Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
TANGGUNGJAWAB KESELAMATAN
BAB 9 TANGGUNGJAWAB KESELAMATAN
2
PENDAHULUAN Pelaksanaan tanggungjawab dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan penting dalam memastikan kebajikan, keselamatan dan kesihatan pekerja. Menjadikan prestasi organisasi dan pekerja menjadi lebih berkesan. Organisasi kecil: K&K diuruskan oleh Jabatan Pengurusan Sumber Manusia. Organisasi besar: K&K diuruskan oleh Jabatan Keselamatan & Kesihatan organisasi itu sendiri.
3
Pihak-pihak Yang Terlibat dalam Pengurusan Keselamatan Organisasi Pembinaan
Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Jurutera Keselamatan Eksekutif Keselamatan Pekerjaan Klien Pengurus Projek Kontraktor
4
Pegawai Keselamatan & Kesihatan
Menyelaras dan menilai keberkesanan perancangan dan program K&K. Menilai hazad dalam proses atau sistem kerja. Membentuk, melaksana, memantau dan menilai strategi pencegahan kemalangan dan langkah kawalan hazad.
5
Jurutera Keselamatan Sistem kerja dan rekabentuk proses, peralatan, mesin dan loji. Aspek-aspek teknikal menepati piawaian yang ditetapkan. Memfokuskan kepada keselamatan mesin, loji, jentera dll. Pemantauan persekitaran kerja yg mendatangkan bahaya dan kemalangan kpd pekerja.
6
Eksekutif Kesihatan Pekerjaan
Tumpuan kpd aspek kesihatan pekerja-fokus pada sebarang penyakit pekerjaan. Persekitaran kerja yang boleh memberi risiko kesihatan kpd pekerja. Memantau, menghapus, mengawal atau mengurangkan stress akibat faktor persekitaran dan radiasi. Pemantauan biologikal akibat pendedahan terhadap radiasi dan bahan kimia.
7
Klien Memilih/melantik arkitek dan kontraktor yang mahir dan mengamalkan aspek keselamatan. Memberi masa yang relevan dan bersesuaian untuk menyiapkan projek bagi mengelakkan pekerja terburu-buru dan berpotensi berlakunya kemalangan. Memberi maklumat dan data yang lengkap agar rekabentuk bangunan yang selamat dan tidak mendatangkan hazad dan kecederaan. Komunikasi dan kerjasama yg baik dengan pekerja boleh mengurangkan risiko kemalangan.
8
Pengurus Projek Menyediakan arahan dan melantik Pegawai Keselamatan.
Memilih pihak kontraktor yang mementingkan aspek keselamatan. Memastikan pekerja-pekerja mengikuti latihan keselamatan. Membina program K&K pada setiap fasa pembinaan. Membuat laporan keselamatan secara terbuka dan menetapkan prestasi keselamatan.
9
Kontraktor Memastikan sub-kontraktor dan pekerja mengikut panduan keselamatan. Membina program keselamatan kepada pekerja. Menyediakan pagar keselamatan di tapak bina. Memastikan pekerja mengikuti latihan keselamatan.
10
Mengintegrasi Keselamatan Ke dalam Operasi Pembinaan
Perlunya profesional keselamatan sama ada pihak atasan yang bertindak sebagai pengurus keselamatan, kontraktor dan klien berada dalam satu organisasi atau bertindak secara bersepadu bagi menjayakan program K&K di dalam sesebuah organisasi. Integrasi keselamatan dalam operasi perlu bagi memastikan program K&K berjalan lancar dan dapat meminimumkan hazad dan kemalangan di tempat kerja. Semua pihak perlu mengetahui dan menghayati tanggungjawab masing-masing.
11
Hierarki Jabatan Keselamatan & Kesihatan Organisasi Pembinaan
Pihak Atasan ( Eksekutif K&K Pekerjaan, Jurutera Keselamatan, Pengurus Projek) Kontraktor Pelanggan Mengintegrasikan Keselamatan Ke Dalam Operasi
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.