Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Sesi 6 TEORI KOGNITIF DALAM PEMBELAJARAN

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Sesi 6 TEORI KOGNITIF DALAM PEMBELAJARAN"— Transcript presentasi:

1 Sesi 6 TEORI KOGNITIF DALAM PEMBELAJARAN

2 Hasil Pembelajaran Di akhir pembelajaran asatizah akan dapat :
Menerangkan tentang teori kognitif Mengungkap lapan fasa proses pembelajaran Menerangkan model pemprosesan maklumat Mengetahui faktor lupaan Mengaplikasi kaedah membantu murid meningkatkan ingatan

3 TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
Merupakan satu teori yang sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid. Teori pembelajaran kognitif menekankan proses kognitif bagi menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Menggunakan pengalaman yang sedia ada bagi membantu dalam proses pembelajaran. Pembelajaran kognitif dapat merangsang ingatan kanak-kanak.

4 Pandangan Jean Piaget Tentang Perkembangan Kognitif
Kanak-kanak adalah pelajar yang aktif dan bermotivasi. Kanak-kanak membina pengetahuan daripada pengalaman mereka. Kanak-kanak berinteraksi dengan persekitaran fizikal dan sosial untuk perkembangan kognitif.

5 Kanak-kanak sebagai pelajar yang aktif dan bermotivasi
…sambungan Kanak-kanak sebagai pelajar yang aktif dan bermotivasi Sifat ingin tahu Mencuba dan menguji Memerhatikan kesan-kesan tindakan tersebut

6 Pembina Pengetahuan Pengetahuan kanak-kanak tidak terhad kepada koleksi beberapa maklumat yang berasingan. Sebaliknya mereka gunakan maklumat yang telah dikumpulkan untuk membina satu pandangan yang lebih umum tentang sesuatu perkara.

7 Interaksi dengan Persekitaran Fizikal dan Sosial
Berinteraksi dengan persekitaran fizikal seperti bermain dengan pasir dan air, berlatih dalam permainan bola sepak, membuat eksperimen di makmal sains dan lain-lain membolehkan kanak-kanak membina kefahaman tentang perkaitan sebab dan kesan. Interaksi sosial juga amat penting kerana melalui interaksi dengan orang lain, kanak-kanak mula menyedari bahawa individu yang berbeza melihat sesuatu perkara dengan cara yang berlainan dan pandangan mereka tentang dunia tidak semestinya tepat atau logik.

8 PROSES PEMBELAJARAN Menurut Robert M. Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for Instruction (1975) : Manusia memperolehi maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran. Bermula daripada rangsangan yang diterima melalui pancaindera dan dibawa ke otak untuk diberi makna dan disimpan dalam ingatan sebagai pengalaman. Apabila pengalaman ini digunakan semula dalam bentuk yang baru, ia dianggap sebagai perubahan tingkah laku pembelajaran.

9 LAPAN FASA PEMBELAJARAN :
1) Fasa Motivasi (Jangkaan) – Pelajar akan menerima rangsangan daripada persekitaran. 2) Fasa Kefahaman (Tanggapan) – Melibatkan aktiviti pemerhatian dan pemilihan rangsangan yang tepat dan relevan seterusnya menumpukan perhatian terhadap rangsangan yang dimotivasikan melalui organ derianya.

10 …sambungan 3) Fasa Penyimpanan (Pemerolehan) – Rangsangan dibawa ke otak untuk diberi makna dan diterima (pemikiran dan penerimaan). 4) Fasa Penahanan (Stor Ingatan) – Fakta atau pengalaman akan disimpan dalam ingatan deria, ingatan jangka pendek atau ingatan jangka panjang. Ini menghasilkan pembentukan pengalaman atau pengetahuan dalam ingatan.

11 ...sambungan 5) Fasa Mengingat Semula – Fakta atau pengalaman yang disimpan perlu dikeluarkan semula untuk digunakan. 6) Fasa Generalisasi (Pindahan) – Dalam fasa ini seseorang mengingat semula fakta atau pengalaman untuk diamalkan dalam suatu situasi baru yang sesuai dan sepadan.

