ASAS GRAFIK Rekaan grafik banyak dimanfaatkan sebagai media utama dalam penyaluran sesuatu mesej.  Ia sering digunakan dalam sesuatu paparan atau persembahan.

Slides:



Advertisements
Presentasi serupa
Perancangan Grafis dan Tipografi
Advertisements

EDU TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAJUK 5: ASAS GRAFIK
Kelakuan Individu (Dari Aspek Tanggapan, Nilai, Sikap Dan Dorongan)
DESAIN.
Bahasa visual Untuk Media internal.
Perancangan Grafis dan Tipografi
KOMPUTER/MEDIA GRAFIS
Tipografi.
PRINSIP-PRINSIP KOMPUTER/MEDIA GRAFIS
Pendekatan Strategi, Kaedah, dan Teknik
Memahami Komposisi dan Elemen Penting Dalam Fotografi
Pendekatan Strategi, Kaedah, dan Teknik
Asas Grafik.
SUKATAN PELAJARAN STPM BAHARU 922 KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF
KAEDAH PEMULIHAN BAHASA MELAYU 1
Kemahiran Generik Dalam Pengajaran Pembelajaran
TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Topik 7: Asas Fotografi
Bahasa visual Untuk Media internal.
PENGUCAPAN AWAM ZAMRI AMINUDDIN.
SCLM 5103 PENGUJIAN DAN PENILAIAN KEMAHIRAN MEMBACA
PRINSIP ASAS GRAFIK EDU 3105.
ASAS FOTOGRAFI -Jenis-Jenis Filem Dan Aplikasinya -Jenis-Jenis Kamera
EDU 3105 OHP dan transparensi
KONSEP MEDIA DAN MEDIA PENGAJARAN.
Jenis-jenis Wacana Lisan
APA ITU JADUAL SPESIFIKASI UJIAN ( JSU )
DISEDIAKAN OLEH : NORDIANA BT MOHAMMED MOHAYADDIN KELAS : BM 4.11
PENDIDIKAN SENI VISUAL
DISEDIAKAN OLEH : ABDUL HALIM BIN MOHAMMAD KELAS 4.12/A
ASAS LUKISAN PELAN LANDSKAP
KULIAH BBM 3410: BAHASA DALAM MULTIMEDIA PERTEMUAN KEDUA 12 MEI 2018
IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
BAHAN 2 DIMENSI DAN 3 DIMENSI.
PSV3109 MULTIMEDIA KREATIF DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL
REKA BENTUK VISUAL.
Oleh : Muhamad Zulfikah Bin Mat Jali A144875
KOMUNIKASI.
Konsep-Konsep Penulisan Skrip dan Hubungannya dengan Media Elektronik dan Filem MODUL 2.
EDU 3105 TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
EDU 3105 BAB 4 Perancangan, Pemilihan, Penghasilan dan Penilaian
Ciri-Ciri Reka Letak Yang Baik.
Pendekatan Strategi, Kaedah, dan Teknik
BBM 3411 KETERAMPILAN BERBAHASA MELAYU
OHP dan transparensi.
Bab 5 Sistem Tetingkap.
MELALUI PEMBELAJARAN KOPERATIF Cikgu Ariyanti Sukaimi
MEDIA PENGAJARAN Topik 3: Pensyarah; Dr. Sajap Maswan
Bab 5 Sistem Tetingkap.
ASAS GRAFIK.
Asas Grafik.
RUPA Salin dlm buku nota.
Jenis-jenis Wacana Lisan
SEDIA UNTUK SALIN …DIAM UNTUK ELAK KENA PUKUL..OK
KITAR HAYAT PEMBANGUNAN PENGUJIAN PENYELENGGARAAN
Bab 3 BENTUK. Bab 3 BENTUK 1.1 PENGENALAN Bentuk adalah berasaskan daripada rupa, melalui garisan dan struktur ia menjadi 3Dimensi Bentuk mempunyai.
EDU 3053 TOPIK 5: ASAS GRAFIK PENSYARAH:
PENGGUNAAN BAHAN-BAHAN 2D DAN 3D.
Mesyuarat Pengurusan Profesional IPGM KPM Bil 1/2015
TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
REKA BENTUK GRAFIK.
OLEH : NUR HAMIZAH BINTI A. HAMID NUR AMIRAH BINTI LIAKAT ALI KHAN
UNIT 6: PENGURUSAN GRAFIK
Skop Perbincangan Fenomena perisian kursus bahasa Melayu.
Mesyuarat Pengurusan Profesional IPGM KPM Bil 1/2015
REKA BENTUK VISUAL.
PENYEDIAAN BAHAN PAMERAN
HARMONI.
TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Nama Ahli Kumpulan: Siti Khadijah binti Zaidi Norharah binti Abd Hamid
Pertimbangan Pedagogi
Transcript presentasi:

