Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

TOPIK 3 KONSEP DAN PEMBENTUKAN KURIKULUM

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "TOPIK 3 KONSEP DAN PEMBENTUKAN KURIKULUM"— Transcript presentasi:

1 TOPIK 3 KONSEP DAN PEMBENTUKAN KURIKULUM

2 3.1 KONSEP, DEFINISI DAN MATLAMAT
Konsep dan definisi kurikulum - sebagai satu pelan atau rancangan untuk tindakan atau satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang di hajati. - dokumen yang mengandungi rancangan pengajaran dan pembelajaran yang mempunyai objektif prikomotor, afektif dan kognitif bagi satu matapelajaran. Dalam merekabentuk kurikulum, Falsafah Pendidikan, budaya serta masyarakat merupakan komponen yang penting. Kurikulum juga didefinisikan sebagai satu rancangan pendidikan yang mengandungi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma serta unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang menjadi pilihan masyarakat untuk diwariskan daripada generasi kepada satu generasi lain.

3 3.1.1 Konsep dan definisi kurikulum
Konsep kurikulum dikategorikan kepada lima, iaitu: (i) menjadi dokumentasi khas dan panduan, (ii) memberi tumpuan kepada kaedah penyampaian yang lebih menarik, (iii) merupakan program pengajian yang merujuk kepada matapelajaran yang diajar mengikut aliran atau jurusan yang ditetapkan, (iv) membentuk pengalaman pembelajaran yang terancang, (v) mempunyai konsep tersirat dan memperoleh nilai-nilai sampingan. Contohnya interaksi dan komunikasi memainkan peranan penting bagi menjadikan kanak-kanak lebih matang dan dewasa serta mempelajari nilai dan etika dalam kehidupan bermasyarakat.

4 Matlamat dan Objektif Berperanan sebagai garis panduan dan penentu sempadan ilmu yang hendak disampaikan, perlulah dirancang. Kurikulum perlu mengutamakan kepimpinan pelajar dalam kegiatan kokurikulum. Dapat melahirkan insan yang seimbang, beretika dan bermoral. Bermatlamat untuk menguatkan lagi hubungan kekeluargaan antara masyarakat majmuk di Malaysia. Kurikulum pendidikan yang sama membentuk masyarakat Malaysia yang bersatu di bawah satu negara yang berdaulat kerana akan menyingkirkan sikap prejudis sesuatu kaum. Dapat melahirkan insan yang mempunyai sifat sayangkan dan cintakan tanah air. Semangat cintakan dan sayangkan negara perlu dipupuk melalui semua matapelajaran. Aktiviti kokurikulum cara terbaik untuk memupuk rasa sayangkan dan cintakan tanah air.

5 3.2 HALA TUJU KURIKULUM Berlandaskan dasar pendidikan, falsafah pendidikan, hala tuju dasar kerajaan serta masyarakat. Bertujuan membangunkan modal insan yang cemerlang dari segi sahsiah dan akademik. Kualiti pendidikan akan diutamakan Dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai murni untuk menjadi tenaga kerja yang menghayati budaya kerja berprestasi tinggi relevan dengan kehendak pasaran semasa.

6 3.2 HALA TUJU KURIKULUM Jika kita mahu menjadi negara maju dan kekal pada tahap pembangunan modal insan harus diutamakan. Insan bermutu tinggi adalah satu keperluan. Perlu memperkembang potensi individu secara menyeluruh untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi. Melahirkan insan yang berketrampilan dan mempu berfikir secara kritis. Memenuhi keperluan negara untuk mencapai kecemerlangan dari segi ekonomi dan pembangunan modal insan. Perlu memberi penekanan kepada perkembangan kemahiran belajar dan generik.

7 3.2 HALA TUJU KURIKULUM Insan yang dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan yang mencabar seperti k-ekonomi dan aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi. Pembangunan intelek tidak mencukupi. Juga perlu menekan aspek jasmani, emosi dan rohani. Jika dilaksanakan mengikut rancangan dan kurikulum yang tersusun akan melahirkan insan yang memiliki kesedaran, jujur dan b ertanggung jawap terhadap tugas yang diberikan. Perlu bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik supaya dapat menentukan corak masyarakat dan profil bangsa Malaysia. Dapat menangani cabaran yang dibawa arus. Ledakan ilmu dan maklumat.

8 3.2.1 Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan Kebangsaan mendefinisikan: - satu program pendidikan termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani dan emosi serta meningkatkan nilai moral yang diingini untuk mencapai pengetahuan.

9 3.2.1 Dasar Pendidikan Kebangsaan
Akta Pendidikan 1996 ialah: - sistem pendidikan kebangsaan merangkumi pendidikan prasekolah, pendidikan sekolah menengah, pendidikan lepas menengah dan pendidikan tinggi. Kurikulum pendidikan pra sekolah digubal dan diseragamkan. - Seksyen 18 wajib menggunakan satu kurikulum piawai iaitu kurikulum kebangsaan.

