Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehWidya Indradjaja Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
TAKLIMAT ANUGERAH PENERBITAN MAKALAH JURNAL AAN 2010
AKADEMIK NEGARA 2010 Oleh; PROFESOR DATIN PADUKA DR. AINI IDERIS Pengerusi Jawatankuasa Pemilih Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal AAN 2010
2
Ahli J/Kuasa Pemilih ANUGERAH PENERBITAN MAKALAH JURNAL
AAN2010 PROF. DATIN PADUKA DR. AINI IDERIS (UPM) - Pengerusi PROF. LIM KOON ONG (USM) - Timbalan Pengerusi PROF. CHIA SWEE PING (UM) PROF. ONN HAJI HASHIM (UM) PROF. RIDZWAN ABDUL RAHMAN (UMS) PROF. SURESH NARAYANAN (USM) PROF. DING CHOO MING (UKM) PROF. NORMA MANSOR (MAJLIS PENASIHAT EKONOMI NEGARA) PROF. ZAINAL ARIFFIN MOHD ISHAK (USM)
3
ASAS ANUGERAH AAN2010 Anugerah ini adalah untuk memberi pengiktirafan kepada pensyarah yang menghasilkan makalah jurnal terbaik, bagi tahun yang dinilai. Terdapat dua anugerah: satu dalam bidang Sains, dan satu dalam bidang Sains Sosial/Sastera Pemenang Anugerah ini boleh memohon semula pada tahun-tahun berikutnya.
4
KRITERIA PERMOHONAN AAN2010 Makalah yang terdapat dalam senarai jurnal seperti terpamer di laman web layak dipertimbangkan. Senarai tersebut boleh berubah dari semasa ke semasa dan ditentukan seperti berikut: Bagi bidang Sains, jurnal yang terdapat dalam ISI Journal Citation Report, Science Edition terkini dan telah dibahagikan kepada 172 disiplin. 10% jurnal teratas (mengikut faktor impak) daripada setiap disiplin itu dipilih sebagai kriteria minimum untuk melayakkan sesuatu makalah jurnal dipertimbangkan. (Lihat senarai jurnal bidang Sains)
5
KRITERIA PERMOHONAN (sambungan)
AAN2010 Bagi bidang Sains Sosial/Sastera, jurnal yang terdapat dalam ISI Journal Citation Report, Social Sciences Edition terkini, dan telah dibahagikan kepada 57 disiplin. 25% jurnal teratas (mengikut faktor impak) daripada setiap disiplin itu dipilih sebagai kriteria minimum untuk melayakkan sesuatu makalah jurnal dipertimbangkan. (Lihat senarai jurnal bidang Sains Sosial/Sastera) Untuk bidang khusus yang merangkumi Kesusasteraan, Pengajian Melayu, Pengajian Islam serta Pengajian Seni senarai berasingan telah juga disediakan di dalam laman web tersebut. (Lihat senarai khas jurnal)
6
KRITERIA PERMOHONAN (sambungan)
AAN2010 2. Hanya penulis utama (principal/ corresponding author) yang makalahnya beralamat di universiti tempatan layak memohon. 3. Setiap pemohon hanya dibenar mengemukakan SATU makalah sahaja untuk pertimbangan. 4. Makalah tersebut perlu mempunyai nama jurnal, jilid, muka surat dan tahun penerbitan yang dinilai. Tarikh penerbitan online tidak diambil kira.
7
KRITERIA PENILAIAN ANUGERAH
AAN2010 Hanya makalah dalam jurnal tersenarai seperti yang dinyatakan akan dipertimbangkan. Penentuan pemenang adalah berasaskan skor yang diberi kepada perkara berikut : (i) Keaslian makalah (ii) Impak dalam bidang ilmu (iii) Sumbangan kepada negara (iv) Impak kepada manusia sejagat 3. Pakar luar daripada Jawatankuasa Penilai AAN akan dirujuk untuk menilai makalah jurnal yang telah disenarai pendek, jika perlu.
8
NILAI ANUGERAH AAN2010 Nilai setiap anugerah adalah RM20,000 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu) berserta sijil penghargaan dan trofi dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Anugerah akan dikeluarkan atas nama pemohon yang akan bertanggungjawab membahagikannya sama rata kepada semua penulis lain (warganegara Malaysia sahaja).
9
ANUGERAH AKADEMIK NEGARA
BORANG ANUGERAH AKADEMIK NEGARA AAN2010 Untuk muat turun borang, sila lawat laman web Anugerah Akademik Negara di;
10
AAN2010 TERIMA KASIH
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.