TATABAHASA (3) – POLA AYAT Seperti yang telah dipelajari, terdapat 4 pola ayat dasar, iaitu: Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN) Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK) Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)
Contoh Ayat POLA AYAT CONTOH AYAT FN + FN Pelajar itu kawan saya. FN + FK Pelajar itu memenangi Pertandingan Bahas Tahun 2013. FN + FA Pelajar itu rajin menolong guru-guru di sekolah. FN + FS Pelajar itu dari Sarawak.
Kerja Rumah - Buku teks m/s 23 dan 24 (8 soalan) Nyatakan pola ayat berikut. Banyak institusi pendidikan di Negara Brunei Darussalam / memperlihatkan kejayaan. Pola ayat – FN + FK