Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehHadi Chandra Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
Pengenalan Kepada Komunikasi Antara Perseorangan (Bab 1)
2
Manusia Perlu Berkomunikasi
Keperluan kesihatan fizikal dan mental Keperluan identiti Keperluan untuk memenuhi kemahuan Keperluan sosial
3
Amalan Kehidupan Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru r.a. katanya:
Seseorang telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Apakah sifat yang paling baik dalam Islam?” Rasulullah s.a.w. bersabda: Memberikan makanan serta menberi salam samada kepada orang yang engkau kenali ataupun tidak.”
4
ERTI KOMUNIKASI Komunikasi ialah perkongsian makna dalam kehidupan manusia. Komunikasi yang berkesan ialah komunikasi yang berjaya memberi kepuasan kepada kedua-dua pihak komunikator Komunikasi yang berkesan mestilah beretika dan berkisar mengenai kebenaran.
5
Prinsip-Prinsip Komunikasi
Disengajakan atau tidak disengajakan Semua jenis perlakuan adalah komunikasi Tidak boleh ditarik balik Tidak boleh diulang semula Komunikasi adalah sangat rumit
6
Salah Faham Mengenai Komunikasi
Kata-kata semestinya membawa makna yang sebenar Lebih banyak berkomunikasi semestinya lebih baik Komunikasi boleh menyelesaikan semua masalah
7
Salah Faham Mengenai Komunikasi
Komunikasi adalah kebolehan semulajadi Komunikasi selalunya dapat mempengaruhi orang lain
8
Peringkat dan Sifat Komunikasi
Peringkat Komunikasi Sifat-sifat Komunikasi Komunikasi intrapersonal (komunikasi dalaman) Melibatkan seorang komunikator yang berkomunikasi dengan dirinya sendiri iaitu monolog (bicara hati). Membantu dalam penganalisaan, penilaian tentang diri sendiri dan juga dalam membuat keputusan.
9
Peringkat dan Sifat Komunikasi
Peringkat Komunikasi Sifat-sifat Komunikasi Komunikasi antara perseorangan (interpersonal) Komunikasi yang melibatkan dua orang komunikator yang berinteraksi secara dua hala, serentak dan mereka saling mempengaruhi. Penting dalam menjalin dan mengekalkan hubungan, memujuk dan mempengaruhi orang lain.
10
Peringkat dan Sifat Komunikasi
Peringkat Komunikasi Sifat-sifat Komunikasi Komunikasi kumpulan kecil Komunikasi dua hala yang melibatkan kumpulan terdiri daripada tiga hingga 12 orang ahli. Penting untuk berkongsi maklumat, mendapatkan idea, menyelesaikan masalah dan bantu membantu. Misalnya, dalam mesyuarat atau sesi kaunseling kelompok.
11
Peringkat dan Sifat Komunikasi
Peringkat Komunikasi Sifat-sifat Komunikasi Komunikasi publik Komunikasi yang melibatkan seorang komunikator berkomunikasi dengan audiens yang ramai. Biasanya bersifat sehala Berguna untuk memberitahu, memujuk, mempengaruhi dan menghibur
12
Peringkat dan Sifat Komunikasi
Peringkat Komunikasi Sifat-sifat Komunikasi Komunikasi massa Komunikasi sehala yang melibatkan sumber dengan audiens yang sangat ramai Penggunaan saluran-saluran tertentu bagi menyebarkan mesej seperti media cetak, elektronik, dan sebagainya Berguna untuk memberitahu, memujuk, mempengaruhi dan menghibur
13
Perkembangan Model Komunikasi Laswell (1942).
Siapa? Berkata apa? Dalam saluran apa? Kepada siapa? Dengan kesan apa?
14
Perkembangan Model Komunikasi Shannon dan Weaver (1949)
Sumber maklumat - termasuklah idea atau emosi. Sumber atau transmitter - iaitu tempat wujud atau asalnya idea atau emosi. Enkod - menterjemahkan idea atau emosi kepada kod. Dekod – interpretasi kod oleh sipenerima. Sipenerima akan mendekod dan cuba memahami apa yang telah diterimanya iaitu mesej yang mengandungi makna kepada sipenerima.
