Pengertian Puasa KBD Unit 3
Perkara yang akan dipelajari Pengertian puasa dalam syariat Islam Dalil diwajibkan berpuasa Syarat-syarat ibadah puasa
Definisi puasa Puasa dalam perkataan arab ialah “Shiyam” dan ianya membawa erti ‘menahan diri’ Syarak : menurut syarak pula puasa adalah menahan diri dari mula terbit fajar hingga terbenam matahari, kerana perintah Allah semata-mata dengan disertai niat dan syarat-syarat tertentu.
Hukum-hukum puasa WAJIB : Bulan Ramadhan, puasa nazar, puasa kaffarah SUNAT : seperti puasa pada hari Isnin dan Khamis MAKRUH : Mengkhususkan puasa pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad HARAM : Puasa pada kedua hari raya dan hari Tasyriq
Dalil wajib puasa Allah s.w.t berfirman : “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.”
Syarat wajib puasa Islam Baligh dan berakal. Namun bagi kanak-kanak boleh digalakkan berpuasa sebagai latihan. Suci dari haid dan nifas. Kuasa (ada kekuatan). Maksudnya, tidak sakit dan bukan yang sudah terlalu tua dan lemah.
Bincangkan Ibadah puasa menguji kesabaran dan ketahanan diri individu daripada perkara-perkara yang dilarang. Senaraikan tindakan yang harus anda lakukan agar ibadah puasa yang dilakukan lebih sempurna dan diterima Allah.