Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehSusanto Budiono Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
NOTA KULIAH EPPE2053/EEEX3023 EKONOMI MALAYSIA
MINGGU 1: EKONOMI MALAYSIA:SEJARAH DAN PERUBAHAN DR. SUHAILI ALMA’AMUN Bilik 7.418
2
Topik PERBINCANGAN: Sejarah Perkembangan Ekonomi Malaysia
Sektor-sektor Ekonomi Ciri-ciri Ekonomi Pada Masa Penjajahan Kesan Ekonomi Penjajah Perubahan dan Kemajuan Ekonomi Sehingga Kini.
3
Sejarah perkembangan ekonomi malaysia: 4 era
Era prapenjajahan pergantungan kepada bercucuk tanam dan penternakan. Biji timah, besi, emas, manik, tembikar, barang makanan mula diperdagangkan. Pusat perdagangan terawal: Guar Kepah, Pengkalan Bujang, Jenderam Hilir dan Kuala Selinsing. Kerajaan melayu terawal: Kedah Tua, Melaka. Kaedah pengeluaran sumber ekonomi: gotong- royong, buruh keluarga dan tenaga kerahan. Hasil negara: cukai, dipungut oleh pembesar negeri atau golongan bangsawan. Cukai dikenakan ke atas barang perdagangan dan hasil pengeluaran pertanian. Kadar cukai berbeza mengikut kawasan, tempat asal pedagang datang. Pedagang dari sebelah Barat dikenakan cukai 6%, pedagang sebelah Timur tidak dikenakan cukai tetapi kena bawa hadiah. Pedagang-pedagang Melayu Melaka dikenakan cukai 3%.
4
Sejarah perkembangan ekonomi malaysia
Era penjajahan Apakah faktor yang menyebabkan penjajahan? EKONOMI Melaka pusat perdagangan terkenal Sumber-sumber hasil yang banyak Penjajahan di Malaysia : Portugis, Belanda, Inggeris , Jepun Sehingga zaman pemerintahan Belanda, ekonomi Tanah Melayu masih berasaskan kepada perdagangan. Namun, semasa penjajahan British, banyak perubahan ekonomi dan politik telah berlaku.
5
Sejarah perkembangan ekonomi malaysia
Era kemerdekaan 1957 Rancangan Pembangunan Ekonomi (RPE 1) atau Rancangan Malaya 1 ( ). FELDA ditubuhkan (1956) – untuk mengatasi masalah petani yg kekurangan tanah di samping meningkatkan pendapatan dan kehidupan keluarga tani. 1961, RPE 2 dilancarkan. Tumpuan kepada sektor petanian.
6
Sejarah perkembangan ekonomi malaysia
Era baru kini Selepas peristiwa hitam 13 Mei 1969, kerajaan telah menjalankan beberapa dasar. Antaranya: Dasar ekonomi Baru (DEB) Rancangan lima tahun Malaysia (RMK) Dasar pembangunan negara (DPN) Dasar wawasan negara (DWN)
7
Sektor-sektor ekonomi
JENIS SEKTOR Sektor pertama/ pertanian tanaman, penternakan, perhutanan, perlombongan dan kuari Sektor pertama melibatkan aktiviti memproses bahan keluaran pertanian dan perlombongan. Sektor kedua/ perindustrian pembuatan, perkilangan. Sektor ini memproses bahan mentah dari sektor pertama untuk dijadikan bahan separuh siap dan pengeluaran siap. Sektor ketiga/ perkhidmatan pentadbiran,pertahanan, kemudahan asas dan pengangkutan. 3 subsektor: Perkhidmatan pengeluar Perkhidmatan awam Perkhidmatan-perkhidmatan lain
8
Ciri-ciri ekonomi semasa penjajahan
Pasaran terbuka Eksport dan import Ekonomi campuran Campuran semua sistem-sistem ekonomi seperti kapitalis dan sosialis Masyarakat majmuk Pengenalan kaum mengikut sektor Cina: berniaga/perlombongan India: estet-estet Melayu: pertanian/tradisional Dualisme ekonomi 2 sistem: moden dan pertanian Inggeris mengusahakan pertanian secara moden; Bumipitera dengan cara lama/tradisional.
9
Kesan ekonomi penjajah
Perkembangan sektor bijih timah dan getah Ketidaksetaraan dalam pengagihan infrastruktur Masyarakat majmuk Sistem dualisme Ekonomi berorientasikan eksport Ketidaksetaraan dalam pengagihan pendapatan Kemiskinan Pengenalan sistem pendidikan British Pengangguran Kemahiran buruh yang rendah Pengenalan kepada polisi buruh
10
Perubahan dan kemajuan ekonomi sehingga kini
PERUBAHAN DASAR a) Rancangan Malaysia Lima tahun b) Mempertingkatkan perkembangan sektor pertanian c) Mempelbagai kegiatan ekonomi d) Menyeimbangkan pembangunan antara wilayah dan kaum
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.