Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
EDUP 3033 Murid dan Pembelajaran
Tajuk Pembentangan : a) Menganalisis Model Pengajaran Sosial dan implikasinya terhadap pdp b) Menganalisis Model Pengajaran Personal dan implikasinya terhadap pdp Nama Ahli Kumpulan : Chooi Ai Ying Hafizatul Azma binti Hashim Nurul Amanina binti Zamri Nama Pensyarah : Dr. Hj. Sajap bin Maswan
2
Model Sosial Bertujuan membantu murid menajamkan pemikiran melalui interaksi dengan orang lain serta cara bekerjasama dengan individu lain. Membantu memperluas perspektif individu dan dapat mengembangkan idea-idea. Dapat mengenal pasti masalah dan dapat memahami penaakulan di sebalik pelbagai pemikiran.
3
Model yang terkandung dalam model sosial
Pembelajaran koperatif Main peranan Simulasi
4
Pembelajaran koperatif
Pembelajaran berasaskan pengalaman. Kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama. Mampu tingkatkan kemahiran sosial dan perpaduan antara ahli kumpulan. Belajar bersama-sama untuk menguasai maklumat, idea, kemahiran dan cara penyelesaian masalah. Contoh atau kaedah pengajaran ialah bercerita, perbincangan dan bermain.
5
Main peranan Mengajar murid tentang lakonan yang melibatkan sekumpulan murid dengan skrip atau tanpa skrip. Bertujuan untuk membantu murid memahami tingkah laku sosial, peranan mereka dalam interaksi sosial dan cara selesaikan masalah. Meningkatkan daya pemikiran yang matang. Mengukuhkan kemahiran bertutur.
6
Simulasi Kemahiran melalui demostrasi, praktis dan latihan.
Berasaskan situasi sebenar yang mirip dengan situasi hidup dalam PdP. Kepentingan : - Membantu murid-murid untuk melihat objek yang sebenar.
7
Model Personal Model pembelajaran personal bermula dari perspektif kendiri seseorang individu. Menekankan pembentukan kendiri seseorang individu. Mendorong murid untuk berdikari secara produktif, mempunyai kesedaran diri dan bertanggungjawab terhadap matlamat sendiri.
8
Matlamat utama ialah pembentukan individu serta pencapaian harga diri individu.
Pendekatan untuk membentuk dan menyepadukan aspek emosi serta intelek dalam melahirkan personaliti yang seimbang. Pendidikan membantu individu memahami diri sendiri dengan lebih baik, bertanggungjawab terhadap pendidikan dan belajar ke arah pencapaian yang lebih optimum daripada kini.
9
Pembelajaran melalui Kaunseling
Carl Rogers mencadangkan model tidak direktif (non-directive) Model ini ingin membentuk satu komuniti murid yang mempunyai disiplin diri serta kesedaran peribadi yang tinggi. Penyokong model ini percaya bahawa manusia akan berkembang dengan perhubungan manusia yang positif.
10
Pengajaran berfokuskan manusia berbanding konsep pengajaran.
Rogers menggunakan terapi sebagai cara pengajaran. Guru dianggap sebagai kaunselor. Guru membimbing murid memahami cara memainkan peranan utama dalam pembelajaran mereka. Guru mewujudkan pakatan dengan murid bagi tujuan bagi membimbing dan membantu penyelesaian tugas dan masalah.
11
Tujuan Model Non-directive
Menghala tuju murid ke arah kesihatan mental dan emosi yang lebih baik. Meningkatkan bahagian pendidikan yang menekankan keperluan dan aspirasi murid. Membentuk jenis pemikiran kualitatif yang khusus seperti kreativiti dan ekspresi peribadi.
12
Guru memperjelas masalah
Murid bertanggungjawab terhadap perubahan tingkah laku Murid membuat refleksi terhadap keputusan Pembentukan perasaan empati
13
1 3 4 5 6 Kenal pasti dan mendefinisi situasi
Guru menggalakkan luahan perasaan murid. 2 Meneroka masalah Murid menerangkan masalah dan guru memperjelas perasaan murid. 3 Membentuk pengertian baharu Murid berbincang masalah dan guru memberi sokongan kepada murid. 4 Perancangan dan membuat keputusan Murid merancang keputusan dan guru memperjelaskan keputusan yang mungkin diambil. 5 Integrasi/kesepaduan Murid membetuk pengertian dan tindakan positif, guru beri sokongan. 6 Murid mengambil tindakan positif.
14
Implikasi Model Sosial dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Peniruan melalui main peranan dan simulasi. Peniruan juga boleh dilakukan secara tidak langsung melalui televisyen dan filem. Peranan guru sebagai rol model harus mempunyai tingkah laku dan perwatakan yang positif supaya murid dapat menirunya. Murid dapat meniru tingkah laku positif yang ditonjolkan oleh watak-watak dalam main peranan dan simulasi. guru boleh menasihati murid tentang program yang sesuai dan tidak sesuai ditonton oleh mereka. Guru seharusnya mempamerkan perwatakan yang baik serta menunjukkan minat dalam mengajar mata pelajarannya.
15
Implikasi Model Personal dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Model personal menekankan individu sebagai insan yang unik dan cabaran untuk membentuk personaliti yang berintegrasi dan penuh keyakinan. Dalam model ini, kandungan dan aktiviti ditentukan oleh murid apabila berinteraksi dengan guru. Model pengajaran tanpa arahan menekankan pembentukan kemampuan untuk perkembangan kendiri supaya dapat kesedaran diri dan pemahaman diri. Guru memberi satu topik untuk dibincangkan oleh pelajar, guru menjadi fasilitator dan menerima segala idea dan fahaman pelajar. Kemudian membuat kesimpulan hasil daripada perbincangan tersebut. Jadi, guru haruslah membentuk serta menggabungkan aspek intelek dengan emosi demi melahirkan personaliti murid yang seimbang.
16
SUMBER RUJUKAN Rashid, D. N. (2017). Murid dan Pembelajaran. Selangor:
Oxford Fajar Sdn.Bhd. Sam, M. F. (2013). Murid dan Alam Belajar. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd. Sang, M. S. (2009). Murid dan Pembelajaran. Perak: CIPTA Printing & Publishing (M) Sdn.Bhd.
17
SEKIAN, TERIMA KASIH ^.^
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.