ASAS GRAFIK Rekaan grafik banyak dimanfaatkan sebagai media utama dalam penyaluran sesuatu mesej.  Ia sering digunakan dalam sesuatu paparan atau persembahan reka bentuk komunikasi visual sama ada dalam bentuk bercetak, persembahan elektronik mahupun digital.

APA ITU GRAFIK ? bahan yang mampu menghubungkan  fakta dan idea dengan jelas melalui kombinasi lukisan, lakaran, contengan, perkataan, simbol dan gambar gambaran bukan fotografi, dua dimensi yang digubah dan dicipta khusus untuk menyampaikan mesej, fakta atau pandangan kepada para pelajar atau kumpulan sasaran tertentu

PRINSIP ASAS GRAFIK Terdapat 6 prinsip dalam reka bentuk visual iaitu C.A.S.P.E.R. 1.    C - Contrast (kontras) Prinsip kontras mengatakan bahawa jika 2 item tidak serupa, maka perbezaan itu hendaklah diperlihatkan dengan ketara seperti warna hitam dan warna putih. Idea utama di sebalik kontras adalah untuk mengelakkan unsur di dalam suatu muka surat kelihatan hampir sama. Kontras ada kaitan dengan imej, warna dan tipografi. Contoh: kontras antara fon jenis besar dan kecil, garis halus dengan garis kasar, warna sejuk dengan warna hangat.

2.    A - Alignment (Seimbang) Sesuatu yang tidak seimbang akan tumbang. Begitu juga dalam rekaan sesuatu visual ia juga perlu seimbang, di mana elemen grafik disusun supaya beratnya seimbang dalam setiap bahagian reka bentuk. Dengan cara ini, mata rasa selesa memandang. Terdapat 2 jenis seimbang iaitu seimbang formal dan seimbang tidak formal. Seimbang formal bermakna pembahagian yang sama antara dua bahagian visual samada kiri dengan kanan   atau atas dengan bawah. Cth: jongkang-jongkit  yang mempunyai bebanan yang sama jenis di kedua-dua belah. Seimbang tidak formal bermakna pembahagian yang tidak sama rata antara item kiri dengan kanan atau atas dengan bawah. Contohnya, jongkang-jongkit yang masih seimbang tetapi ianya bukan beban atau bahan yang sama jenis, cuma beratnya sahaja yang sama.  Dalam rekaan visual penggunaan penglihatan mata adalah cara untuk menentukan keseimbangan.

3.    S - Simplicity (Simplisiti) Simplisiti bermaksud  sesuatu rekaan   haruslah memungkinkan kefahaman yang cepat dan jelas. Cara yang terbaik ialah dengan mempersembahkan satu perkara pada satu masa. Idea yang banyak dalam satu visual akan mengelirukan.

Visual yang mengandungi sedikit elemen adalah lebih baik , kerana mudah dilihat.  Hadkan perkataan-perkataan yang ditayangkan kepada 15 atau 20 patah perkataan sahaja dalam satu visual tayangan.

Lukisan hendaklah jelas dan terang Lukisan hendaklah jelas dan terang.  Garisan luar ( outline ) hendaklah dibuat dengan garisan tebal. Garisan-garisan kecil harus ditinggalkan kerana garisan-garisan kecil yang terlalu banyak akan mengelirukan. 

