Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

EED 3217 : EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "EED 3217 : EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK"— Transcript presentasi:

1 EED 3217 : EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK
PROFESOR MADYA DR. ABDUL RASID JAMIAN JAB. PEND. BAHASA DAN KEMANUSIAAN FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

2

3 DRAMA DAN KANAK-KANAK Kanak-kanak cepat tertarik dengan lakonan walaupun rumit dan mencabar. Kanak-kanak yang berusia 4 – 6 tahun ingin mencuba bentuk lakonan kerana mereka ingin menunjukkan bakat dan cuba menampilkan kehebatan yang ada pada mereka. Jiwa mereka ingin disanjung dan dipuji

4 Sifat kanak-kanak berusia antara 4 – 6 tahun
Kanak-kanak pada usia ini sedang mengakhiri zaman awal kanak-kanak (early chilhood). a. Fizikal Kanak-kanak yang aktif biasanya amat sibuk, ingin tahu dan rajin. Dia bergerak dengan pintar dan selesa. Dia boleh berjalan, berlari ke hulu dan ke hilir, melompat dan bermain dengan cergas dan pantas. Dia boleh mencuci tangan tanpa memercikkan air ke bajunya, memakai baju dan mengikat tali kasutnya sendiri.

5 Visi - Kanak-kanak boleh setara deria sentuhan, pendengaran dan visi.
Ini berbeza sekali dengan kanak-kanak bawah usianya yang masih bergantung kepada naluri sentuhan ketika meneroka ruang dan suasana. Kanak-kanak yang berusia 5-6 tahun lebih menggunakan naluri kesan pandang.

6 Kognitif Kanak-kanak berusia 5 – 6 tahun masih dalam peringkat prapengendalian (perlakuan) iaitu pemikiran yang berbentuk simbolik menguasai kehidupan mereka. Fikiran simbolik membolehkan mereka memberi semacam gagasan atau bayangan terhadap kata-kata dan wajah-wajah yang digambarkan atau sesuatu kelakuan fikiran. Menggunakan bahasa dengan lebih bermakna. kemampuan fikiran simboik ini disertai dengan tabii yang begitu penting serta egosentrisme, animisme, finalisme dan sentrationlisme.

7 Egosentrisme Egosentrisme adalah satu keadaan kanak-kanak berfikir dan mengalami setiap kejadian yang berhubung dengan diri mereka. Sebagai contoh: terbitnya matahari menggembirakan mereka supaya dapat keluar rumah dan bermain. malam adalah waktu untuk tidur. Ibu bapa keluar rumah dan bekerja adalah untuk mendapatkan wang untuk mereka berbelanja.

8 Animisme ia lebih menunjukkan kecenderungan kanak-kanak mengaitkan hubungan kehidupan seperti benda yang tidak bernyawa seperti memadan rasa sakit dan kegembiraan pada patung-patung dan binatang- binatang mainan. Mereka berusia 5 – tahun,akan mula tinggalkan hal ini dan akan berfikiran lebih matang. Namun mereka masih melakukan kesilapan dalam pertimbangan mereka

9 Drama untuk kanak-kanak
Asas drama cukup untuk memberi kanak-kanak bermain di samping mengalami perubahan peribadinya dan juga meningkatkan keberanian mereka berkomunikasi.

10 Lakonan Spontan Lakonan spontan ialah satu aktiviti melibatkan kanak-kanak melakonkan aksi serta berdialog secara spontan dalam situasi yang tidak dirancangkan terlebih dahulu. Aktiviti ini dapat melatih disiplin kanak-kanak supaya bersedia untuk memberi tindak balas spontan apabila diperlukan. Kanak-kanak boleh berlakon secara spontan melalui penggunaan gambar tunggal dan gambar bersiri. Benda maujud boleh disediakan sebagai bahan rangsangan Kanak-kanak akan memilih salah satu benda tersebut dan melakonkan secara spontan.

11 Lakonan Secara Terancang
Lakonan cara ini memerlukan skrip dan juga latihan yang intensif. Drama cara ini dapat membentuk sahsiah kanak-kanak dari segi emosi, fizikal dan mental. Mereka boleh diasuh supaya lebih berdisiplin. Kanak-kanak dapat menunjukkan bakat yang sedia ada, mempelajari dan mempraktik sesuatu dari aspek seni, nyanyian dan pendidikan. Kanak-kanak juga dapat dilatih untuk mengurus dan mengendalikan sesuatu persembahan.

12 Rumusan Aktiviti drama atau teater dapat membentuk jiwa dan perasaan kanak-kanak. Baik untuk membina nilai kendiri serta kematangan dari segi pembentukan sahsiah, penampilan, komunikasi dan bahasa. Drama dapat membentuk nilai kerjasama sesama kanak-kanak dan akan membina nilai sosial yang lebih positif. Drama dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai kekuatan mental untuk berimaginasi, improvisasi, mengolah permainan yang lebih kreatif, meniru gaya, membina penhayatan dan menyanyi dengan lebih terancang.

13 SEKIAN TERIMA KASIH. JUMPA LAGI SELAMAT MAJU JAYA. WASALAM.


Download ppt "EED 3217 : EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google