Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
Pentaksiran Psikometrik
LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
2
Kandungan Konsep 1 Komponen 2 Inventori Personaliti 3 Ujian Aptitud 4
3
Psiko Metrik kajian tentang jiwa measure/ukur Konsep
Mengukur dimensi yang berkaitan dengan kebolehan mental atau personaliti
4
Konsep Tingkah laku Fikiran Emosi
5
Pentaksiran Psikometrik
Pentaksiran Psikometrik (PPsi) ialah suatu kaedah yang digunakan secara sistematik untuk mengumpul maklumat personaliti dengan tujuan; Untuk mengukur aptitud, tret (trait) personaliti dan kecenderungan minat kerjaya murid. Untuk membantu mempertingkatkan pembelajaran dan pencapaian murid . Instrumen pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum dan pengajaran-pembelajaran. Ujian ini mengukur kebolehan semula jadi dan kebolehan yang diperoleh daripada pengalaman dan persekitaran. Aptitud- kebolehan dan bakat Tret personaliti- ciri/ sifat yang tekal dalam diri
6
Komponen Kecenderungan Minat Kerjaya Aptitud Am Penyelesaian Masalah
Pentaksiran Psikometrik Aptitud Aptitud Am Kecenderungan Minat Kerjaya Penyelesaian Masalah Aptitud Khusus Inventori Personaliti 1. Ujian Aptitud Am 2. Ujian Aptitud Khusus Ujian Aptitud Am mengukur kebolehan yang menggambarkan kemahiran asas murid. Ujian ini ditadbir untuk mengenal pasti kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah dan kecenderungan murid (b) Yang mana boleh membantu murid mengenal potensi diri mereka dan (c) membantu guru memahami psikologi murid.
7
Komponen dan konstruk Aptitud Am Aptitud Khusus 1 Verbal Linguistik
1 Kemahiran berfikir 2 Kemahiran menyelesaikan masalah (B) 3 Kecenderungan Minat Kerjaya Aptitud Am 1 Verbal Linguistik 2 Visual 3 Logikal Matematik 4 Muzik 5 Naturalis 6 Kinestatik 7 Interpersonal 8 Intrapersonal 9 Existential Aptitud Khusus
8
Konstruk Aptitud Khusus
Verbal Linguistik (Pintar perkataan): keupayaan seseorang individu menggunakan bahasa, memahami maklumat dan memberi respons dalam pelbagai bentuk set komunikasi. Visual – Spatial (Pintar ruang): keupayaan seseorang individu mengguna, menganggar dan mengintepretasi ruang. Logikal- Matematik (Pintar nombor): keupayaan seseorang individu menggunakan nombor dalam kehidupan seharian untuk membuat penyelesaian secara logikal. Muzik (Pintar muzik): keupayaan seseorang individu menghargai, menghayati dan menggubah muzik. Naturalis (Pintar naturalisma): keupayaan seseorang individu mengenalpasti, menghargai alam semulajadi.
9
Konstruk Aptitud Khusus
Kinestatik – Jasmani (Pintar jasmani): keupayaan seseorang individu mengawal dan memahami pergerakan tubuh. Interpersonal (Pintar orang – pengalaman sosial): keupayaan seseorang individu berkomunikasi dan berinteraksi dan bekerjasama dengan orang lain. Intrapersonal (Pintar diri – refleksi kendiri): keupayaan seseorang individu memahami kendiri dengan menilai kekuatan, kelemahan. Existential (Kewujudan): peka dan berkebolehan membincangkan hal–hal kewujudan seperti mencari makna dalam kehidupan.