4.    P - Proximity (Penyatuan) Penyatuan ialah perhubungan yang lahir di antara elemen-elemen visual apabila elemen-elemen tersebut berfungsi bersama sebagai satu kesuluruhan. Dengan kata lain, elemen-elemen seperti penghurufan, warna, bahan-bahan lain hendaklah saling melengkapi di antara satu dengan yang lain untuk mengukuhkan idea dasar yang hendak disampaikan.Penyatuan dapat diperolehi dengan menggunakan anak panah, kotak, garisan, bentuk-bentuk tertentu, warna dan sebagainya.

5.    E - Emphasis  (Dominan) Dominan merupakan pusat penumpuan atau minat. Dalam sesuatu rekaan visual, objek  atau item  utama  mestilah       ditonjolkan  agar dapat dilihat dan dibaca maksudnya.

Terdapat pelbagai cara untuk mencapai dominan, antaranya ialah : a)    Menggunakan Peraturan Satu Pertiga (Rule of Third) Peraturan satu pertiga berdasarkan kajian   bagaimana manusia menyaring sesuatu visual. Daripada kajian itu, didapati perhatian    tertumpu lebih di sudut atas kiri daripada tempat-tempat lain. b)   Warna dan bentuk yang kontras c)   Saiz yang lebih besar d)  Menggunakan anak panah yang menunjuk ke arah item utama e)   Menggunakan garis-garis yang menunjuk ke arah  item utama f)    Mewujudkan gerakan dalam rekaan visual seperti pergerakan cecair, guli atau kipas   g)  Menggunakan lampu atau cahaya yang           memancar.

6.    R - Repetition Prinsip ini menyatakan bahawa harus tekalkan sesuatu aspek reka bentuk pada tempat tertentu. Unsur yang ditekalkan mungkin berupa fon yang dihitamkan, garis kasar, bullet yang serupa, warna, unsur reka bentuk, format tertentu, hubungan ruang dan sebagainya.

2.  Tipografi – suatu ilmu dalam pemilihan dan penyusunan fon pada ruang-ruang yg tersedia untuk mencipta kesan tertentu yg menolong pembaca berasa selesa untuk membaca semaksimum mungkin.       i.      Stail Fon : Roman – fon yg memiliki sirip / kaki / serif yg berbentuk lancip pada hujungnya. Sans serif – fon ini tidak mempunyai sirip / serif. Skrip @ Kursif – goresan tangan, miring ke kanan. Egyption – ciri kaki / sirip / srif yg berbentuk persegi. Dekoratif – pengembangan daripadabentuk-bentuk fon yg ada.      ii.      Saiz Fon Saiz normal yg sering digunakan – 6 ke 72 poin.

Elemen Asas Reka Bentuk Grafik Ruang (Space) Ruang adalah keluasan yang disediakan bagi sesuatu visual, sama ada sebesar kertas A4, kertas manila mahupun seluas padang bola. Ruang terbahagi kepada dua jenis, iaitu ruang positif dan ruang negatif. Ruang positif merupakan ruang yang digunakan, manakala ruang negatif merupakan ruang yang kosong.

Selain itu, di antara perkataan dan elemen – elemen visual yang lain  haruslah mempunyai ruang – ruang kosong yang ditinggalkan untuk mengelakkan perasaan sesak. Keadaan sesak tersebut boleh mengelirukan seperti yang ditunjukkan dalam rajah yang di bawah.

3.  Permukaan ( Surface ) Sesuatu permukaan boleh dirawat dengan memberi warna dan tekstur. Sekiranya kita mengulang beberapa garisan pada sesuatu kedudukan, sama ada menegak atau mendatar, kita akan merasakan unsur permukaan wujud. Sebagai contoh, lakaran dalam lukisan seni bina  sebuah rumah, garisan diolah bagi menggambarkan permukaan  di atas (bumbung rumah), permukaan menegak (dinding), dan permukaan di bawah (lantai dan permukaan bumi). Permukaan yang kasar atau licin akan memberi kesan ke atas rupa garisan yang dibuat di atasnya.

