi. Kebanyakan lukisan Cina menggunakan dakwat monokrom

Samb… Kebanyakan lukisan Cina bersifat simbolik. Buluh menandakan semangat seorang sarjana yang mungkin dibengkok oleh sebab keadaab tertentu tetapi tidak boleh dipatah. Burung jinjang bersimbolik hidup panjang. Itik mandarin yang selalu berpasangan menunjukkan kepada kesetiaan suami-isteri. Orkid merupakan simbol Konfusion bagi kesucian dan kehalusan budi pekerti.

Samb… Keadaan ini juga sama dengan sebuah pantun atau puisi Cina kerana disamping ia disampaikan dengan tulisan-tulisan yang yang cantik. Ia juga dihargai oleh masyarakat Cina kerana ia dapat menimbulkan perasaan dan maksud-maksud tertentu seperti nasihat . Bunga plum pada musim sejuk yang berbunga juga dalam cuaca salji melambangkan semangat atau kehalusan kualiti yang tidak akan tunduk dilihat dari segi politik. Pokok pain tua yang berbonjol-bonjol mewakili sifat bertahan dalam persekitaran politik yang keras atau semangat usia tua yang tidak dapat ditakluk

SENI POTRET CHINA: Kebanyakan potret dilukis di atas kain sutera. Sutera yang digunakan agak nipis dan mempunyai pelbagai corak seperti corak binatang,bunga, buluh, atau tanpa corak. Penggunaan warna adalah tebal di bahagian kostum, dengan bahagian sulaman dan barangan perhiasan diperincikan. Perhatian yang lebih diberikan semasa melukis kostum kerana kostum menggambarkan taraf kedudukan seseorang itu di dalam masyarakat. Skala potret yang selalu digunakan adalah 11 kaki x 4 kaki.

Samb… Potret China sangat sensitif dengan air. Dipercayai teknik melukis potret China bermula 2000 tahun dahulu. Pelbagai alatan dan teknik telah dicipta untuk melukis potret. Hanya dua jenis berus sahaja digunakan. Berus dari buluh dan bulu kambing digunakan untuk melakar garisan nipis. Berus dari kulit kelapa sawit pula digunakan untuk melakar garisan tebal.

Samb… Selalunya, potret digunakan dalam upacara peringatan, amalan yang hanya terhad kepada golongan atasan. Tetapi, lama-kelamaan amalan ini berkembang di kalangan golongan pertengahan. Di bawah pengaruh Buddha, imej potret digunakan dalam upacara ritual yang melibatkan pemujaan nenek moyang.

KESUSASTERAAN CHINA KLASIK: Pengenalan: Yang dimaksudkan dengan kesusasteraan Cina klasik sepertimana yang dinyatakan oleh Dr. Teo Lay Teen di dalam kertas kerjayanya ialah karya sastera yang dihasilkan dalam jangka masa 3000 tahun dari zaman permulaan tamadun Cina hingga ke zaman perang Candu tahun 1840.

CIRI-CIRI KESUSASTERAAN CINA KLASIK: Menyampaikan Dao: Dao membawa maksud kebenaran. Kebenaran itu pula ialah sesuatu yang tidak menyeleweng dari prinsip moral dan etika. orang Cina mengkritik dan tidak menyenangi karya kesusasteraan yang boleh menyelewengkan seseorang dari prinsip kebenaran moral dan etika.

Samb… 2. Kesederhanaan: - Zhongyong membawa maksud kesederhanaan. Istilah yang digunakan ialah zhonghe yang membawa maksud tidak berlebihan dalam melepaskan perasaan. Sasterawan Cina berusaha untuk mencapai keharmonian antara emosi dengan rasional.

Samb… 3. Keinsafan: Menggunakna istilah youhuan yishi. Pakar sastera Cina memperagakan keinsafan dan kesedaran yang mendalam tentang kesengsaraan dan kesusahan yang dideritai oleh negara dan rakyat negeri Cina.

Samb… 4. Muzik: Kesusasteraan dan muzik merupakan dua kesenian yang berpadu satu dalam tamadun Cina. Ia dapat dilihat dalam drama Cina iaitu opera. Shing Jing (buku nyanyian) merupakan koleksi puisi yang pertama dalam tamadun Cina.

Sains & Teknologi : Tamadun China telah memberikan sumbangan yg besar kpd peradaban dunia dlm pelbagai bidang seperti sains & teknologi. Barat khususnya banyak mengambil manfaat daripada pencapaian sains & teknologi China. Sumbangan dlm bidang sains & teknologi : 1. Reka-Cipta: menghasilkan pelbagai reka cipta antaranya: a. Magnet : -telah digunakan oleh org2 cina pada abad ke-1 & ke-6 masihi. b. Cetakan : -zmn dinasti Tang, mesin pencetak tlh direka . -buku bercetak yg pertama dikeluarkan oleh Cina adalah Diamond Sutra pd thn 868 m.

Samb… C. Kertas : -merupakan tamadun yg pertama menghasilkan kertas di dunia. - direka cipta buat kali pertama pd thn 105 m oleh Cai Lun dan tlh dibawa ke Eropah dlm abad ke-13m melalui jalan Sutera Lama. D. Ubat Bedil: -dihasilkan oleh pakar al-kimia Daois . - serbuk letupan ini digunakan secara meluas dlm penghasilan bunga api di negara China mulai abad ke-7m.

