Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehLiani Sumadi Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
BORANG SOAL SELIDIK Oleh: Jusang B. Bolong
INSTRUMEN KAJIAN BORANG SOAL SELIDIK Oleh: Jusang B. Bolong
2
BORANG SOAL SELIDIK Takrif:
Borang yang mengandungi susunan soalan-soalan yang teratur untuk ditadbir oleh penemubual dan diajukan kepada responden atau informan
3
Kepentingan Borang Soal Selidik
Untuk mendapatkan data-data daripada responden atau informan mengenai kajian yang dilakukan Mengukur pembolehubah yang ingin dikaji Membantu pencapaian objektif kajian Membantu proses analisis data
4
Kriteria Borang Soal Selidik
Borang soal selidik yang baik dan berkesan adalah: Soal Selidik mencapai objektif kajian (matlamat penyelidikan) Soal selidik mendapat maklumat paling tepat dan lengkap Kos borang soal selidik yang sederhana Soal selidik menyenangkan semua pihak
5
Ciri Soalan yang baik dalam Borang Soal Selidik
Soalan spesifik dan tidak mengelirukan (elak salah tanggapan responden) Soalan tidak terlalu banyak (jumlah soalan bersesuaian dengan objektif kajian, mengukur pembolehubah, soalan yang sederhana)
6
Ciri Soalan yang baik dalam Borang Soal Selidik
Soalan dapat difahami oleh pengkaji sendiri/responden dengan mudah iaitu: pengkaji tahu masalah yang hendak dikaji, penemubual (enumerator) jelas makna soalan dan responden faham soalan untuk dijawab. Soalan-soalan yang pendek
7
Ciri Soalan yang baik dalam Borang Soal Selidik
Soalan-soalan tidak mendorong jawapan Bahasa yang digunakan bersesuaian dengan kemampuan responden (mudah dan jelas) Mempertimbangkan statistik yang bakal digunakan.
8
Jenis –jenis Soalan Soalan Fakta: soalan yang dikemukakan untuk mendapatkan data/fakta yang boleh diinterpretasikan menjadi maklumat seterusnya pengetahuan Soalan pendapat: soalan yang dikemukakan secara terbuka (tidak mengandungi unsur betul/salah terhadap jawapan yang diberikan oleh responden.
9
Susunan Soalan dalam Borang Soal Selidik
1. Pengenalan: a. Tajuk penyelidikan b. Kod responden/lokasi penyelidikan c. Kata pengantar (alu-aluan & penghargaan) d. Tujuan Penyelidikan e. Nama penyelidik & organisasi
10
Susunan Soalan dalam Borang Soal Selidik
2. Soalan-soalan awal mudah dijawab (wujudkan kemesraan dulu). Lazimnya soalan yang mengandungi alternatif jawapan. 3. Soalan pendapat di bahagian akhir 4. Soalan yang sukar dijawab/berkaitan dengan diri responden boleh diletakkan di bahagian akhir. 5. Soalan menguji pengetahuan (cth: soalan ujian pengetahuan) di letak paling akhir.
11
Format Soalan Soalan berstruktur/tertutup/berskala: Soalan diikuti dengan jawapan yang disediakan oleh pengkaji untuk dipilih oleh responden (cth: Skala Likert & aneka pilihan atau dwi pilihan) Tidak berstruktur: Jawapan tidak disediakan oleh pengkaji. Soalan yang terbuka dan bersifat pendapat. Bercampur: Soalan tertutup dan soalan terbuka bercampur.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.