Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
UJIAN PERSONALITI
2
AGRESIF Seorang yg pasif. Dalam kebanyakan hal anda membenarkan orang memanipulasi diri dan perasaan anda. SKOR RENDAH (1- 40%) Anda seorang yg asertif atau mempunyai ketegasan diri. Dalam kebanyakan hal, anda selalunya anda menuntut hak anda tetapi pada masa yang sama hati dan perasaan orang lain anda jaga. SKOR SEDERHANA(40-70%) Seorang individu yang agresif. Anda suka mengkritik orang lain. Dalam kebanyakan hal, hati dan perasaan orang lain bukan menjadi tumpuan anda. Yang penting ialah hajat dan matlamat anda tercapai. SKOR TINGGI (70 – 99%)
3
ANALITIKAL Anda kurang atau tidak berminat dengan perkara yang memerlukan anda membuat analisis. Seorang yang praktikal. Ketika berinteraksi dengan orang lain, anda tidak membaca yang tersirat. SKOR RENDAH (1- 40%) Ciri analitikal anda adalah sederhana. Minat untuk menganalisis adalah pada tahap sederhana. SKOR SEDERHANA(40-70%) Seorang yang sensitif kepada persekitaran, suka menganalisis orang lain, diri sendiri mahupun situasi. Anda suka membuat pemerhatian,penyelidikan dan analisis. SKOR TINGGI (70 – 99%)
4
AUTONOMI Anda lebih suka menerima arahan orang lain dan struktur sosial yang memerlukan keakuran SKOR RENDAH (1- 40%) Ciri autonomi anda adalah di tahap sederhana SKOR SEDERHANA(40-70%) Anda sukakan kebebasan sepenuhnya dalam segala tindakan serta dapat mengawal dan menentukan aktiviti-aktiviti seharian. SKOR TINGGI (70 – 99%)
5
BERSANDAR Seorang individu yg suka berdikari. Dalam membuat sesuatu keputusan dan melakukan sesuatu aktiviti, anda selalunya tidak bergantung kepada orang lain SKOR RENDAH (1- 40%) Tahap pergantungan anda di tahap sederhana SKOR SEDERHANA(40-70%) Anda suka bergantung kepada orang lain. Dalam membuat sesuatu keputusan, anda selalunya mengharapkan pendapat dan nasihat daripada orang lain terutama individu yang mempunyai autoriti. Anda selalu meminta orang lain menunjukkan arah yang harus anda tuju. SKOR TINGGI (70 – 99%)
6
EKSTROVERT Individu yang kurang atau tidak sosial. Anda selalu mengelak untuk berinteraksi dalam kumpulan besar dan lebih selesa berada dalam kumpulan kecil. Anda lebih selesa kepada suasana kerja bersendirian atau satu-sama-satu. SKOR RENDAH (1- 40%) Anda mempunyai kedua-dua ciri sosial dan tidak sosial. Umumnya tahap sosial anda adalah sederhana. SKOR SEDERHANA(40-70%) Individu yang sosial. Anda suka berinteraksi dan dikelilingi oleh orang ramai di samping berasa tidak selesa duduk bersendirian. SKOR TINGGI (70 – 99%)
7
INTELEKTUAL Anda tidak berasa selesa dengan perkara yang bersifat teoretikal. Anda lebih berminat dan selesa dengan kerja yang berstruktur, praktikal dan pragmatik. Kerja yang dipilih selalunya adalah kerja-kerja berbentuk kemahiran. SKOR RENDAH (1- 40%) Ciri intelektual anda berada pada tahap sederhana. SKOR SEDERHANA(40-70%) Anda seorang individu yang sukakan aktiviti yang memberi cabaran dari segi intelektual. Anda berasa puas dengan aktiviti keilmuan tetapi tidak puas dengan aktiviti yang berulang-ulang. SKOR TINGGI (70 – 99%)
8
INTROVERT Anda suka melibatkan diri dalam perhubungan interpersonal dan suka berada di kalangan orang ramai. Anda adalah seorang yang sosial. SKOR RENDAH (1- 40%) Ciri sosial anda berada di tahap sederhana iaitu tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. SKOR SEDERHANA(40-70%) Anda seorang individu yang tidak sosial dan suka mengelak situasi yang memaksa anda berkomunikasi. Anda lebih selesa dengan setting kerja bersendirian atau satu-sama-satu. SKOR TINGGI (70 – 99%)
9