12 …sambungan 7) Fasa Prestasi (Gerak Balas) – Fasa ini berlaku apabila seseorang bertindak balas dengan perubahan tingkah lakunya sebaik sahaja isyarat rangsangan diberikan. 8) Fasa Maklum Balas (Peneguhan) – Fasa ini berlaku selepas seseorang itu telah bertindak balas dengan prestasi atau perubahan tingkah laku yang tepat. Maklum balas ini penting bagi menentukan sejauh mana seseorang dapat mengamalkan fakta atau kemahiran yang dipelajarinya.

13 MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT
Proses berfikir memerlukan otak kita bekerja memproses maklumat yang diterima. Pemprosesan maklumat bermaksud aktiviti mental manusia yang berkaitan dengan menerima maklumat, menyimpan dan mengeluarkannya semula untuk digunakan (Woolfolk, 1998).

14

15 Model ini merangkumi tiga peringkat utama iaitu :
Ingatan sensori Ingatan jangka pendek Ingatan jangka panjang.

16 Peringkat pertama: Ingatan Sensori
Rangsangan dari persekitaran diterima melalui organ deria manusia, diproses dengan serta merta melalui perhatian dan pengiktirafan, iaitu menyingkirkan maklumat yang tidak penting dan menghantar maklumat yang penting dan releven kepada ingatan jangka pendek. Proses ingatan sensori hanya berlaku dalam masa yang amat ringkas di antara ½ saat sehingga 4 saat sahaja.

17 Peringkat kedua: Ingatan Jangka Pendek
Juga disebut short-term memori atau working memori Suatu proses penyimpanan memori sementara, tetapi lebih lama berbanding Ingatan Sensori. Apabila Ingatan Jangka Pendek menerima maklumat dari Ingatan Sensori, ia menyimpan maklumat itu dalam bentuk yang bermakna serta mudah diingati, iaitu secara gambaran, bahasa, dan simbolik. Maklumat yang diterima akan disimpan di antara 15 hingga 30 saat.

18 Peringkat ketiga: Ingatan Jangka Panjang
Ingatan Jangka Panjang adalah maklumat yang disimpan dalam ingatan kita untuk keperluan dimasa akan datang. Maklumat baru yang disimpan dalam Ingatan Jangka Pendek buat sementara dihantar ke Ingatan Jangka Panjang untuk diproses dan disimpan dalam masa yang lebih lama sehingga dipanggil semula sebagai tindak balas ke atas situasi yang diperlukan. Mungkin di antara beberapa minit hingga bertahun-tahun.

19 Jenis Ingatan Jangka Panjang
Ingatan Intelektual :Ingatan yang berkaitan dengan konsep, pengertian, prinsip, hukum dan maklumat-maklumat abstrak. Ingatan Logik :Ingatan yang berkaitan dengan maklumat rasional yang didapati melalui proses manaakul. Ingatan Hafazan :Ingatan yang berkaitan dengan maklumat yang tidak diproses tetapi disimpan dalam Ingatan Jangka Panjang dan akan dikeluarkan semula tanpa sebarang perubahan, misalnya menghafal sifir pendaraban.

20 Samb...... Ingatan Episodik :Ingatan yang berkaitan dengan pengalaman dan peristiwa, khasnya yang berlaku dalam tempoh masa dan tempat yang berkenaan. Ingatan Semantik :Ingatan yang berkaitan dengan maklumat untuk digunakan membuat kesimpulan dan rumusan, membentuk generalisasi, prinsip, hukum dan rumus.

21 Penyakit Lupa Seseorang mengalami lupa jika informasi yang masuk tidak mendapat perlakuan sebagaimana mestinya. Ada beberapa macam bentuk lupa iaitu : mudah lupa (forgetfulness) - terjadi bilamana informasi yang diterima berhasil melalui proses normal dan akhirnya tersimpan di dalam memori jangka panjang. Amnesia - terjadi apabila maklumat hanya sampai di memori jangka pendek. Bermaksud suatu proses yang terjadi apabila percubaan ingat semula dihalang oleh maklumat lain dalam memori. Demensia – merupakan gangguan yang paling berat. Maklumat tidak dapat masuk di dalam proses memori.

