Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehShinta Rachman Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam, 2012
[P.U.(A) 1] Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan Anggota Perkhidmatan Awam berkuatkuasa mulai menggantikan Perintah Am Bab "A"
2
PENGENALAN Perintah Am Bab A 1973 berkuat kuasa sejak 1 Mei 1973 dan telah digunakan selama 32 tahun. Beberapa prinsip dan peraturan tertentu telah dipinda melalui : Laporan Gaji JKK 1976 Sistem Saraan Baru 1992 Sistem Saraan Malaysia 2002 Undang-undang dan peraturan Pekeliling dari semasa ke semasa
3
PELANTIKAN ialah tawaran menyandang jawatan
perkhidmatan awam yang diberikan oleh sesebuah Suruhanjaya (Kuasa Melantik) secara Tetap, Sementara atau Kontrak termasuklah lantikan kali pertama dan lantikan pegawai yang sedang berkhidmat dalam mana-mana skim perkhidmatan..
4
PERKHIDMATAN ANDA LANTIKAN PERTAMA
Kekosongan jawatan diiklankan oleh pihak berkuasa melantik; Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat tertentu dikehendaki mengemukakan permohonan;
5
Calon yang berjaya akan ditemuduga dan diberi tawaran jawatan;
Pihak berkuasa melantik akan membuat penempatan mengikut kekosongan dan kepentingan perkhidmatan; dan Tawaran jawatan hanya akan dikeluarkan oleh pihak berkuasa melantik apabila wujud kekosongan jawatan.
6
SYARAT AM LANTIKAN Warganegara
Pemeriksaan kesihatan dan diakui sihat untuk berkhidmat Membuat suatu Surat Akuan Berkanun bahawa: tiada rekod jenayah; tidak pernah dibuang kerja; bukan penagih dadah; tidak memiliki kewarganegaraan asing; bukan seorang bankrap; dan Surat Aku Janji.
7
Pegawai yang sedang berkhidmat – hendaklah mengemukakan permohonannya melalui Ketua Jabatan.
Pegawai ditamatkan perkhidmatan / dibuang kerja tidak boleh dilantik semula ke dalam perkhidmatan awam kecuali dengan kebenaran khas Suruhanjaya. Pegawai yang disarakan atas sebab kesihatan – boleh dilantik semula jika ia disahkan sihat dan berkeupayaan untuk melaksanakan tugas oleh Panel Perubatan yang ditubuhkan oleh Suruhanjaya (Kuasa Melantik). Bukan Warganegara dengan kelulusan khas dan tidak boleh bertaraf tetap berpencen.
8
TARIKH PELANTIKAN : ialah tarikh seseorang pegawai itu melapor diri untuk bertugas melainkan tarikh yang ditentukan oleh pihak Berkuasa Melantik.
9
PENGESAHAN PELANTIKAN
Pemeriksaan perubatan dari Pengamal Perubatan Berdaftar - hendaklah diakui sihat sepenuhnya untuk lantikan ke jawatan; Bebas dari dadah dan jenayah – surat akuan sumpah dan Surat Aku Janji; dan Setuju terima tawaran jawatan dan melapor diri untuk bertugas..
10
PERGERAKAN GAJI TAHUNAN
Setiap tahun. Pegawai perlu laksanakan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT). Kaedah penetapan tarikh pergerakan gaji : Tarikh Pelantikan Tarikh Pergerakan Gaji 1 Januari – 31 Mac 1 Januari tahun berikutnya 1 April – 30 Jun 1 April tahun berikutnya 1 Julai – 30 September 1 Julai tahun berikutnya 1 Oktober – 31 Disember 1 Oktober tahun berikutnya
11
antara 1 hingga 3 tahun perkhidmatan yang boleh diambilkira.
TEMPOH PERCUBAAN antara 1 hingga 3 tahun perkhidmatan yang boleh diambilkira. (PP Bil 4 tahun 2012)
12
PERLANJUTAN TEMPOH PERCUBAAN
Perlanjutan tempoh percubaan berlaku sekiranya : Gagal PTM; atau Gagal Peperiksaan Perkhidmatan Awam; atau Markah LNP dan Sahsiah kurang daripada 80%; atau Tidak diperakukan oleh Ketua Jabatan; atau Telah memenuhi syarat tetapi pernah atau sedang dalam tindakan tatatertib semasa dalam tempoh percubaan.
13
Pelanjutan tempoh percubaan sama ada dengan berdenda atau tanpa denda hanya terpakai sekiranya telah memasuki tahun ke 4 dan 5 perkhidmatan. Tahun ke 4 : dilanjutkan tempoh percubaan dengan denda (tiada PGT) dilanjutkan tempoh percubaan tanpa denda (ada PGT) Tahun ke 5 : jika masih gagal untuk disahkan, kakitangan boleh ditamatkan perkhidmatannya.
14
Kesan perlanjutan tempoh percubaan
dengan berdenda Hilang kekananannya Tidak layak mendapat pergerakan gaji tahunan semasa perlanjutan berdenda. Diubah tarikh pergerakan gajinya mengikut tarikh pengesahan. Tiada pelarasan gaji.
15
PENGESAHAN PERKHIDMATAN
Setelah memenuhi syarat-syarat perkhidmatan dan diperakukan oleh Ketua Jabatannya. Perakuan hendaklah dikemukakan 1 bulan dari tarikh pegawai itu layak.
16
TARIKH PENGESAHAN DALAM PERKHIDMATAN
Kakitangan boleh disahkan dalam perkhidmatan setelah genap 1 tahun perkhidmatan tertakluk kepada Jawatankuasa Pengesahan Dalam Perkhidmatan berdasarkan kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.
