Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehHengki Budiman Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
3. Reka Bentuk Kurikulum Sumber-Sumber Reka Bentuk Kurikulum
Setelah diperolehi perincian bagi setiap komponen kurikulum di atas, pendidik seharusnya menyusunkan kesemuanya agar menjadi satu entiti yang menyelesaikan isu yang ingin diselesaikan. Ketika memilih reka bentuk sesebuah kurikulum itu, seorang perancang kurikulum itu akan dipengaruhi oleh pegangan falsafahnya juga. Oleh itu, anda sebagai seorang penggubal kurikulum atau program di sekolah harus menjelaskan kepada diri anda sendiri apa sebenarnya pegangan falsafah dan pandangan anda berhubung masyarakat dan diri individu pelajar – atau apa yang dipanggil sebagai sumber-sumber bagi sesebuah kurikulum.
2
Sumber-Sumber Reka Bentuk Kurikulum
Sains sebagai sumber reka bentuk kurikulum Seseorang individu yang melihat sains sebagai sumber reka bentuk kurikulum akan akan bergantung sepenuhnya kepada kaedah sains sebagai jalan mencari kebenaran. Mereka memilih dan menyusun di dalam kurikulum itu realiti atau kebenaran yang boleh dilihat dan dikuantitikan. Reka bentuk berdasarkan mata pelajaran merupakan satu contoh reka bentuk kurikulum yang mengambil sains sebagai sumbernya.
3
Sumber-Sumber Reka Bentuk Kurikulum
Masyarakat sebagai sumber reka bentuk kurikulum Pereka bentuk kurikulum yang menyukai masyarakat sebagai sumber reka bentuk kurikulumnya berpandangan sekolah sebagai satu agen masyarakat. Oleh yang demikian, sekolah harus mengambil pemikiran berhubung kurikulum daripada analisis yang dilakukan ke atas situasi sosial. Ini bermaksud reka bentuk kurikulum yang dijalankan di sekolah haruslah dapat memperbaiki masyarakat
4
Sumber-Sumber Reka Bentuk Kurikulum
Tuhan dan agama sebagai sumber reka bentuk kurikulum Pereka bentuk kurikulum yang menyakini Tuhan dan agama sebagai sumber reka bentuk kurikulum berpandangan Tuhan dan agama sebagai satu sumber yang memberikan cara terbaik untuk membangunkan dan mengembangkan manusia. Reka bentuk kurikulum dengan yang demikian seharusnya didasarkan kepada kitab-kitab agama seperti al-Quran, Injil dan sebagainya.
5
Sumber-Sumber Reka Bentuk Kurikulum
Ilmu sebagai sumber reka bentuk kurikulum Seorang pereka bentuk kurikulum yang menyakini ilmu sebagai sumber reka bentuk kurikulum berpandangan bahawa jika ilmu diambil sebagai sumber reka bentuk kurikulum maka tidak akan ada isi kandungan yang tertinggal daripada apa yang seharusnya di pelajari oleh pelajar. Pereka bentuk ini biasanya menyedari bahawa ilmu sebenarnya tersusun dalam bentuk-bentuk yang khusus. Untuk ilmu yang berdisiplin seperti contohnya Fizik, ia mempunyai struktur konsepsual dan proses yang unik.
6
Sumber-Sumber Reka Bentuk Kurikulum
Sesetengah ilmu yang tidak berdisiplin seperti ekonomi rumahtangga, ia tidak mempunyai struktur konseptual dan proses yang unik, sebaliknya isi kandungannya diambil daripada pelbagai disiplin lain dan diubahsuai untuk tujuan kursus itu. Berdasarkan fahaman ini pereka bentuk kurikulum yang menjadikan ilmu sebagai sumber reka bentuk kurikulum akan menjadikan struktur disiplin yang merangkumi struktur konseptual dan proses yang unik bagi setiap disiplin itu sebagai isi kandungan yang seharusnya dipelajari oleh pelajar.
7
Sumber-Sumber Reka Bentuk Kurikulum
Pelajar sebagai sumber reka bentuk kurikulum Sesetengah pereka bentuk kurikulum menyakini bahawa tabii pelajar seharusnya menjadi sumber reka bentuk kurikulum. Bagaimana pelajar belajar dan membentuk sikap, mengembangkan minat dan nilai merupakan sebahagian daripada tabii pelajar. Pendidik dan pereka bentuk kurikulum yang menyakini falsafah progresivism berminat untuk mereka bentuk kurikulum berpusatkan pelajar. Ini kerana mereka beranggapan pelajar sebagai sumber reka bentuk kurikulum.