22 Tips mengatasi lupa Menjaga pikiran tetap siap Interaksi sosial Makan makanan peningkat daya ingat Olahraga

23 Cara Guru Membantu Meningkatkan Ingatan Murid
Belajar Berlebihan – Kajian menunjukkan bahawa ingatan kekal lebih lama dan proses ingat kembali menjadi lebih mudah apabila sesuatu bahan itu dipelajari secara berlebihan sehingga dikuasai sepenuhnya. Guru patut galakkan pelajar supaya belajar dengan berlebihan dengan memberikan ulangkaji yang cukup dan berulangkali terutama dalam perkara yang pelajar dapati sukar sehingga semuanya dikekalkan dalam ingatan. Memeringkatkan isi pembelajaran, seperti senang kepada susah, maujud kepada abstrak, dekat kepada jauh, kecil kepada besar.

24 Menggunakan mnemonik dan singkatan – iaitu satu teknik untuk mengorganisasikan fakta-fakta supaya lebih mudah diingat. Contohnya, : Syarat Wajib Haji Itu Beg Merah Bapa Mat I = Islam B = Baligh M = Merdeka B = Berakal M = Mampu Syarat Wajib Puasa Ibu Bakar Ayam Madu Sos Mayonis I = Islam B = Baligh A = Akal M = Mampu S = Suci dari Haid dan Nifas M = Mukim

25 ...sambungan Mengajar dengan menggunakan bahan pembelajaran yang bermakna supaya lebih mudah diingati oleh pelajar seperti mengggunakan alat bantu mengajar yang sesuai untuk meningkatkan kefahaman mereka, dan seterusnya membentuk konsep dengan tepat. Gunakan teknik motivasi yang sesuai supaya pelajar merasa seronok semasa pembelajaran. Menggalakkan pelajar dengan memberi ganjaran dan elakkan hukuman yang akan membunuh semangat pelajar serta mengurangkan daya ingatannya. Menarik perhatian pelajar dengan menonjolkan isi atau fakta penting dengan highlighter atau tulisan italik dan huruf tebal.

26 ...sambungan Bagi bahan pembelajaran yang memerlukan teknik hafalan, misalnya sifir dan fakta-fakta penting, pecahkan kepada bahagian-bahagian dengan panjangnya yang berpatutan dan membimbing pelajar menghafaz bahagian demi bahagian supaya lebih mudah diingati. Memastikan suasana pembelajaran yang kondusif seperti : Interaksi guru dan murid secara dua hala Pelajar bebas bertanya dan mengeluarkan pendapat. Merancang aktiviti pembelajaran yang menarik dan inovatif, libatkan semua murid dalam aktiviti mengikut minat dan kelebihan mereka.

27 Meta Kognisi Meta kognisi merujuk kesedaran pengetahuan seseorang berkaitan proses kognitifnya (Flayell, 1976). Meta kognisi juga adalah kebolehan individu mengaplikasikan strategi dan mengawal dengan betul proses melahirkan idea atau membuat keputusan.

28 Bagi menggalakkan pelajar membuat meta kognisi, guru perlu membekalkan mereka tiga pengetahuan iaitu : Pengetahuan personal - iaitu pengetahuan mereka mengenai kekuatan dan kelemahan diri. Pengetahuan tugas - iaitu pengetahuan mereka mengenai variasi cara sendiri apabila menjalankan tugas. Pelajar dapat menyatakan matlamat, memilih dan mengatur operasi dan mengenal pasti halangan yang timbul. Pengetahuan strategi – iaitu pengetahuan mengenai strategi tertentu yang lebih berkesan daripada strategi lain dalam menyelesaikan masalah.

29 Kesimpulan Pengetahuan mengenai proses pembelajaran dapat membantu guru-guru meningkatkan kapasiti atau keupayaan belajar para pelajar. Dalam pemprosesan maklumat manusia belajar tentang banyak perkara tetapi pada masa yang sama apa yang dipelajari itu sebahagian sahaja yang boleh diingat manakala bahagian yang lebih banyak melalui proses lupaan. Sebagai guru adalah penting mengambil langkah-langkah tertentu supaya murid-muridnya dapat meningkatkan ingatan dan mengurangkan lupaan semasa menjalani proses pembelajaran.

30 Sekian terima kasih


Download ppt "Sesi 6 TEORI KOGNITIF DALAM PEMBELAJARAN"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google