Hubungan Etnik ZT1042 Nazri bin Muslim Penyelaras Hubungan Etnik nazrim@pkrisc.cc.ukm.my 89216914 0193091374
Sinopsis Kursus Kursus ini memfokuskan perbincangan tentang konsep-konsep asas budaya dan hubungan etnik, meneliti perkembangan hubungan etnik di Malaysia, mewujudkan masyarakat Malaysia menurut acuan Malaysia dan hubungan antara wilayah, memahami dan menangani cabaran global dalam hubungan budaya dan etnik di Malaysia dan dunia dan memperkenalkan para pelajar terhadap hubungan etnik menurut perspektif Islam.
Perbincangan kursus ini memfokuskan kepada Pengenalan Konsep-konsep asas hubungan etnik Pluraliti dan masyarakat plural di Malaysia: Dulu, kini dan masa depan Perlembagaan Malaysia dalam konteks hubungan etnik di Malaysia Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di Malaysia Pembangunan politik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia Hubungan etnik ke arah masyarakat berintegrasi Cabaran terhadap hubungan etnik di Malaysia dan global Islam Hadhari dan hubungan etnik Penutup Perbincangan tajuk-tajuk ini akan didasarkan kepada situasi di Malaysia bagi melahirkan sebuah bangsa Malaysia yang bersatu padu dan mewujudkan kestabilan politik serta seterusnya pembangunan negara berjalan rancak tanpa sebarang gangguan
Objektif Kursus Mendedahkan pelajar terhadap pluraliti budaya, masyarakat dan kumpulan etnik. Memberi kefahaman berkenaan permuafakatan sosial di Malaysia dan asas-asas keharmonian hubungan etnik. Meningkatkan kefahaman pelajar terhadap cabaran pluraliti budaya dan hubungan etnik di Malaysia. Memberi kefahaman dan kesedaran tentang konsep Islam Hadhari dan hubungan etnik. Melibatkan pelajar-pelajar dalam pengalaman pembelajaran yang kreatif tentang sosial dan kehidupan budaya masyarakat Malaysia.
Hasil Pembelajaran Mengetahui cabaran pluralisasi budaya dan pelaksanaannya dalam konteks pemuafakatan sosial Malaysia yang menjadi asas keharmonian hubungan etnik. Mengetahui secara lebih jelas skop kemajuan berasaskan Islam yang merentasi kepentingan pelbagai etnik di Malaysia Memahami kepelbagaian etnik dan budaya masyarakat majmuk di Malaysia. Memahami tanggungjawab antara satu etnik dengan etnik lain ke arah mewujudkan masyarakat bersatu padu ke arah pemupukan perpaduan.
Hasil Pembelajaran Berkebolehan untuk berkomunikasi secara berkesan dalam penulisan dan pertuturan dengan rakan sekerja, subordinat, superordinat dan masyarakat umum dengan menggunakan bahasa Melayu dan Inggeris. Berkebolehan untuk berfungsi secara efektif di peringkat individu dan kumpulan dengan kemampuan untuk menjadi pemimpin, begitu juga sebagai ahli kumpulan yang efektif. Berkebolehan menjalankan kajian serta mampu menganalisa dan menginterpretasi data.
Perjalanan Kursus Kuliah pada pertemuan pertama hingga kesembilan. Pembentangan pada pertemuan kesepuluh. Minggu terakhir akan dibuat rumusan kuliah Kuiz akan dibuat berdasarkan budi bicara pensyarah Prosedur pembentangan akan ditentukan oleh pensyarah Prosedur tajuk kertas kerja akan ditentukan oleh pensyarah
Pengenalan dan konsep-konsep asas hubungan etnik Bab 1 dan Bab 2 Minggu Tajuk Rujukan 1 Pengenalan dan konsep-konsep asas hubungan etnik Bab 1 dan Bab 2 2 Pluraliti dan masyarakat plural di Malaysia: Dulu, kini dan masa depan Bab 3 3 Perlembagaan Malaysia dalam konteks hubungan etnik di Malaysia Bab 4 4 Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di Malaysia Bab 5 5 Pembangunan politik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia Bab 6 6 Hubungan etnik ke arah masyarakat berintegrasi Bab 7 7 Cabaran terhadap hubungan etnik di Malaysia dan global Bab 8 8 Islam Hadhari dan hubungan etnik Bab 9 9 Penutup Bab 10 10 Minggu pembentangan 11 12 13 14 Minggu pembentangan/Rumusan Kuliah
Penilaian Peperiksaan Akhir – 60% (50 soalan objektif), masa 1 jam 30 minit Tugasan – 20% (Markah berkumpulan) Pembentangan – 10% (Markah berkumpulan) Kuiz – 10% (Markah individu)
Tugasan Terdiri dari 5-10 orang satu kumpulan dan diwajibkan ahli terdiri dari pelbagai etnik Pilih satu tajuk yang diberikan Masa pembentangan bergantung kepada budi bicara pensyarah Kertas kerja mesti dihantar dalam bentuk salinan keras dan salinan lembut sebelum pembentangan Panjang kertas kerja terletak kepada budi bicara pensyarah Gunakan Gaya Penulisan UKM
TAJUK-TAJUK TUGASAN Penjajahan barat membentuk masyarakat majmuk di Malaysia. Bincangkan. Bincangkan peranan kontrak sosial sebagai asas kepada pemuafakatan rakyat di Malaysia. Peristiwa 13 Mei mengandungi hikmah tersembunyi kepada masyrakat majmuk di Malaysia. Bincangkan. Bincangkan teori-teori hubungan etnik yang anda fikir boleh diaplikasikan dalam konteks masyarakat di Malaysia. Bincangkan sistem sosial, politik dan ekonomi masyarakat Melayu sebelum, semasa dan selepas penjajahan. Bincangkan sistem sosial, politik dan ekonomi masyarakat Cina sebelum, semasa dan selepas penjajahan di Malaysia. Bincangkan sistem sosial, politik dan ekonomi masyarakat India sebelum, semasa dan selepas penjajahan di Malaysia. Bincangkan bagaimana pengaruh animisme dan Hindu Buddha memainkan peranan dalam pembentukan asas budaya alam Melayu Sistem pendidikan zaman penjajah dan kesannya ke atas hubungan etnik di Malaysia. Empayar Melayu Melaka adalah pengasas kepada wujudnya perhubungan etnik yang gemilang. Bincangkan.