8
Dimensi Kurikulum Sebagai yang telah diketahui sebelum ini, reka bentuk kurikulum merupakan satu penyataan yang menunjukkan perkaitan antara komponen-komponen sesebuah kurikulum. Ketika usaha mendapatkan penyataan itu pereka bentuk kurikulum haruslah mereka bentuk kurikulum dengan mengambil kira beberapa dimensi kurikulum; (1) skop; (2) penyepaduan; (3) urutan dan (4) kesinambungan dan (5) keseimbangan
9
Skop Ketika mereka bentuk kurikulum, seseorang itu harus mengambil kira tentang keluasan dan kedalaman isi kandungan yang ingin disampaikan. Inilah yang dimaksudkan dengan skop. J. Galen Saylor mendefinisikan skop sebagai keluasan, kepelbagaian dan jenis-jenis pengalaman pembelajaran yang disediakan untuk pelajar alami ketika mereka menjalani program pendidikan di sekolah. Apakah isi kandungan yang seharusnya disampaikan melalui program ini?. Apakah aktiviti-aktiviti pembelajaran yang seharusnya disediakan?. Sejauhmana komponen-komponen (isi kandungan dan aktiviti) ini harus dirancangkan?.
10
Penyepaduan Penyepaduan yang ideal menekankan perkaitan yang bermakna di antara isi kandungan daripada satu subjek atau bidang dengan subjek atau bidang yang lain. Dengan kata lain, penyepaduan menekankan perkaitan horizontal di antara pelbagai topik dan tema. Jika idea dan konsep digunakan sebagai benang asas yang menunjukkan perkaitan-perkaitan, penyepaduan dapat dicapai dengan menunjukkan bagaimana isi kandungan dapat diajarkan merentas subjek atau kurikulum sekolah secara keseluruhannya. Penyepaduan juga merujuk kepada mengaitkan isi kandungan dengan pengalaman dan aktiviti pembelajaran pelajar agar keperluan pelajar dapat dipenuhi.
11
Urutan Apabila mengambil kira urutan sesebuah kurikulum, pereka bentuk kurikulum dicabar untuk mengorganisasikan komponen-komponen kurikulum secara berkesan agar dapat mewujudkan pembelajaran yang terkumpul dan berterusan di kalangan pelajar atau apa yang dikenali sebagai perkaitan “vertical” di antara bidang-bidang dalam sesebuah kurikulum. Bidang-bidang yang dimaksudkan di sini merangkumi isi kandungan dan kemahiran-kemahiran juga proses yang diperlukan bagi memperoleh isi kandungan tersebut. Ini bermakna isi kandungan, kemahiran dan proses perlu diorganisasikan secara berkesan agar organisasi itu dapat mengujudkan pembelajaran yang terkumpul dan berterusan dalam kalangan pelajar.
12
Urutan Lazimnya ketika mengorganisasikan isi kandungan, proses dan kemahiran dalam sesebuah kurikulum, seseorang pereka bentuk itu akan mengorganisasikannya berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang diambil daripada kefahaman tentang bagaimana manusia berkembang dan belajar. Contohnya penyelidikan yang dijalankan oleh Piaget dapat memberi garis panduan tentang bagaimana seharusnya disusunkan isi kandungan dan aktiviti pembelajaran agar kanak-kanak dapat mencapai perkembangan kognitif menurut tahap-tahap perkembangan mereka
13
Kesinambungan Kesinambungan mengambil kira tentang manipulasi dan pengulangan komponen-komponen kurikulum secara vertical. Ini bermaksud kesinambungan kurikulum menerangkan tentang pengulangan ide dan kemahiran-kemahiran utama yang dirasakan oleh pereka bentuk kurikulum sebagai yang diseharusnya difahami oleh pelajar secara meluas dan mendalam dalam masa yang ditentukan.
14
Kesinambungan Kesinambungan sangat jelas ditunjukkan dalam kurikulum spiral yang dianjurkan oleh Bruner. Konsep kurikulum spiral ini bukan sahaja menekankan perkaitan secara vertical malah perkaitan secara horizontal juga ia itu yang menambahkan keluasan sesebuah kurikulum. Jika seseorang pendidik itu ingin memperbaiki perkaitan antara topik dalam sesuatu mata pelajaran atau sesuatu bidang ilmu itu, ia dikatakan sebagai perkaitan vertical. Jika pendidik itu ingin memperbaiki perkaitan antara mata pelajaran atau pengalaman, itu dikatakan sebagai perkaitan secara horizontal.
15
Keseimbangan Kurikulum yang seimbang ialah kurikulum yang menyediakan pelajar peluang untuk menguasai ilmu dan mencernakan juga menggunakannya secara sesuai untuk perkembangan diri, sosial dan intelektualnya. Oleh kerana kurikulum boleh dilihat daripada bingkai rujukan yang berbeza iaitu sama ada daripada bingkai rujukan mata pelajaran, minat pelajar, pengalaman pelajar atau nilai, komponen-komponen kurikulum yang perlu diseimbangkan wujud dalam pelbagai bentuk dan dimensi. Namun, tanpa mengira apa jenis reka bentuk itu, kesemua komponen kurikulumnya mestilah seimbang.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.