KEPELBAGAIAN Anda lebih sukakan situasi pekerjaan yang stabil dan selamat. Anda tidak selesa dengan situasi dan pengalaman-pengalaman baru. SKOR RENDAH (1- 40%) Ciri kepelbagaian anda berada di tahap sederhana. SKOR SEDERHANA(40-70%) Dapat menghayati situasi yg dapat memberikan peluang utk pengalaman baru. Anda suka kepada perubahan dan selalunya suka mencuba sesuatu yg baru. Anda adalah seorang yg adventures. SKOR TINGGI (70 – 99%)
10
KETAHANAN Anda kurang atau tiada ketahanan dari segi fizikal, mental dan emosi. Anda mudah mengenepikan sesuatu jika dirasakan tidak bernilai, cepat bosan dan lebih mendapat kepuasan dari kerja-kerja kreatif atau yang berkaitan dengan orang ramai. SKOR RENDAH (1- 40%) Ciri ketahanan anda berada di tahap sederhana SKOR SEDERHANA(40-70%) Anda seorang individu yang mempunyai ketahanan dari segi mental, fizikal dan emosi. Anda akan menghabiskan semua tugas-tugas yang telah dimulakan dan tidak akan berhenti separuh jalan. Anda sangat bermotivasi dalam melakukan sesuatu. SKOR TINGGI (70 – 99%)
11
KRITIK DIRI (1%- 30%) Anda menganggap diri sentiasa betul dan yang bersalah adalah orang lain. SKOR RENDAH (1- 40%) (40 – 50%) Dikaitkan dgn individu yang stabil dari segi emosi dan psikologi SKOR SEDERHANA(40-70%) (60 – 99%) Individu yang bermasalah. Selalu berasa rendah diri, bimbang, rasa bersalah terhadap apa yg telah dilakukan atau tidak percaya yg ia telah mencapai sesuatu dengan jayanya. 60 – 70% mendapat faedah drpd KI sementara individu yang mendapat skor lebih drpd 70% dikatakan sangat memerlukan KI. SKOR TINGGI (70 – 99%)
12
MENGAWAL Anda lebih selesa dipimpin daripada memimpin. Kerjaya utama yang berkaitan ialah setiausaha, pramugari, akauntan, dll. SKOR RENDAH (1- 40%) Ciri mengawal dan kepemimpinan anda berada di tahap sederhana. SKOR SEDERHANA(40-70%) Individu yang suka mengawal dan memimpin orang lain. Anda lebih suka memimpin daripada dipimpin. Selalunya memilih kerjaya yang berkaitan dengan kepemimpinan seperti pengurus, pentadbir awam, peguam, ahli politik dll. SKOR TINGGI (70 – 99%)
13
MENOLONG Anda tidak suka terlibat secara emosi dengan orang lain.
SKOR RENDAH (1- 40%) Ciri menolong anda berada di tahap sederhana. SKOR SEDERHANA(40-70%) Individu yang mempunyai keinginan untuk mencurahkan simpati, kasih sayang, memberi bantuan, dan membuat kebaikan dan kebajikan kepada orang lain. SKOR TINGGI (70 – 99%)
14
SOKONGAN Anda tidak suka bergantung secara emosi kepada orang lain.
SKOR RENDAH (1- 40%) Ciri sokongan anda berada di tahap sederhana. SKOR SEDERHANA(40-70%) Anda mempunyai keinginan utk dikasihi, difahami dan mendapat simpati.Kombinasi dgn skor rendah pd skala menolong menunjukkan anda adalah individu yg mementingkan diri. SKOR TINGGI (70 – 99%)
15
STRUKTUR Anda lebih suka kepada aktiviti yg tidak berstruktur dan tidak berulang-ulang. Anda lebih suka mengelak daripada melakukan kerja-kerja yang memerlukan kekemasan, peraturan dan ketelitian. SKOR RENDAH (1- 40%) Ciri personaliti struktur anda berada di tahap sederhana. SKOR SEDERHANA(40-70%) Anda seorang individu yang suka kepada perkara berstruktur, rutin dan terperinci. Lebih gemarkan kepada kerjaya yang memerlukan kekemasan, peraturan, ketelitian dan berulang-ulang. SKOR TINGGI (70 – 99%)
16
PENCAPAIAN Individu yang rendah motivasinya dan tidak begitu kisah tentang peranan status dan kuasa dalam kerjayanya. SKOR RENDAH (1- 40%) Motivasi anda berada di tahap sederhana. SKOR SEDERHANA(40-70%) Individu yang sangat bermotivasi dan suka bersaing dalam mencapai sesuatu matlamat. SKOR TINGGI (70 – 99%)
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.