Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehAgus Halim Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
JABATAN PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN
2
DEFINISI PENDIDIKAN JASMANI
Pendidikan jasmani ialah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnnya melalui pengalaman-pengalaman pergerakan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak. Secara ringkasnya pendidikan jasmani ialah pendidikan melalui pergerakan.
3
DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATAN
Pendidikan merupakan suatu proses membekalkan atau menggunakan pengalaman bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti.
4
MATLAMAT Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bertujuan untuk melahirkan murid yang sihat, aktif dan berpengalaman dengan pemupukan kemahiran, nilai, amalan serta pengalaman asas kesihatan dan pergerakan fizikal melalui proses pembelajaran yang bersepadu.
5
OBJEKTIF Memahami proses pertumbuhan dan perkembangan diri dari segi fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani. Menguasai kemahiran asas pergerakan mengikut kemampuan diri. Menjaga kesihatan asas diri, keluarga dan orang lain. Mengamalkan kegiatan kesihatan dan kecergasan diri sebagai rutin harian. Membina sahsiah dan disiplin diri melalui penyertaan aktif dan membina dalam pelbagai kegiatan fizikal. Menjalin perhubungan yang erat dan sihat melalui kegiatan sosial dan pergerakan fizikal.
6
Membuat keputusan yang bijak dalam menyelesaikan masalah kesihatan dan keselamatan diri.
Melibatkan diri dalam kegiatan rekreasi secara aktif, riang dan selamat. Menjadi peka terhadap keperluan diri dan orang lain.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.