10
Inventori Personaliti
Membantu murid dan ibu bapa mengenal pasti personaliti murid Membantu murid menyedari potensi /kekuatan dan kelemahan diri Inventori Personaliti Membantu guru merancang pengajaran dan pembelajaran Tujuan: i. Membantu mengenal pasti personaliti murid supaya guru dapat menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai ii. Membantu murid dan ibu bapa mengenal pasti personaliti murid dan menyedari potensi diri iii. Menyediakan profil murid yang lengkap untuk rujukan dan kegunaan dalam pendidikan dan perkembangan individu Membantu murid merancang hala tuju kerjaya
11
Komponen Personaliti Realistik Investigatif Artistik Sosial
Intelektual Kreatif Kepelbagaian Struktur Analitikal Menolong Ekstrovert Kritik diri Autonomi Agresif Pencapaian Resilien Memimpin Wawasan Ketelusan Tret Personaliti Realistik Investigatif Artistik Sosial Enterprising Konventional Minat kerjaya
12
Definisi Konstruk Personaliti
Individu lebih sukakan kebebasan dalam tindakannya dan dapat mengawal serta menentukan aktiviti-aktiviti hariannya. Autonomi Individu berkebolehan mencipta, menghasil dan mengembangkan idea baru dan asli. Kreatif Individu terlalu kritikal terhadap orang lain, tegas, berani dan tidak suka dimanipulasi. Tidak menghiraukan perasaan orang lain dalam mencapai matlamat diri. Agresif
13
Definisi Konstruk Personaliti
Individu suka berada, berinteraksi dan bekerja dengan orang ramai. Ekstrovert Individu ini seorang yang bersemangat dan bermotivasi untuk menyelesaikan tugas. Mahukan kejayaan dan suka persaingan walaupun banyak halangan. Pencapaian Individu yang dapat menerima dan mudah menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi. Sukakan pengalaman yang pelbagai ke arah perubahan berterusan. Kepelbagaian
14
Definisi Konstruk Personaliti
Individu berminat kepada aktiviti yang memberi cabaran dari aspek intelektual. Mementingkan aktiviti yang berbentuk kognitif dan ilmiah. Intelektual Individu yang suka mengawal orang lain atau lebih suka memimpin daripada dipimpin. Kepemimpinan Individu suka kepada perkara yang teratur, kemas, terperinci dan mengikut peraturan. Struktur
15
Definisi Konstruk Personaliti
Individu yang cekal, mempunyai daya tahan dan ikhtiar yang tinggi untuk menyempurnakan sesuatu tugasan. Resilien Individu berkecenderungan untuk menunjukkan rasa empati, kasih sayang dan suka memberi bantuan kepada orang lain. Menolong Individu yang suka membuat pemerhatian dan analisis sebelum membuat keputusan. Keputusan adalah berdasarkan fakta dan bukti.. Analitikal
16
Definisi Konstruk Personaliti
Individu yang tidak stabil dari aspek emosi dan psikologi. Mempunyai anggapan bahawa orang lain adalah lebih baik. Kritik Diri Individu yang berpandangan jauh, memiliki daya imaginasi yang tinggi, memikirkan idea-idea yang tidak terjangkau oleh orang lain, dan berkarisma. Wawasan Individu yang telus dalam memberi maklum balas terhadap item ujian ini. Ketelusan
17
Contoh Item Tret Personaliti
Bil Item Ya Tidak 1. Saya tidak sepandai rakan saya 2. Terus terang menyatakan kesalahan orang 3. Terus berusaha hingga berjaya 4. Memberi tempat duduk kepada wanita hamil 5. Resah apabila bersendirian 6. Saya tidak yakin berjaya dalam hidup ini 7. Tidak terikut dengan pujukan kawan 8. Memesan makanan mengikut selera sendiri 9. Memarahi pelayan jika pesanan lambat 10. Seronok dijemput ke majlis keramaian
18
Contoh Item Tret Personaliti
Bil Item Ya Tidak 11. Sering membuat pilihan salah 12. Saya tidak pernah marah 13. Saya membuat keputusan sendiri 14. Tidak menerima sesuatu bulat-bulat 15. Orang lain kata saya suka bercakap 16. Saya amat yakin saya boleh berjaya 17. Suka dipuji dikhalayak ramai 18. Saya tidak suka diarah 19. Saya memaksa seseorang bagi mendapatkan apa yang saya hendak 20. Saya tidak pernah cemburu
19
Tafsiran Skor- Agresif
Tahap Skor Tafsiran Rendah 1-40% Anda seorang yang pasif, mudah dimanipulasi dan terlalu menjaga perasaan orang lain. Sederhana 40-70% Anda seorang yang asertif, iaitu berani menyatakan hak, perasaan dan pandangan sendiri tanpa menafikan hak dan perasaan orang lain. Tinggi 70-90% Anda seorang yang cepat bertindak tanpa berfikir, sangat berterus terang tanpa menghiraukan perasaan orang lain, sangat tegas dalam mempertahankan hak dan yang penting matlamat anda tercapai.
20
Inventori Minat dan Kerjaya
Teori Tipologi Kerjaya Holland (1973, 1985, 1996) mengutarakan empat andaian asas yang menjadi nadi dan teras kepada teori ini
21
Holland- Andaian 1 TERDAPAT 6 JENIS PERSONALITI Realistik Investigatif
Artistik Sosial Enterprising Konvensional
22
Holland- Andaian 2 Terdapat enam jenis persekitaran pekerjaan yang menyokong personaliti individu dan di dominasi oleh jenis personaliti tertentu iaitu Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E) dan Konvensional (K). Ringkasan bagi enam jenis persekitaran pekerjaan ini ialah RIASEK.