4.   Bentuk Dua Dimensi (Shape) Bentuk dua dimensi mempunyai hanya dimensi panjang dan lebar seperti sekeping kertas. Terdapat tiga jenis bentuk dua dimensi, iaitu bentuk geometri, bentuk abstrak dan bentuk gambaran. Lukisan di bawah merupakan bentuk tiga dimensi tiruan yang menunjukkan dimensi ketebalan, ketinggian dan kepanjangan.  

5.  Bentuk Tiga Dimensi (Form)             Bentuk tiga dimensi mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi. Ia boleh didapati dalam dua kategori, iaitu bentuk tiga dimensi sebenar dan bentuk tiga dimensi tiruan. Bentuk tiga dimensi sebenar adalah bahan sebenar yang mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi, cth meja. Bentuk tiga dimensi tiruan ia kelihatan seolah-olah mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi atau tebal, cth gambar foto dan lukisan yang diberi bayang.

6. Warna Tujuan warna dalam grafik adalah untuk memudahkan atau meningkatkan kejelasan visual. Lazimnya perbezaan warna antara latar ( elemen negatif ) dengan visual ( elemen positif ) akan menimbulkan kontras yang baik.

CIRI-CIRI PRINSIP GRAFIK Grafik mempunyai empat ciri-ciri yang baik. Salah satu ciri-ciri grafik ialah mudah dan jelas dibaca dan difahami. Mesej dapat ditafsir tanpa terlalu bersusah payah juga merupakan ciri-ciri grafik. Selain itu, grafik juga mendorong interaksi yang aktif antara pelajar, guru dan maksud yang terdapat dalam visual. Membantu memfokuskan perhatian kepada maksud yang terdapat dalam visual merupakan salah satu ciri-ciri grafik.

1.        Keseimbangan -         Formal -         Tidak Formal   2.        Harmoni -    bentuk -         susunan -         warna -         saiz -         irama 3.        Kontra -     bentuk

4.        Penegasan - untuk memberi tumpuan atau fokus pandangan   5.        Kesatuan -         elemen yang wujud antara elemen seni visual yang  berfungsi bersama-sama ; saling lengkap melengkapi antara satu sama lain untuk mengukuhkan idea dasar yang hendak disampaikan. 6.        Pergerakan -  elemen-elemen grafik seperti teks dan imej disusun dalam  bentuk yang tertentu untuk mengarah pandangan (pergerakan)  mengikut keutamaan (penegasan)  mesej yang hendak disampaikan

sumbangan grafik dalam kehidupan. a.     Lebih menarik – dapat merangsang minat dan perhatian terhadap sesuatu aspek   b.    Mesej dapat disampaikan dengan lebih cepat, jelas dan ringkas spt. “Mudah Terbakar”, “Merbahaya”, “Jimatkan Air”dan lain-lain. c.     Membantu meningkatkan daya ingatan – teks dan gambar boleh membantu mengingat dengan lebih baik berbanding dengan teks sahaja.

d.    Maklumat dapat disampaikan secara tersusun dan mengikut urutan yang telah ditetapkan oleh penyampai.   e.    Dapat mewakili fakta-fakta dan idea dalam bentuk yang padat dan ringkas. Contoh: penggunaan grafik dalam poster, carta dan graf tidak memerlukan maklumat lisan yang banyak untuk memberi kefahaman kepada pelajar. f.       Melahirkan manusia yang lebih kreatif dan inovatif.

Kesan Penggunaan Grafik dalam P&P Memotivasikan pelajar kerana dapat menarik dan mengekalkan perhatian pelajar Memudahkan idea atau maklumat yang sukar difahami Meningkatkan kefahaman jika digunakan bersama kapur dan tutur Digunakan untuk membantu sebarang komuniksi bentuk bukan visualseperti tutur atau perkataan

Kesan Penggunaan Grafik dalam P&P Rebentuk visual yang baik dapat meningkat komunikasi antara punca (Guru) dan penerima (pelajar) Mempastikan kebolehbacaan (dapat lihat perkataan dan imej dengan jelas) Mudah untuk interpretasi mesej Dapat libatkan dan tarik perhatian pelajar Dapat tarik perhatian kepada perkara yang terpenting