Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Konsep & Kaedah Penyelidikan

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Konsep & Kaedah Penyelidikan"— Transcript presentasi:

1 Konsep & Kaedah Penyelidikan
BBM3413 Sharil Nizam Sha’ri, Ph.D UPM Serdang

2 KONSEP PENYELIDIKAN Apakah yang anda faham dengan Penyelidikan?

3 Yang manakah di antara berikut boleh diklasifikasikan sebagai penyelidikan?
[1] Encik Haq menyediakan kertas kerja “penggunaan komputer di sekolah menengah” selepas membuat sorotan kajian ke atas subjek ini di perpustakaan universiti beliau dan memanggilnya satu kajian [2] Pn. Ani mengatakan beliau telah menjalankan kajian dan melengkapkan dokumen yang memberi maklumat berkenaan umur murid-murid, keputusan SPM, pendapatan keluarga dan jarak sekolah daripada pejabat pelajaran [3] En. Setha (Jurutera) menyertai bengkel berkaitan pembinaan kurikulum dan menyediakan laporan kurikulum bagi juruteknik bangunan. Beliau melakukan perkara ini melalui sorotan kajian mengenai subjek ini dan berbincang dengan peserta bengkel yang lain. KONSEP PENYELIDIKAN• Tiada satu pun contoh di atas yang boleh diklasifikasikan sebagai penyelidikan!!!!MENGAPA ?Anda akan tahu apabila anda faham konsep “penyelidikan”

4 KONSEP PENYELIDIKAN Pertimbangkan kes di bawah iaitu satu contoh penyelidikan: • Seorang pengurus syarikat pengeluaran kereta prihatin terhadap aduan yang diterima daripada pengguna kereta bahawa kereta yang mereka hasilkan memberi masalah bunyi di atas ‘dashboard’ serta tempat duduk penumpang selepas beberapa ribu kilometer pemanduan. • Beliau mendapatkan maklumat daripada pekerja syarikat untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi masalah yang tersebut. • Beliau kemudian membuat formulasi masalah dan menjana tekaan (hipotesis).• Seterusnya beliau menyediakan satu senarai semak dan mendapatkan maklumat yang diperlukan daripada beberapa sampel kereta• Belaiu kemudian menganalisa data yang dikumpul, membuat interpretasi daripada keputusan berdasarkan kepada hipotesis dan kemudiannya membuat kesimpulan

5 KONSEP PENYELIDIKAN Perhatikan contoh yang diberikan, penyelidik (pengurus syarikat tersebut) telah melalui satu susunan langkah yang teratur dan sistematik. • Kedua, penyelidik tidak terus membuat kesimpulan, tetapi menggunakan kaedah kajian atau explorasi yang saintifik sebelum membuat kesimpulan •Dua ciri penting dalam penyelidikan: ia adalah sistematik dan keduanya ia mengikut kaedah explorasi yang saintifik

6 DEFINISI PENYELIDIKAN
• Tuckman (1999) Penyelidikan adalah kaedah sistematik untuk mendapatkan jawapan untuk sesuatu persoalan atau permasalahan Kelinger (1964) Penyelidikan adalah penyiasatan sistematik, terkawal, bercorak empirikal dan kritikal mengenai perhubungan di kalangan fenomena Ahmad Mahdzan (1992) Penyelidikan didefinisikan sebagai usaha-usaha bagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang dikemukakan berkenaan sesuatu permasalahan

7 DEFINISI PENYELIDIKAN
• Mencari fakta atau kebenaran mengenai sesuatu perkara. • Mengurus penyelidikan saintifik untuk menyelesai masalah dan menguji hipotesis • Membina atau merekacipta produk yang baru