Samb… 2. Sains : bidang sains tulen sgt berkembang dlm tamadun China dan memberikan sumbangan yg cukup besar kpd peradaban dunia, antara bidang tersebut ialah : a. Astronomi : -Memberi sumbangan yg sgt besar kpd perkembangan dunia. -Cth: menghasilkan katalog-katalog bintang, rekod-rekod tepat tentang gerhana & komet, penggunaan gnomon &clepsydra. -Ciptaan ini dilakukan di zaman pemerintahan dinasti Chou iaitu dr abad ke 11 hg abad ke 3 sm. -Sumbangan ini adlh merupakan satu-satunya rekod yg mencatatkan fenomena astronomi dr abad ke 5 hg abad ke 10m. -Mereka juga tlh mula mencipta peta, katalog bintang & peralatan astronomi.

Samb… B. Optik : -Pakar sains cina tlh mula mencipta kamera lubang jarum yg blh menghasilkan imej penyonsongan. -Menghasilkan kanta cengkung. C. Matematik : -Sangat mahir dlm ilmu matematik kerana mereka merupakan golongan pedagang & ahli perniagaan yg ternama di dunia. -Abad ke 2 m, mrk mula menghasilkan kajian mengenai nilai Pai, sistem perpuluhan dsbgnya.

Samb… D. Kimia : -Menghasilkan sejumlah besar ait maulhayat. -Sebahagian besar darinya mengandungi bahan raksa, plumbum & arsenik. -Pencapaian ini dicipta hasil dari usaha utk mencapai keabadian. E. Metalurgi.

Samb… 3. Perubatan : -Mencapai kemajuan yg tinggi dlm bidang perubatan khususnya dlm bidang ilmu kaji diet & demam. -Perkembangan bidang perubatan ini berlaku di zaman pemerintahan Dinasti Song(907 – 1126m) -Antara tokoh perubatan yg terkenal ialah Hua Tua (seorang pakar bedah yg berjaya menghasilkan anastesia) -Choa Yuan Fang (menghasilkan karya perubatan berkaitan dengan penyakit mata, kudis buta dsbgnya.

Samb… 4. Teknologi: -Mencipta abah-abah pengikat dada utk membolehkan kuda membawa muatan yg lbh berat & lbh mudah (thn 200m). -Mencipta kereta sorong yg membantu menjimatkan tenaga manusia. -Menghasilkan kain sutera berkualiti yg menjadi sumber utama perdagangan antarabangsa.

EMPAT PENCIPTAAN AGONG: Merupakan antara pencapaian teknologi China purba yg plg berguna & berpengaruh dr segi sumbangan terhadap perkembangan teknologi serta tamadun dunia. Empat penciptaan tersebut ialah: 1. teknik membuat kertas: Dicipta oleh Cai Lun yg menggunakan bahan daripada fiber tumbuh-tumbuhan pd thn 105. Teknologi ini kemudiannya tlh dibawa & diperkenalkan ke dunia Barat melalui Jalan Sutera Lama & tiba do Eropah pd kira-kira kurun ke-13.

Samb… 2. Teknik Percetakan: Mula diperkenalkan di zaman dinasti Tang (618-906). Antara buku bercetak yg plg awal & masih wujud hg kini ialah Jingang Jing (kitab sutra Diamond) versi China yg bertarikh 11 mei 686 yg kini di simpan & di pelihara di muzium British England. Buku ini dianggap sbg hasil drp pengalaman lama org Cina dlm teknik percetakan blok. Thn 1045, Bi Sheng mencipta teknik percetakan bergerak & mula menggunakannya secara umum. Penciptaan Bi Sheng adalah 400 thn lebih awal drp penciptaan yg sama di dunia Barat yg hanya berlaku pd kurun ke-15.

Samb… 3. Bahan Letupan: Dicipta oleh ahli-ahli kimia Daois yg menemui formula dlm uji kaji mencampur saltpetre dgn sulfur & karbon. Menjelang kurun ke-7, org cina sudah pun menggunakan bhn letupan utk membuat bunga api. Bhn letupan mula digunakan dlm bidang militari pd thn 906 oleh ketua tentera Tang (618-906). Ilmu bhn letupan dibw masuk & diperkenalkan ke negara Arab pd kurun ke-13 seterusnya diperkenalkan di Eropah.

Samb… 4. Kompas: Semasa pemerintahan dinasti Han (206 sm-220sm), sifat-sifat magnet sudah terkenal dinegara China. Antara kurun pertama dgn kurun ke-6, orang Cina sudah pun menemui pengetahuan tentang gejala kemagnetan aruhan. Menjelang kurun ke-8 & ke-9, ilmu pengherotan & jg kekutuban magnet dikuasai oleh org-org cina. Berdasarkan ilmu pengetahuan ini, org cina telah menghasilkan kompas, yg pada mulanya untuk digunakan di kapal.

Kesimpulan : Secara keseluruhannya, tamadun China merupakan sebuah tamadun yang sangat agung dan unggul, kerana mereka merupakan antara perintis kepada kemajuan dalam pelbagai bidang khususnya bidang sains dan teknologi, kepada peradaban dunia.