TAJUK-TAJUK TUGASAN Bincangkan masalah dan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan bagi mengekalkan keharmonian hubungan etnik di Malaysia. Apakah hubungan etnik di Malaysia menunggu retak? Bincangkan. Keharmonian hubungan etnik di Malaysia sebagai aset menangani cabaran globalisasi. Bincangkan. Kerasionalan dan strategi ke arah pencapaian Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Peranan Rukun Tetangga dan PLKN dalam memupuk semangat perpaduan di kalangan warga Malaysia. Masyarakat bukan Melayu lazimnya beranggapan bahawa kewujudan unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia hádala sesuatu yang tidak adil. Bincangkan. DEB penting lepada pembentukan masyarakat yang seimbang serta memupuk perpaduan di kalangan etnik. Bincangkan. Hubungan etnik di kalangan mahasiswa Bincangkan prinsi-prinsip Rukunegara dan strategi ke arah pencapaian matlamatnya. Kerasionalan dan persepsi masyarakat terhadap Perkara 152 dalam Perlembagaan Malaysia
TAJUK-TAJUK TUGASAN Kerasionalan dan persepsi masyarakat terhadap Perkara 153 dalam Perlembagaan Malaysia Kerasionalan dan persepsi masyarakat terhadap Perkara 3 dalam Perlembagaan Malaysia Kerasionalan dan persepsi masyarakat terhadap kedudukan raja-raja Melayu dalam Perlembagaan Malaysia Kedudukan masyarakat bukan Islam dalam sistem pemerintahan Islam Sahifah Madinah: Asas kepada perpaduan. Integrasi antara wilayah: Bincangkan Peranan dan sumbangan tokoh berikut dalam permasalahan sosial, ekonomi dan politik masyarakat: a. Ibnu Khaldun b. Said Ramadhan al-Buti Bincangkan konsep Islam Hadhari dan 10 prinsip utamanya konteks hubungan etnik di Malaysia. Bincangkan sejauhmana pengaruh Islam dalam kehidupan masyarakat Melayu. Toleransi di kalangan etnik di Malaysia.
TAJUK-TAJUK TUGASAN Hubungan etnik menurut perspektif Islam. Peranan dan sumbangan Tun Razak dalam memupuk perpaduan di Tanah Melayu. Peranan dan sumbangan Dato Onn Jaafar dalam memupuk perpaduan di Tanah Melayu. Peranan dan sumbangan NGO dalam memupuk perpaduan di Malaysia (pilih sebuah NGO untuk kajian kes). Peranan dan sumbangan parti politik dalam memupuk perpaduan di Malaysia (pilih sebuah parti politik untuk kajian kes). Media massa dan hubungan etnik di Malaysia. Bincangkan. Perbandingan hubungan etnik di Malaysia dan Indonesia. Perbandingan hubungan etnik di Malaysia dan Thailand. Perbandingan hubungan etnik di Malaysia dan Singapura. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Keamanan dunia. Bincangkan. Sekolah Wawasan dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. Kewajaran ISA dalam mengekalkan hubungan etnik di Malaysia. Bahasa Melayu sebagai alat penyatuan pelbagai etnik di Malaysia. Peranan dan sumbangan Tunku Abdul Rahman dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia. Keunikan masyarakat Cina di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Bincangkan.
Pemarkahan Tugasan Isi Kandungan Format Gaya UKM Kerjasama Team work
Pemarkahan Pembentangan Isi Kandungan Etika Pakaian Masa Persediaan Kepelbagaian etnik Persembahan Yakin Lancar Power point
Buku Buku Teks - Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, 2007. Hubungan etnik. Shah Alam: Penerbit UiTM. Nazri Muslim dan Nasruddin Yunus, 2006. Hubungan etnik. Bangi: Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia. Zaid Ahmad et. all. 2006. Hubungan Etnik di Malaysia. Shah Alam: Oxford Fajar. Mansor Mohd Noor et. all. 2006. Hubungan etnik di Malaysia. Petaling Jaya: Prentice Hall. Wan Mohd Nor Wan Daud. 2001. Pembangunan di Malaysia. Kuala Lumpur: ISTAC. Abdul Aziz Bari, 2001, Perlembagaan Malaysia: Asas-asas dan masalah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.