Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehShinta Hermanto Telah diubah "7 tahun yang lalu
1
PERMAINAN CEPER CREATIVE RASCALS DHEVANESH A/P KARTIGESAN
PAVITRA A/P KARTIGESU TATSHINI A/P RAMAN
2
PENGENALAN Permainan merupakan suatu yang mampu menarik minat dan perhatian pelajar Fungsinya sebagai pembangkit ransangan sampingan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) semakin menarik. Salah satu daripada permainan yang mampu menimbulkan minat serta berfungsi sebagai wahana mengembangkan kognitif, fizikal, sosial, dan emosi kanak-kanak ialah Permainan Ceper.
3
Permainan ceper ataupun juga dikenali sebagai Main Tutup Botol merupakan satu permainan indoor yang popular dalam kalangan masyarakat terutamanya dalam kalangan pelajar-pelajar wanita. Permainan ringkas yang hanya memerlukan lima biji tudung botol besi jangan dipandang rendah kerana memerlukan kemahiran yang tinggi. Permainan ini pada kebiasaanya akan melibatkan dua pemain dan lebih orang pemain. Cara pemainan ini ditentukan dengan mengira jumlah ceper yang berjaya diperolehi. Semasa menimbang ceper tersebut, contohnya satu ceper akan mewakili dua markah.
4
PERATURAN PERMAINAN CEPER
Permainan ceper merupakan suatu permainan yang boleh dimainkan sama ada dalam berkumpulan dengan maksima 2 ahli setiap kumpulan, ataupun dimainkan secara individu dengan maksima pemain seramai 5 orang. Permainan ringkas yang hanya memerlukan lima keping tudung botol besi (ceper) Setiap ceper membawa markah sebanyak satu markah, namun sekiranya selambut ceper dibuat dengan menangkap, maka setiap ceper akan dikira dengan dua markah, keseluruhannya ada sepuluh.
5
Sebelum memulakan permainan, ceper-ceper akan disusun secara bertingkat dan diputar bagi mendapatkan pecahan ceper. Kemudian, pemain akan melagakan setiap ceper dengan jentikan tanpa menyentuh mana-mana ceper yang berada di sekitarnya.
6
CARA BERMAIN Setiap orang akan menimbang ceper (1 ceper mewakili 2 markah), siapa yang banyak dia akan Jalan dulu. (ceper hendaklah disusun bertindih (menegak) dan diletakkan di atas tangan. Kemudian semua ceper tersebut di campak dan pihak lawan yang akan tentukan ceper yang mana hendak dijentik. Jika kena, peserta perlu mengulangi langkah bagi mengutip mata untuk dikumpul. Letak 5 tutup botol di tapak tangan dan baling ke atas dan cuba menyambut sebanyak mungkin apabila ia jatuh ke belakang tapak tangan. Mata dikumpul mengikut jumlah tutup botol yang dapat disambut dibelakang tapak tangan.
7
Andai kata ceper yang dibaling bertindih dua dipanggil ayam manakala bertindih tiga dipanggil jamban dan ceper yang bertindih empat dipanggil bunga. Pemenang akan ditentukan oleh bilangan jumlah ceper yang berjaya ditimbang dan akan dikira mengikut markah.
8
APLIKASI PERMAINAN CEPER DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Permainan ceper banyak sekali memberi manfaat dan kebaikan kepada guru dan juga pelajar selain menjadikan sesi p&p lebih ceria. Permainan ini antara lainnya memberi kebaikan yang mungkin tidak pernah kita bayangkan akan wujud melalui permainan yang seringkas ini.
9
a). Melatih Koordinasi Mata dan Tangan
Koordinasi mata dan tangan biasanya dititik beratkan dalam aspek menulis, terutama menyalin nota, serta melukis. Permainan ceper melatih kemahiran ini melalui peraturannya. Sebagai contoh, semasa ingin menjentik ceper, pemain terlebih dahulu akan memberi fokus kepada sasaran. Apabila mata mulai fokus, jari akan menjentik ceper. Selain itu, bagi memulakan permainan, ceper akan disusun dan diputar bagi mendapatkan gerakan yang pertama. Ini juga melatih koordinasi tangan dalam memilih daya yang bakal digunakan.
10
b). Keseimbangan Dalam aksi melambung dan menyambut ceper bagi mendapatkan mata, wujud juga latihan keseimbangan. Hal ini dipraktikkan semasa menyambut ceper dengan belakang tangan selepas melambungnya. Bukan semua orang mampu melakukannya, dan memerlukan latihan yang banyak. Justeru, permainan ceper adalah antara permainan tradisional yang tanpa kita duga telah memberi latihan tersebut secara tidak langsung.
11
c). Pemikiran Kreatif Permainan semestinya memupuk pemikiran kreatif dan permainan ceper tidak ketinggalan dalam memupuk pemikiran yang sedemikian rupa. Sedar atau tidak, pemikiran kreatiflah yang mewujudkan permainan ceper. Siapa sangka, hanya dengan menggunakan tudung botol, permainan ceper mampu menarik minat orang ramai. d). Strategi Permainan ceper merupakan suatu permainan yang memerlukan pemain memikirkan suatu strategi bagi menyelesaikan jentikan uraian ceper. Setiap ceper yang dijentik tidak boleh terkena ceper yang lain. Justeru, strategi yang baik perlulah difikirkan. Ada pemain yang menggunakan tangan sebagai dinding pemantul, dan ada pula yang mencongkes ceper bagi menyentuh ceper target
12
CONTOH GAMBAR BERKAITAN DENGAN PERMAINAN CEPER
14
SEKIAN TERIMA KASIH
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.