15
Perkembangan Model Komunikasi Shannon dan Weaver (1949)
Saluran ialah laluan mesej sama ada melalui bunyi, visual, bau atau sentuhan. Halangan atau noise yang mungkin menjejaskan makna sebenar mesej yang disampaikan.
16
Perkembangan Model Komunikasi Pada Tahun 1940’an dan 1950’an
Suatu interaksi atau pertukaran mesej yang melibatkan perkara-perkara berikut: Maklumbalas iaitu respons kepada mesej. Konteks iaitu persekitaran fizikal dan psikologikal proses komunikasi yang sedang berkangsung.
17
Perkembangan Model Komunikasi Pada Tahun 1960’an Hingga Kini
Kedua-dua komunikator sentiasa menghantar dan menerima mesej. Mereka saling mendefinisikan simbol-simbol yang digunakan bukan sekadar memindahkan mesej daripada seorang komunikator kepada komunikator yang lain. Penerimaan dan penghantaran mesej berlaku melalui episod-episod dan melibatkan mesej seorang komunikator yang mempengaruhi seorang komunikator lain
18
Perspektif Komunikasi
Komunikasi manusia sebagai tindakan (action) - sehala Komunikasi manusia sebagai interaksi (interaction) - dua hala Komunikasi manusia sebagai transaksi (transaction) - dua hala
19
Komunikasi Sebagai Tindakan
Komunikasi adalah bersifat linear (sehala), di mana mesej dihantar atau diterima oleh sumber dan penerima.
20
Model Komunikasi Linear (Sehala)
6 Model Komunikasi Linear (Sehala) Audiens Pengucap Mesej (Dekod) (Enkod)
21
Komunikasi Sebagai Interaksi
Komunikasi kemanusiaan berlaku apabila penerima mesej memberi respons kepada sumber mesej melalui maklumbalas. Model ini melihat komunikasi sebagai satu susunan peristiwa linear tindakan-tindakbalas (action-reaction)
22
Komunikasi Transaksi Komunikasi interaktif yang berlaku secara serentak. Makna diwujudkan berdasarkan kepada perkongsian idea dan perasaaan. Model ini paling sesuai menghuraikan komunikasi antara perseorangan.
23
Model Komunikasi Transaksi (Dua Hala)
7 Model Komunikasi Transaksi (Dua Hala) Rangka rujukan Maklumbalas Individu (dekod) Individu (enkod) Gangguan Individu (Enkod) Individu (Dekod) Gangguan Rangka rujukan Mesej Konteks
24
Komponen-komponen Dalam Proses Komunikasi Kemanusiaan
Sumber -- menukarkan mesej kepada kod Penerima --mendekodkan mesej Mesej -- unsur komunikasi yang diberikan makna oleh kita Saluran -- laluan mesej dihantar Halangan (Noise) -- maklumat yang mengganggu penerimaan mesej
25
Komponen-komponen Dalam Proses Komunikasi Kemanusiaan (samb’)
Enkod -- menterjemah idea, perasaan, dan fikiran kepada kod Dekod -- menterjemah idea, perasaan dan fikiran yang telah dijadikan kod Konteks -- persekitaran komunikasi dari segi fizikal dan psikologikal Maklumbalas -- respons terhadap mesej
26
Kaedah Memperbaik Komunikasi Antara Perseorangan
Berpengetahuan: Kaji prinsip, konsep, dan idea Berkemahiran: Praktikkan pengetahuan Bermotivasi : Bersungguh-sungguh dalam menggunakan pengetahuan dan kemahiran Fleksibel: Pilih perlakuan yang sesuai berdasarkan situasi Mementingkan orang lain: Jangan terlalu mementingkan diri sendiri
27
ASAS-ASAS KEMAHIRAN KOMUNIKASI
Persepsi yang sentiasa positif Mahir mencerap dan memberi respons Berempati Mahir berkomunikasi secara verbal Mahir berkomunikasi secara bukan verbal Mahir mengendalikan konflik
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.