Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

KURSUS ORIENTASI DSKP TAHUN 4

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "KURSUS ORIENTASI DSKP TAHUN 4"— Transcript presentasi:

1 KURSUS ORIENTASI DSKP TAHUN 4
KSSR 2013 DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP)

2 KURIKULUM KEBANGSAAN …suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997

3 KURIKULUM Suatu pengalaman pembelajaran yang terancang ke arah mencapai penghasilan pembelajaran yang dihasratkan. (PPK, 2001)

4 KOMPONEN KURIKULUM KANDUNGAN KURIKULUM PEDAGOGI PENTAKSIRAN

5 KANDUNGAN Isi mata pelajaran Matlamat dan objektif pembelajaran/hasil pembelajaran yang dihasratkan melalui mata pelajaran tersebut.

6 PEDAGOGI Pengalaman pembelajaran yang seharusnya dilalui menerusi teknik dan kaedah yang berkualiti ke arah mencapai objektif pembelajaran. Susun atur pengalaman pembelajaran yang terancang bagi mencapai objektif pembelajaran. (PPK, 2001)

7 PENTAKSIRAN Kaedah yang digunakan dalam proses pembelajaran untuk menentukan objektif pembelajaran telah dicapai.

8 APAKAH KEPENTINGAN PENTAKSIRAN KEPADA GURU?
Mendapatkan gambaran tentang perkembangan murid Menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (PdP) Membantu memperbaiki PdP

9 APAKAH KEPENTINGAN PENTAKSIRAN KEPADA MURID?
Memahami tujuan mereka belajar dan mengetahui kemajuan pembelajaran mereka Meningkatkan motivasi dan keyakinan diri Memaklumkan murid tentang tindak susul

10 PENTAKSIRAN DALAM BILIK DARJAH
PENTAKSIRAN FORMATIF PENTAKSIRAN SUMATIF Memantau perkembangan murid secara berterusan. Maklumat yang diperoleh digunakan bagi mempertingkatkan keberkesanan PdP. Kelemahan murid perlu dikenal pasti supaya dapat dipulihkan sebelum kelemahan ini terkumpul sehingga sukar diatasi. memberi lebih impak kepada pembelajaran dan pencapaian murid Dijalankan pada akhir suatu tempoh pembelajaran dan bertujuan untuk mengetahui tahap penguasaan murid.

11 PERBEZAAN ANTARA PENTAKSIRAN
FORMATIF DAN SUMATIF FORMATIF SUMATIF Assessment for learning Semasa PdP Tidak digredkan Penekanan pada proses Pelaporan dalam bentuk deskriptif Berterusan Maklumat membantu meningkatkan kualiti PdP Assessment of learning Berlaku pada akhir suatu tempoh pembelajaran Digredkan Penekanan pada produk Pelaporan dalam bentuk skor/gred Berkala Maklumat menunjukkan tahap pencapaian murid

12 CADANGAN KAEDAH PENTAKSIRAN FORMATIF
Pemerhatian Tugasan Projek Kuiz Hasil kerja Lisan Drama dll…..

13 Apa itu Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) ?
Satu dokumen yang mengintegrasikan kurikulum dan pentaksiran DSKP menyenaraikan Standard Kandungan (SK), Standard Pembelajaran (SP) dan Standard Prestasi (SPi)

14 Mengapa DSKP ? Kurikulum merangkumi Kandungan, Pedagogi dan Pentaksiran. Memberi pengupayaan (empowerment) kepada guru-guru untuk membuat pentaksiran formatif dan sumatif di dalam bilik darjah. DSKP akan digunakan mulai Januari 2014 untuk Tahun 4

15 KURIKULUM BERASASKAN STANDARD
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN STANDARD PRESTASI Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan Satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-tahap penguasaan murid sebagai petunjuk bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai (indicator of success)

16 TAHAP PENGUASAAN KRITERIA PENCAPAIAN YANG BERASASKAN SETIAP KELOMPOK STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN YANG DITETAPKAN

17 TAFSIRAN STANDARD PRESTASI SECARA UMUM
TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN 1 Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas 2 Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari 3 Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi 4 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik 5 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut prosedur atau secara sistematik serta tekal dan bersikap positif 6 Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi

18 PELAPORAN TAHAP PENGUASAAN MURID
TEMPLAT MS EXCEL DISEDIAKAN GURU PERLU MEMBUAT PENTAKSIRAN SEHINGGA LENGKAP SATU KELOMPOK STANDARD KANDUNGAN DAN PEMBELAJARAN TIDAK SECARA DALAM TALIAN (STANDALONE OFFLINE) REKOD DISIMPAN DI SEKOLAH UNTUK TUJUAN PELAPORAN KEPADA IBU BAPA

19 NOTA: TIADA UJIAN SETARA DI PERINGKAT DAERAH ATAU NEGERI
UJIAN PERTENGAHAN DAN AKHIR TAHUN BOLEH DILAKSANAKAN DI SEKOLAH UJIAN-UJIAN BULANAN PERINGKAT SEKOLAH TIDAK PERLU DIJALANKAN

20 Terima Kasih


Download ppt "KURSUS ORIENTASI DSKP TAHUN 4"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google