8 APAKAH PENYELIDIKAN? Penyelidikan adalah sistematik kerana ia mengikut langkah tertentu yang logik susunannya. Langkah ini ialah: - Memahami masalah yang hendak dikaji dan mengenalpasti bidang pengetahuan yang berkaitan -Membuat sorotan kajian untuk memahami cara orang lain mendekati atau menguruskan masalah tersebut -Mengumpul data secara tersusun dan terkawal supaya dapat mencapai keputusan yang sah -Menganalisis data sesuai dengan masalah yang dikaji -Membuat kesimpulan dan generalisasi

9 Kenapa kita melakukan penyelidikan?
 Mendapatkan ijazah  Sebagai cabaran dalam menyelesaikan masalah yang tidak dapat diselesaikan (masalah yang kompleks)  Mendapatkan kepuasan intelektual  Mendapatkan produk yang baru  Keinginan untuk memberikan khidmat kepada masyarakat  Mendapat pengiktirafan (kehormatan)  Untuk memperbaiki kehidupan sejagat

10 PENYELIDIKAN BERKUALITI TINGGI
• Ia adalah berasaskan kepada kerja orang lain • Ia boleh direplikasi (duplicated) • Ia boleh digeneralisasi ke tempat lain • Ia berasaskan kepada sedikit rasional yang logik dan terikat dengan teori • Ia mampu untuk dilaksanakan!!! • Ia menjana soalan baru

11 PENYELIDIKAN YANG BURUK
Mencari sesuatu yang tiada untuk dijumpai. • Plagiat kerja orang lain • Memalsukan data untuk membuktikan sesuatu. • Maklumat disalahkan dan membawa pembaca kepada maklumat yang disalahertikan

12 Soalan yang perlu ditanya (5w)
 What /APA penyelidikan anda?  Why /KENAPA anda mahu membuat penyelidikan ini?  Who/ SIAPAKAH yang terlibat?  Where /DI MANA anda akan melaksanakan penyelidikan?  When/ BILA anda akan melaksankan penyelidikan?

13 PROSES PENYELIDIKAN  Mengenal pasti masalah  Sorotan/ Kajian literatur  Pembentukan masalah  Merekabentuk kajian  Pengumpulan data  Pemprosesan data  Interpretasi data  Penulisan laporan

14 STRUKTUR TESIS/DISERTASI
ABSTRAK PENGENALAN KAJIAN LITERATUR TEORI METODOLOGI ANALISIS DATA DISKUSI PERBINCANGAN KESIMPULAN / PENUTUP RUJUKAN / APPENDIK

15 ABSTRAK Abstrak ialah satu rumusan ringkas kepada perkara yang termasuk dalam laporan/tesis/disertasi/artikel. Abstrak amat membantu kerana ia pendek dan memasukkan idea utama penyelidikan

16 ABSTRAK  Abstrak  Tujuan penyelidikan  Bagaimana penyelidik mengkaji fenomena  Apakah keputusan utama yang diperolehi

17 SOROTAN LITERATUR  Sorotan kajian ialah satu set penyelidikan yang telah diterbitkan atas topik yang tertentu  Penulisan ilmiah biasanya terdapat dalam jurnal, monograf, buku akademik, dan laporan penyelidikan  Memberi peluang kepada penyelidik mempelajari daripada pengalaman orang lain, di samping memperbaiki kaedah yang pernah digunakan oleh penyelidik yang terdahulu daripadanya.

18 SOROTAN LITERATUR  Kemajuan akan dicapai dengan membaiki cara orang-orang terdahulu daripada kita  Dalam sorotan ini, harus keutamaan harus diberikan kepada karya-karya yang dibuat di kawasan yang sama dahulu, atas tajuk yang sama atau hampir sama, sekiranya tidak ada, selepas itu bolehlah dibuat sorotan terhadap karya-karya di luas kawasan, dalam negara yang sama.  Jika tidak ada, boleh digunakan karya-karya dari luar negeri