23
Holland- Andaian 3 Individu akan mencari persekitaran atau pekerjaan yang selaras dengan personaliti yang membolehkan mereka menunjukkan kemahiran dan kebolehan serta melahirkan sikap dan nilai di samping berusaha menyelesaikan sebarang masalah dan peranan yang wujud dalam persekitaran tersebut. Menurut Holland (1973), individu akan berasa puas sekiranya dapat menyesuaikan diri dalam persekitaran kerja yang selaras dengan personalitinya. Misalnya, individu yang mempunyai personaliti realistik akan berasa puas sekiranya dapat bekerja dalam persekitaran realistik juga.
24
Holland- Andaian 4 Tingkah laku seseorang individu boleh ditentukan melalui interaksi antara personaliti dan kriteria-kriteria persekitarannya. Apabila kita mengetahui tentang pola personaliti dan persekitaran, secara tidak langsung kita akan dapat meramalkan pemilihan kerjaya, pencapaian kerjaya, kecekapan personal, tingkah laku pendidikan dan sosial serta pertukaran pekerjaan.
25
Definisi Operasional: Realistik
Bil. Gagasan Keterangan mengenai bidang minat kerjaya 1. Realistik (Membuat) Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran praktikal dan mekanikal. Bekerja dengan objek, peralatan, mesin, haiwan dan tumbuhan. Mempunyai kemahiran yang baik apabila menggunakan peralatan, lukisan mekanikal, mesin atau haiwan. Menghargai objek praktik yang boleh dilihat dan disentuh. Lebih suka bekerja di luar bangunan. Contoh pekerjaan: jurutera, jurubina, animator, pengaturcara komputer, juruterbang, ahli radiologi, pustakawan, juruteknik elektronik, chef, atlet, ahli bomba dan penyelamat, pemandu, tentera, operator mesin, mekanik, ahli perkebunan dan pembuat perabot. Tret Personaliti: praktikal, mekanikal, materialistik, suka menggunakan peralatan dan mesin, introvert, akur, natural (semula jadi), berhemah, tulen, tegas dan berprinsip. Introvert lawan kepada ekstrovert
26
Definisi Operasional: Investigatif
Bil. Gagasan Keterangan mengenai bidang minat kerjaya 2. Investigatif (Memikir) Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran menyelidik, saintifik, intelektual, analitikal dan mementingkan ketepatan. Suka membuat pemerhatian, mempelajari sesuatu, membuat penyelidikan, menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah. Menghargai sains dan matematik. Melihat diri sendiri sebagai tepat, saintifik dan intelektual serta meminati kerjaya saintifik dan beberapa kerjaya bercorak teknikal. Contoh pekerjaan: pegawai perubatan, aktuari, ahli farmasi, psikatrik, ahli ekonomi, ahli kajicuaca, ahli biologi, ahli botani, ahli agronomi, ahli fizik, ahli kaji bintang, ahli kimia, ahli kajibumi, penyelidik sains, angkasawan, ahli antropologi, profesor, guru sains dan matematik. Tret Personaliti: pemerhati, analitikal, rasional, teliti, intelektual, introvert, introspektif, optimistik, ingin tahu, teoris dan jitu. Kemahiran Kognitif yang tinggi
27
Definisi Operasional: Artistik
Bil. Gagasan Keterangan mengenai bidang minat kerjaya 3. Artistik (Mencipta) Persekitaran pekerjaan yang memerlukan daya intuisi yang tinggi, ekspresif, original, bebas, kreatif, inovatif dan artistik. Suka bekerja dalam situasi yang kurang berstruktur, tidak rutin dan tidak berulang-ulang. Mempunyai apresiasi yang tinggi dan menghargai hasil seni kreatif. Contoh pekerjaan: Arkitek, penulis seni kreatif, artis, pemimpin orkestra, pengubah lagu, pengarang, pelukis, wartawan hiburan, kartunis, pereka grafik, pereka fesyen, juruhias dalaman, jurufoto, dan jurusolek. Tret Personaliti: imaginatif, intuitif, ekspresif, estetika, emosional, introspektif, reflektif, tulin, bebas, sensitif dan idealistik.
28
Definisi Operasional: Sosial
Bil. Gagasan Keterangan mengenai bidang minat kerjaya 4. Sosial (Menolong) Persekitaran pekerjaan yang memerlukan interaksi, kerjasama, kolaborasi, saling membantu, melatih dan membuat kebajikan kepada orang lain. Mempunyai kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain. Suka kepada aktiviti membantu, memberi perkhidmatan dan menyelesaikan masalah sosial. Contoh pekerjaan: guru, pensyarah, kaunselor, pekerja sosial, pegawai perhubungan awam, penyambut tetamu, pegawai kebajikan, jururawat, paramedik, pramugari/ pramugara dan pemandu pelancong. Tret Personaliti: sosial, suka menolong, bekerjasama, mesra, peramah, sabar, ekstrovert, empati, baik hati, bertanggungjawab dan boleh dipercayai.