17
Markah LNP dan Sahsiah – 80% ke atas
Syarat Pengesahan Dalam Perkhidmatan Markah LNP dan Sahsiah – 80% ke atas Program Transformasi Minda (PTM) Peperiksaan Perkhidmatan Awam (jika ada) Tempoh percubaan bagi pengesahan jawatan : 1 hingga 3 tahun Perakuan Ketua Jabatan
18
DEFINISI SKIM BERPENCEN
Merupakan skim perkhidmatan atau jenis perkhidmatan yang menawarkan ganjaran, faedah dan kemudahan tertentu apabila bersara secara sah (wajib atau pilihan) dari perkhidmatan kerajaan kepada diri sendiri dan tanggungan. SKIM KWSP Satu skim perkhidmatan yang mana faedah persaraan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Merupakan satu akaun simpanan wajib setiap bulan melibatkan caruman pekerja dan majikan.
19
SYARAT LAYAK OPSYEN PENCEN
Dilantik kali pertama ke jawatan tetap; Dilantik kali kedua setelah meletak jawatan dalam perkhidmatan awam sebelumnya; Belum pernah membuat opsyen mengikut seksyen 6A(1) Akta Pencen 1980 (227); dan Sekali sahaja dalam perkhidmatan.
21
(hanya caruman pekerja sahaja)
Jika anda memilih : Faedah Skim Pencen Skim KWSP Ganjaran persaraan / x Pencen bulanan Rawatan perubatan percuma (hospital kerajaan) Tambang pengangkutan awam separuh harga Gantian wang tunai (GCR) Caruman KWSP (hanya caruman pekerja sahaja)
22
FAEDAH UNTUK AHLI KWSP Caruman KWSP akan terkumpul dan ditambah dengan dividen pada setiap tahun Bahagian caruman KWSP akan mendapat pelepasan cukai hingga RM (termasuk premium insuran nyawa). Simpanan KWSP adalah simpanan untuk persaraan. (Kakitangan mencarum 8% manakala majikan 12%). KWSP turut memberi pampasan kepada ahli iaitu: Faedah hilang upaya kepada ahli (RM ). Faedah kematian kepada waris (RM ).
23
ASAS KENAIKAN PANGKAT Seseorang anggota boleh dipertimbangkan untuk dinaikkan pangkat berdasarkan :- Kecekapan dan prestasi kerja yang ditunjukkan dalam menjalankan tugasnya; Kelayakan, pengetahuan dan kemahiran yang ada padanya; Kualiti peribadi termasuk keutuhan, potensi dan kepimpinan;
24
d) Kegiatan luar, sumbangan, jalinan hubungan dan kerjasama serta aspek lain yang difikirkan relevan; e) Jika terdapat dua atau lebih anggota mempunyai prestasi yang sama, maka kekananan diambilkira; Kenaikan pangkat tertakluk kepada kekosongan; Seseorang pegawai hanya boleh dipertimbangkan untuk dinaikkan pangkat setelah memenuhi syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatannya.
25
PERLETAKAN JAWATAN Seseorang yang berhasrat meletak jawatan hendaklah mengemukakan notis bertulis kepada Ketua Jabatan 30 hari sebelum perletakan jawatan berkuat kuasa atau sebulan gaji sebagai ganti notis [subperaturan 55(1) dan (2)] Bagi pegawai yang mempunyai ikatan kontrak (cth: cuti belajar) perlulah : berkhidmat bagi tempoh tertentu yang belum selesai; dan Menyelesaikan segala tunggakan dan urusan berkaitan.
26
Pemendekan notis peletakan jawatan
Untuk menyandang jawatan dalam Badan Berkanun, Kuasa Tempatan atau agensi yang diluluskan oleh KPA; atau Pegawai atau pasangan, anak atau ibu bapa menghidapi masalah kesihatan; atau Menghadiri kursus atau latihan yang diluluskan.
27
Tidak perlu letak jawatan
sekiranya .. Dilantik ke skim perkhidmatan lain dalam perkhidmatan awam dengan syarat permohonan dikemukakan melalui Ketua Jabatan dan disokong olehnya.
28
Majikan boleh menamatkan perkhidmatan anda
Atas sebab-sebab berikut:- Gagal disahkan dalam perkhidmatan; Dikenakan tindakan tatatertib; Dasar pengurangan kakitangan atau penyusunan semula organisasi.
29
Majikan boleh menamatkan perkhidmatan serta merta jika anda:-
menyembunyikan maklumat kesihatan; membuat akuan palsu; tidak menandatangani Surat Aku Janji; memalsukan dokumen berhubung pelantikan; gagal tapisan keselamatan. Pegawai yang gagal disahkan dalam perkhidmatan Boleh kembali ke jawatan asal Boleh dibersarakan atas kepentingan awam jika telah dimasukkan ke dalam perjawatan berpencen.
30
PERSARAAN Umur persaraan ditetapkan mengikut Akta Pencen 1980 iaitu 60 tahun (Peraturan 61). Pegawai berpencen – menerima faedah persaraan (pencen bulanan, ganjaran pencen, ganjaran wang tunai gantian cuti rehat (GCR) dan kad pesara) Pegawai skim KWSP - ganjaran wang tunai gantian cuti rehat (GCR), caruman KWSP dan rawatan perubatan.
31
UMUR BERSARA Bersara Pilihan 56 tahun - lantikan mulai 1.10.2001
Bersara Wajib : 55 tahun - lantikan sebelum 56 tahun - lantikan mulai 58 tahun - lantikan mulai 60 tahun - lantikan mulai Bersara Pilihan - umur 40 tahun - berkhidmat tidak kurang 10 tahun - persetujuan Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan - tiada ikatan kontrak perkhidmatan dengan PPUKM
32
Sekian, terima kasih.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.