10 Laporan Kabinet 1979 Laporan Kabinet 1979 bertujuan untuk memenuhi keperluan individu dan negara. Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan murid yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi serta menyemai, menanam dan mempuk nilai-nilai akhlak yang diingini, di samping menyampaikan ilmu pengetahuan. Implikasi Laporan Kabinet 1979 ialah: - Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) digubal dengan menekankan perkembangan individu secara menyeluruh yang merangkumi pendidikan asas dan perkembangan bakat. - Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) digubal dengan menekankan konsep pembelajaran secara menyeluruh dan bersepadu dengan mengambilkira aspek kemahiran berfikir dan belajar.

11 3.2.3 Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Falsafah menjadi garis panduan dan arah tuju utama dalam merancang dan membina kurikulum.

12 3.3 PROSES PEMBENTUKAN KURIKULUM
Sebelum merekabentuk kurikulum, pembangun kurikulum amat perlu mengkaji, menganalisis serta memilih: - Teori-teori berkaitan dengan kurikulum - Falsafah pembentukan kurikulum - Kriteria Pembentukan Kurikulum

13 3.3.1 Teori-teori Berkaitan dengan Kurikulum
Teori Tradisional Lebih berfokus kepada pendekatan tingkahlaku. Objektif pembelajaran kurikulum ini boleh ditentukan, sama ada tercapai ataupun tidak. Mementingkan proses pemindahan pengetahuan.

14 3.3.1 Teori-teori Berkaitan dengan Kurikulum
Teori Konseptual Berpendapat ilmu pengetahuan distrukturkan mengikut konsep utama. Memberi fokus kepada analisis situasi semasa dan mencadangkan pilihan pada kandungan kurikulum.

15 3.3.1 Teori-teori Berkaitan dengan Kurikulum
Teori Rekonseptualis Berpendapat kurikulum adalah bidang ilmu yang dapat membekalkan pedoman dan garis panduan ketika membuat keputusan. Menganggap kurikulum sebagai bahan penting yang boleh membawa kesedaran dan perubahan kepada masyarakat. Menwujudkan golongan pelajar yang mempunyai kesedaran dan berupaya mengubah masyarakat.

16 3.3.2 Falsafah Pembentukan Kurikulum
Terdapat beberapa aliran falsafah yang mempengaruhi rekabentuk kurikulum: (a) Idealisme - mengganggap ilmu diperolehi dari kebolehan berfikir. Menurut Plato ilmu diperolehi melalui deria amat kekal dan lengkap. (b) Realisme - menolak pandangan idealime dan menganggap kebenaran adalah apa yang dapat dilihat dan ilmu yang terhasil dari penaakulan tidak lengkap. Ilmu harus mempunyai kaitan antara dunia fizikal dan pemikiran manusia.

17 3.3.2 Falsafah Pembentukan Kurikulum
(c) Paramatism - berpendapat sekiranya satu idea itu dapat dipraktikkan maka idea itu benar. Dengan kata lain idea yang sah adalah idea yang dapat dibuktikan. - menganggap pengetahuan bukan semata-mata ilmu tetapi pengetahuan ialah keperlu mengaplikasikan ilmu sebagai panduan dan pedoman hidup. Pendidikan bukan semata- mata mengajar manusia menghafalkan ilmu tetapi menggunakan ilmu. (d) Perianelisme - falsafah konservatif, tradisonal dan tidak fleksibel, menganggap manusia dan pendidikan berada dalam keadaan tetap, keupayaan manusia berfikir, pendidikan ialah keperluan untuk hidup. - dalam falsafah ini kurikulum perlu mempunyai disiplin, latih tubi dan latihan yang ketat.

18 3.3.2 Falsafah Pembentukan Kurikulum
(e) Essentialisme - menganggap kurikulum dan guru merupakan faktor penting dalam pembelajaran. - kurikulum perlu dibina memenuhi kehendak masyarakat semasa dan pada masa yang sama mengutamakan tamadun ilmu yang lampau serta merangsang kebijaksanaan akan datang. (f) Progressivesme - menyatakan pembelajaran berlaku berdasarkan perubahan, kemajuan dan bukan ketekalan. - memberi fokus kepada pendekatan pengajaran dan pembelajaran berpusat pelajar dan pengajaran melalui alat bantuan belajar. - lebih memberi penekanan pada demokrasi. - sekolah perlu membina suasana demokrasi serta kerjasama antara pelajar bukan mewujudkan persaingan. Guru berperanan sebagai fasilitator bukan sebagai guru tradisional.

19 3.3.2 Falsafah Pembentukan Kurikulum
(g) Rekonstrutionalisme - menyatakan peranan pendidikan perlu menerapkan tanggungjawab sosial serta melahirkan masyarakat berilmu. - percaya manusia berupaya membina masyarakat baru melalui perubahan yang berkesan dalam pendidikan dan masyarakat. (h) Eksistensialisme - mementingkan pendidikan melalui persekitaran. - membantu murid dalam proses penerokaan. - sekitaran memainkan peranan penting dalam membina pendidikan.