19 PERANAN KAJIAN LITERATUR
 Menjelaskan kepada pembaca apa yang diketahui dan apa yang beli diketahui berkenaan topik yang dipilih  Memberi sempadan kepada soalan-soalan penyelidikan atau masalah yang dikaji  Menjelaskan/mendefinasi istilah-istilah yang digunakan dalam kajian  Memahami penemuan-penemuan awal yang kadangkala bercangkah  Menilai dan memilih teori, hipotesis dan kaedah analisis yang sesuai  Menjadi asas atau batu tanda untuk perbandingan penemuan

20 CIRI-CIRI SOROTAN LITERATUR YANG BAIK
•Lengkap: meliputi semua aspek (angkubah) yang anda hendak kaji dalam kajian anda. • Kemas kini: meliputi kajian-kajian yang mutakhir tentang topik yang sama • Bersepadu: ertinya, sorotan itu dibuat berdasarkan angkubah yang pernah digunakan oleh pengaji terdahulu, bukan mengikuti pengarang demi pengarang.

21 samb. CIRI-CIRI SOROTAN LITERATUR YANG BAIK
• Kritis: aspek ini sudah disentuh sebentar tadi • Pemilihan: pilihlah artikel-artikel yang betul-betul relevan dengan topik anda

22 MASALAH PENYELIDIKAN  Situasi yang tidak dapat diselesaikan dan memerlukan penyelidikan untuk menyelesaikannya.  Masalah yang menyebabkan seseorang pengkaji ingin melakukan kajian  Masalah yang hendak dikaji saharusnya jitu, konkrit dan tidak direka

23 SUMBER-SUMBER MASALAH
 Media cetak dan elektronik  Journal, buku yang berkaitan dengan tajuk penyelidikan  Pemerhatian terhadap persekitaran yang penyelidik lalui  Melalui konsep, teori, elemen yang ingin dikaji  Sumber masalah diperolehi drpd penyelidik berdasarkan pengalamannya  Pengalaman individu lain  Perbincangan antara individu atau kumpulan

24 Pertimbangan dalam memilih masalah kajian
 Adakah kajian tersebut berada di dalam limitasi atau masa yg sesuai untuk diselesaikan?  Adakah penyelidik mempunyai minat dalam menjalankan kajian tersebut?  Adakah kajian yang bakal dijalankan ini mempunyai nilai teoritikal yang mampu untuk mengembangkan sesuatu model, elemen atau cadangan yang terkini?  Adakah kajian yang bakal dijalankan ini mempunyai nilai praktis yang mampu untuk digunakan oleh pengguna lain?  Adakah di dalam menjalankan kajian tersebut, bahan- bahan untuk rujukan boleh digunakan dan senang diperolehi?

25 Kriteria Pembentukan Masalah Penyelidikan
 Penyelidikan mampu menambahkan pengetahuan  Penyelidikan mampu membentuk/mengembangkan kpd masalah baru dan penyelesaian  Permasalahan kajian tersebut boleh dikaji  Sesuai dengan seorang penyelidik  Berkaitan dengan masalah terkini  Dilakukan dengan etika yg sempurna

26 Makna Pernyataan Masalah
 Hubungan yang jelas dengan pemboleh ubah  Menerangkan dengan jelas perkara yg kurang jelas, kabur atau abstrak  Boleh diuji setiap pemboleh ubah

27 HIPOTESIS  Satu ramalan terhadap kemungkinan dapatan di dalam penyelidikan  Dibentuk selepas objektif wujud

28 Ciri-ciri hipotesis  Menduga hubungan antara 2 atau lebih pemboleh ubah  Dinyatakan secara logik, jelas dan terang  Berupaya untuk diuji sama ada hipotesi itu ditolak atau disahkan  Bersifat khusus bukan umum  Berbentuk khusus agar berupaya menjadi panduan  Tidak mempunyai pertimbangan nilai, moral atau etika  Secara konsepsi sahaja  Ada hubungan dengan teori yang ingin dikaji  Spesifik

29 Sekian, Terima kasih


Download ppt "Konsep & Kaedah Penyelidikan"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google