Unit 4 Pengumpulan & Penulisan Berita untuk Media Elektronik
Penulisan berita media elektronik fokus kepada:- Berita radio Berita TV dan Blog
1. Berita Radio Radio adalah pentas imaginasi (theater of mind). Berita yang disampaikan adalah dalam bentuk suara yang merangsang dan mengembangkan imaginasi pendengar. Radio adalah medium ‘sekarang’. Semua orang mendengar radio untuk mengetahui berita-berita kecemasan dan terkini (Nordin, Sulaiman 2012).
Sifat Berita Radio 1. Auditif Siaran radio hanya untuk didengar dan ia bersifat sepintas lalu saja. 2. Mengandungi Gangguan - Gangguan Semantik - Gangguan Saluran 3. Akrab Setiap suara yang keluar dari radio seolah-olah dekat dengan pendengar.
Ciri-ciri Laporan Berita Radio 1. Menggunakan Kata-kata umum Pendengar radio bersifat heterogen, terdiri dari berbagai macam suku, budaya, kelompok usia, jantina, tingkat pendidikan, dan pekerjaan. Jadi gunakan kata-kata umum yang lazim dipakai.
2. Angka-angka dibulatkan Elak menulis angka-angka yang terlalu lengkap. Contoh: 821.332.451 821 juta
Dua maut akibat kemalangan kereta. 3. Ayat yang ringkas Hindari ayat yang panjang kerana pendengaran kita terbatas. KISS – keep it simple and short yang mudah difahami. Contoh: Dua maut akibat kemalangan kereta.
4. Ayat gaya percakapan Gunakan ayat pertuturan tetapi ini tidak bermakna kita boleh sewenang-wenangnya mengabaikan soal nahu dan tata bahasa. Gunakan bahasa yang betul.
5. Pengulangan kata-kata penting Pengulangan kata-kata penting ketika menyampaikan berita dapat berfungsi sebagai penegasan agar membantu pendengar memperolehi informasi penting. Contoh: Harga ayam kini turun menjadi 5.00- ringgit sekilogram. Rata-rata pengguna gembira dengan penurunan harga yang telah ditetapkan 5.00- ringgit itu.
Ketua Polis Negara –Dato Sri Afifi— mengatakan… 6.Sign-Posting. Sebutkan jawatan, gelaran sebelum nama orang. Contoh: Ketua Polis Negara –Dato Sri Afifi— mengatakan…
“Saya berjanji akan membina perumahan kos rendah di sini,” kata PM 9. Gunakan petikan ayat tidak langsung. Supaya pendengar mudah ‘menangkap’ dan memahami Contoh: “Saya berjanji akan membina perumahan kos rendah di sini,” kata PM
Universiti Putra Malaysia (UPM) 10. Penggunaan singkatan atau akronim Harus dijelaskan maknanya terlebih dulu agar maklumat tepat. Contoh: Universiti Putra Malaysia (UPM)
11.Penggunaan Present Tense Gunakan perspektif hari ini. Untuk unsur waktu gunakan kata-kata “kelmarin”, “hari ini”, “besok”, “lusa”, bukan nama-nama hari (Isnin). Contoh: Mahasiswa Persatuan Silat Universiti Putra Malaysia (UPM) akan melakukan aksi pertunjukkan silat pada hari ini…
500-ribu dolar Amerika Syarikat (US$ 500,000.00) 12. Mata wang. Ditulis pengucapannya di belakang angka. Contoh: 600-ribu ringgit (RM600,000.00), 500-ribu dolar Amerika Syarikat (US$ 500,000.00)
TANDA BACA KHUSUS 1. Dash dan koma Tanda sengkang dan koma digunakan untuk memudahkan pengucapan singkatan kata yang dieja. Contoh: U-P-M, W-H-O, P-M, dsb
2. Garis Miring. Garis miring satu (/) sebagai pengganti koma atau sebagai tanda jeda untuk ambil nafas. Garis miring dua (//) untuk ganti titik Garis miring tiga (///) untuk akhir naskah.