20 3.3.3 Kriteria Pembentukan Kurikulum
Boleh dikategorikan kepada 3: Berpusatkan Subjek Berpusatkan Pelajar Berpusatkan Masalah

21 3.3.3 Kriteria Pembentukan Kurikulum
Reka Bentuk Berpusatkan Subjek Adalah berpaksikan ilmu dan isi kandungan pelajaran; terdiri daripada: (i) Reka Bentuk Matapelajaran (ii) Reka Bentuk Disiplin (iii) Reka Bentuk Bersepadu (iv) Reka Bentuk Korelasi

22 Reka Bentuk Berpusatkan Subjek
Reka Bentuk Matapelajaran - berkaitan dengan isi kandungan pelajaran yang terdapat dalam buku teks. Ilmu disusun menjadi teratur seterusnya berperanan sebagai matapalajaran. Reka Bentuk Disiplin - setiap matapelajaran mempunyai disiplin ilmu tersendiri, disiplin adalah cara atau proses sesuatu matapelajaran. - menekan isi kandungan dan proses disiplin sesuatu ilmu. Contohnya Pendidikan Jasmani selain daripada kemahiran, guru perlu mengajar disiplin sesuatu kemahiran atau permainan.

23 Reka Bentuk Berpusatkan Subjek
Reka Bentuk Bersepadu - menyatukan dua atau lebih subjek yang menjadi satu matapelajaran yang bersepadu. - contohnya matapelajaran sains terdiri daripada biologi, fizik dan kimia disepadu diperingkat sekolah menengah rendah sebagai sains. Reka Bentuk Korelasi - mengaitkan maklumat antara satu subjek dengan subjek bertujuan mengurangkan pemisahan antara subjek. - contohnya guru Pendidikan Jasmani boleh bekerjasama dengan guru sejarah bagi menghasilkan portfolio yang bertajuk perkembangan bola sepak dari zaman penjajah hingga ke sekarang.

24 Reka Bentuk Berpusatkan Pelajar
Menganggap pelajar merupakan elemen yang penting dalam bidang pendidikan. Terbahagi kepada 3 kategori: (i) Reka Bentuk Berpusatkan Pelajar (ii) Reka Bentuk Berpusatkan Pengalaman (iii) Reka Bentuk Berpusatkan Humanistik

25 Reka Bentuk Berpusatkan Pelajar
- berdasarkan kepada pendekatan semula jadi pelajar ketika belajar. - menganggap pemikiran pelajar akan berkembang jika mereka diberi peluang untuk belajar berdasarkan kegemaran dan keperluan pelajar. Reka Bentuk Berpusatkan Pengalaman - memberi penekanan terhadap minat dan keperluan pelajar ketika membina kurikulum. (c) Reka Bentuk Berpusatkan Humanistik - mementingkan konsep kendiri kepada pelajar, pelajar akan belajar dan membina tugasan atas kesedaran diri sendiri. - menyepadukan unsur kognitif dan afektif. - memberi penekanan isi kandungan, kognitif, pengalaman dan perasaan. - menekanan secara seimbang aspek pemikiran, perasaan dan amalan.

26 Reka Bentuk Berpusatkan Masalah
Memberi fokus kepada masalah dalam kehidupan. (a) Reka Bentuk Situasi – Kehidupan - berpendapat pembelajaran akan menjadi bermakna jika pembelajaran itu boleh diaplikasikan dalam kehidupan secara terus. - berfikir dalam menyelesaikan masalah. - akan membantu pelajar membuat generalisasi tentang masalah yang berkaitan dengan kehidupan di dunia yang sebenar. (b) Reka Bentuk Semula Masyarakat - berorientasikan masyarakat. - mengaitkan hubungan kurikulum dengan perkembangan masyarakat dari aspek sosial, politik dan ekonomi. - kurikulum dilihat berupaya menjadi agen perubahan dalam masyarakat. - menyerapkan nilai-nilai dan etika.

27 3.3.4 Kurikulum dan Hubungkaitnya dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani
Melahirkan insan yang seimbang dari segi keupayaan psikomotor, afektif dan kognitif. Merupakan keperluan utama negara dalam membangunkan modal insan. Merupakan jalan pintas untuk melahirkan generasi ini. Dalam kurikulum Pendidikan Jasmani unsur psikomotor, afektif dan kognitif menjadi keutamaan. Bagi membina unsur kesepaduan dan korelasi dalam kurikulum, sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani telah menyelit unsur sains dalam matapelajarannya. Selain matapelajaran sains matapelajaran seperti matematik, sejajarah dan lain-lain juga dapat disepadukan dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani. Pendidikan Jasmani boleh mengaplikasikan kurikulum berpusatkan pelajar, contohnya permainan merupakan kegemaran semulajari pelajar dengan sukatan Pendidikan Jasmani. Dalam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani kerjasama, kepimpinan dan perpaduan dapat digabungkan dengan mudah. Berupaya menghindarkan masalah sosial dan membina cara hidup sihat.


Download ppt "TOPIK 3 KONSEP DAN PEMBENTUKAN KURIKULUM"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google