Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

ANALISIS ITEM DAN ANALISIS SKOR

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "ANALISIS ITEM DAN ANALISIS SKOR"— Transcript presentasi:

1 ANALISIS ITEM DAN ANALISIS SKOR

2 Tujuan Analisis Item: Menentukan kesukaran item.
Menentukan daya tarikan opsyen bagi sesuatu item Menentukan bagaimana item mendiskriminasikan pelajar dalam menjawab sesuatu item.

3 Setelah item diproses melalui analisis item maka item itu bolehlah:
a) Dikeluarkan- dibuang kerana item tidak berfungsi dengan baik. b) Disimpan untuk kegunaan masa depan. c) Diperbaiki dan kemudian diprauji, disemak dan disimpan untuk digunakan. Masih belum mencapai tahap kualiti yang diharapkan.

4 Kepekaan Pengajaran: Satu daripada matlamat tersirat dalam analisis item ialah untuk mengenalpasti kejayaan sesuatu program pengajaran Analisis item berguna untuk menganalisis pengajaran dari sudut: pengajaran yang berkesan pengajaran yang tidak berkesan. Pengajaran yang tidak diperlukan. - Item yang dikemukakan terlalu mudah

5 Indeks Kesukaran Item:
Satu indeks pengukuran tentang kesukaran item bagi kumpulan yang diuji. Digunakan untuk menghuraikan kesukaran item bagi sesuatu ujian

6 Menentukan indeks kesukaran bagi item objektif:
-pengiraan itu boleh dilakukan dalam bentuk jadual seperti dibawah.

7 Menentukan indeks kesukaran bagi item subjektif:
-Pengiraan dibuat seperti jadual di bawah:

8 Tujuan Mentaksir Aras Kesukaran Item
Membolehkan Pembina ujian mematuhi cara tertentu dalam menyusun item Dapat membantu Pembina ujian memilih item yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam ujian bentuk akhir Faktor-faktor yang mempengaruhi kesukaran item: -Pengajaran. -Latihan/ pengalaman. -Perkembangan individu-tahap umur dan perkembangan psikologi/ fisiologi. -Item tidak berkaitan dengan kandungan domain

9 Dikriminasi Item. Satu ciri item yang menjelaskan kebolehan sesuatu item untuk mengukur kepekaan pembezaan invidu. Sesuatu item boleh dianggap berdikriminasi sekiranya ramai pelajar dari kumpulan berkebolehan tinggi boleh menjawabnya dengan betul berbanding dengan pelajar yang berkebolehan rendah.

10 Indeks Dikriminasi Item.
Indeks diskriminasi item dapat membezakan murid berpencapaian rendah daripada murid berpencapaian tinggi. Ini dapat dirumuskan dalam jadual di bawah:

11 Langkah-langkah menentukan aras diskriminasi sesuatu item adalah seperti yang berikut:
Susun kertas ujian mengikut markah tertinggi kepada markah terendah. Bahagikan kertas ujian tersebut kepada dua kumpulan yang sama banyak, setengah kumpulan (50%) markah tinggi dan setengah kumpulan lagi (50%) markah rendah. Kaedah ini sesuai untuk analisis bagi satu kelas. Sekiranya terdapat banyak kertas ujian yang perlu dianalisis, memadai dipilih 25% atau 33% kumpulan markah tertinggi dan terendah untuk dianalisis. Kirakan nilai indeks kesukaran (K) bagi setiap kumpulan markah tertinggi (K t) dan terendah (K r).

12 Cari perbezaan nilai K bagi kedua-kedua kumpulan tersebut untuk mendapat nilai indeks diskriminasi iaitu: D = K t – K r Nota : D = Indeks Diskriminasi item K t = Indeks kesukaran item bagi kumpulan berpencapaian tinggi K r = Indeks kesukaran item bagi kumpulan berpencapaian rendah

13 Penilaian item berdasarkan indeks diskriminasi (D ) boleh dirumuskan seperti yang berikut:

14 Contoh: Jika terdapat 40 orang murid dalam satu kelas, bahagikan mereka kepada dua kumpulan iaitu 20 murid pencapaian tinggi dan 20 murid pencapaian rendah. Misalnya bagi item 8, 16 murid dari kumpulan berpencapaian tinggi dapat menjawab dengan betul manakala hanya 4 orang murid dari kumpulan berpencapaian rendah yang menjawab betul bagi item tersebut. Maka: K t = 16 = 0.8 atau ( 80 % ) 20 K r = 4 = 0.2 atau ( 20 % ) D = K t – K r = = 0.6 ( Kesimpulannya item 8 adalah item yang baik)


Download ppt "ANALISIS ITEM DAN ANALISIS SKOR"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google