29
Definisi Operasional: Enterprising
Bil. Gagasan Keterangan mengenai bidang minat kerjaya 5. Enterprising (Memujuk) Persekitaran pekerjaan yang melibatkan pentadbiran dan pengurusan, perniagaan dan keusahawanan. Wujudnya suasana pengaruh-mempengaruhi, mengarah, memimpin dan mengurus individu lain serta menjual barangan atau idea. Matlamat akhir mereka adalah untuk mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi. Contoh pekerjaan: usahawan, pengarah syarikat, spekulator, eksekutif pengiklanan, eksekutif pemasaran, agen insuran, pengarah publisiti, peguam, ahli politik, pengurus hotel, pengurus bank, wartawan, jurujual, jurulatih dan agen pelancongan. Tret Personaliti: ciri kepimpinan, sukakan pencapaian, bertenaga, daya pujuk yang tinggi, suka mempengaruhi, kebolehan manipulasi, suka meneroka (adventurous), yakin diri, optimistik, mudah mesra, berwawasan, bercita-cita tinggi, berusaha, sosial, suka menonjolkan diri, ekstrovert dan bijak berkomunikasi.
30
Definisi Operasional: Konvensional
Bil. Gagasan Keterangan mengenai bidang minat kerjaya 6. Konvensional (Mengurus) Persekitaran pekerjaan yang melibatkan kerja berstruktur, teratur, melibatkan data, nombor, dan kerja-kerja perkeranian. Melakukan kerja secara terperinci, mengikut peraturan dan arahan. Contoh pekerjaan: kerani, setiausaha, penyimpan kira-kira, guru perdagangan/ guru perakaunan, akauntan, jurutrengkas, pegawai bank, pegawai cukai, operator komputer, penilai harta, juru audit, juruwang dan pegawai perangkaan. Tret Personaliti: berstruktur tinggi, teliti, teratur, daya tahan tinggi, akur, praktikal, mengikut aturan dan rutin, menurut perintah, cermat dan cekap mengemaskini. Persekitaran pekerjaan ini adalah menghampiri Realistik.
31
Contoh Item Minat-Kesukaan
Bil. Item YA TIDAK 1. Membuat kerja tangan 2. Membaca buku mengenai komputer 3. Meminati suasana zoo 4. Melawat pameran hiasan dalaman 5. Menghayati keindahan alam 6. Mendengar masalah rakan 7. Melakukan aksi ngeri 8. Menulis sajak 9. Menghias taman 10. Mencuba masakan baru
32
MODEL HEXSAGON HOLLAND Inventori Minat dan Kerjaya
K A E S Daripada Inventori Minat dan Kerjaya….aspek kesukaan dan persekitaran pekerjaan. Melalui ujian ini akan menggambarkan kesesuaian antara personaliti dengan persekitaran pekerjaan. Juga menunjukkan kestabilan kesesuaian tersebut.
33
KESELARASAN / KONGRUENS
Jenis personaliti tertentu memerlukan jenis persekitaran yang tertentu juga. Cth 1: Darjah keselarasan yang tinggi berlaku apabila jenis personaliti Sosial berada dalam persekitaran Sosial juga. Padanan ini merupakan padanan yang tepat. Cth 2: Apabila jenis personaliti Sosial berada di dalam persekitaran yang berhampiran iaitu persekitaran Enteprising atau Artistik, maka darjah keselarasannya berlaku secara sederhana. Cth 3: Apabila jenis personaliti Sosial berada di dalam persekitaran yang bertentangan seperti Realistik, menunjukkan tiada keselarasan berlaku. Hasil ketidakselarasan ini boleh menimbulkan rasa tidak puas hati, menghasilkan perlakuan kerja yang tidak berkesan dan menjadikan individu merasa kurang stabil dari segi kepuasan kerja dan gaya hidup.
34
KESELARASAN / KONGRUENS
R I K A E S S-S : Keselarasan tinggi S-A : Keselarasan sederhana S-E : Keselarasan sederhana S-R : Tiada keselarasan
35
KESELARASAN / KONGRUENS
PERSONALITI PERSEKITARAN KERJAYA TAHAP KONGRUEN SOSIAL DENGAN TEPAT / TINGGI ARTISTIK SEDERHANA REALISTIK TIADA
36
Contoh Item Ujian Aptitud
Skala Penskoran 4. Menerangkan diri saya sepenuhnya 3. Menerangkan sebahagian diri saya 2. Menerangkan sedikit mengenai saya 1. Tidak menerangkan diri saya Item Ujian 1. Muzik sangat penting dalam kehidupan seharian saya 2. Tugasan bernombor mudah untuk saya 3. Saya suka hadir ke majlis sosial 4. Saya sayang haiwan peliharaan 5. Membaca peta adalah mudah bagi saya 6. Saya boleh memainkan alat muzik dengan baik 7. Saya boleh melukis dengan baik
37
Terima kasih !
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.