SUKATAN PELAJARAN STPM BAHARU 930 SYARIAH
LATAR BELAKANG
1) Sukatan pelajaran sedia ada telah diguna pakai sejak tahun 1999. 2) Transformasi dalam sistem pengajaran dan pembelajaran tingkatan enam memerlukan sukatan pelajaran diubahsuai mengikut keperluan semasa dan selari dengan perubahan yang berlaku.
MATLAMAT
Sukatan pelajaran ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kefahaman, dan penghayatan pelajar dalam bidang Syariah bagi membolehkan pelajar meneruskan pengajian dalam bidang berkenaan ke peringkat yang lebih tinggi serta melahirkan pelajar yang beriman, beramal soleh, berperibadi mulia, dan berkeupayaan mengistinbat hukum secara ilmiah yang berkaitan dengan amalan harian
OBJEKTIF
(a) menggunakan pengetahuan dan kefahaman dalam bidang Pengajian Fiqh, Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh, Ayat Ahkam dan Hadis Ahkam untuk memahami hukum syarak; (b) mengistinbatkan hukum-hukum syarak daripada sumber-sumbernya yang disepakati atau yang tidak disepakati bagi menyelesaikan masalah-masalah yang berbangkit; (c) mengaplikasikan Kaedah Fiqh dalam penentuan hukum; (d) membuat rumusan dan penilaian tentang isu-isu dalam bidang Syariah; (e) menganalisis isu-isu yang berkaitan dengan sesuatu Ayat Ahkam atau Hadis Ahkam.
ANTARA SUKATAN PELAJARAN STPM BAHARU DENGAN YANG SEDIA ADA PERBEZAAN ANTARA SUKATAN PELAJARAN STPM BAHARU DENGAN YANG SEDIA ADA
Sukatan Pelajaran Sedia Ada Sukatan Pelajaran STPM Baharu Butiran Sukatan Pelajaran Sedia Ada Sukatan Pelajaran STPM Baharu Rasional perubahan 1. Bilangan tajuk 21 tajuk 22 tajuk Kebanyakan tajuk dalam bahagian fiqh dikekalkan. Dalam bahagian usul fiqh dimasukkan tajuk sadd al-dharai’ dan talfiq. Dikeluarkan tajuk uruf dan nasakh. Dalam bahagian ayat Ahkam dan Hadis Ahkam dimasukkan tajuk keluarga dan kesihatan dan dikeluarkan tajuk jenayah dan jihad. Ini adalah untuk memfokuskan sukatan pelajaran Syariah ke arah penyelesaian isu-isu semasa.
Sukatan Pelajaran Sedia Ada Sukatan Pelajaran STPM Baharu Butiran Sukatan Pelajaran Sedia Ada Sukatan Pelajaran STPM Baharu Rasional perubahan 2. Perubahan waktu Tidak diperuntukkan waktu pengajaran dan pembelajaran bagi setiap tajuk Pengajian Fiqh (120 waktu) Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh Ayat Ahkam dan Hadis Ahkam Waktu pengajaran telah disesuaikan dengan jumlah jam waktu pengajaran bagi setiap penggal dan hasil pembelajaran daripada tajuk berkenaan.
Sukatan Pelajaran Sedia Ada Sukatan Pelajaran STPM Baharu Butiran Sukatan Pelajaran Sedia Ada Sukatan Pelajaran STPM Baharu Rasional perubahan 3. Pentaksiran berasaskan sekolah Tiada kerja kursus (kerja projek) Terdapat Kerja Kursus (Kerja Projek) Syariah kepada calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah swasta, dan calon persendirian individu pada penggal 2 Kerja kursus (kerja projek) diberikan kerana adanya elemen kemahiran insaniah yang boleh dinilai oleh guru di sekolah dan berlakunya pembelajaran dan penilaian sepanjang penggal 2.
KANDUNGAN
Kertas Kod Pelajaran 1 930/1 Pengajian Fiqh 2 930/2 Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh 3 930/3 Ayat Ahkam dan Hadis Ahkam 4 930/4 Kerja Kursus (Kerja Projek) Syariah